Trend sekarang ni, macam-macam perkakas dapur yang lawa-lawa dan murah dijual di pasaran. Boleh rambang mata nak membelinya. Kadang tak ada kepentingan pun, tapi sebab cantik, belilah juga.

Dalam hal ini, pengguna perlu lebih peka tentang bahan asas yang digunakan. Menurut seorang ahli kimia, Dr Fatimah Salim, komponen perkakas yang bercampur dengan komponen makanan berpotensi menghasilkan tindak balas kimia. Berikut antara perkongsiannya.

Jangan Ikut Trend Beli Perkakas Dapur Viral & Murah. Ahli Kimia Kongsi Kesannya

KOMPILASI SOAL JAWAB PERKAKAS DAPUR

Mengapakah set perkakas viral bahaya digunakan? 

Sesetengah orang tidak kisah, asalkan cantik, murah dan mudah digunakan. Kerana ada potensi tindak balas kimia antara komponen perkakas itu dengan komponen makanan kita. Terutamanya makanan yang panas, berminyak dan bersifat asidik (atau masam).

Ada yang mungkin kurang faham tentang penggunaan kuali non-stick – selamatkah kuali non-stick digunakan jika terdapat calar?

Selamat. Cuma fungsi non-stick nya akan berkurangan dan mungkin lebih melekatkan makanan pada bahagian yang calar. Selaput non-stick ini diperbuat daripada bahan kimia polimer yang dikenali dengan polytetrafluoroethylene (PTFE). Ianya adalah molekul yang besar, tiada tindakbalas kimia dalam sistem penghadaman yang mampu menguraikannya. Maka badan tidak akan serap dan hanya dibuang bersama dengan najis.

Jangan Ikut Trend Beli Perkakas Dapur Viral & Murah. Ahli Kimia Kongsi Kesannya

Ada juga yang mengaitkan selaput ini dengan kanser. Sebenarnya bahan kimia yang dimaksudkan ialah perfluorooctanoic acid (PFOA) yang digunakan dalam pembuatan selaput ini. Namun hasil rawatan suhu akhir terhadap selaput non-stick ini memastikan bahan kimia PFOA ini telah termusnah dek haba.

Isu PFOA adalah lebih kepada keselamatan pekerja dalam industri ini yang terdedah secara terus dan bukan di dalam non-stick layer ini. Atas desakan, maka, sejak tahun 2015 ianya tidak lagi digunakan dalam pembuatan selaput non-stick.

Selain daripada selaput PTFE, terdapat juga pilihan peralatan memasak non-stick lain seperti seramik, enamel, silicon dan graniteware (porcelain enamel).

Paling penting ambil tahu penjagaan peralatan memasak non-stick:

IKLAN

❎ Elakkan mengalirkan air SEJUK (paip) pada peralatan memasak yang mengandungi selaput kalis lekat yang masih lagi PANAS (walaupun bunyi tindakbalas pindaan haba ini ‘sedap’ didengar). Ini kerana ikatan yang membentuk selaput ini akan termusnah (degrades) disebabkan perubahan suhu yang mendadak.

❎ Elakkan mencuci di dalam dish washer atau mengunakan sabun yang kuat untuk peralatan memasak kalis lekat, kecuali dinyatakan selamat pada produk. Ianya akan merosakkan selaput kalis lekat dan akhirnya rekahan akan berlaku.

✅ Cuci permukaan kalis lekat ini dengan sabun dan span yang bersesuaian. Sekiranya terdapat makanan melekat, rendamkan dengan air sabun bagi memudahkan proses mencuci. Jangan scrub!

Jangan Ikut Trend Beli Perkakas Dapur Viral & Murah. Ahli Kimia Kongsi Kesannya

Tips membersihkan perkakas dapur? terutamanya kuali dan papan pemotong

Peralatan yang diperbuat daripada aluminium tanpa selaput jangan scrub. Ini kerana ianya mempunyai selaput penghalang leaking secara semulajadi yang dikenali sebagai aluminium oksida. Walaupun rupanya tidak cantik, selaput ini adalah penyelamat terutamanya apabila komponen masakan itu berasid (contoh asam pedas).

Aluminium dikaitkan dengan masalah kesihatan berkaitan saraf, tulang dan otak (terutamanya autisma dikalangan kanak-kanak and Alzheimer). Walaupun tiada kaitan yang konklusif, namun sesetengah individu yang sensetif atau mempunyai masalah dalam mengumuhkan aluminium berpotensi menghadapi masalah ini.

