Setiap pasangan suami isteri pasti mengharapkan rezeki untuk memiliki zuriat sendiri. Kehadiran anak dianggap sebagai penyejuk hati dan mungkin juga ujian buat kita. Sehebat mana pun kita jadi ibu ayah, mungkin ada juga sedikit cabarannya.
Tambah pula dengan keadaan hari ini, anak-anak sekarang lebih terdedah kepada pelbagai perkara yang mungkin boleh membuat kesabaran ibu bapa sedikit tercabar. Apa sekalipun yang berlaku, anak kita masih memerlukan bimbingan dan kasih sayang untuk mereka membesar dalam suasana yang harmoni.
Menerusi perkongsian di TikTok Cikgu CIC, sebenarnya ada cara nak melembutkan hati anak-anak.
Selalu ibu bapa bertanya macam mana nak lembutkan hati, nak baca doa apa kan?
Kebanyakan kita lebih biasa baca Ya Latif tapi ada satu lagi nama Allah asmaul husna boleh diamalkan. Tip ini dikongsikan oleh seorang Tuan Guru.
Ads
Ibu bapa boleh baca Ya Rauf, seru banyak-banyak nama ALLAH Ya Rauf, ulanglah 10 kali, 5 kali atau 3 kali dengan penuh khusyuk sambil gosok belakang anak.
Ya Rauf ni maksudnya Yang Maha Belas Kasihan. Lepas sebut Ya Rauf sebutlah pula dengan Ya Latif, Ya Latif, Ya Latif.
Baca kedua-dua sekali untuk anak-anak kita, insyaAllah dengan izin Allah semuanya berada dalam rahmat-Nya. Niatkan yang baik-baik, pasti anak kita menjadi anak soleh dan solehah serta insan cemerlang dunia akhirat.
Meraikan isteri bukanlah sekadar pada hari istimewa seperti hari jadi. Sebaliknya raikan isteri pada setiap masa.
Tak rugi berhabis untuk anak dan isteri malah rezeki makin mencurah-curah berkat doa isteri.
Begitulah perkongsian penyanyi, Khai AF apabila berkongsi rezeki bersama isteri.
‘Power bila isteri doa dengan ikhlas sepenuh hati. Tp niat kita belanja family bukan atas sebab balasan. Belanja dgn ikhlas kerana Allah utk buat mereka Happy & itu rezeki mereka.’
“Isteri akan tahu sendiri doa utk kita juga. Tp anak2 perlu diingat, sblm tidur doa. Pesan selalu. Doa ringkas pun takpe janji utk 1 famili sihat, sentiasa diberkati, dilindungi serta berjaya dunia akhirat. Lps tu suruh anak2 baca doa makan pun OK. 😉”
Asbab berkat doa isteri, rezekinya makin mencurah-curah dan dia mengakui terkejut menerima cek berjumlah 80 ribu ringgit.
“Doa perlu jelas. Ini cite betul, depan sy isteri sy doa asbab RM800 ko berikan suamiku RM80,000. Itu yg sy tahu lah sbb tu sy terkejut betul2 cek dapat berjumlah RM80,000 😆 MasyaAllah…”
Setiap ibu bapa harapkan yang terbaik untuk anak-anak. Bila anak dah semakin besar, harapan ini akan bertukar kepada apa yang kita mahu anak buat pula sebagai bukti mereka dapat balas jasa kita.
Semua niat ini dah ada seawal ibu bapa dapat tahu ada bayi yang menghuni rahim ibu. Betul kan? Tapi sejauh mana tindakan kita untuk memastikan hasrat dan impian ini terlaksana.
Pendapat yang dikongsikan oleh Saleha Idris ini cukup mudah dan boleh diamalkan seawal anak dalam kandungan lagi hinggalah mereka besar.
Rahsia Al-Fatihah yang sentiasa meniti di bibir ibu ayah akan menjadi kekuatan dalam diri anak-anak kita. Insyaallah!
“Sebelum kita ibu bapa ni terima sedekah Al-Fatihah daripada anak kita. Kitalah sebagai mak hadiahkan Alfatihah dulu pada anak kita.”
Begitulah ungkapan seorang ibu hebat yang dikenali.
Membuat diri ini sebagai mak terfikir.
Kita selalu berharap anak kita buat baik kepada Kita. Kita harap apabila kita hantar anak tahfiz. Kita akan masuk syurga. Kita harap apabila anak kita besar dia akan teruskan bisnes kita. Kita harap apabila kita hantar anak tuisyen cari duit anak kita akan dapat straight A. Kita harap anak kita besar akan bagi duit pada kita.
Tetapi ibu hebat ini ‘Kita’. Harapan perlu bermula dengan kebergantungan kepada Allah dan usaha yang ikhlas.
Tidak mengharapkan apa-apa. Tapi ada visi misi yang ditanam buat anak anak.
