Anak asyik demam, batuk tak habis-habis? Kadang kita fikir punca dari cuaca atau sekolah, tapi tak terlintas yang punca sebenar mungkin datang dari dapur sendiri. Setiap kali kita panaskan minyak berulang kali, sebenarnya terbentuk bahan toksik yang perlahan-lahan boleh ganggu imun badan.

Tidak dinafikan, kod minyak masak seperti CP6, CP8 dan CP10 menentukan tahap kestabilan dan keselamatan minyak bila dipanaskan. Kalau salah pilih, apa yang masuk ke perut anak bukan sekadar makanan  tapi juga bahan yang boleh rosakkan sel badan mereka tanpa kita sedar.

Pastinya sebagai ibu ayah, anak dari kecil lagi kita dah jaga makan minum, tapi ramai terlepas pandang tentang kod minyak masak yang digunakan setiap hari di dapur. Walaupun nampak sama je bila dipanaskan semula, hakikatnya setiap kali minyak digunakan berulang kali, ia berubah jadi “racun perlahan” untuk badan.

Minyak yang dah digunakan banyak kali boleh hasilkan radikal bebas dan lemak trans — dua punca utama kepada risiko kanser, kolesterol tinggi dan masalah jantung. Sebab tu penting untuk kita faham dan kenal kod minyak masak supaya tahu mana yang selamat untuk anak dan suami.

Kenapa Kod Minyak Masak Penting Untuk Kesihatan?

Cara Kenal Kod Minyak Masak Yang Selamat, Elak Anak Kerap Demam & Batuk, Bahaya Tersembunyi Ramai Tak Tahu

Ramai yang tak sedar setiap botol minyak masak sebenarnya ada kod minyak tersendiri. Kod ini menentukan tahap kualiti dan kesihatan minyak tersebut. Walaupun nampak serupa bila digoreng, sebenarnya ada beza besar antara CP5, CP6, CP7, CP8 dan CP10. Kalau tersilap pilih, makanan bukan saja cepat rosak atau menyerap minyak berlebihan, malah boleh jadi punca radikal bebas dan kolesterol tinggi.

Kenali Kod Minyak Masak Dan Kegunaannya

CP5 – Minyak sawit dengan tahap kehalusan sederhana. Kandungan asid lemak bebas (FFA) sekitar 0.1 – 0.25%, lebih sihat daripada CP6 dan yang seterusnya.

CP6 – Minyak “premium” dan antara kod minyak masak paling berkualiti. Kaya Vitamin E & tocotrienols, kurang berbuih, makanan rasa lebih segar. Sesuai untuk salad dressing atau masakan suhu rendah.

Ads

CP7 – Kandungan asid lemak lebih tinggi sedikit. Minyak cepat berbuih dan makanan cepat serap minyak. Sesuai untuk gorengan biasa.

CP8 – Cepat berbuih dan mudah jadi hitam. Tak boleh digunakan berulang kali. Jika minyak sudah tukar warna, terus buang.

CP10 – Biasanya minyak paket murah (gred rendah). Cepat berkeladak, senang rosak, dan tidak sesuai digunakan lama.

Beza CP6 Dan CP8 – Mana Lebih Baik?

Cara Kenal Kod Minyak Masak Yang Selamat, Elak Anak Kerap Demam & Batuk, Bahaya Tersembunyi Ramai Tak Tahu

Menurut perkongsian di laman Facebook Sazly Tulih Page, CP bermaksud Carotene Palm Olein minyak sawit yang ditapis (refined), diputihkan (bleached) dan dinyahbau (deodorized). Nombor 6 atau 8 menunjukkan Cloud Point, iaitu suhu di mana minyak mula jadi keruh atau beku bila disejukkan.

Ads

1. Cloud Point (Titik Keruh)

CP6: Lebih rendah (±6°C), tahan keruh di suhu sejuk. Sesuai untuk negara beriklim sejuk seperti Eropah, Jepun, atau China Utara.

CP8: Lebih tinggi (±8°C), cepat keruh pada suhu bawah 8°C. Sesuai untuk negara tropika seperti Malaysia, Indonesia dan Afrika.

2. Rasa & Fungsi

Kedua-dua kod minyak masak CP6 dan CP8 hampir sama dari segi rasa dan bau, bezanya pada kestabilan ketika disimpan di suhu sejuk.

3. Harga Pasaran

CP6 sedikit mahal berbanding CP8 kerana proses pemurnian untuk menurunkan cloud point lebih kompleks.

Ads

4. Kegunaan

CP6 lebih sesuai untuk eksport ke negara sejuk supaya minyak tidak cepat beku dalam botol. CP8 pula digunakan secara meluas di negara panas kerana lebih murah dan stabil dalam suhu tinggi.

Pandangan Pakar Tentang Kod Minyak Masak

Cara Kenal Kod Minyak Masak Yang Selamat, Elak Anak Kerap Demam & Batuk, Bahaya Tersembunyi Ramai Tak Tahu

Menurut laporan Berita Harian, Ketua Unit Kesihatan Awam Hospital Pengajar UPM, Dr Suhainizam Muhammad Saliluddin menjelaskan bahawa minyak masak yang dipanaskan berulang kali boleh meningkatkan risiko kesihatan.

Apabila minyak dipanaskan berulang kali pada suhu 160–190°C, tindak balas kimia menghasilkan radikal bebas yang boleh merosakkan sel tubuh. Kerosakan ini boleh membawa kepada pelbagai penyakit kronik.

Berapa Kali Boleh Guna Minyak Masak?

Menurut Dr Suhainizam, minyak masak hanya boleh digunakan maksimum tiga kali sahaja. Selepas itu ia tidak lagi selamat. Pengguna boleh melihat tanda-tanda minyak tidak sesuai digunakan seperti warna gelap, bau tengik, tekstur lebih pekat, cepat berasap, dan banyak serdak makanan.

Tips Pilih Minyak Masak Yang Selamat

  • Pilih minyak berkualiti dengan kod CP5 atau CP6 jika mampu.
  • Elak guna minyak berulang kali lebih dari tiga kali.
  • Simpan minyak di tempat kering dan jauh dari cahaya.
  • Kalau minyak sudah bertukar warna atau berbau, jangan guna semula.

Kalau nak jaga kesihatan keluarga, pilih minyak ikut kod minyak masak bukan harga semata-mata. Anak dan suami makan hasil dari dapur kita  jadi pastikan minyak yang digunakan betul-betul selamat dan berkualiti.

Sumber: Beria Hariana  dan Facebook

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads