Setiap kali ke kedai pasti kagum dengan telur dadarnya yang rangup. Puas mencuba tapi tak pernah jadi.
Kali ini bagi yang ingin cuba resepi telur dadar crispy di luar dan rangup di dalamnya boleh cuba cara yang dikongsikan oleh @fikachan97 ini.
Sebelum ini dia pun dah cuba bermacam cara tapi resepi ini paling best untuk telur dadar. Crispy di luar, gebu kat dalam. Mari kita ikuti perkongsian cikka ini di bawah.
Cikka dah cuba macam-macam cara, tapi ni resepi paling best untuk telur dadar. Crispy kat luar, gebu kat dalam
BAHAN-BAHAN :
2 biji telur
Bawang Holland yang dicincang
Garam secukup rasa
Perasa secukup rasa (tak masuk pun takpe)
1 sudu besar cuka putih
1 susu besar air
Ads
1. Mula-mula pecahkan dua biji telur
2. Kemudian masukkan bawang holland yang telah dicincang/potong dadu
3. Masukkan garam, perasa secukup rasa.
Ads
4. Kemudian ini bahan rahsianya iaitu 1 sudu besar cuka putih. Satu sudu je tau
6. Lepas itu masukkan 1 sudu besar air.
7. Kacau telur bersama semua bahan tadi sampai kembang dan berbuih macam ni.
Ads
8. Masukkan minyak dalam kuali dan biarkan minyak betul-betul panas.
7. Barulah masukkan telur, bila telur bahagian bawah dah cripsy baru balikkan telur.
8. Angkat telur, toskan minyak dan boleh lah dihidang.
Sedia untuk dinikmati. Ranggup di luar dan gebu di bahagian dalamnya
Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap kali membeli udang pasti kita hendak cepat-cepat masak atau paling tidak hanya disimpan dalam tempoh seminggu sahaja. Bimbang ia sudah tidak segar. Jangan khuatir kerana ada tip untuk memastikan udang boleh disimpan lama.
Macam mana caranya? Ada cara simpanannya yang tersendiri supaya ia boleh sentiasa segar walau berbulan-bulan lamanya. Ikuti perkongsian Tieok Eng.
Ni bukan masak apa tak jadi ye. Aunty cuma nak share tip cara aunty simpan udang tahan lama dan sama ‘fresh’ macam yang baru naik dari laut, walaupun aunty simpan hampir 6 bulan kat peti ais beku.
Bersihkan udang dan letak dalam bekas yang boleh tutup.
Masukkan air yang sejuk. Kalau ada mesin Coway guna air yang sejuk. Kalau tak ada, boleh cairkan air ais dulu ye.
Lepas tu letak gula sikit, tutup kemas simpan kat peti ais beku,
Mengkhatankan anak pada usia masih bayi banyak kelebihannya. Lebih-lebih lagi pada usia 7 hari selepas dilahirkan. Selain sunah, prosesnya lebih mudah dan cepat sembuh.
Perkongsian bapa ini boleh dijadikan panduan. Mohd Yazid Ismail berkongsi pengalamannya dalam dua situasi yang berbeza pada anak sulung dan anak kelimanya. Anak sulung dikhatankan pada usia 6 tahun manakala anak kelimanya pula dikhatankan pada usia 2 hari.
Kelewatan berkhatan pada anak pertamanya Bashir menyebabkan dia mengalami masalah phimosis atau kencing buta. Kalau ibu ayah tidak peka, bayangkan jika ini berlarutan dan menyebabkan kesakitan berterusan kepada anak sehingga dikhatankan. Berikut adalah perkongsiannya;
Saeed berkhatan pada hari kedua kelahiran. Saya buat awal sebab ambil pengajaran dari kes anak sulung saya, Bashir.
Pada satu hari ketika Bashir berumur 6 tahun, saya tengok dia punya bebird menggelembung masa kencing. Rupanya dia mengalami kencing buta.
Agak sukar untuk dia kencing dengan lancar sebab pembukaan kulit zakar terlalu kecil dan air kencing susah nak keluar.
PHIMOSIS BANYAK BERLAKU PADA ANAK LELAKI 2-7 TAHUN
Kencing buta atau dikenali sebagai phimosis biasa berlaku kepada kanak-kanak lelaki berumur 2-7 tahun. Tolong cek anak masing-masing ye.
