Sayur yang disimpan lama dan tidak sempat di masak sememangnya menyebabkan pembaziran berlaku. Apa kata kali ini kita cuba aplikasikan cara yang dikongsikan oleh Arni Lisa ini.
Sayur seperti sawi dan tomato lebih tahan lama malah mampu bertahan sampai seminggu dengan cara mudah ini. Jom cuba!
TIPS SIMPAN BARANG DAPUR
Petang-petang jom lah Arni share cara arni simpan barang dapur. Terutama sekali cara nak simpan sayur tak nak bagi cepat rosak. Halia dan lengkuas tak nak bagi cepat buruk. Lain orang lain cara penyimpanannya kan.
Ni Arni share cara Arni simpan barang dapur terutama sekali sayur lah. Sayurkn cepat rosak..cara arni nak simpan sayur alas dahulu bekas nak isi sayur dengan tisu.
Tujuannya bila kita simpan dalam peti ais dia akan basah, jadi tisu ni berperanan untuk serap air bagi elak sayur cepat busuk.
Air dari tisu tu akan beri lembab dekat sayur dan sayur tu akan sentiasa segar. Buat cara macam ni sayur terutamanya sayur sawi boleh tahan sampai seminggu lebih.
Ads
Untuk tomato pun sama, alas dahulu tisu sebelum nak simpan tomato dalam bekas. Buat macam ni tomato tak cepat buruk dan busuk. Jika seminggu masih tak habis guna & nampak tisu tu basah boleh tukar tisu lain. Untuk elakkan tomato tu lembab, nanti bila lembab & basah tomato cepat rosak.
Untuk halia nak tahan lama letak dalam bekas kedap udara, bertutup simpan dalam peti ais boleh tahan berminggu-minggu. Lagipun untuk kita guna sikit je dan beli mestilah seketul besarkan.
Lengkuas tak nak bagi dia cepat kering dan mengecut, caranya simpan dalam bekas bertutup dan isi air penuh sampai menutup lengkuas tu. Kiranya lengkuas tu terendam lah dalam air. Buat macam ni boleh tahan berminggu-minggu.
Ubi kentang isi dalam bakul @ bekas terbuka, tak nak tertutup nanti cepat buruk.
Ads
Cili kering isi dalam bekas bertutup tak nak bagi dia cepat berkulat.
Ikan bilis arni suka simpan dalam bekas bertutup simpan dalam peti ais, tak nak bagi dia berbau hapak.
Semoga ianya berguna untuk para ibu dan mak-mak nak simpan barang dapur, tak nak bagi barang cepat rosak.
Nak bawa anak dekati alam dan jalan hujung minggu, jom ke Farm In The City.
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sekarang terdapat pelbagai pilihan perkakasan dapur, bukan? Ada yang diperbuat daripada kayu, besi dan juga plastik. Tetapi penggunaan perkakasan plastik tidak digalakkan. Kenapa ya?
Kajian yang dilakukan
Amaran yang dikeluarkan oleh German Federal Institute For Risk Assessment (Bfr) ini berdasarkan bukti bahawa plastik yang digunakan dalam industri makanan mengandung banyak racun berbahaya yang boleh menyerap masuk ke dalam makanan. Bfr juga menggesa khalayak umum untuk menjauhkan sebarang sebarang alatan plastik daripada makanan yang panas
Hasil uji kaji kepada haiwan yang dijalankan, menunjukkan bahan kimia dapat meningkatkan tumor dalam hati, pankreas dan buah zakar pada tikus. Dalam masa yang sama, bahan kimia ini juga menjejaskan aspek kesuburan.
Walaupun terdapat kekurangan data yang membuktikan kesan bahaya bahan kimia oligomer kepada manusia. Tetapi badan keselamatan makanan ini menganggarkan risiko yang sama boleh berlaku kepada manusia kerana struktur bahan kimia yang sama.
Anggaran penggunaan
Dalam satu pendekatan yang dipanggil pengkelasan Cramer, pengkaji membuat kesimpulan bahawa jumlah kecil oligomer – 90 mikgram – akan mendatangkan bahaya kepada kesihatan seseorang individu dengan berat 60 kilogram.
Walau bagaimanapun, saintis mendapati dalam tinjauan amalan kegunaan harian perkakasan plastik ini, jumlah bahan kimia ini adalah lebih tinggi berbanding jumlah yang anggaran bagi kegunaan setiap hari.
Berdasarkan tinjauan ini, para pengguna dinasihatkan untuk menggurangkan dan mengelakkan penggunaan peralatan plastik sebanyak yang mungkin ketika makanan masih panas dalam suhu anggaran melebihi 70 °C.
Risiko bahaya perkakasan plastik
Menurut penyelidik, penggunaan perkakasan dapur yang diperbuat daripada plastik boleh ‘mengalirkan’ bahan kimia toksik kepada makanan yang dimasak. Ini kerana kebanyakan perkakasan plastik dapur mengandungi bahan berbahaya yang dipanggil oligomer.
Kebanyakan perkakasan dapur yang berada di pasaran diperbuat daripada bahan kimia sintetik. Ini adalah untuk menjadikan alatan tersebut mampu bertahan lama dalam suhu yang tinggi serta kalis minyak.
Pada suhu melebihi 70 °C, bahan kimia oligomer boleh mengalir kepada makanan atau minuman. Sekiranya ditelan dalam dos yang tinggi, bahan ini boleh mencetuskan penyakit hati dan tiroid. Ia juga dikaitkan dengan ketidaksuburan, kanser dan kolesterol yang tinggi.
Kesimpulannya
Jika anda lebih banyak menggunakan barangan perkakasan plastik di rumah untuk memasak, mungkin anda boleh mengurangkan penggunaannya. Ini kerana terdapat pelbagai pilihan alatan dapur lain yang boleh digunakan. Bukankah mencegah itu lebih baik?
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ibu insan yang sangat istimewa di mata anak-anak. Apa sahaja diperlukan akan dirujuk kepada ibu, tidak kira anak lelaki atau perempuan.
Akrabnya hubungan ibu dan anak banyaknya kasih sayang dicurahkan dari alam rahim hinggalah selepas dilahirkan. Namun dalam keadaan tubuh yang kepenatan atau emosi yang terganggu, adakalanya ibu juga tidak dapat lari daripada marah dan geram.
Benar, anak mempunyai attachment yang istimewa dengan ibu. Malah pada beberapa tahun pertama kehidupan, ibulah insan yang sentiasa ada di sini. Perkongsian daripada ibu ini yang menjadi tular dengan kira-kira 18 ribu perkongsian. Membacanya seolah-olah setiap ibu merasakan berada di dalam kasut sendiri mengimbas kembali apa yang berlaku.
Meninggikan suara kepada anak masa penat itu bukan disengajakan, tapi hati ibu menjadi cair setelah melihat wajah si kecil selepas tidur. Tiada apa yang didambakan si kecil selain daripada perhatian dan kasih sayang daripada ibunya.
IBU PENAT TAU TAK?
“ Orked awak nak apa ?. Ibu ni penat tau tak!. Minum susu xnak!. Makan xnak!. Main xnak!. Nak peluk je mcm mana!. “
Tinggi suara aku pada dia.
“ Tidur!. Ibu taw awak mengantuk!. “
TENUNG ANAK DALAM-DALAM
Ye. Lepas 5 minit dalam buai. Terus lena. Aku pun perlahankan selawatku sambil tenung anak dalam-dalam..
Dia merengek sebab dia tahan mengantuk. Nak tunggu ibu dia balik dan main puas2. Jangan ingat kita je sayang anak. Anak tu pun hanya taw sayang mak ayah dia je.
Tu lah anak..
Ada org xde anak. Ada org lambat dapat anak. Ada org banyak komplikasi nak dapat anak. Ada org anak sakit.
MENGALIR AIR MATA INGAT ANAK
Aku ?..
Dulu xde anak. Aku nak anak. Bila ada anak aku marah2 nak rehat.
Ada anak ni bukan semua indah. Dan semua yang nak jadi ibu bapa perlu taw. Xde istilah rehat, privasi, nak pakai lawa2, nak ruang, nak tu.. nak ni.. duit pun bajet2..
Tapi, aku x sunyi. Aku belajar sabar. Simpan duit. Jadi insaf ( sikit je la). Semua bila ada anak..
Mengalir air mata ingat anak. Sekarang ni masa dia nak main dgn aku. Satu hari nanti, dia ada kawan, lepas tu, dia kawin ..tinggal la aku dengan masa2 yang terbuang..
Kawan2.. hargai anak anda. Luangkan masa sementara Allah pinjamkan dia. Anda fikir kehilangan mak ayah tu sedih?. Bayangkan kehilangan anak..
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza kelihatan semakin langsing selepas hampir dua bulan berpantang anak pertama, Siti Aafiyah.
Siti berkongsi foto terbaru di laman Instagram miliknya dan rata-rata peminat begitu teruja dengan penampilannya yang nampak perubahan mendadak berbanding semasa dia mengandungkan Aafiyah.
Di ruangan komen, pelbagai reaksi positif dan pujian diberikan oleh peminat dan rata-ratanya meminta Siti berkongsi tip yang diamalkannya sehingga boleh mendapat bentuk badan yang langsing walaupun tak sampai dua bulan bersalin.
Apa yang kelakar, peminat siap memuji bentuk muka Siti dan komen dagunya dah kembali runcing.
Tak kurang juga yang cemburu kerana Siti dah seperti anak dara walaupun baru bersalin Mac lalu.
“#ootd blouse dari butik saya @creacionbysitinurhaliza dan instant shawl dari @galeriariani.
“Nampak kurus ke? Saya tak edit tau.. Baju ni yang buat saya nampak kurus.. Cepat pergi beli kalau nak nampak kurus (Eh tak! Yang terer ni tukang ambil gambar ni) @cteafairuz,” seloroh Siti.
Siti melahirkan puteri sulungnya dengan berat 3.55 kilogram kira-kira pukul 8.17 pagi pada 19 Mac lalu di sebuah hospital swasta secara pembedahan.
Menerusi kemas kini Instagram Siti juga, penyanyi lagu Di Kayangan Kita itu mendedahkan dia kembali ke studio rakaman menerusi salah sebuah entri di laman Instagram miliknya.
“Ada recording tapi mengantuk,” tulis Siti ringkas.
Entri tersebut turut disertakan dengan hashtag #simptomibuanakkecil #takcukuptidoq #kugagahi.
Selain memuji penampilan terbaru Siti, nampaknya peminat juga dah tak sabar menunggu buah tangan terbaru Siti selepas lagu Ting Ting Tang Ting yang dinyanyikannya sebelum ini.
Sumber: ig ctdk & rozisangdewi
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tarikh 14 April 2025 akan terpahat dalam ingatan seluruh rakyat Malaysia apabila Perdana Menteri ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang lebih mesra dikenali sebagai...