Adakah kita tahu cara kita mendidik anak supaya mendengar arahan kita itu adalah salah?Selalu ibu ayah akan salahkan anak dahulu. Ada yang sampai melabelkan anak degil.
Sebelum nak marah anak, cuba kita selidik dulu cara yang kita lakukan. Mungkin ada kelemahan dari kita sendiri yang dikongsikan oleh Puan Aminah Hussain
Pernah tak berlaku situasi begini:
Situasi 1: Dikedai makan
Mama : Rayyan, tak mahu panjat2 kerusi tu..
Rayyan terus juga panjat- panjat, tidak hiraukan arahan mama
Mama terus sembang-sembang dengan kawannya, mama fikir selagi tak panjat tinggi- tinggi, its ok!
Situasi 2: Di dapur
Mama : Rayyan, jangan main air dalam bilik air tu
Rayyan terus main air dalam bilik air
Mama terus sambung masak kat dapur, biarlah dia main air kejap, sekurang-kurangnya aku boleh memasak tanpa gangguan.
Situasi 3: Diruang tamu
Mama : Dah kemas mainan ni Ruqayya, dah malam ni
Ruqayya : Tak nak, Yaya nak main lg.
Mama terus membiarkan Ruqayya bermain lagi, sambil tu on fb, dapat gak tengok-tengok cerita kawan kat fb sekejap.
Ads
Ini kita panggil kaedah keibubapaan yang tidak konsisten. Tanpa disedari mama telah menghantar arahan ‘Kalau mama bagi arahan tidak perlu ikut pun, mama bukan serius pun’. Seterusnya, di lain hari anak-anak telah terbiasa untuk tidak mengikut arahan mama.
Yang seharusnya dilakukan ialah seperti berikut:
Situasi 1
Mama : Rayyan, jangan panjat- panjat kerusi tu
Rayyan tidak mengikut arahan
Mama kira dalam hati..1..2..3.. ulangi arahan kali kedua
Rayyan masih tidak mengikut arahan
Kira lagi dalam hati..1..2..3
Sekiranya Rayyan tidak lagi mengikut arahan, terus angkat/ tarik Rayyan daripada terus memanjat kerusi
Ads
***Dilarang membebel
Situasi 2
Mama : Rayyan, jangan main air dalam bilik air tu
Rayyan tidak mendengar arahan
Mama kira dalam hati 1..2..3..
Ulangi arahan
Mama kira dalam hati 1..2..3
Sekiranya Rayyan tidak lagi mendengar arahan terus matikan air dan bawa keluar Rayyan dari bilik air
***Dilarang membebel
Ads
Situasi 3
Dalam situasi memberi arahan untuk melakukan sesuatu, digalakkan memasukkan teknik foreshadowing. Situasi 1 dan 2 adalah melarang melakukan sesuatu. Situasi 3 ni lebih kepada nak memberi arahan.
Mama : Ruqayya, lagi 10 minit kemas mainan ye, dah malam ni, masa untuk tidur.
Masa ini tawar menawar masih boleh dilakukan (Jika Ruqayya meminta lebih masa sekitar 10 hingga 15 minit). Ingatkan Ruqayya sekali lagi.
Mama : Ok lagi 5 minit tau.
Selepas masa tamat..
Mama : Ok times up, jom kemas mainan.
***Dilarang tawar menawar/membebel.
Jika Ruqayya terus kemas baguslah, jika dia enggan mama terus kemas separuh dan ambil tangan Ruqayya untuk ambil mainan dan masukkan dalam bekas.
Dengan ini kita telah menghantar arahan kepada anak-anak ‘Jika mama memberi arahan, mama adalah serius, lain kali kalau mama beri arahan saya perlu ikut’.
Jelaskan kenapa biasanya anak-anak lebih mengikut arahan bapanya. Kerana arahan bapa lebih jelas tanpa sebarang bebelan berbanding seorang ibu. Tegas dan padat. Itu arahan yang sampai pada anak.
Semoga Allah mempermudah urusan kita.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon Siti Elizad yang baru sahaja selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan sebesar 8cm pada Rabu lalu mengharapkan agar hasratnya menimang cahaya mata menjadi kenyataan.
Difahamkan ia merupakan pembedahan kedua buat Elizad selepas melalui proses yang sama pada tahun 2015 untuk membuang ketumbuhan seberat 4kg.
Menurut Elizad, 34, pembedahannya berjalan lancar dan doktor menyarankan agar dia segera hamil apabila kesihatannya kembali pulih nanti.
Pelakon Syurga Yang Kedua memberitahu, dia hanya mengetahui tentang ketumbuhan terbaharu itu apabila berjumpa pakar untuk menjalani proses In vitro fertilization (IVF).
“Doktor menasihati agar ia dibuang terlebih dahulu jika ingin hamil. Dibimbangi sekiranya saya hamil juga, ia boleh menjejaskan janin dalam kandungan. Saya ikut nasihat doktor tetapi meminta tidak membuang sebelah lagi ovari.
“Alhamdulillah, segalanya berjalan. Cuma, buat masa sekarang saya perlu pastikan keadaan betul-betul sihat terutama kesan pembedahan jika ingin hamil. Dapat seorang cahaya mata pun saya bersyukur sangat. Doakan saya,” katanya sebagaimana yang dilaporkan sebuah akhbar.
Elizad akan berehat selama sebulan daripada sebarang aktiviti kerjaya seni dan hanya akan kembali aktif apabila kesihatannya benar-benar pulih.
Elizad mendirikan rumah tangga dengan duda dua anak, Shamsul Baharin Rahman, 46, pada 11 Januari 2015.
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kenapa anak-anak kita tak sama zaman kita dulu? Dulu, jeling sekali, terus bangun…Sekarang, jeling sekali, ‘umi sakit mata ke’
Dulu, denda kena kunci luar rumah kalau balik lambat, lepas tu jeran, tak kan buat dah. Sekarang, denda macam tu, taubat anak tak kan balik rumah dah kalau terlewat
Dulu, cakap sekali cukup. Sekarang, perlu arahan step by step.
Apakah penyebab perubahan ini?
‘Didiklah anak mengikut zamannya’
Kenapa pesanan ini diberikan kepada kita? Pasti ada sesuatu yang perlu kita lihat dan perhalusi.
VUCA world. Dunia telah berubah dengan sangat pantas. Fenomena VUCA world banyak dibincangkan dalam bidang perniagaan dan pengurusan. Tanpa kita sedari, cara mendidik anak juga perlu berubah mengikut fenomena ini.
Volatility Uncertainty Complexity Ambiguity
Anak yang didenda tak terkesan dengan denda yang diberikan. Yes it happen to me as well.
Kenapa?
Dunia hari ini yang dilalui anak2 adalah sesuatu yg bercirikan ‘ambiguity’….kabur
Beli permainan yang packaging nya nampak sgt menarik, apabila dibuka, isinya mengecewakan
Memesan makanan berdasarkan gambar di senarai menu, namanya american bla bla bla.. Yang sampai, nasi goreng dengan telur mata.
Anak2 belajar bahawa apa yang mereka lihat tidak menggambarkan realitinya
Maka apabila mendenda, mereka tak boleh membaca minda ibu bapa yang kesal dengan perbuatan mereka
UBATNYA ; penjelasan
Talk to your child. Beritahu apa yang kita rasa, apa akibat perbuatan mereka, apa mereka sepatutnya lakukan.. Dalam intonasi yang menerangkan.. Bukan bebelan.
Kenapa bukan bebelan? Kerana biasanya jika dalam bebelan, informasi yang diberikan lebih banyak keluhan dari isi penting.
Mereka perlukn arahan berperingkat, jelas.. Kerana dunia hari ini terlalu banyak perkara ‘Uncertain’. Perubahan terlalu cepat, informasi bergerak terlalu laju, maka tak sempat nak memahami sesuatu perkara, akan keluar perkara baru yang perlu difahami. Teknologi, produk, silibus pembelajaran…semuanya berubah dengan sangat pantas.
Maka anak-anak ini memerlukan sesuatu yang jelas. Arahan berperingkat, arahan satu persatu.
The world is becoming more complex…. ‘Complexity’ ini memerlukan ibu bapa hari ini menjadi ibu bapa yang berilmu, dan peka dengan anak-anak.
It is not easy. But it is POSSIBLE. Working parents or housewife, both are able to be a supermom!
