Pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie, dan bekas isteri, Nina Ismail Sabri, di lihat menyambut hari jadi anak mereka yang ke-7 iaitu Jeanelle Nika Mandagie. Nyata menunjukkan kematangan dalam menjaga kebahagian anak kesayangan mereka.
Melalui perkongsian di Instagram milik Nina telah memuat naik video bersama Jovian dan Jeanelle berserta kapsyen ucapan hari jadi buat anaknya kala status hubungan mereka telah berubah.
“Ayahnya tiada pada hari lahirnya tahun lepas, jadi kami memberitahu ayahnya hanya akan kembali untuk makan malam hari jadinya tahun ini.”
“Saya memberitahunya dia (Jeanelle) boleh berjaga lewat kerana ia adalah malam hari lahirnya, tetapi semua kejutan hanya akan bermula hari ini.”
“HAPPY 7TH BIRTHDAY TO THE LOVE OF MY LIFE.”
“Daddy dan mommy mungkin mempunyai perbezaan pada ini, tetapi satu perkara yang pasti ialah kami akan sentiasa bersama mu.”
Ads
“Rain or shine you know you can count on us and abah. We love you so much sayang!”
NETIZEN PUJI CARA NINA & JOVIAN
Usaha Nina dan Jovian ini untuk mencipta momen bahagia dan istimewa untuk anak mendapat pujian para netizen.
Ads
“Pasangan contoh..walaupun dh xbersama tp masih bersama memberikan yg trbaik utk anak mereka..good job Nina & Jovian.”
“Mereka berpisah tetapi tetap bersikap profesional di hadapan anak mereka “Warmest love and hug to this beautiful relationship.”
“Awesome co parenting. Happy birthday little one.”
Ads
“Happy birthday princess! But y am I crying to this!
Buat pertama kali secara terbuka, pelakon dan usahawan, Datin Atikah Suhaime mendedahkan pengalaman penuh emosi saat melahirkan cahaya mata pertamanya, Lyla Mulan Teh, menerusi episod sulung Podcast Pa&Ma.
Isteri kepada ahli perniagaan Datuk Lokman Teh dalam suasana santai namun sarat dengan luahan jujur, Atikah berkongsi detik menanti kelahiran yang dipenuhi rasa takut, rindu, dan keindahan setelah bergelar ibu.
Salah satu momen paling mencemaskan ialah ketika Atikah diminta menandatangani borang untuk menerima suntikan epidural. Walaupun prosedur ini mampu mengurangkan kesakitan bersalin, namun ia datang dengan risiko.
“Dalam borang kena sign ada tertulis kemungkinan boleh lumpuh seumur hidup dan komplikasi. Tapi bila tengok semua ni, fIKIRAN jadi serabut. Kalau tiba-tiba lumpuh, macam mana?
Menurut Atikah, saat dimasukkan ke dalam labour room adalah titik tolak perubahan besar dalam dirinya. Walaupun sebelum itu dia kelihatan tenang dan yakin, namun realitinya jauh berbeza apabila kesakitan mula dirasainya.
Suaminya yang turut risau akan keadaan Atikah ketika itu tetap berusaha memberikan kata-kata semangat untuk menenangkan hati isteri tercinta.
Dalam pada itu, apabila bergelar ibu, Atikah mengakui bahawa sepanjang tempoh kehamilan, dia sering dihantui rasa rindu terhadap ibunya. Sehinggakan mahu memeluk erat ibunya dalam tempoh debaran untuk bersalin.
Masa ni mak belum sampai lagi. Ketika ini saya mula terfikir, kenapa saya tak pilih mak sebagai peneman dalam form tu. Rasa nak peluk mak kuat-kuat,” luah Atikah penuh makna.
Tetapi saat berada di ambang kelahiran, naluri keibuan yang baru tumbuh dalam dirinya menjadikan dia benar-benar memahami betapa pentingnya peranan seorang ibu.
“ketika itu saya sedar rapat dengan mak. Dulu saya banyak ‘Gaduh’ dengan mak…:
Apa yang dikongsikan Atikah dalam podcast ini bukan sekadar cerita tentang kesakitan fizikal melahirkan, tetapi juga tentang proses jiwa dan emosi bagaimana seorang wanita berubah menjadi ibu, dan bagaimana kasih sayang terhadap ibu sendiri kembali menyala di saat yang paling getir.
Nyata, perkongsian ini menyentuh mengenai realiti menjadi ibu, penuh dengan ketulusan, lucu, dan menyentuh hati. Ia bukan sekadar penceritaan, tetapi satu pengajaran buat semua bahawa proses menjadi ibu itu bukan sahaja melahirkan anak, tetapi juga melahirkan jiwa seorang wanita yang baru.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hati mana yang tak luluh bila insan kecil yang baru belajar mengenal dunia, pergi dalam sekelip mata. Kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun 9 bulan maut selepas dihempap tiang pagar konkrit rumah sewa keluarganya di Taman Bukti Kristal, Seremban.
Menerusi laporan Sinar Harian, ketika kejadian, si kecil sedang bermain riang bersama kakaknya seperti hari-hari biasa. Tapi siapa sangka, tiang pagar yang longgar itu tumbang lalu menghempap tubuh kecilnya.
Ibu panik, segera bergegas ke hospital. Namun, segalanya sudah terlambat. Doktor mengesahkan anak syurganya pergi buat selamanya pada jam 9.14 malam (4 Oktober)
Mangsa disahkan meninggal dunia jam 9.14 malam ketika di zon kecemasan Hospital Tuanku Jaafar(HTJ)di sini.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din, pihaknya menerima maklumat kejadian itu berlaku jam 7.15 malam.
“Mangsa dikatakan bermain dengan kakaknya sebelum tiang pagar yang tidak kukuh itu tumbang lalu menghempap mangsa.
“Ibu mangsa segera membawa mangsa ke HTJ, namun disahkan meninggal dunia pada jam 9.14 malam,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Menurutnya, bedah siasat dijalankan di Hospital Rembau mendapati punca kematian adalah kecederaan kepala akibat hentakan objek berat dan tiada kecederaan lain yang dikesan.
Bayangkan perasaan seorang ibu yang hanya mampu mendakap tubuh kaku anak yang baru beberapa jam tadi ketawa bermain.
Sebagai ibu ayah, kisah ini jadi peringatan besar buat kita semua keselamatan di rumah bukan perkara kecil.
Kadang kita rasa rumah tempat paling selamat, tapi tanpa sedar ada risiko yang kita terlepas pandang pagar, almari, tangga, wayar, perabot yang tak dipasang kemas.
Sayangnya, bila benda macam ni berlaku, yang tinggal cuma rasa kalau lah. Marilah sama-sama kita lebih peka. Pastikan setiap struktur di rumah terutama yang berat dan boleh tumbang benar-benar kukuh. Nyawa anak-anak terlalu berharga untuk dipertaruhkan.
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cuti sekolah sering dianggap masa untuk anak-anak “bebas”. Bebas bangun lewat, bebas makan ikut selera, bebas pegang gajet tanpa had. Namun tanpa sedar, inilah tempoh paling kritikal yang boleh memberi kesan besar kepada perkembangan otak anak.
Menurut perkongsian pakar otak, Dr Rizal Abu Bakar, kesilapan paling biasa ibu bapa ketika cuti sekolah ialah membiarkan anak makan secara merapu tanpa kawalan, kemudian mengharapkan anak kembali fokus dan cemerlang apabila sesi persekolahan bermula.
Hakikatnya, otak anak tidak boleh ‘reset’ begitu sahaja.
Otak Anak Bukan Mesin
Dr Rizal menjelaskan, otak anak boleh diumpamakan seperti sebuah komputer.
• Otak = hardware
• Ilmu, fokus, emosi dan prestasi akademik = software
Apabila sepanjang cuti:
• makanan tinggi gula diambil tanpa had,
• junk food menjadi rutin,
• nutrisi sebenar diabaikan,
maka hardware otak akan terganggu. Bila hardware bermasalah, sebaik mana pun software, ia tetap tidak dapat berfungsi dengan baik.
Sebab itu, selepas cuti sekolah, ramai ibu bapa mengadu:
• anak susah fokus di kelas,
• cepat penat dan emosi,
• prestasi akademik merosot.
Masalahnya bukan pada anak semata-mata, tetapi apa yang berlaku pada tubuh dan otaknya sepanjang cuti.
TAHUKAH ANDA: Makanan Yang Sering Dipandang Ringan
Sebagaimana yang yang dimaksudkan makanan ‘merapu’ bukanlah satu jenis sahaja, tetapi corak pemakanan yang berulang dan berlebihan.
Antaranya:
• minuman manis seperti air sirap, air gas dan air berperisa,
• makanan ultra-processed seperti nugget, sosej dan mee segera,
• snek berwarna-warni dengan pewarna tiruan,
• makanan segera yang tinggi lemak dan rendah nutrisi.
Makanan ini memberi tenaga segera, tetapi tidak menyokong fungsi otak jangka panjang. Akibatnya, anak mudah ‘crash’, hilang fokus dan sukar mengawal emosi.
Kenapa Kesan Pemakanan Sangat Besar Pada Otak Anak?
Otak kanak-kanak sedang melalui fasa neurodevelopment pembentukan rangkaian saraf, memori dan keupayaan berfikir.
Apabila pemakanan:
• tinggi gula,
• rendah protein dan lemak sihat,
• kurang vitamin dan mineral penting,
ia boleh mengganggu keseimbangan bahan kimia otak (neurotransmitter) yang bertanggungjawab terhadap fokus, motivasi dan kawalan emosi.
Sebab itu, anak yang kelihatan sihat secara fizikal belum tentu sihat dari sudut fungsi otak.
Bukan Tak Boleh, Tapi Perlu Kawal
Sebagai ibu bapa kesedaran itu perlu ada bahaya makanan ‘merapu’ untuk jangka masa panjang.
Cuti sekolah sepatutnya menjadi tempoh:
• rehat yang berkualiti,
• pemulihan otak,
• persediaan untuk kembali belajar.
Bukan tempoh membebankan sistem otak anak sehingga ‘letih’ sebelum sekolah bermula.
Apa Yang Ibu Bapa Boleh Buat?
Beberapa langkah mudah yang boleh diamalkan:
• jadikan air kosong sebagai minuman utama,
• pastikan setiap hari ada protein sebenar seperti telur, ikan atau ayam,
• kurangkan makanan proses dan gantikan dengan makanan rumah,
• kekalkan rutin tidur walaupun cuti.
Langkah kecil ini memberi impak besar kepada fokus dan emosi anak.
Jangan Salah Faham Peranan Kita
Ibu bapa sering menaruh harapan tinggi pada guru dan sekolah. Namun hakikatnya, asas prestasi anak bermula di rumah daripada apa yang mereka makan, bagaimana mereka tidur dan rutin harian mereka.
Seperti yang ditekankan oleh Dr Rizal Abu Bakar, kita tidak boleh merosakkan hardware otak anak, kemudian berharap software akademik berfungsi dengan sempurna.
Anak bukan gagal. Yang perlu diperbaiki ialah cara kita menjaga mereka.
Sumber: Dr Rizal Abu Bakar
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...