Antara tempat yang selalu kita habiskan masa adalah di dalam bilik tidur. Kita selesa untuk berehat atas katil dan pada waktu malam pun d situlah kita tidur kan? Anak-anak pun sama. Tertanya-tanya juga kenapa anak selalu bersin, selesema dan batuk-batuk. Mungkin berjangkit di sekolah atau rumah pengasuh, tapi pernah tak terfikir ia boleh jadi disebabkan habuk dan hama atas tilam?
Cadar mudah ditanggalkan untuk dibasuh, tetapi untuk membersihkan tilam tebal memang agak sukar. Cara terbaik untuk membuat deep cleaning tanpa perlu mengangkat tilam tersebut adalah dengan menggunakan cuka, baking soda dan cecair antiseptik.
Menurut perkongsian Syuhaidah Asmaa Khalid di FB, ibu ini berkongsi caranya membuat deep cleaning pada tilam yang digunakan. Sangat mudah dan praktikal! Walaupun perkongsian ini sudah lama, tetapi ia masih berkesan dan dapat membantu kita berikhtiar untuk mengelakkan anak-anak dari serangan selesema dan batuk.
Jom tengok sharing dari ibu ini;
Step by step on how to deep clean your mattress..
Ads
Tilam ni tempat biak byk kuman2 kan mcm kita tgk iklan febreez tu..kita habiskan masa secara puratanya 5-8 jam sehari atas tilam, so deep clean sgt perlu ok..
Nak angkat tilam jemur mmg xlarat la kan nak2 klu tilam 12 inch tu..so blh guna cara ni tuk buat deep clean mattress..blh try buat dlm 4 bln sekali or time ade family members yg demam ke sakit..
Cara : 1) Vacuum tilam guna kepala vakum yg kecik muncung tirus tu( xguna tuk vacum lantai)
2) Hilangkan stain kt tilam : terpulang la pakai cara ape pun..for me lebih suka letak baking soda, sembur ngan cuka biarkan seketika, gosok dgn kain ( blh skip step ni klu tilam x kotor)
Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu anda yang mungkin buntu untuk membersihkan tilam, tetapi tak tahu caranya. Selamat mencuba!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perkongsian Datin Alyah yang sempat mengucapkan selamat hari bapa buat suaminya, Dato’s Ramly MS menarik perhatian ramai.
Biarpun masih berapa di Mekah bagi mengerjakan ibadah haji, namun penyanyi bersuara lantang itu tidak terlepas memberi ucapan bermakna buat suaminya.
Paling menarik perhatian pastinya wajah si comel kesayangan Datin Alyah dan Dato’ Ramly MS, Nur Izzara yang turut dikongsikan melalui entri itu di Instagramnya.
Apa yang membuatkan wargamaya teruja pastinya wajah comel Izzara yang baru pertama kali dikongsikan buat tatapan semua.
Menerusi entri itu, Izzara dipangku kemas oleh Tok Ram. Tidak ketinggalan juga anak Tok Ram, Nadia yang turut mengendong Izzara di pangkuannya.
Kecomelan baby Zara sudah pastinya menarik perhatian ramai. Si comel kesayangan itu memiliki mata yang cukup bulat dan raut wajah yang cukup menenangkan. Memang comel.
Tidak hanya itu bahkan warganet turut teruja melihat Tok Ram memangku bayinya malah mendoakan yang terbaik buat kedua mereka.
Terdahulu, Datin Alyah turut berkongsi kehadiran bayi comel, Nur Izzara yang menjadi pelengkap bahagianya kini Bersama Dato’Ramly MS.
Pempengaruh media sosial, Aqil Zulkiflee, meluahkan rasa terkejut dan terharu apabila menerima hadiah berbentuk wang tunai daripada peminat ciliknya menerusi satu kiriman surat berserta dompet yang berisi wang sebanyak RM5.50.
Menerusi perkongsian video di TikTok, Aqil mendedahkan hadiah tersebut diberikan oleh dua orang peminat bernama Dayana dan Danish. Walaupun niat mereka amat murni dan menyentuh hati, Aqil berpendapat bahawa hadiah sebegitu tidak wajar diterima kerana bimbang akan membebankan mereka.
“Ada peminat beri hadiah nama dia Dayana dan Danish. Mereka beri dompet tetapi dalam dompet ada duit sekali. Ibu bapa awak bagi duit untuk belanja di sekolah dan kalau ada duit lebih boleh simpan,” jelasnya dalam video tersebut.
Aqil menjelaskan bahawa dia lebih selesa jika peminat hadir sekadar untuk bertemu atau menyokong tanpa membawa apa-apa hadiah, apatah lagi dalam bentuk kewangan. Katanya lagi, dia tidak memerlukan hadiah wang kerana sudah mempunyai sumber pendapatan yang mencukupi.
“Sila mesej (DM) saya sebab nak pulangkan duit yang awak beri. Saya akan pulangkan dua kali ganda dari wang yang awak beri tu,” ujarnya sambil berseloroh.
Tindakan Aqil yang berpegang kepada nilai empati dan keprihatinan ini meraih pujian ramai netizen yang turut tersentuh dengan keikhlasan peminat-peminat kecil tersebut. Dalam dunia digital yang serba pantas dan materialistik ini, momen seperti ini menjadi peringatan tentang nilai kasih sayang dan penghargaan yang tulus.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Salah satu pencapaian anak yang kita nanti-nantikan adalah apabila dia sudah mula menuturkan beberapa perkataan pertama. Biasanya kita tak sabar menunggu anak memanggil sama ada ibu atau ayahnya terlebih dahulu. Sebaik saja mendengar panggilan pertama itu, hati rasa bahagia dan berbunga-bunga.
Begitu jugalah situasi yang dihadapi oleh pasangan Youtube Ryzal Ibrahim dan Maryam. Di dalam sebuah video yang dikongsikan melalui laman Facebook duriankimchi, kelihatan mereka berdua sedang mengajar Rina perkataan Omma.
Biarpun beberapa kali diajarkan perkataan Omma, Rina tetap menyebut Appa yang merujuk kepada Ryzal. Yang lucunya, setiap kali Maryam meminta Rina menyebut Omma, ada saja yang dibuat untuk mengelak.
Tidak berputus asa, Maryam tetap mengajar Rina untuk memanggilnya. Setiap kali Maryam menyebut perkataan Omma, Rina tetap memanggil Appa. Sampai satu masa, dia menggelengkan kepala tidak mahu melayan permintaan Omma dan Appanya itu.
Berkali-kali Maryam mengajar anak perempuannya itu untuk menyebut Omma tanpa mengenal erti putus asa. Akhirnya selepas beberapa kali percubaan tanpa henti, Rina berjaya menyebut perkataan Omma.
Tengok video Rina sebut Omma;
Mendengarkan panggilan anaknya itu, Maryam sangat gembira. Teruja, dia berlari-lari sambil mendukung Rina keliling rumah. Ryzal yang merakam aksi dua beranak itu hanya tergelak melihat telatah isterinya.
Selepas itu, Maryam cuba meminta Rina untuk memanggilnya lagi. Mungkin sudah bosan, Rina hanya ajak ibunya itu bermain tetapi tiba-tiba menyebut perkataan Omma sekali lagi. Hal itu membuatkan Maryam terkedu sambil disorak oleh Ryzal.
Sumber foto: Instagram Durian Kimchi
Seronok tengok gelagat mereka bertiga ni. Memang sentiasa ceria dan membuatkan yang mengikuti perkembangan mereka juga gembira. Semoha hubungan Ryzal dan Maryam kekal bahagia selamanya dan Rina terus membesar dengan sihat serta menjadi anak yang cerdik. Good job Rina!
Kartun Doffy the Dog tular selepas Ustaz Elyas Ismail mendakwa ia menormalisasikan maksiat melalui adegan berbahaya. Ramai ibu bapa meluahkan kebimbangan dan menyeru pemantauan kandungan anak.