Anda tidak boleh mengubah warna kulit bayi. Warna kulit bayi, sama ada cerah atau gelap, ditentukan oleh gennya pada saat dia disenyawakan. Tiada apa yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk memutihkan atau menggelapkan kulit bayi sebelum atau selepas lahir.
Apa yang boleh berubah untuk sementara atau yang mempengaruhi warna kulit, tona dan kompleksi mukanya ialah isu kesihatan dan alam sekitar. Apabila isu-isu tersebut telah selesai, warna kulit bayi anda kembali kepada asal.
-Kulit bayi mungkin nampak merah atau kemerahan kerana suhu yang tinggi.
-Dia mungkin nampak pucat kebiruan sedikit kerana sejuk terutamanya jika tangan dan kakinya terdedah.
-Sesetengah bayi bertukar jadi biru atau ungu jika terlalu kuat menangis. Walau bagaimanapun, jika warna kebiruan ini tidak hilang selepas berhenti menangis, atau jika bayi anda berwarna kebiruan di seluruh badannya dan tidak hilang selepas beberapa hari, ini mungkin tanda bahawa ada masalah pernafasan atau peredaran. Maklumkan kepada doktor anda dengan segera.
-Sesetengah bayi juga nampak lebih gelap beberapa hari selepas dilahirkan kerana mereka kehilangan air dan berat pada mulanya, dan ini boleh membuat kulit mereka kelihatan kusam. Walau bagaimanapun, kebanyakan bayi akan mendapat tona kulit yang sihat sebaik sahaja corak penyusuan sudah stabil dan mereka mendapat susu yang cukup.
Kulit bayi baru lahir berbeza rupa mengikut jumlah minggu kehamilan anda semasa bayi dilahirkan.
-Bayi pramatang mempunyai kulit yang nipis dan jernih, dan mungkin disaluti lapisan lanugo, bulu yang halus dan lembut. Mereka juga mungkin diselaputi verniks, satu bahan yang putih berminyak yang melindungkan kulit daripada cecair amnion.
-Bayi cukup bulan dan bayi lewat bulan dilahirkan dengan hanya sedikit verniks dalam kelipat-kelipat kulit mereka. Bayi dilahir lewat juga mempunyai kulit yang agak berkedut dan amat sedikit lanugo atau tiada langsung.
Kompleksi wajah bayi mungkin kelihatan berubah kerana bayi di kalangan kebanyakan kaum dan etnik dilahirkan dengan kulit yang agak cerah dan biasanya kemerahan. Warna kemerahan itu datang dari salur-salur darah yang jelas kelihatan melalui kulit bayi yang masih nipis.
Kebanyakan ibu bapa menyangka warna kulit yang kemerahan ini ialah kompleksi bayi dan merungut apabila warnanya bertukar kepada tona kulit sebenar dalam beberapa minggu seterusnya hingga usia bayi setahun.
Dalam keluarga yang lebih tradisional, nenek dan makcik mungkin menasihati ibu baru untuk mengurut bayi mereka dengan susu mentah, krim segar, tepung gandum lengkap dan adunan kunyit untuk mendapatkan kulit yang putih dan licin.
Amalan ini elok dielakkan sebab susu mentah mengandungi pelbagai bakteria seperti E coli dan salmonela, selain menyebabkan cirit-birit, dan disenteri. Krim segar juga boleh membuatkan kulit berminyak, yang boleh menyebabkan ruam. Juga, ciri kesat tepung gandum lengkap dan kunyit boleh menyebabkan calar lebam pada kulit bayi.
ADA IBU YANG SUKA MENYAPUKAN BANYAK BEDAK DI KULIT BAYI UNTUK MEMBUAT MEREKA PUTIH. INI PERBUATAN SIA-SIA. SEBENARNYA, BEDAK BOLEH JADI BERKETUL-KETUL PADA KULIT BASAH DAN MENYEBABKAN KERENGSAAN DAN KETIDAKSELESAAN.
Kadangkala bayi mendapat ruam kulit dan tanda lahir yang memerlukan pemeriksaan lanjut. Jika anda bimbang mengenainya, jumpalah doktor atau pakar kanak-kanak.
Sumber: Baby Center
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.