Setiap pasangan suami isteri pasti mengharapkan rezeki untuk memiliki zuriat sendiri. Kehadiran anak dianggap sebagai penyejuk hati dan mungkin juga ujian buat kita. Sehebat mana pun kita jadi ibu ayah, mungkin ada juga sedikit cabarannya.
Tambah pula dengan keadaan hari ini, anak-anak sekarang lebih terdedah kepada pelbagai perkara yang mungkin boleh membuat kesabaran ibu bapa sedikit tercabar. Apa sekalipun yang berlaku, anak kita masih memerlukan bimbingan dan kasih sayang untuk mereka membesar dalam suasana yang harmoni.
Menerusi perkongsian di TikTok Cikgu CIC, sebenarnya ada cara nak melembutkan hati anak-anak.
Selalu ibu bapa bertanya macam mana nak lembutkan hati, nak baca doa apa kan?
Kebanyakan kita lebih biasa baca Ya Latif tapi ada satu lagi nama Allah asmaul husna boleh diamalkan. Tip ini dikongsikan oleh seorang Tuan Guru.
Ads
Ibu bapa boleh baca Ya Rauf, seru banyak-banyak nama ALLAH Ya Rauf, ulanglah 10 kali, 5 kali atau 3 kali dengan penuh khusyuk sambil gosok belakang anak.
Ya Rauf ni maksudnya Yang Maha Belas Kasihan. Lepas sebut Ya Rauf sebutlah pula dengan Ya Latif, Ya Latif, Ya Latif.
Baca kedua-dua sekali untuk anak-anak kita, insyaAllah dengan izin Allah semuanya berada dalam rahmat-Nya. Niatkan yang baik-baik, pasti anak kita menjadi anak soleh dan solehah serta insan cemerlang dunia akhirat.
Ketika membesarkan anak-anak, didiklah mengikut perkembangan mereka. Beri perhatian kepada emosi serta tingkah laku mereka. Untuk memastikan anak membesar dalam persekitaran yang positif, elakkan terlalu ‘menekan’ mereka untuk melakukan sesuatu yang di luar kemampuan anak.
Misalnya untuk perkembangan kanak-kanak di peringkat umur antara tiga tahun hingga empat tahun dan kadangkala sehingga enam tahun, mereka masih lagi minat untuk bermain. Main pada kanak-kanak adalah belajar. Kanak-kanak belajar sambil bermain untuk memahami sesuatu konsep. Sambil bermain mereka belajar mengenali sesuatu dengan menggunakan deria lihat, sentuh, rasa, dengar dan mentafsir mengikut pandangan dunianya sendiri.
Tingkah laku positif kanak-kanak sepatutnya diterapkan seawal usia sebelum ke tadika. Ibu bapa memainkan peranan penting untuk memupuk kanak-kanak berdisiplin. Adalah tidak adil untuk meletakkan segala tanggungjawab dibebankan kepada institusi tadika dan sekolah.
Pernahkah ibu bapa melatih anak-anaknya mematuhi perkara yang dilakukan semasa di rumah? Sebagai contoh jadual di rumah waktu bermain, menonton televisyen, solat, mandi dan tidur. Kesemuanya perlu dimulakan sejak kecil lagi.
Mereka perlu dibiasakan perkara-perkara yang diingini oleh orang dewasa seperti tidak menyepahkan barang mainan selepas main, membaca dan sebagainya. Jangan jadikan sesuatu yang negatif seperti tidak mengemas barang mainan selepas bermain dibiarkan begitu sahaja.
Maklumkan berkemas sebagai satu peraturan dan sekiranya ingkar hukuman tidak benarkan bermain lagi. Ibu bapa perlu memberi contoh seperti mengemas bersama-sama untuk beberapa kali dan berikan pujian sebagai ganjaran kerana mengemas barang mainannya.
Selepas itu galakkan kanak-kanak melakukannya sendiri mengikut jadual yang ditetapkan seperti masa menonton televisyen, membaca, mandi dan tidur.
Kanak-kanak yang tidak dilatih mendengar dengan memberi tumpuan dengan menggunakan mata biasanya tidak dapat mengikut arahan dengan betul. Kadangkala mereka sukar untuk memahami perkara yang disampaikan. Arahan yang hendak disampaikan hendaklah jelas, ringkas dan dapat dilihat atau digambarkan.
Contohnya, “Selepas bermain barang mainan hendaklah dikemas masukkan ke dalam kotak.” Kanak-kanak dapat memahami dengan jelas dan mengetahui apa yang perlu dibuat untuk menyimpan barang mainannya. Berbanding dengan contoh berikut: “Mainan yang bersepah ini perlu dikemas sekarang juga.” Kanak-kanak tidak tahu apa yang harus dilakukan untuk menyimpan barang mainannya.
Pada usia enam tahun tidak semua mencapai kematangan dan mereka masih di tahap mempelajari sesuatu perkara berasaskan perkara yang maujud atau konkrit. Mereka tidak dapat membayangkan sesuatu yang abstrak.
