Bercakap antara salah satu cara komunikasi dan semestinya setiap ibu bapa pasti menginginkan anak-anak mereka bercakap cepat dan lancar.. Kemahiran bercakap penting kepada anak-anak untuk pelbagai tujuan.
Antaranya untuk menyatakan keinginan, meluahkan perasaan, belajar, bertanya dan bermain bersama rakan sebaya. Namun begitu, sesetengah ibu bapa kurang sedar tentang pentingnya cara yang berkesan, komitmen dan dedikasi yang berterusan dalam membantu anak-anak supaya cepat dan pandai bercakap.
Patologis Pertuturan Bahasa, Ruby Atika berkongsi cara mudah untuk rangsang pertuturan anak yang lambat bercakap di rumah bersama ibu bapa:
1) Sekurangnya 1 buku cerita bergambar setiap hari. Ulang buku yang sama beberapa kali pun tak apa.
Ads
2) Kerap suruh anak di rumah. Walaupun baru 2 tahun. Suruh dia buang sampah, tutup pintu, ambilkan bantal, hantar cawan ke dapur. Ini ialah latihan kefahaman.
3) Ambil tahu lagu kanak-kanak dan nyanyikan dengan anak. Anak dengar ayah nyanyi live adalah berbeza kesannya dari tengok youtube yang nyanyi.
Ads
4) Jangan fikir anak-anak hanya duduk di ruang menonton TV saja. Anak juga boleh teman ibu di dapur atau teman ayah berkebun di halaman.
5) Cakap ikut tahap bahasa anak. Kalau dia jenis cakap sepatah-sepatah saja, ibubapa cakap ayat pendek 2 atau 3 patah saja. Jangan cakap ayat panjang atau laju-laju.
Ads
6) Ajar perkataan yang kerap digunakan (jom, nak, dah, habis, bye, lagi, ambil, letak, simpan, duduk, makan). Bukannya ajar ABCDEFG.
7) Galakkan tumpuan bersama ketika bermain dengan anak. Pilih permainan yang anak minat dan ibu bapa mesti turunkan level ke tahap sama seperti kanak-kanak.
8) Bila terdengar anak sebut sesuatu, ulang apa yang anak tu sebut dan tambah perkataan supaya jadi ayat.
Nak melatih minda anak supaya lebih cergas sebenarnya tak memerlukan barangan yang mahal. Ada pelbagai aktiviti yang mama papa boleh lakukan bersama anak-anak dengan hanya menggunakan barangan di rumah sahaja.
Puan Adlil Rajiah yang juga merupakan seorang ibu berkongsi di dalam blognya tentang 13 permainan yang ibu bapa patut tahu untuk menggalakkan perkembangan minda anak.
Kebanyakan permainan yang diperkenalkan, adalah dari barangan harian – ia amat murah dan mudah untuk dilakukan.
Jom ikuti perkongsian beliau.
Aktiviti kanak-kanak yang murah & bagus untuk perkembangan minda!
Ok topik hari ni agak ke”mak-mak”an sikit. Orang bujang mesti boring baca. Tapi kalau bujang yang kuat berangan, boleh la baca sambil berangan anak ada kat sebelah.
Ok sebenarnya since aku publish entry pasal Child Psychiatrist tu kan, ramai parents yang email aku dan share pengalaman masing-masing buat assessment dengan Child Psychiatrist. Rupanya ramai jugak parents yang dah pernah bawak anak jumpa Child Psychiatrist kan. Aku ingat aku sorang je.
Well, ramai yang beranggapan bahawa anak-anak yang perlu jumpa Psychiatrist ni, mesti anak yang terencat otak, anak ada masalah mental, anak autism, anak asik kena rasuk, etc. Kamonnn.. TAK SEMESTINYA.
Macam kita. Kita jumpa gynecologist sebab nak beranak je ke? Tak semestinya kan. Period tak teratur pun jumpa gynae. Asik sakit perut pon jumpa gynae. Saje-saje nak cari jodoh pon jumpa gynae. 😀
So sama macam child psychiatrist. Bawak anak jumpa psychiatrist tak semestinya anak kau gila. Sebenarnya, semua parents yang ada anak #12bulan dan keatas, sangat disarankan bawak anak masing-masing jumpa Child Psychiatrist. Untuk apa?? Supaya parents lebih mengenali behaviour anak. Supaya parents tahu cara yang betul untuk handle behaviour-behaviour tertentu. Contoh, anak kuat jerit, nak buat camane. Anak takut strangers, nak buat camane. Anak terlalu manja, nak buat camane. Anak lembap, nak buat camane. Anak lambat cakap, nak buat camane.
Kat sana ialah tempat terbaik untuk parents belajar mengenali anak masing-masing dan tahu mana salah silap SEBELUM TERLAMBAT. Dan supaya perkembangan fizikal dan mental anak dapat diransang dengan baik. Dan parents bukan sekadar memperbodohkan anak dengan gajet semata. Amboi kasarrrr ayatnya.
Biasalah kita sekarang dah terlalu moden. Sampai otak jadi sempit dan tak kreatif bila fikir soal anak. Bila anak bosan, nah ipad. Bila anak nak perhatian, nah ipad. Nanti esok-esok kau dah tua, kau lapar, anak suapkan ipad dalam mulut kau. Ok kasar lagi. Maafkan saya.
Bagi parents yang dah pernah hantar anak buat assessment dengan Child Psychiatrist, mereka tahu betapa banyakkkkk aktiviti yang boleh dilakukan bersama untuk merangsang fizikal dan minda anak. So hari ni aku nak share beberapa aktiviti tersebut. Dan semua aktiviti ni bukan saje based on experience aku sendiri, tapi jugak dari pengalaman parents lain yang sudi berkongsi untuk manfaat bersama.
Kalau diikutkan memang terlalu banyak aktiviti untuk meransang minda anak-anak yang diguna-pakai oleh Child Psychiatrist dalam assessment mereka. Tapi kat sini, aku senaraikan beberapa sahaja, yang aku rasakan murah, mudah dan semua orang boleh praktikkan dengan anak masing-masing di rumah.
Ok jom kita tengok satu-satu.
1) Ring Tower / Tower Blocks / Cup Tower.
Apa-apa sahaja aktivti berkenaan membuat tower adalah bagus. Macam Haikal, kitorang beli ring tower je. Senang. Cuma susun yang besar bawah, kecik atas. Dan supaya dia boleh kenal saiz mengikut turutan yang betul.
Dari aktiviti ni, anak akan dapat recognize saiz dan belajar camane nak buat tower yang seimbang. Selain ring tower, korang jugak boleh guna barang yang dah ada kat rumah macam cawan plastik atau mangkuk plastik untuk buat tower
Besar bawah, kecik atas. Suruh anak susun camtu. Pastu bayangkan iklan anmum, sel-sel otak sedang berhubung. ;D
2) Colour Sorting
Ok untuk aktiviti ni, korang boleh guna apa sahaja benda yang berwarna. Dan suruh anak asingkan mengikut warna yang sama. Macam Haikal, selalunya aku guna tiga benda
a) Fruit Fork
b) Fur Balls
c) Batang Aiskrim
Seperti yang kita semua tahu, bermain dengan warna adalah cara paling baik untuk merangsang minda anak. Aku pon tak tahu nak explain secara scientific. Tapi aku boleh tengok sendiri dari perangai Haikal. Kalau bermain dengan benda berwarna, dia nampak excited dan bersemangat. Dia tak cepat bosan dan happy je masa bermain. Dan menurut doktor, warna bagus untuk stimulate mata anak-anak jugak.
Aku tak guna benda yang sama setiap hari untuk aktiviti sorting colours ni, sebab Haikal akan bosan bila tengok benda yang sama hari-hari.
So kita tukar-tukar. Hari ni batang aiskrim, esok fur balls, lusa fruit fork, dan sebagainya. Aktiviti ni tak terbatas untuk barang-barang tertentu sahaja.
Asalkan barang tu berwarna, boleh guna. Sudu ke, sepit baju ke, pensil warna ke, kertas warna ke, stokin ke.
3) Sorting beads
Aktiviti ni agak merbahaya dan wajib ada orang dewasa yang monitor. Sebab ia melibatkan beads/manik. Aktiviti ni aku dapat tahu dari mak saudara aku. Dia nurse. Dan dia jugak pernah bawak anak jumpa Child Psychiatrist, dan ini salah satu aktiviti yang anak dia buat semasa assessment.
Aktiviti ni mudah je. Korang hanya perlukan manik berbagai warna dan jenis. Butang baju pon boleh. Longgokkan banyak-banyak dalam pinggan.
Dan suruh anak asingkan mengikut jenis atau warna. Dah macam babak nak cari bakal isteri dalam cerita p.ramlee pulak. Kahkah.
Kenapa guna manik?
Sebab benda kecik-kecik ni boleh stimulate fine motor skills anak dan latih anak untuk lebih fokus. So nanti penglihatan dan pemikiran dia tajam, pergerakan tangan dia lebih lancar. InsyaAllah bila besar nanti pandai melukis dan tulisan cantik.
4) Shape Sorting
Masa Haikal baby dulu, kitorang ada beli shape sorter yang macam ni.
Branded dan mahal. Berlagak habis la masa tu. Bahah. Tapi percayalah cakap aku. Tak worth it langsung korang beli shape sorter yang mahal-mahal camni.
Dah la mahal, pastu blocks dia tak banyak. Macam yang aku beli ni, blocks dia dalam 18 ketul je. Umur belum setahun Haikal dah boleh buat tak sampai 2 minit.
Sekarang dia siap dah boleh masukkan shape tu dari dalam ke luar. Lagi satu yang aku tak suka, kegunaan dia tak pelbagai. Boleh guna sebagai shape sorter sahaja.
Boring. Dan membazir.
Nasib baik ada sorang ibu yang share tentang shape sorter yang lebih berbaloi. Katanya, kat Mr.DIY ada jual wooden blocks (100 ketul), harga cuma RM40.
Ada tiga kegunaan pulak tu:
Shape sorter.
Boleh buat castle atau tower
Dan boleh buat Domino jugak!
Lebihhhhh berbaloi dari beli shape sorter yang mahal tapi tah hape-hape itu. Jadi Haikal pon boleh main lebih lama dan tak bosan dengan satu aktiviti sahaja.
Selain boleh rangsang otak dalam mengenal pasti shapes, benda ni jugak boleh enhance kreativiti anak dalam construct castle dan susun domino. Oh selain tu, korang jugak boleh suruh anak sort colours menggunakan wooden blocks ni. Kan dia ada banyak warna tu.
Sangat beronok-ronok bukan? 😀
5) Penyepit baju.
Masa buat assessment dengan Dr. Sherine, Haikal ada buat aktiviti ni. Guna sepit baju.
Tak payah yang fancy-fancy camni pon takpe. Sepit baju mydin pon boleh guna. Korang boleh latih anak tekan sepit baju tu dan sepit di tepi bekas seperti ini..
Selain merangsang otak, aktiviti ni sangat bagus untuk motor skills, sensory skills, dan melatih anak mengawal tangannya. Memula memang payah. Sampai herot-herot mulut Haikal nak picit penyepit tu kahkah. Tapi lama-lama dia semakin terrer. Makin laju dia buat. 😊
6) Fur sticks & Penapis Sayur.
Kenapa penapis sayur perlu terlibat sama dalam hal ni. Fur sticks ni aku simpan sejak zaman anak dara lagi. Aku dulu memang suka buat arts. Macam buat kad mother’s day ke hape kan. Biasalah anak dara mana ada kerja lain. Nak tolong mak kemas rumah, malas. Korang boleh cari Fur Sticks ni di mana-mana kedai stationaries. Mesti ada punya.
Apa yang korang perlu buat ialah, potong fur sticks tu pendek-pendek dan suruh anak masukkan dalam lubang penapis sayur.
Aktiviti ni pun bagus untuk latih anak lebih fokus dan stimulate fine motor skills. Selalunya aku suruh Haikal cucuk dan susun mengikut warna fur sticks tu.
Aktiviti ni memang fun sebab boleh menguji tahap kesabaran anak korang jugak.
7) Hair bands, lidi dan penapis sayur.
Ye, masih menggunakan penapis sayur. Aktiviti ni senang saje. Anak cuma perlu tarik hairbands dan masukkan dalam lidi mengikut warna. Tapi aktiviti ni cukup bagus untuk fizikal dan mental anak.
Sebab?
Sama macam aktviti lain, dapat enhance sensory and fine motor skills. Latih pergerakan tangan. Latih anak fokus. Latih anak sabar. 😊
8. Count the sea-shells.
Ok budak-budak memang cepat belajar mengira bila ada objek dan bukan sekadar menulis di atas kertas. Korang boleh guna apa-apa barang yang senang dikira.
Macam Haikal, kitorang guna sea-shells. Kalau anak korang dah besar sikit, boleh guna kaedah yang sama untuk ajar maths macam plus minus dan sebagainya.
9) Bolts & Nuts
Ok yang ni pon salah satu aktiviti yang Haikal buat masa assessment dengan Dr.Sherine tempoh hari. Bolts and Nuts ni korang boleh beli kat mana-mana. Cari yang murah sudah. Aku beli kat Mr.DIY. Memang murah. Tapi tak ingat dah berapa. Benda ni dia berbeza mengikut warna, bentuk dan saiz.
So bolt dan nut tu kena matching dalam 3 perkara itu (warna, bentuk, saiz). Kalau tak match, memang tak masuk. Oh aktiviti ni paaaaaling aku suka.
Sebab Haikal kena genius sikit nak main benda ni. Selalu dia main benda senang-senanggg je kan. Yang ni susah, padan muka dia. Tapi lama-lama, pon Haikal boleh buat. Tak pandang pun rilek je dia buat.
Aktiviti ni bagus.
Selain mencabar minda, sebab kena matching banyak warna, bentuk dan saiz, ia juga dapat melatih fine motor skills dan hand movement. Ingat, apa-apa aktiviti yang merangsang pergerakan fizikal (pulas, picit, tekan, tolak, tarik, lompat, lari, merangkak, berguling etc), juga akan merangsang motor skills dan brain development! Sekali lagi bayangkan iklan anmum, sel-sel otak sedang berhubung.
10) Melukis
Walaupon aktiviti melukis ni nampak remeh, ataupon nampak macam tak best sebab parents tak pandai lukis, sila tahu bahawa permikiran dan imaginasi budak tak terbatas kepada sesuatu gambarajah sahaja. Lukislah apa saje dan suruh anak imitate lukisan korang. Cantik ke tak cantik tu balakang kira.
Masa ni la korang nak latih anak pegang pen, pensil warna, crayon dan sebagainya. Kajian mengatakan, anak yang SUKA melukis mempunyai pemikiran yang lebih kreatif. Dan tahap keterbukaannya dalam membuat keputusan adalah lebih luas. Hamboi.
Dia kata anak yang SUKA melukis ye, dia tak kata anak yang PANDAI melukis.So pandai tak pandai melukis, itu belakang kira. Yang penting, jadikan aktiviti melukis tu sebagai hobi atau rutin harian.
Jangan kata parents tak pandai lukis, so taknak buat aktiviti melukis dengan anak.Rugi. Lukislah apa saje. Dan suruh anak imitate. Walau sekadar bulatan atau garisan.
Ataupon buat camni. Kita lukis sesuatu bentuk (bulat, square, line, oval, etc.) dan suruh anak sambung lukisan tersebut.
Pepandai dia la nak sambung dan menjadikan apa-apa yang dia nak.
Memang la buruk hazabedah lukisan dia. Bahah. Tapi kita tak tahu apa yang sedang bermain di fikiran dia.
Jadi biar dia lukis, biar dia explore.
Ok ni aku saje nak share.
Hari tu aku jumpa crayon blocks ni. Pun dekat Mr. DIY. Crayon blocks ni sangat berguna. Bila Haikal dah bosan melukis, dia boleh buat tower.
Macam-macam mainan budak-budak sekarang. Crayon blocks lah apa semua lah.
11) ABC 123 Blocks.
Macam yang aku cakap sebelum ni, warna dan appearance permainan tu memainkan peranan penting dalam menarik minat anak-anak. Kalau sekadar tulis ABC 123 di atas kertas, mungkin diorang akan cepat bosan.
So korang boleh try guna blocks. Kat mana-mana pon ada benda ni. Aku beli kat giant tak silap. Sebelum umur 2 tahun, Haikal dah boleh hafal dan recognize setiap huruf A-Z dan nombor 1-10.
Amazing? Memang.
In fact, blocks adalah lebih powerful dari flash cards. Tak percaya korang boleh cuba.
12) Car track.
Tak payah beli car track yang bertingkat-tingkat yang mahal tu. Cuma guna masking tape berwarna, dan tampal kat lantai dan design lah ikut suka korang.
Dan amik segala mainan cars yang anak korang ada, dan suruh dia gerakkan car tu di atas track.
Aktiviti ni pon bagus untuk fine motor skills selain melatih anak untuk lebih fokus. Selain bajet yang murah, sebab korang hanya perlukan masking tape sahaja,korang jugak boleh ubah design track tu kepada design yang lebih susah dari minggu ke minggu.
Supaya aktiviti ni jadi lebih mencabar, dan otak anak korang dirangsang dengan lebih baik.
13) Shoot the ball.
Ok ni last. Aku pon dah penat taip.
“Shoot the ball” jugak adalah salah satu aktiviti Haikal semasa assessment tempoh hari. Just baling bola dalam jaring. Main bola jaring la senang cakap.
Kebaikan aktiviti ni lebih kurang macam memanah. Dapat latih anak lebih fokus, precise dan concise dalam hidup. Macam yang kita tahu, aktiviti memanah adalah sunnah nabi.
Tapi pada umur ini, Haikal belum sesuai untuk buat aktiviti memanah. So untuk melatih ke arah itu, boleh buat aktiviti ni dulu (baling bola dalam jaring).
Dan bila dah besar sikit, boleh ajar dia main dart, dan seterusnya ajar memanah. Gitu.
Note untuk parents: Jangan lupa letak bakul bawah jaring supaya korang tak lecak ketiak kejar bola sana sini.
Aktiviti ni korang kena lakukan secara berperingkat. Buat paras rendah dulu. Biarkan dia masukkan ball tu dengan senang lenang. Benda ni penting untuk build dia punya self-esteem sebelum memulakan cabaran yang lebih susah. So bila dia kompiden habis masukkan ball dalam jaring tu, baru letak paras yang lebih tinggi. Kalau boleh paras yang memerlukan anak tu melompat atau mengjingkitkan kaki. Pergerakan macam ni bagus untuk fizikal especially kekuatan muscle dan tulang dia. Dan ofkos untuk otak jugak.
Ok dah.Habis jugak entry ni. Hahaha. Panjang betul lah hai. Terhakis dah jari aku ni haa. Harap korang sama-sama dapat manfaat lah. Oh lagi satu, mohon jangan tanya aku aktiviti sekian-sekian sesuai untuk umur berapa. Aku tak boleh jawab. Sebab lain budak, lain tahap dia.
Macam Haikal, dia dua tahun. Tapi doktor kata pemikiran dia sama macam budak lima tahun. Aku tak tahu la nak rasa apa. Bersyukur ada, gerun pon ada.
So sepatutnya, parents tu sendiri tahu tahap potensi dan kebolehan anak. Jangan takut untuk dedahkan benda baru kepada anak pada umur berapa-berapa pun.
Lagi awal lagi bagus kan.Yang penting keselamatan kena utamakan. Kalau anak suka masuk barang dalam mulut, dalam hidung, kena awas lebih.
Dan sebenarnya kita sebagai parents pon kena berfikiran kreatif dalam membuat aktiviti bersama anak. Kalau penat bekerja sekalipon, ada banyak aktiviti mudah yang tak perlu keluar peluh pon. Jangan malas dan jangan harapkan ipad semata.
p/s: Sorry kalau entry ni macam poyo, berlagak, atau kembang hidung ke apa. Sekelumit pon aku tak berniat begitu. Apa yang aku tahu, benda baik, benda bermanfaat, kita kena share. Itu saje.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ingin tahu tip asuh anak supaya bila besar nanti tahu hargai dan hormat ibu bapa! Hakikatnya melentur buluh biarlah dari rebung. Ketahui kaedah asuhan berkesan untuk melahirkan anak yang berakhlak mulia. Untuk membawa seorang anak kepada kecemerlangan bukanlah sesuatu yang mudah. Ibu bapa perlu bijak untuk mengasuh anak dengan cara yang betul.
Jom kita baca 10 tip mudah ini. Amalkan dalam kehidupan seharian kita. Selamat mencuba!
1.Nama panggilan yang baik.
Jadi berikan nama anak dengan makna yang elok. Makna nama yang elok membantu membentuk peribadi mulia anak.
2.Pelukan setiap hari.
Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk.
3.Pandangan kasih sayang.
Ia membuatkan anak anda lebih yakin diri. Anak yang mempunyai identiti yakin dan berani adalah ceminan ibu bapa yang positif dalam mendidik anak.
4.Penghargaan.
Lakukan seperti pujian, pelukan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya.
5Terima seadanya.
Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang dan tidak terkecuali berbuat silap.
6.Jangan mengeluh.
Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban. Biarpun mereka melakukan kesilapan atau anda dalam kepenatan. Cubalah memberikan senyuman buat anak anda.
7.Dengarlah cerita anak.
Tunggu sehingga anak habis bercerita dan kemudian barulah anda mula bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap.
8.Tenangkan anak.
Jika setiap kali mereka melakukan kesalahan tenangkan dirinya. Anak akan tahu dirinya disayangi oleh anda.
9.Cara tenangkan diri.
Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
10.Luangkanlah masa bersama.
Peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka merasa kepentingan kehadiran mereka dalam keluarga anda.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Belajar pelbagai bahasa sebenarnya dapat meningkatkan kepekaan/IQ dan meningkatkan tumpuan atau fokus kanak-kanak.
Ibu bapa mana yang tak mahu anak kuasai lebih dari satu bahasa. Sebolehnya nak anak-anak pandai sekurang-kurangnya 2 bahasa. Namun ada Ibu bapa yang mengelak daripada menggunakan banyak bahasa kerana risau akan mengelirukan anak-anak mereka sekiranya menggunakan banyak bahasa serentak. Bagaimana caranya nak ajar anak lebih dari satu bahasa? Ikuti perkongsian ini
Kalau tengok IG saya suka tengok lG Hanis Zalikha. Bukan tengok dia. Tapi seronok tengok anak dia.
Petah dan comel berkeletah.
Budak besar-besar ni, selain pipi, kepetahan diorang pun boleh jadi aset. Kan? Lagi pulak bila muka Melayu tapi speaking. Comel je!
Dulu bermimpi juga nak anak-anak saya speaking London macam Peppa Pig tu. Tapi apakan daya, cubaan sering gagal bertahan. Kadang tu, adalah 10 minit cuba speaking. Lepas tu dah tercakap Melayu balik.
Tak keliru ke budak-budak kejap cakap BM, kejap cakap BI? Jawapannya yang saya dapat dari sebuah ensiklopedia tentang otak,
TAK, KALAU :
🧠 Kita ajar dwibahasa sebelum usia anak 12 tahun 🧠 Kita bercakap 11 juta patah perkataan setahun untuk satu bahasa. Ini untuk dapatkan tahap petahlah! 🧠 Strategi yang betul. Kalau kejap BM, kejap BI, kejap speaking Ghombau, kejap speaking Ganu, rasanya jiran sebelah dengar pun confuse.
Kenapa umur 0-12 tahun?
Sebab, waktu tu, bahagian otak yang bernama Wernick & Broca sangat aktif. Wernick & Broca adalah bahagian otak yang aktif berhubung, bila kita cuba cakap pelbagai bahasa. Especially dwibahasa.
WERNICK adalah bahagian otak yang bekerja untuk bantu kita memahami maksud sesuatu ayat.
BROCA area pula digunakan semasa bercakap. Ia akan membantu menjana arahan untuk menyusun ayat.
Tu sebab kita tengok anak yang dah biasa dwibahasa dari kecik, diorang jadi senang nak belajar bahasa lain. Bahagian otak yang 2 ni dah aktif dari kecik.
Kalau dah lepas 12 tahun baru nak belajar, boleh aje. Cuma bahagian otak ni dah tak seaktif masa kecik. Macam nak lentur buluh bila dah jadi rebung. Keras sikit.
Nak ikut accent tu yang paling susah. Nak cakap Perancis, keluar nahu Ganu. Allahu.
Jadi, kalau ada anak bawah 12 tahun ni, jangan putus asa. Teruskan usaha. Biasakan 2 bahasa dulu. Dah power nanti, tambahlah bahasa apa-apa, insya Allah ok.
STRATEGI NAK ANAK PETAH SPEAKING.
1️⃣ Strategi OPOL.
OPOL bermaksud, ‘One Parent, One Language’. Kena buat keputusan, siapa nak cakap BM, siapa nak cakap BI. Tak apalah level BI kita tak setinggi Oxford. Tapi cubalah jangan campur-campur.
2️⃣ ML@H
Yang ini biasa diguna oleh orang yang duduk luar negara. Anak kat sekolah dan dengan kawan-kawan cakap English / Arab/ bahasa komuniti. Tapi kita kat rumah je bertutur Bahasa Melayu. Contoh.
3️⃣ T&P (Time & Place)
Dalam seminggu tu, kita boleh pilih hari apa untuk kita isytiharkan ‘Speaking Day’. Contohnya hari Jumaat je ke. Atau setiap hari, waktu bermain bersama (bonding time) je kita ‘speaking’.
Kalau anak korang dah terer nanti, insya Allah cerah peluang mereka nak belajar luar negara. Seterusnya pulang bawa jodoh orang luar negara. Tiber.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Trend nama bayi dahulu dan kini menunjukkan perubahan menarik daripada nama klasik sarat tradisi kepada nama moden yang ringkas dan antarabangsa. Ketahui faktor perubahan dan panduan memilih nama terbaik buat anak.