Cara Mudah Deep Clean Tilam, Ibu Ni Kongsi Cara Mudah Guna 3 Bahan!

Share

Antara tempat yang selalu kita habiskan masa adalah di dalam bilik tidur. Kita selesa untuk berehat atas katil dan pada waktu malam pun d situlah kita tidur kan? Anak-anak pun sama. Tertanya-tanya juga kenapa anak selalu bersin, selesema dan batuk-batuk. Mungkin berjangkit di sekolah atau rumah pengasuh, tapi pernah tak terfikir ia boleh jadi disebabkan habuk dan hama atas tilam?

Artikel Menarik: [Ketahuilah! Bila Anak Buat Kita ‘Angin’, Dia Cuma Mahu Perhatian]

Cadar mudah ditanggalkan untuk dibasuh, tetapi untuk membersihkan tilam tebal memang agak sukar. Cara terbaik untuk membuat deep cleaning tanpa perlu mengangkat tilam tersebut adalah dengan menggunakan cuka, baking soda dan cecair antiseptik.

Menurut perkongsian Syuhaidah Asmaa Khalid di FB, ibu ini berkongsi caranya membuat deep cleaning pada tilam yang digunakan. Sangat mudah dan praktikal! Walaupun perkongsian ini sudah lama, tetapi ia masih berkesan dan dapat membantu kita berikhtiar untuk mengelakkan anak-anak dari serangan selesema dan batuk.

Jom tengok sharing dari ibu ini;

Step by step on how to deep clean your mattress..

Tilam ni tempat biak byk kuman2 kan mcm kita tgk iklan febreez tu..kita habiskan masa secara puratanya 5-8 jam sehari atas tilam, so deep clean sgt perlu ok..

Nak angkat tilam jemur mmg xlarat la kan nak2 klu tilam 12 inch tu..so blh guna cara ni tuk buat deep clean mattress..blh try buat dlm 4 bln sekali or time ade family members yg demam ke sakit..

Cara :
1) Vacuum tilam guna kepala vakum yg kecik muncung tirus tu( xguna tuk vacum lantai)

2) Hilangkan stain kt tilam : terpulang la pakai cara ape pun..for me lebih suka letak baking soda, sembur ngan cuka biarkan seketika, gosok dgn kain ( blh skip step ni klu tilam x kotor)

Artikel Menarik: [Jangan Ikut Trend Beli Perkakas Dapur Viral & Murah. Ahli Kimia Kongsi Kesannya]

3) Tabur baking soda biarkan dlm 4-6 jam..utk serap moisture n odour

4) Vacuum lebihan soda bikarbonat tu

5) Spray dettol + air

6) Anginkan tilam dgn bukak tingkap semua

Da siap..senang kan..

Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu anda yang mungkin buntu untuk membersihkan tilam, tetapi tak tahu caranya. Selamat mencuba!

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

 

IKLAN