Gajet dengan anak-anak memang tak dapat dipisahkan. Cuma sebagai ibu bapa kita kena bijak buat perancangan atau jadual agar anak-anak lebih berdisiplin dan tidak menghabiskan masa mereka begitu saja.
Biasanya tiap kali musim cuti persekolahan jadual anak tak terlalu padat. Dalam tempoh ini ibu bapa boleh memanfaatkan dengan aktiviti berfaedah bagi mengelakkan anak terlampau fokus dengan gajet atau televisyen.
Bagi memberi penyelesaian untuk ibu bapa yang anak suka tengok youtube, apa kata cuba buat setting ini. Perkongsian Dr Anayasmin boleh dijadikan panduan.
CARA SET ‘RESTRICTION MODE’ DI YOUTUBE..
Ads
Cuti sekolah dah mula ni, kemungkinan mak ayah dah mula risau anak-anak akan guna gadget lebih lama.
Antara apps yang paling banyak kanak-kanak guna antaranya adalah youtube kan. Kalau ada yang belum buat setting ni, boleh cuba set setting paling basic ni di youtube (Rujuk Gambar)👇🏻
Ads
Kalau nak lebih baik, tambah lagi parental control app. Banyak sebenarnya, ada yang berbayar dan ada yang free. Nanti ada masa saya share yang free punya. Cuba komen apa parental apps yang mak ayah guna?
Bantu share post ni ya agar mak ayah at least boleh cuba adjust setting basic ni di youtube mereka. Paling penting on kan ‘restricted mode’ tu.
Multi-fokus yang melelahkan! Biasa tak jadi macam ni. Sambil masak, sambil basuh kain, sambil bagi anak makan, sambil dengar audio, sambil jawab soalan anak, sambil macam-macam. Haa….ada yang kata para wanita ni memang itulah kelebihannya, MULTI-TASKING.
Ingat sehebat-hebat wanita pun bila dipaksa buat macam-macam dalam satu masa, akan ada satu ‘letupan’ dalam diri. Jika keadaan ini tak dikawal, tak mustahil ramai golongan wanita akan rasa stres sepanjang masa dan akhirnya memberi impak tak baik untuk terus menjadi hero dalam keluarga.
Perkongsian Ibu Rose yang banyak menulis mengenai ilmu keibubapaan dan rumah tangga sangat membantu dan dapat mengembalikan semula semangat wanita yang bergelar isteri dan ibu.
Badan akan rasa teramat penat
Tapi, perasan tak, bila dah multi banyak sangat, akhirnya apa jadi pada mak ni adalah kepenatan yang teramat sangat. Penat mental, fizikal dan emosi. Habis drain tenaga.
Apa yang lebih mengharukan adalah, hasil kelelahan itu semua tiada sempurna. Banyak kekurangannya, banyak yang tidak selesai. Paling utama, sang ibu menjadi sangat tidak produktif dihujung hati. Hati rasa tak happy dan mudah meledak dek kerana kepenatan itu.
“Tapi Ibu, saya tak ada pilihan. Anak saya ramai. Saya bekerja. Bila balik, semua nak kena hadap. Nak tak nak tetap kena uruskan. Kalau nak harapkan suami..emm..lagi saya sakit hati.”
Sayang..tau tak apa silap mu. KESEMPURNAAN.
Baju, perlu disidai begini, kain perlu dilipat begini, rumah mesti berkeadaan begini, anak-anak mesti selesaikan tugasan begini-begini, aktiviti mesti dilakukan begini-begini, nak hasil jadi begini-begini.
Bila tak tercapai ‘expectations’ itu, apa yang terhasil adalah STRESS, TERTEKAN, BENGANG. Akhirnya, menyalahkan diri sendiri atas ‘kegagalan’ yang tidak diingini.
Kita bukan ROBOT
Sayang, sedarilah sesungguhnya anda bukanlah ROBOT. Anda adalah manusia yang perlu waktu rehat, yang perlu belaian kasih, yang perlu masa ketenangan.
“Ibu..tak boleh. Anak saya kecik-kecik. Tak boleh ‘deligate’ kerja. Bila suami dah tolong tengokkan anak-anak, saya dah syukur sangat. Tapi, betullah kata Ibu, saya masih ada satu perasaan ‘kekosongan’ dalam jiwa. Terkadang penat ini semua buat saya hampir menghamburkan air mata. Nak tak nak, tetap kena buat, tetap kena hadap.”
Sebenarnya kan sayang, yang buat kita penat bukan MULTI-TASKING tu, tapi sebab MULTI-FOKUS. Memang penat, bila dalam pemikiran tu banyak perkara yang diFOKUSkan dalam satu masa. Tengah masak, dalam fikiran ingat anak belum dimandikan. Sambil lipat kain, teringat wasap boss yang belum di ‘reply’. Sedang makan bersama suami teringat kain yang belum disidai. Hakikatnya, MULTI-FOKUS itu sangat tidak produktif, sangat tidak bagus. Jadi apa nak buat?
Kembali FOKUS. Lakukan satu persatu dengan hati yang tenang.
Suka Ibu kongsikan tips yang mudah buat sayang semua yang perlu MULTI-TASKING ni.
Mungkin sayang boleh cuba amalkan apa yang Ibu nak kongsikan ini.
1. Mulakan hari dengan TAHAJJUD.
Pada permulaan hari, SERAHKAN MASA,URUSAN dan TENAGA kepada MAHA PENCIPTA SEGALA. Peruntukan masa khas berkhalwat bersama Allah Taala. Luahkan segala apa yang terpendam. Mohon kekuatan kepadaNya. Zikir, selawat, baca Al-Quran dan berdoalah sebelum subuh. Ketika itu, Allah sedang turun ke langit dunia. Allah mahu mengampunkan sesiapa yang minta ampun dan mahu mengabulkan apa saja yang dimohon oleh hambaNya. Dengan menyediakan masa untuk Allah pada permulaan hari, InsyaAllah hari itu akan menjadi lebih efektif. Bahasa mudahnya hari menjadi lebih berkat. Banyak urusan selesai, dipermudahkan, hati rasa lapang dan sebagainya.
2. JADUAL
Adakan jadual yang realistik untuk aktiviti sepanjang hari. Pentingnya jadual ini, adalah supaya seluruh ahli keluarga tahu apakah aktiviti seharian. Maka rutin yang positif boleh dicipta. Apabila anak tahu apa yang harus dilakukan sepanjang hari, maka ini akan bina rasa selamat pada diri anak itu sendiri. Para ibu bapa juga boleh kurang ‘membebel’ kerana anak sedar apa yang patut dilakukan.
3. Bahagikan tempoh 24jam atau sistem MENGKHUSUSKAN -Definition of Space.
Cuba lihat dapur kita, semua ada lokasi khusus. Di mana pisau disimpan, kuali disangkutkan, rempah ratus disusun, tidak caca-marba. Maka, bila kita mahu masak dan masuk ke dapur, semua jadi mudah dan terurus. Begitulah dengan masa. Khususkan masa untuk ALLAH, SUAMI, ANAK-ANAK, URUSAN RUMAH, ME-TIME dan lain-lain.
Begitulah 3 tips mudah yang mungkin sayang boleh amalkan dalam kehidupan harian. Tak kisahlah sama anda perlu bekerja di luar atau WFH. Sungguh, bila mulakan hari dengan Allah, InsyaAllah, banyak perkara akan selesai dan dipermudahkan. Usahlah jadi wanita yang MULTI-FOKUS yang akhirnya akan memenatkan dan melelahkan. Malahan hasil yang tercita sangat minimum.
Mendidik anak-anak tanggungjawab besar untuk ibu bapa. Banyak cabaran yang terpaksa dilalui supaya amanah yang diberikan kepada kita ini dapat membesar dengan sebaik-baiknya.
Benar, setiap anak-anak perangainya lain-lain. Ada yang mudah dijaga, ada yang memerlukan lebih perhatian tetapi semuanya mempunyai keistimewaan dan rezeki yang tak pernah pun kita jangkakan.
Sebab itu, ibu bapa yang menjadi pemegang amanah, anda harus faham bahawa apa sekalipun terjadi pada anak kita, janganlah mengeluh. Sentiasa bersikap terbuka dan yakin, ganjaran pasti ada kemudian hari.
Dapat anak yang senang beri kerjasama tu rezeki, hatinya lembut dan senang di lentur.
Dapat anak yang susah beri kerjasama tu pun rezeki, hatinya kental dan kuat azamnya.
Dapat anak yang senang di suruh tidur tu rezeki, mudah kerja ibu ayah.
Dapat anak yang susah di suruh tidur tu pun rezeki, mengajar ibu ayah jadi kreatif.
Dapat anak yang lasak tak reti duduk diam tu rezeki, tanda dia sihat dan kuat.
Dapat anak yang pendiam tu pun rezeki juga, kurang pening kepala ibu ayah.
Dapat anak yang bijak tu rezeki, sekali ajar terus dia tangkap.
Dapat anak yang kurang bijak pun rezeki, ia beri alasan untuk ibu ayah lebih kerap mengajar.
Dapat anak yang normal itu rezeki, bahagia seadanya.
Dapat anak yang tidak normal juga rezeki, mudah jalan ke syurga kita. Gitu la. Tak ada satu pun yang berlaku pada kita selama ini bukan rezeki. Semuanya rezeki.
Yang bezanya cuma cara kita melihat rezeki pemberian Allah SWT ini. Sama ada kita mahu syukur atau mahu redha dengan rezeki yang di kurniakan.
Jika rezeki itu buat kita senang, Alhamdulillah.. banyakkan bersyukur!
Jika rezeki itu buat kita rasa susah, sabar dan banyakkan la redha! Anak-anak adalah tiket pintu syurga kita kelak.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
“Ish mama sibuk ni, jangan kacau mama” berlalu lah si kecil bermain sendiri. Si kecil ini hanya mengimpikan sedikit perhatian dari si ibu dan juga si ayah. Tahukah anda sebenarnya anak mempunyai 2 fasa penting dalam hidup mereka. Jika fasa pertama berlalu begitu sahaja tanpa dibantu oleh ibu dan ayah, anak akan berlalu ke fasa kedua tanpa asas nilai dan keperibadian.
2 FASA PENCARIAN ‘RESTU’ DAN ‘PENERIMAAN’.
1) FASA 0-10 TAHUN
Restu dan penerimaan (approval and acceptance) IBUBAPA merupakan perkara paling penting dicari oleh anak-anak pada usia ini.
Semakin awal (muda) usia seorang anak, semakin penting elemen penerimaan ibubapa ini bagi anak tersebut.
Inilah sebabnya anak usia ini rapat dan ingin sentiasa rapat dengan ibubapa.
-Mereka suka didampingi oleh ibubapa.
-Mereka suka mencari perhatian dan diberi perhatian oleh ibubapa.
-Mereka suka dilihat dan diperhatikan.
-Mereka suka bercerita dan mendengar cerita.
-Mereka suka menyoal dan disoal.
-Mereka juga menerima arahan dan panduan dengan lebih mudah tanpa tentangan.
-Inilah fasa di mana saluran komunikasi yang kukuh mula terbina di antara ibubapa dan anak.
2) FASA 10 TAHUN KE ATAS.
Semakin anak meningkat usia, restu dan penerimaan ibubapa menjadi semakin kurang penting bagi seorang anak.
Kepentingan restu daripada RAKAN SEBAYA semakin memuncak dan mengatasi keperluan untuk mendapatkan restu daripada ibubapa.
Pada fasa kedua ini ibubapa perlu terus memainkan peranan untuk membantu anak menilai yang baik dan yang buruk agar anak dapat membuat keputusan berasaskan nilai yang murni apabila berada di persimpangan.
Sekiranya ibubapa MENGABAIKAN FASA PERTAMA anak dengan mengandaikan bahawa ‘Anak kecik lagi” dan tidak menggunakan peluang itu untuk menerap nilai murni dan akhlak yang baik ataupun tidak melatih anak untuk berbuat kebaikan dan mengikut aturan, maka anak akan beralih ke fasa yang seterusnya TANPA ASAS NILAI DAN KEPERIBADIAN yang kukuh.
Sekiranya ibubapa meluangkan MASA dan TENAGA bersama anak, merapati mereka pada usia awal dan membina perapatan dan hubungan yang kukuh dengan anak, ia membantu untuk melindungi anak dari godaan dan cabaran rakan sebaya pada fasa yang kedua.
Peranan yang kita mainkan pada fasa pertama dapat bertindak sebagai perisai dari tekanan rakan sebaya dan dari dipengaruhi dan terikut-ikut dengan ‘trend’ secara membabi-buta.
MASA dan TENAGA yang diluangkan ini merupakan pelaburan yang memberikan pulangan yang sangat berbaloi kepada keluarga kita.
Insya Allah.
Restu dan penerimaan ibubapa bukan hanya penting sewaktu anak ingin melangsungkan perkahwinan sahaja, malah ia diharapkan jauh lebih awal dari itu.
Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan permainan anak dengan harga murah boleh klik di SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!