Bagi yang sudah scrub, boleh bentuk semula selaput ini dengan merebus air kosong beberapa kali dalam bekas memasak ini sehingga lingkaran terbentuk di dalam.*

Papan pemotong boleh dibersihkan dengan larutan peluntur (Clorox). Namun berhati-hati semasa pengendalian. Pastikan pengudaraan baik (tempat terbuka atau ada tingkap) agar gas klorin yang terhasil tidak mengurangkan kualiti udara disekeliling kita. Ada yang risau saki baki cecair peluntur tertinggal pada papan pemotong.

IKLAN

Pastikan cuci, bahan kimia aktif dalam cecair peluntur Clorox ini mudah larut air dan meruap. Cara untuk pastikan kesemua cecair peluntur telah tiada pada permukaan papan pemotong ialah tiada lagi bau klorin yang dapat dihidu.

Apakah kandungan yang terdapat dalam pinggan mangkuk bercorak viral yang menyebabkan ianya bahaya untuk digunakan?

Jangan Ikut Trend Beli Perkakas Dapur Viral & Murah. Ahli Kimia Kongsi Kesannya

Pinggan mangkuk bercorak dan berwarna-warni ini dikaitkan dengan bahan kimia plumbum (aka lead). Ianya digunakan pada perkakasan seramik sebagai hiasan (pewarna terang) dan selaput lutsinar supaya pinggan nampak cantik. Bahan kimia ini ada potensi leak jika dimasukkan makanan panas, makanan disimpan lama atau makanan berasid (yang masam).

Risiko kepada kanak-kanak, wanita hamil dan ibu menyusu.

Apakah peralatan memasak yang selamat disarankan oleh tuan/puan untuk digunakan? – kuali, pinggan mangkuk, etc

Kesemuanya peralatan memasak selamat digunakan. Cuma pastikan cara pengunaan dan penjagaan yang betul. Pastikan juga beli daripada pengeluar yang anda yakini dan punya reputasi yang baik. Selebihnya bergantung kepada tujuan dan kemampuan masing-masing.
Untuk pinggan mangkuk pula pilih bekas seramik tanpa corak berwarna putih atau jika bercorak pilih yang corak diluar ruang makanan atau beli daripada pengeluar yang ada reputasi.

Benarkah penggunaan perkakas kayu adalah yang paling selamat digunakan untuk memasak?

IKLAN

Jangan Ikut Trend Beli Perkakas Dapur Viral & Murah. Ahli Kimia Kongsi Kesannya

Sebagai senduk ya. Sebab ianya tidak bertindakbalas (inert) dan tahan haba tinggi jika dibandingkan dengan senduk plastik. Cuma perlu berhati-hati jika terdapat rekahan, ianya perlu dibersihkan untuk mengelakkan pembiakan kuman yang ada potensi bercampur dengan makanan kita.

Senduk plastik yang berwarna hitam diperbuat daripada plastik bahan kimia polyamide (PA). Namun isunya timbul apabila barangan plastik hitam ini dikitar semula, sukar diasingkan kerana warna yang hitam. Maka, dikaitkan dengan kitar semula komponen plastik barangan elektronik seperti keyboard, komputer dan sebagainya, terutamanya daripada pengeluar yang tidak bertanggungjawab. Ini boleh guna untuk senduk makanan yang tidak melebihi 70 degree Celsius panasnya.

Ada juga yang diperbuat daripada silikon. Bergantung kepada komponen binaan ianya boleh tahan haba 160 – 260 degree Celcius. Namun sentuhan terus kepada kuali akan yang membuatkan integriti bahan binaannya terganggu.

Jangan Ikut Trend Beli Perkakas Dapur Viral & Murah. Ahli Kimia Kongsi Kesannya

Tips dalam memilih perkakas dapur yang diyakini kualitinya?

Pilih daripada pengeluar, pengedar dan penjual yang anda yakini dan punya reputasi yang baik. Gunakan peralatan ini dengan cara betul sesuai dengan tujuan dan fungsinya. Jangan jadi terlalu kreatif contoh plastik yang digunakan untuk tahan suhu rendah dijadikan bekas memasak lemang pula. Selebihnya bergantung kepada keperluan, tujuan dan kemampuan poket masing-masing.

Sesetengah orang tidak mengetahui kesan atas penggunaan perkakas dapur dan membelinya atas sebab cantik dan murah – bagaimana cara untuk mendidik golongan ini supaya selidik terlebih dahulu bahan perkakas.

Rajinkan membaca dan mengambil tahu tentang perkakas dapur ini. Jangan ikut trend viral saja. Ini adalah benda yang penting kerana segala masakan akan masuk dalam badan kita, anak-anak. Dan makan itu adalah asas kepada pembentukan badan dan minda yang sihat.

Kredit: Dr Fatimah Salim via Makmal Makanan

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI