Momen yang paling dinanti-nantikan seorang ibu sepanjang bayinya membesar adalah apabila dah boleh makan. Seronok sangat, teruja nak perkenalkan pelbagai jenis makanan pada anak! Mulalah cari resipi makanan untuk bayi yang sihat dan mengenyangkan, tapi tidak dinafikan bukan mudah untuk sediakan semuanya dari awal.
Sumber foto: www.shutterstock.com
Ibu-ibu yang bekerja misalnya mempunyai kekangan masa untuk menyediakan stok ayam, daging atau sayur kerana untuk memastikan rasanya sedap dan penuh nutrisi, ia perlu dimasak lama. Tambahan pula, bayi tidak boleh diberi makanan yang sama terlalu lama kerana ia akan membuat si manja menjadi ‘picky eater’.
Sumber foto: www.shutterstock.com
Untuk bayi yang berumur enam bulan mungkin mudah sedikit kerana sesuai diberi bubur atau puri sayur dan buah sahaja namun semakin membesar, palet rasa mereka perlu diberi latihan untuk mengenal makanan yang lain. Sumber karbohidrat, protein dan serat perlu dimasak bersama supaya anak mendapat khasiat yang secukupnya mengikut diet yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mereka.
Jangan patah semangat para ibu! Kita masih boleh menyediakan makanan yang sedap, kaya nutrisi dan disukai anak dengan mudah. Yang penting usaha dan pastinya, ‘hero’ di dapur yang dapat memudahkan proses memasak di dapur.
Tahniah! Ibu Anis Baby Food merupakan salah satu Jenama Pilihan Pa&Ma bagi anugerah
Ads
Makanan Pelengkap Bayi & Makanan Sihat Untuk Bayi Pilihan Pa&Ma.
Senang & Jimat Masa Bila Ada Ibu Anis Baby Food!
Ibu Anis Baby Food merupakan salah satu produk di bawah syarikat Niedzra Jay Trading Sdn. Bhd. yang telah ditubuhkan pada pertengahan tahun 2015. Dikendalikan oleh Pn. Niedzra Abu Bakar, jenama Ibu Anis Baby Food diperkenalkan kepada para ibu bagi memudahkan para ibu untuk menyediakan makanan terbaik yang kaya nutrisi untuk anak tersayang.
Ads
Jenama ini beroperasi sebagai perniagaan persendirian dan menawarkan pelbagai produk makanan bayi tempatan di Malaysia. Penubuhan perniagaan ini bermula dari visi sendiri mengenai industri makanan bayi semula jadi dan sihat serta kesedaran para ibu untuk memasak sendiri buat si manja.
Ada banyak pilihan perasa berasaskan protein seperti ayam, daging serta buah-buahan dan sayuran. Bukan itu saja, bagi mempercepatkan tempoh memasak, Ibu Anis Baby Food juga menawarkan rangkaian serbuk beras serta mi yang dihasilkan dari sayur-sayuran.
Ads
Produk lain keluaran Ibu Anis Baby Food juga dapat memudahkan para ibu kerana terdapat banyak pilihan bijirin beras, aneka biskut dan snek berasaskan buah-buahan dan sayuran. Paling menarik kerana ia mudah untuk disediakan kerana berkonsepkan Ready-To-Eat! Selain itu , produk ini 100% halal, mudah disimpan dan tahan lama.
Produk keluaran Ibu Anis Baby food tidak mengandungi garam, gula, MSG, bahan pengawet, pewarna tambahan dan diperbuat sepenuhnya dari bahan semulajadi. Selamat dan terjamin!
Anak-anak kecil memang suka makan telur. Memang elok anak makan telur kerana ia mempunyai sumber protein untuk merangsang pertumbuhannya. Namun, ia tetap perlu dikawal dan ambillah dalam kadar yang sederhana.
Sehubungan itu, macam mana cara anda menyimpan telur? Di dalam peti sejuk atau di luar peti sejuk? Dibasuh dahulu atau bagaimana? Terdapat beberapa pertelingkahan pendapat berkenaan isu ini. Jom kita ketahui informasi lanjut tentang cara yang betul untuk menyimpan telur agar ia tetap kekal segar. Dengan yang demikian, ia membolehkan anak anda terus berselera makan telur di dalam keadaan telur yang masih berkualiti.
Penyimpanan telur di negara beriklim sejuk dan Khatulistiwa adalah berbeza antara satu sama lain. Masyarakat di negara Barat yang beriklim sejuk memilih menyimpan telur di dalam suhu bilik. Hal ini kerana, ayam-ayam di sana diberi penjagaan rapi dan disuntik dengan vaksin yang boleh melawan pembiakan bakteria salmonella.
Manakala kita di Malaysia pula kebanyakannya memilih untuk menyimpan telur di dalam peti sejuk. Ini dilakukan bertujuan untuk memastikan telur dapat bertahan lebih lama. Malah, menyimpan makanan di dalam peti sejuk dengan suhu yang betul iaitu 20°C ke bawah berupaya mengelakkan makanan tersebut daripada tercemar kepada bakteria salmonella.
Dalam pada itu, ramai juga di kalangan kita yang menyimpan telur di dalam bekas khusus penyimpanan telur yang ditempatkan di bahagian atas pintu peti sejuk. Cara ini tidak betul. Hal ini adalah kerana telur memerlukan suhu yang stabil untuk menjadikan ia tahan lama.
Bahagian biasa yang kita simpan telur di pintu peti sejuk itu kerap terjejas dan tidak seimbang suhunya disebabkan kekerapan membuka dan menutup pintunya. Jadi, selepas ini disarankan untuk simpan stok telur di bahagian lain seperti laci peti sejuk supaya suhu sentiasa stabil untuk menjamin kualiti dan rasa telur apabila dimasak.
Sehubungan itu, tempatkan semua telur berkenaan di dalam bekas khas yang berpenutup dan simpan di dalam laci peti sejuk agar ia selamat dan tidak pecah akibat ‘berhimpit’ dengan makanan lain yang ditempatkan di laci yang sama.
Sementara itu, cara anda meletakkan telur pun perlu betul. Dicadangkan agar anda menempatkan telur dengan bahagian yang runcing menghadap ke atas untuk mempertahankan posisi kuning telur agar selalu berada di tengah telur. Jadi kualiti telur akan terus terjaga.
Sebelum disimpan, sebaik-baiknya cuci dahulu telur agar tidak tercemar dengan bakteria salmonella yang boleh memasuki telur melalui pori-pori kulit telur. Setelah mencuci telur, keringkan ia dengan berhati-hati. Setelah mengetahui cara penyimpanan telur ini, bolehlah anda praktikkannya. Selain daripada telur jadi tahan lebih lama, ia juga dapat mengekalkan khasiat dan kesegarannya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak sama macam kita, ada waktunya anak tidak mahu makan nasi. Begitu juga dengan pasta atau roti. Sesekali gantikan dengan oat pula untuk anak.
Idea dan perkongsian Pn Sajna Najihah ini boleh mama gantikan untuk anak yang bosan makan nasi. Oat sememangnya berkhasiat dan mengenyangkan.
Nak lagi sedap dan anak suka, boleh tambahkan dengan buah-buahan seperti resipi di bawah ini. Memang sedap.
Variasi menu oat Tiara Nayla. Dari umur 6 bulan hingga 9 bulan. Menu paling ringkas, cepat dan berkhasiat dan juga pengganti karbohidrat selain nasi/mi.
Kalau kalut-kalut ni memang menu penyelamat Tiara la. Sebab dia kalau lapaq memang tak boleh bawak bincang dah. Setaman dengaq suara dia.
Paling penting bebas gula, garam & pengawet. Jenis oat yang selalu Ummi dia guna ada dekat gambaq paling bawah sekali tau.
Oat, strawberry, susu full cream (susu bawah umur 1 tahun perlu dipanaskan dahulu)
Oat, buah naga, susu
Oat, betik, yogurt, cereal fawwaz, susu
Oat, avocado, susu, kurma, bayam. Bayam celur dulu ya.
Kehebatan buah delima atau nama saintifiknya Punica Granatum tidak hanya meniti di bibir manusia. Delima menjadi antara enam buah-buahan yang disebut di dalam al-Quran! Sudah pasti ada sesuatu yang luar biasa di sebalik buah ini!
Doktor Mazliana menulis bahawa delima merupakan buah yang sangat tinggi dengan pelbagai khasiat terutama untuk kesihatan otak dan tubuh badan.
Kenalkan dengan anak, paling kurang sekali seumur hidup dengan buah Syurga ni.
Sekarang buah delima dah banyak masuk Malaysia. Pergi pasaraya mudah nak cari. Buah yang kita semua kena ajak anak makan.
Kalau ada ibu mengandung kat rumah, ayah-ayah tolong belikan tau. Buat stok banyak terus, simpan masuk freezer, sampai Ibu habis mengandung 9 bulan pun stok masih ada untuk makan.
Buah delima yang kita semua boleh makan dalam Syurga nanti, tinggi sangat dengan pelbagai khasiat:
Vitamin K
Vitamin C
Kalsium
Folate
Iron
Protein
Fiber
Potasium
Sebab tu orang selalu kata bagus untuk ibu mengandung. Tengoklah ada folate dan iron dalam tu. Penting untuk kesempurnaan tubuh badan serta elakkan kecacatan pada otak dan saraf tunjang bayi dalam kandungan.
Untuk anak-anak pun sangat bagus untuk otak dan tubuh badan diorang. Tinggi antioksida jugak buah ni.
Yang terbaik, makan sekali dengan biji-bijinya. Sumber serat ada pada delima bersama dengan bijinya.
Nak jadikan air pun boleh, minum sekali dengan semua seratnya, baru dapat khasiat yang maksima.
Elakkan. Elakkan pati buah delima. Bukan tak elok, tapi kandungan gula yang tinggi, sebab serat dah tak ada. Ibu mengandung yang ada GDM, lagilah tak boleh ambil tau.
Kita cuba sama-sama ya.
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.