Anak-anak yang kena phimosis akan rasa sedikit sakit masa kencing, kesian diorang. Tapi mungkin ramai daripada mereka tak tahu nak mengadu.
ANAK 6 TAHUN DIKHATANKAN PROSES SEMBUH LAMBAT
Selepas tahu Bashir kena kencing buta, saya terus bawa dia ke klinik untuk dikhatankan. Tapi budak 6 tahun kan tengah lasak, jadi proses penyembuhan lepas khatan agak lama. Rasa menyesal tak khatankan dia masa bayi.
Saya ambil pengajaran dari kes Bashir. Jadi untuk Saeed saya khatankan dia masa masih bayi.
ANAK DIKHATAN HARI KEDUA KELAHIRAN
Saeed berkhatan pada hari kedua kelahiran. Sebenarnya sunnah berkhatan masa masih bayi. Terbaiknya pada hari ke-7. Tapi Saeed kami buat pada hari kedua sebab nak selesaikan sebelum mama Saeed, Widyana Ali keluar hospital selepas bersalin.
Kalau buat hari ke-7 agak mencabar untuk saya bawa mama Saeed travel naik turun hospital dalam keadaan baru lepas bersalin.
Kalau nak berkhatan terus sejurus selepas kelahiran pun boleh. Khatan sesuai dilakukan dari sejurus selepas kelahiran hingga umur anak 4 bulan, sebelum dia pandai meniarap.
RUGINYA KHATAN BILA DAH LEWATI USIA KANAK-KANAK
Kebiasaannya orang Melayu khatankan anak bila dah lewat usia kanak-kanak. Ruginya, terlepas pandang pada sunnah berkhatan masa baby ni.
Dari Jabir bin ‘Abdillah ra; bahawa Rasulullah ﷺ melaksanakan aqiqah Hasan dan Husain serta mengkhitan keduanya pada hari ketujuh.(HR; Thabrani dan Baihaqi)
Dari Ibnu ‘Abbas ra berkata,
“Terdapat tujuh perkara yang termasuk sunnah dilakukan bayi pada hari ketujuh: Diberi nama, dikhitan,….” (HR; Thabrani)
KHATAN TUNTUTAN AGAMA, JANGAN FIKIR BAYI SAKIT
Khatan itu sunnah, ia adalah tuntutan agama. Islam tidak zalim, malah Islam itu agama rahmah. Jangan fikir atau takut baby sakit dan sebagainya.
Sebab Islam tidak akan menzalimi umatnya. Sedangkan pada haiwan juga Islam ajarkan sifat rahmah, inikan pula pada bayi. Jadi sudah tentu ada rahmah apabila kita mengkhatankan anak ketika bayi.
BAYI BELUM PANDAI RASA SAKIT
Banyak kelebihan khatan awal saya tengok kat Saeed.
Nampak macam Saeed tak sakit pun masa potong kulit tu. Bayi belum ‘pandai’ rasa sakit haha.. Lepas tu bayi kan banyak tidur. Tenang je nampak. Macam kita juga, kalau kita tidur, tak ingat sakit.
LUKA SEMBUH DALAM MASA 5 HINGGA 7 HARI
Luka Saeed cepat sembuh, seawal 5-7 hari. Mungkin sebab kerja bayi memang terbaring dan tidur je. Bila kurang pergerakan, luka senang sembuh.
Saya buat di Hospital Pantai Bangsar sebab Saeed dilahirkan kat sana. Harga khatan kat sana RM1100. Tu memang harga biasa di hospital swasta. Kalau siapa tinggal di Kedah boleh buat di klinik kawan saya Mary Eve Clinic Jitra. RM 199 sahaja, guna laser.
Saya sangat galakkan kawan-kawan khatankan anak lelaki masa masih bayi. Jom kita ikut sunnah. Ubah tradisi khatan ketika dah sekolah.
Apabila kita telah mendirikan rumah tangga, apa yang kita inginkan kejujuran, sikap memahami dan bertanggungjawab daripada pasangan.
Kadang-kadang isteri mampu tersenyum hanya kerana suami melayan mereka bercakap. Nampak ‘simple’ tapi memberi kesan yang mendalam pada emosi isteri. Namun komunikasi yang baik dalam perhubungan sangat penting, ikuti perkongsian ini.
Saya balik kerja, isteri cakap, “Abang, jom keluar jalan-jalan. Stress la”
Banyak kali macam tu. Pelik betul. Stress apa, duduk rumah jaga anak-anak tercinta yang comel-comel tu. Kalau ikutkan, keluar rumah, lagi la stress dan penat.
Bila fikir semula, saya bawa juga pusing-pusing naik kereta. Kadang-kadang, singgah pasaraya. Selalunya tak beli apa pun, window shopping je. Tapi dia punya teruja, macam anak kecil diajak pergi Disneyland.
“Terima kasih abang, bawa jalan-jalan!”, isteri saya akan ucap ini setiap kali dapat berjalan.
Saya teringat satu pesanan, “Emosi perempuan ni macam belon kecil, tak boleh tampung banyak sangat tekanan. Nanti meletus. Beza dengan kita orang lelaki”
Dulu isteri saya lemah lembut je, sejak ada anak ni, kalau tak kena masa, kalah raja rimba. Macam nak makan orang. Pelik juga. Kemana perginya kelembutan dan kemanjaan beliau yang dulu?
Kita baru pegang handphone pun, tiba-tiba boleh kena serang. Mengejut je. Tiba-tiba meletus.
Saya cuba untuk faham situasi ini. Ya, kami para suami susah nak faham.
Rupanya, tak sama penat seorang suami dan penat seorang isteri.
Anak menangis nak susu, anak yang lain berkelahi menjerit-jerit, sorang lagi mendesak nak tengok kartun, rumah dah macam tongkang pecah. Tak masuk lagi bab masak, bisnes, kurang tidur, lapar, basuh baju, kemas, layan perangai customer barang tak sampai. Ini berlaku setiap hari, hampir setiap masa.
Tengok la gambar ni, nak tidur pun, nak dengan mama dia sahaja. Tak ada ruang mama dia bersendiri. Terpaksa saya sarung tudung isteri untuk kelirukan budak ni.
Asakan-asakan ni mendesak isteri secara fizikal, mental dan emosi.
Siapa lagi tempat isteri nak mengadu dan harapkan? Kita la, partner dia. Sebab tu kalau emosi mereka tidak ditenangkan, boleh meletop!
Jadi, nasihat ini untuk diri saya dan suami-suami sekalian. Isteri adalah amanah Allah pada kita.
1. Dengar cerita dia. Jika isteri mahu bercerita, dengar dengan cara pandang muka dia, atau peluk dia. Tunjuk yang kita prihatin dan sokong dia. Apabila kita abaikan dia nak luah kepenatan dia, dia makan hati. Tau-tau dah merajuk acik tu. Lagi teruk kalau kita sinis dan rendah-rendahkan pula perasaan dia. Jangan pelik kalau isteri pandai melawan.
2. Urus rumah adalah kerja kita juga. Tak ada istilah ‘tolong isteri buat kerja rumah’. Kalau ikutkan, itu memang kerja kita juga. Kita masak sebab nak makan, kita basuh baju dan pinggan sebab dah pakai. Itu rumah kita dan itu anak kita. Kita ada tanggungjawab. Ringankan tulang.
3. Kerja isteri tiada office hour. Dia bukan robot, jadi, bagi masa untuk dia berehat dan ‘me time’. Dia pun memang kurang rehat, sejak mengandungkan anak pertama.
Pada saya, mengurus rumah tangga ni ada dua school of thought. Satu, isteri kena layan suami macam raja. Kedua, urus rumah bersama-sama. Dua-dua betul. Sesuaikan lah dengan cara kita.
Para isteri sekalian, maaf ya, jika tidak memahami kalian, bagi para suami peluang. Kita jaga kita. Benda boleh bincang. Mulakan dengan bercakap baik-baik dengan pasangan.
Maafkan, jika ada kesilapan dan kesalahan. Kita manusia biasa. Kenapa suami ada kekurangan? Sebab awak adalah pelengkap dia.
Kita bukan terbaik, tetapi izinkan kita berusaha jadi yang terbaik.
Kredit: Zaim zin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kes dera anak melibatkan seorang ibu yang dihukum penjara kerana memukul anak akibat alat solek membuka mata tentang bahaya emosi tidak terkawal dan kepentingan kesihatan mental ibu bapa.