Kanak-kanak yang menghidapi disleksia iaitu mereka yang mempunyai masalah dengan membaca, menulis dan mengeja (3M) dan telah disahkan pakar perubatan, perlu mendapatkan kelas intensif disleksia dengan segera.

Kanak-Kanak Disleksia Golongan Luar Biasa, Ibu Ayah Kena Bantu Mereka!

Presiden Persatuan Dyslexia Malaysia (PDM) Jamaliah Rahmat berkata langkah itu penting, supaya ia tidak mencederakan emosi kanak-kanak dan tidak merendahkan harga diri mereka, apabila tidak mampu menguasai 3M seperti kanak-kanak normal lain di sekolah.

“Asasnya, perlu faham ia bukan suatu penyakit, ia adalah neurodiversity yang tiada penawar untuk memulihnya, tapi dengan intervensi yang betul kita boleh berjaya dan kurangkan kesannya untuk jangka masa yang panjang.

“Apabila ibu-bapa sudah memahami keadaan itu, kanak-kanak disleksia ini akan dapat dibantu perkembangannya, setanding dengan kanak-kanak normal lain bahkan kekurangnya itu mungkin memberi kelebihan yang tidak ada pada kanak-kanak lain,”

Jamaliah turut berharap, stigma ibu bapa yang malu kerana anak-anak mereka disleksia perlu dikikis, kerana mereka hanya kekurangan dari segi pembelajaran, namun sekiranya dibantu pada peringkat awal prestasi mereka lebih baik, malah rekod membuktikan seseorang disleksia mempunyai kemahiran dan intelektual yang luar biasa.

IKLAN

 

Sementara itu, Jamaliah turut berharap Kementerian Pendidikan (KPM), memudahkan proses bagi ibu bapa kanak-kanak disleksia yang memohon pelepasan cuti belajar dari sekolah normal untuk suatu tempoh tertentu (tiga bulan sehingga setahun), bagi menghantar mereka ke kelas intensif disleksia dengan pihaknya.

“Disebabkan kekurangan kelas khas di sekolah bagi kanak-kanak disleksia, ada ibu-bapa yang memohon untuk menghantar anak mereka kepada kami, tapi tidak mendapat kebenaran daripada Pejabat Pendidikan Daerah.

“Sedangkan modul pembelajaran kanak-kanak disleksia tidak sama dengan murid pendidikan khas lain seperti sindrown down, yang memerlukan guru terlatih dan kompeten mengenai disleksia,” katanya.

Sementara itu Musa berharap sistem pendidikan bagi kanak-kanak disleksia, harus disesuaikan mengikut peredaran masa dan penggunaan teknologi bagi meningkatkan kualiti pembelajaran, selain perlunya sokongan kewangan daripada pihak berwajib.

IKLAN

“Saya difahamkan sistem pendidikannya masih berteraskan sistem yang lama, sedangkan hal yang berkaitan dengan saintifik dan teknologi seperti pendigitalan dan penggunaan pembelajaran berasaskan kecerdasan buatan harus diterapkan,” katanya.

Musa juga berharap kanak-kanak disleksia akan mendapat perhatian yang lebih meluas daripada kerajaan mahupun orang awam, kerana telah terbukti mereka sebenarnya boleh belajar dengan cepat daripada orang biasa dan telah ramai yang berjaya di peringkat yang lebih tinggi.


“Mereka (kanak-kanak disleksia) ini ialah golongan luar daripada biasa, jadi ia memerlukan kefahaman, kesabaran, dan sikap sayang dalam memahami dan mendidik mereka,” katanya.

Kredit: BERNAMA

IKLAN

Kanak-Kanak Disleksia Golongan Luar Biasa, Ibu Ayah Kena Bantu Mereka!

Anak dah boleh merangkak laju? Ayuh mama papa yang ada baby comel-comel tu, inilah masanya untuk sertai Baby Merangkak Race!. Daftar sekarang di link ini: https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-sspnxpama-baby-merangkak-race/

Kanak-Kanak Disleksia Golongan Luar Biasa, Ibu Ayah Kena Bantu Mereka!

Jom, kongsikan foto comel si manja anda bertemakan Jungle Cuties di SINI! Ada hadiah menarik menanti.(https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/)

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI