Gajet dengan anak-anak memang tak dapat dipisahkan. Cuma sebagai ibu bapa kita kena bijak buat perancangan atau jadual agar anak-anak lebih berdisiplin dan tidak menghabiskan masa mereka begitu saja.
Biasanya tiap kali musim cuti persekolahan jadual anak tak terlalu padat. Dalam tempoh ini ibu bapa boleh memanfaatkan dengan aktiviti berfaedah bagi mengelakkan anak terlampau fokus dengan gajet atau televisyen.
Bagi memberi penyelesaian untuk ibu bapa yang anak suka tengok youtube, apa kata cuba buat setting ini. Perkongsian Dr Anayasmin boleh dijadikan panduan.
CARA SET ‘RESTRICTION MODE’ DI YOUTUBE..
Ads
Cuti sekolah dah mula ni, kemungkinan mak ayah dah mula risau anak-anak akan guna gadget lebih lama.
Antara apps yang paling banyak kanak-kanak guna antaranya adalah youtube kan. Kalau ada yang belum buat setting ni, boleh cuba set setting paling basic ni di youtube (Rujuk Gambar)👇🏻
Ads
Kalau nak lebih baik, tambah lagi parental control app. Banyak sebenarnya, ada yang berbayar dan ada yang free. Nanti ada masa saya share yang free punya. Cuba komen apa parental apps yang mak ayah guna?
Bantu share post ni ya agar mak ayah at least boleh cuba adjust setting basic ni di youtube mereka. Paling penting on kan ‘restricted mode’ tu.
Siapa yang tak anak anak bijak dalam semua perkara. Bukan hanya bijak dalam akademik sahaja tetapi rata-rata ibu bapa di Malaysia mahukan anak yang turut bijak dan bernilai murni. Dutch Lady tampil mengadakan tinjauan soal selidik ini bagi melihat apakah kemahuan dan pendapat ibu bapa di Malaysia.
Kaji selidik Dutch Lady mendapati ibu bapa di Malaysia bukan sahaja mahukan anak-anak yang bijak dalam akademik, malah turut memiliki nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.
Hasil kaji selidik mendapati semua kebanyakan ibu bapa mahukan anak yang pandai, bijak dan berpekerti mulia dalam kehidupan. Inilah nilai-nilai murni yang perlu ada dalam kehidupan.
Kali Selidik Bukti Prihatin
Melalui kaji selidik yang dilakukan secara atas talian, lebih daripada 400 orang ibu bapa memberikan respon dan seramai 370 orang (87%) memilih untuk membesarkan anak-anak yang memiliki kebijaksanaan dari segi akademik dan mempunyai nilai-nilai murni.
Di samping itu, 8% daripada ibu bapa dalam tinjauan turut juga memilih untuk membesarkan anak-anak dengan nilai murni sahaja berbanding dengan akademik. Ini sekaligus menunjukkan keinginan ibu bapa di Malaysia untuk memastikan anak-anak mempunyai nilai-nilai murni dan bersifat baik.
Nilai murni meliputi semua aspek kehidupan dan dengan adanya nilai murni pastinya anak-anak akan mempunyai kesedaran untuk melengkapkan pembelajaran akademik mereka dengan sempurna.
Malah Dr Yong Junina, Pakar Perunding Pediatrik dan Pakar Kardiologi Pediatrik yang juga mempunyai minat khas dalam perkembangan dan penilaian kanak-kanak turut menyokong bahawa nilai murni sangatlah diperlukan dalam kehidupan seharian anak-anak kita.
“Memiliki nilai yang murni bukan sahaja cara kita berbahasa bahkan berbuat baik kepada orang lain, haiwan dan seluruh kehidupan kita”.
Dr. Yong menambah bahawa ibu bapa yang inginkan anak-anak yang berbudi bahasa dapat memberi lebih banyak penekanan dengan menanamkan nilai-nilai yang baik dan mengajar melalui teladan seperti menunjukkan kepada mereka bagaimana untuk bergaul mesra dengan baik, jujur, bersopan santun dan saling hormat-menghormati.
“Anak yang bijak lebih mudah memahami nilai-nilai murni dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian,” kata Dr. Yong lagi.
Susu Tepung Rumusan Untuk Kanak-Kanak Dengan 5X DHA
Anak yang bijak tak datang dengan sendirinya. Makanan yang sihat dan segar serta pengambilan susu yang mengandungi nutrisi sesuai amat penting bagi anak untuk kekal sihat dan bijak.
Dutch Lady merupakan susu tepung rumusan untuk kanak-kanak No 1 di Malaysia dirumus khas untuk kanak-kanak berumur 1 hingga 6 tahun dan ke atas mengandungi 5X DHA untuk menyokong perkembangan anak-anak serta menyokong aspirasi ibu bapa untuk membesarkan anak-anak yang bijak serta bernilai murni.
Disamping itu, Dutch Lady ingin menjemput semua keluarga ke pameran bergerak (roadshow) Smart Adventurer/Pengembara Bijak pada bulan April ini, yang mengambil inspirasi dari Upin & Ipin, sepasang watak animasi popular yang memberikan nilai-nilai murni melalui cerita-cerita pengembaraan mereka.
Banyak aktiviti menarik disediakan seperti maze untuk kanak-kanak belajar menyelesaikan cabaran dan kemahiran kerja berpasukan bersama dengan ibu bapa, adik beradik atau rakan sebaya. Menarik kan?
Penyertaannya adalah PERCUMA! Sambil anak-anak berseronok, mama papa pun boleh ambil peluang untuk dapatkan informasi menarik mengenai susu tepung rumusan untuk kanak-kanak Dutch Lady dengan 5x DHA. Tunggu apa lagi, ada hadiah daripada Upin & Ipin yang menarik seperti pinggan, bekas air, dan set jag serta gelas. Layari laman web untuk maklumat lanjut di www.smartmoments.com.my.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tip tukar nama anak dalam sijil lahir? Ini yang ibu bapa perlu tahu. Ramai tak sedar sebenarnya nama anak dalam sijil kelahiran boleh diubah secara sah, tapi ada syarat dan prosedur tertentu yang perlu ikut. Kadang-kadang, lepas daftar nama anak, baru rasa nama itu tak sesuai, atau ada kesalahan macam salah ejaan, salah jantina, dan sebagainya.
Berita baiknya. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memang benarkan pindaan dalam sijil kelahiran, asalkan ikut langkah-langkah yang betul. Jom tengok apa yang ibu bapa perlu tahu kalau nak ubah nama anak secara rasmi:
Kalau anak belum cecah umur 1 tahun, anda masih berpeluang nak ubah nama – sama ada sebab tersilap ejaan, rasa nama tak sesuai, atau sebab lain yang munasabah. Tapi peluang ni hanya sekali. Bila dah lebih setahun, kena ikut prosedur mahkamah.
Tak semestinya perlu pergi ke JPN negeri tempat anak lahir. Anda boleh pergi ke mana-mana pejabat JPN yang terdekat, asalkan bawa semua dokumen yang diperlukan. Ibu atau bapa mesti hadir sendiri untuk buat permohonan.
Sebelum ke JPN, pastikan anda dah sediakan dokumen berikut:
*Borang permohonan (boleh dapat terus di JPN)
*MyKad ibu dan bapa – asal & salinan
*Sijil kelahiran asal anak
*Dokumen sokongan kalau ada (contoh: surat dari hospital, dan sebagainya)
Setiap permohonan tukar nama dikenakan caj RM10 sahaja. Jangan lupa simpan resit sebab mungkin diperlukan untuk rujukan kemudian.
Perlu tahu, JPN tak akan padam terus nama asal anak. Nama yang baru akan dimasukkan, tapi akan ada nota atau catatan yang menunjukkan nama asal sebelum tukar – ini penting untuk rekod rasmi.
Biasanya, kalau tak ada isu, proses siap dalam masa seminggu. Tapi kalau ada perkara yang perlu disemak lebih lanjut, mungkin ambil masa sikit. JPN akan maklumkan bila sijil baru dah siap untuk diambil.
Untuk anak yang dah melebihi umur setahun, proses jadi lebih kompleks. Anda kena dapatkan arahan rasmi daripada mahkamah dulu, baru JPN boleh buat sebarang perubahan dalam sijil kelahiran.
Tukar nama anak dalam sijil kelahiran bukan mustahil, tapi ada garis panduan yang ketat. Lebih mudah kalau dibuat sebelum anak berumur 1 tahun. Jadi, kalau anda sedang fikir nak ubah nama anak, cepat-cepat ambil tindakan sebelum terpaksa lalui proses mahkamah.
Tahniah sebab dah jadi ibu bapa! Memang indah dan penuh warna-warni bila dapat anak. Tapi jangan ingat semuanya mudah. Kadang-kadang rasa macam naik roller coaster kadang gembira, penat, teruja, stres semua ada sekali. Jangan risau, ini panduan santai tapi kena untuk suami isteri baru supaya perjalanan awal jadi lebih lancar dan penuh kasih sayang.
Jangan expect isteri kena handle semua benda. Suami pun kena masuk ‘game’! Contohnya, kalau isteri tengah susukan anak, suami boleh tolong uruskan kerja rumah atau siapkan susu. Bila suami tolong, isteri boleh rehat dan tenaga dia lebih banyak untuk jaga bayi. Jangan takut nak ambil inisiatif, walaupun kecil seperti lap bayi atau mandikan anak. Percayalah, kerja sama ni buat rumah lebih ceria.
Bersalin bukan kerja mudah, badan isteri perlukan masa nak pulih. Suami jangan sibuk sangat dengan kerja luar sampai lupa isteri penat. Ambil tahu bila dia perlukan makanan berkhasiat, rehat yang cukup, atau sekadar pelukan dan kata-kata manis. “Awak hebat” atau “Terima kasih” sangat bermakna. Kadang-kadang pujian kecil ni boleh bagi tenaga baru.
Kadang-kadang rasa nak marah sebab kurang tidur atau tekanan kerja datang bertalu-talu. Tapi jangan simpan, cerita dekat pasangan supaya mereka faham keadaan kita. Bila terbuka, masalah jadi ringan. Contohnya, kalau malam susah tidur, suami boleh cari cara bantu seperti tukar giliran jaga anak. Komunikasi elok buat rumah tangga lebih bahagia.
Bayi tak boleh dijangka, tapi cuba buat jadual mudah. Suami dan isteri boleh tukar giliran jaga anak, supaya tak ada yang rasa penat sangat. Contoh, malam suami jaga anak 2 jam, lepas tu isteri sambung. Waktu siang pula boleh bagi masa untuk masing-masing berehat atau buat kerja rumah. Ini penting supaya korang berdua tak ‘burnout’ dan hubungan kekal rapat.
Bila dah penat sangat, jangan segan minta bantuan orang lain. Mak, ayah, saudara atau kawan boleh tolong jaga anak sementara korang rehat. Kadang-kadang orang sekeliling happy nak tolong kalau kita minta. Ini bukti korang bijak urus keluarga, bukan tanda lemah. Lagi pun, bila ibu bapa cukup rehat, penjagaan anak jadi lebih baik.
Bayi nangis sampai rasa nak hilang sabar memang biasa. Tapi cuba jangan cepat naik angin atau marah. Tarik nafas dalam-dalam dan cuba faham apa yang bayi perlukan. Mungkin lapar, nak peluk, atau tak selesa. Sikap tenang dan sabar boleh buat suasana lebih baik. Ingat, bayi pun boleh rasa emosi ibu bapanya.
Jadi, perjalanan jadi ibu bapa baru memang penuh cabaran tapi sangat bermakna. Dengan usaha saling membantu, berkomunikasi dengan jujur, dan ambil masa rehat, korang boleh lalui fasa ni dengan tenang dan gembira. Ingat, bukan nak sempurna, tapi usaha dan kasih sayang yang konsisten buat keluarga kuat. Selamat berjuang dan nikmati setiap saat bersama anak!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi menggigit ketika menyusu boleh membuatkan mama terkejut dan sakit. Ketahui punca serta 8 cara berkesan untuk mengatasi masalah bayi menggigit ketika menyusu dengan lebih tenang.