Contohnya, apabila ditanya berapa nilai nombor lima. Mereka tidak dapat mengaitkan persamaan nilai lima dengan benda lain. Walhal nilai lima boleh dikaitkan dengan lima jemari, lima keping biskut dan sebagainya. Setiap perkara yang dipelajari perlu ada unsur main. Bahan yang diberikan hendaklah selaras dengan minat dan keupayaan kanak-kanak.
Kesimpulannya, ibu bapa perlu memahami perkembangan kanak-kanak mengikut peringkat usia terhadap kesesuaian kesediaan belajar. Setiap tahap kesediaan belajar kanak-kanak berbeza bergantung kepada keupayaan individu. Setiap kanak-kanak keupayaan, kemahiran dan minatnya berbeza. Kenal pasti minat dan kebolehan anak anda dan berikan perkara yang diminati untuk memupuk minat belajar.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mungkin ada sesetengah ibu bapa yang keliru tentang tahanp-tahap perkembangan anak mengikut usia. Mama dan papa boleh periksa perkembangan anak seperti list di bawah.
Ada mak ayah yang ada anak umur 2-3 Tahun? Jom semak tahap kemahiran anak kita. Nak check anak on track ke tak tengok list kat bawah 😊
1. Kemahiran Motor kasar/ Gross motor skill:
👣 Naik & turun tangga dengan sendiri
👣 Menendang bola ke depan
👣 Melompat ke atas
👣 Membaling bola ke depan. Skil ni nak masuk 3 tahun baru check ye.
2. Kemahiran Motor halus/ Fine motor skil:
🤏🏼 Membina tower menggunakan 4 blok kiub
🤏🏼 Membina tower menggunakan 6 blok kiub
3. Kemahiran Personal-sosial/ Independent skil :
👖👕 Memakai baju dan seluar sendiri. Tapi its normal ye kalau terbalik luar dalam. Belakang dan depan. Sebab visual persepsi anak belum matang lagi.
✅ Pastikan anak dah lepas buka baju, kasut & seluar sendiri dulu. Itu skil bawah 2 tahun.
👖👕 Gosok gigi dengan bantuan
4. Kemahiran Komunikasi & bahasa:
🗣 Mula menggabungkan dua perkataan. Contoh “nak makan”, “tutup pintu”, “nak air”, “nak main”
🗣 Faham arahan mudah
🗣 Bila nak makan atau nak sesuatu dah boleh minta dan cakap bukan tunjuk je semata-mata. Contoh “nak roti”, “nak pisang”, “nak biskut” sambil tunjuk.
🗣 Boleh namakan anggota badan seperti hidung, mulut, mata, telinga, tangan dan kaki. Tahu lebih tu bonus sebab ramai mak ayah gigih ajar anak kat rumah 😁
5. Emosi:
🤯 Anak dah faham bila kita marah atau sedih. Nak tau anak faham ke tidak. Cuba buat2 nangis. Anak datang pujuk tak atau tolong lap air mata. Anak saya akan datang pujuk dan cakap “dah dah” 😂 bila saya pura-pura nangis
6. Kemahiran bermain/ Play skill:
👩🏼🍳Permainan olok-olok/ Pretend play. Umur 2 tahun anak mula bermain olok-olok. Contoh, dia akan main anak patung. Suap, dodoikan, selimutkan dan tidurkan teddy bear.
Atau mainan olok-olok yang lain.
Nanti kongsi kat ruang komen anak korang suka main apa okay? 😁😍
Semoga bermanfaat!
Disclaimer: Perkongsian ini adalah bertujuan untuk pembelajaran sahaja
Bila anak merajuk tidak semestinya setiap kali itu, kita perlu pujuk. Adakalanya kita perlu bertegas. Kerana anak-anak kecil ni bila merajuk dia hanya hendak tahu sejauh mana dia boleh ada kuasa dengan anda.
JADI TEGAS NAMUN PENUH KASIH SAYANG
Sebagai contoh, jika dia sudah berjanji dia akan mandi selepas melakukan sesuatu aktiviti. Tetapi bila sudah habis aktiviti itu, dia masih tidak mahu mandi, maka anda tetap membawa dia mandi. Kemudian, dia memprotes pula, tidak perlulah ditaati kemahuannya.
DENGARI ANAK dan MENERANGKAN DENGAN BAIK
Dia hanya memprotes dan menyatakan kekecewaannya.
Kita dengar dan berusaha melayan dan memberi penerangan.
Namun, tidak perlu ‘back-off’.
Anak sedari kecil, ketika berusia 2 tahun ke atas perlu diasuh untuk memahami sesuatu tindakan anda.
IA PROSES YANG BERULANG
Dalam masa yang sama janganlah menyangka mereka boleh terus faham dan mengikut cakap.
Ia memerlukan proses yang kadang-kadang boleh menjadi lama.
Oleh kerana itulah kita perlu pengasih dan tegas dengan rules dan regulation yang kita tetapkan di rumah.
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...