Cara Mudah Buat Serbuk Bilis Untuk Makanan Bayi

Share

Serbuk bilis biasanya digunakan oleh ibu untuk dicampur dalam makanan bayi. Maklumlah bayi bawah umur 2 tahun tak boleh makan garam dan gula dalam makanan mereka.

Jadi untuk mengelakkan daripada menggunakan serbuk bilis yang dijual di pasaran lebih baik ibu buat sendiri untuk si manja.

Ikan bilis sangat berkhasiat. Ia adalah makanan yang baik untuk pertumbuhan otak berdasarkan kandungan omega 3.

Baca: Sebenarnya Boleh Ke Tidak Serbuk Bilis Dicampur Dalam Makanan Bayi Umur Bawah 2 Tahun?

Jika tulang bilis tidak dibuang, bilis mempunyai kandungan proein dan zat besi yang tinggi.

Ini cara penyediaan serbuk ikan bilis yang dikongsi oleh Puan Siti Atiqah untuk bayinya.

1. Buang tulang dan tahi ikan bilis. Walaupun ia berkhasiat tetapi untuk bayi tak perlulah digunakan.

2. Actually rendam bilis “semalaman” bukan semalam. Tujuan rendam untuk kurangkan kandungan garam yag ada pada ikan bilis.

3. Kemudian basuh ikan bilis dan tapis.

4. Sangai (goreng tanpa minyak) atas kuali sehingga agak garing.

5. Kisarkan ikan bilis sehingga halus.

6. Tapiskan ikan bilis yang sudah dikisar.

7. Inilah hasilnya selepas ditapis.

8. Serbuk bilis dah siap.

Pastikan anda simpan serbuk bilis dalam bekas kedap udara dan taburkan ia dalam bubur nasi bayi anda.

Sumber: Siti Atiqah

 

IKLAN