Ketika berbual. Saya bertanyakan kunci menjadi kunci ibu mithali. Katanya sedekahlah Alfatihah buat anak kita setiap hari. Doakan kejayaan dan diri mereka. Selepas Al-Fatihah doa buat mereka.
Manakan kita berharap tetapi kita tidak pernah memberi apa kita ada.
Duit raya dikumpul anak-anak usahlah dibiarkan berbelanja dengan senang hati. Ada baiknya mak ayah bantu untuk ‘membiakkan’ duit ini agar lebih banyak dan menyenangkan mereka bila besar nanti.
Apa mak ayah nak buat? Simpanan bagaimana yang begitu menguntungkan mereka kelak? Perkongsian Abd Hadi Abd Halim ini mak ayah perlu teliti. Pilihan di tangan anda.
Duit raya menjadi penyeri sambutan setiap kali Hari Raya Aidilfitri. Sudah menjadi budaya masyarakat kita yang sangat baik iaitu bersedekah dihari yang mulia. Sedikit tips dari saya, berikanlah duit raya pada hari terakhir Ramadhan sebelum berbuka. InsyaAllah kita peroleh ganjaran bersedekah dalam bulan ibadah. Bila hari raya bagi RM1 je. Hehe 😉
Baik, berikut adalah beberapa pilihan yang kita ada untuk menyimpan duit raya anak-anak kita:
AHB – Amanah Hartanah Bumipurta. Ia adalah sejenis dana amanah yang melabur hanya di sektor hartanah. Keuntungannya adalah dari pemilikan aset hartanah dan penyewaannya. Dana ini memberikan pulangan setiap 6 bulan. Ini bermakna 2 kali setahun (bulan Mac dan September). Kadar dividen adalah 6.6% setahun.
Dividen ini dimasukkan terus ke akaun simpanan atau semasa Maybank. Jadi kita boleh pindahkan ia ke instrument lain seperti Tabung Haji. Amaun minimum adalah RM100 untuk membuka akaun dan RM50 untuk menambah simpanan berikutnya. Boleh semak kuota di Maybank dan Ambank. Ia adalah terhad.
Tabung Haji – Ia adalah simpanan untuk mengerjakan haji. Sekiranya anak kita belum mendaftar haji, bolehlah kita fokus bagi mencukupkan amaun didalam akaunnya untuk pendaftaran haji. Ketika anak saya baru lahir, saya gunakan duit hadiah dari orang ramai kepadanya untuk membuka dan mendaftarkan haji untuknya. Gilirannya adalah apabila dia berumur 60 tahun. Kadar bonus adalah 4.25% + 1.5%. Bonus ini akan terus dimasukkan kedalam akaun yang sama.
Emas – Satu kaedah yang semakin popular kini. Ia adalah satu lagi alternatif pelaburan jangka panjang. Kita kini boleh membuka akaun simpanan emas untuk anak-anak kita. Kini terdapat akaun emas yang disokong oleh emas sebenar.
Jadi kita boleh mengambil emasnya apabila perlu. Kelebihannya ialah ia terlindung dari kesan kejatuhan ringgit dan ketidakstabilan ekonomi. Jika dilihat dari data 13 tahun, emas menunjukkan keuntungan purata 21.95%. Sekiranya perlu menggunakannya, kita hanya perlu menjual atau pajak sahaja. Amat sesuai dijadikan sebagai dana pendidikan.
ASB – Amanah Saham Bumiputera. Ia adalah dana yang melabur dipelbagai sektor. Ada pelbagai pendapat mengenai status syariahnya, namun Majlis Fatwa Kebangsaan menyatakan ia adalah harus. Kadar dividen tahunan purata adalah 7.2%
SSPN-i – Skim Simpanan Pendidikan Nasional. Ia adalah 1 cara menyimpan dana pendidikan. Syarat untuk melayakkan anak kita membuat pinjaman PTPTN adalah memiliki simpanan dalam akaun SSPN-i. Pelbagai tawaran di sediakan kepada penyimpan disini antaranya takaful (hanya untuk pakej berlian), geran sepadan, cabutan bertuah, pelepasan cukai (terhad RM6000 setahun. Nilai ini akan ditolak dari nilai pendapatan kena cukai. Jika anda adalah pembayar cukai, ini adalah peluang terbaik. Kadar keuntungan purata untuk RM6000 ini boleh naik kepada 24% hasil tambahan untuk purata 4% dan 20% pengecualian cukai). Kadar keuntungan purata adalah 4%.
Jadi kini kita boleh memilih untuk menyimpan duit raya anak kita dimana-mana instrument yang dinyatakan. Jangan duit raya habis beli mercun.
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Pa&Ma
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Keputusan untuk memiliki anak bukanlah sesuatu yang mudah bagi kebanyakan pasangan hari ini. Selain perlu bersedia dari segi emosi dan fizikal, ibu bapa turut memikirkan kos sara hidup, penjagaan anak, kestabilan pekerjaan serta kemampuan untuk membesarkan keluarga dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar.