Bercakap antara salah satu cara komunikasi dan semestinya setiap ibu bapa pasti menginginkan anak-anak mereka bercakap cepat dan lancar.. Kemahiran bercakap penting kepada anak-anak untuk pelbagai tujuan.
Antaranya untuk menyatakan keinginan, meluahkan perasaan, belajar, bertanya dan bermain bersama rakan sebaya. Namun begitu, sesetengah ibu bapa kurang sedar tentang pentingnya cara yang berkesan, komitmen dan dedikasi yang berterusan dalam membantu anak-anak supaya cepat dan pandai bercakap.
Patologis Pertuturan Bahasa, Ruby Atika berkongsi cara mudah untuk rangsang pertuturan anak yang lambat bercakap di rumah bersama ibu bapa:
1) Sekurangnya 1 buku cerita bergambar setiap hari. Ulang buku yang sama beberapa kali pun tak apa.
Ads
2) Kerap suruh anak di rumah. Walaupun baru 2 tahun. Suruh dia buang sampah, tutup pintu, ambilkan bantal, hantar cawan ke dapur. Ini ialah latihan kefahaman.
3) Ambil tahu lagu kanak-kanak dan nyanyikan dengan anak. Anak dengar ayah nyanyi live adalah berbeza kesannya dari tengok youtube yang nyanyi.
Ads
4) Jangan fikir anak-anak hanya duduk di ruang menonton TV saja. Anak juga boleh teman ibu di dapur atau teman ayah berkebun di halaman.
5) Cakap ikut tahap bahasa anak. Kalau dia jenis cakap sepatah-sepatah saja, ibubapa cakap ayat pendek 2 atau 3 patah saja. Jangan cakap ayat panjang atau laju-laju.
Ads
6) Ajar perkataan yang kerap digunakan (jom, nak, dah, habis, bye, lagi, ambil, letak, simpan, duduk, makan). Bukannya ajar ABCDEFG.
7) Galakkan tumpuan bersama ketika bermain dengan anak. Pilih permainan yang anak minat dan ibu bapa mesti turunkan level ke tahap sama seperti kanak-kanak.
8) Bila terdengar anak sebut sesuatu, ulang apa yang anak tu sebut dan tambah perkataan supaya jadi ayat.
⠀
Tolong la sayang, jangan lah sebut anak itu hyper active. Hyper active ini adalah sejenis medical condition, ADHD terlampau lebih. Kebanyakkan kanak-kanak mereka adalah aktif. So jangan terlalu mudah menggunakan perkataan hyperactive ni ya. ⠀
Anak Aktif
Sebenarnya anak yang aktif menunjukkan mereka sihat. Otak mereka pantas berfikir untuk melakukan pelbagai aktiviti. Bayangkan jika anak kita terbaring saja, tentu kita susah hati juga dibuatnya.
Justeru ibu-ibu setkan minda kita untuk memandang situasi itu dari sudut yang positif bagi mengurangkan stres. Tip berikut mungkin boleh membantu kita dalam menangani anak-anak yang sentiasa aktif.
1) Tetapkan peraturan yang jelas untuk anak-anak dan seisi keluarga. Jangan fleksibel kerana kanak-kanak yang aktif ini mereka memerlukan peraturan yang jelas.
Beri penerangan dari mata ke mata tentang peraturan dan minta mereka mengulangi kembali apa yang kita katakan untuk memastikan mereka faham. Perlu faham jika anak buat kesalahan kita kena juga menghukum mereka sebagai pengajaran.
2) Rutin yang tetap boleh membantu kanak-kanak. Kebanyakan kanak-kanak cenderung untuk menghadapi kesukaran apabila tidak ada rutin yang tetap dan konsisten. Jika kanak-kanak tahu bahawa waktu tidur adalah pada pukul 9 malam, maka secara semula jadi, itu akan menjadi tabiatnya.
3) Gunakan masa lapang untuk membawa anak-anak keluar bersiar-siar ke taman permainan, membaca buku bersama-sama, atau sekadar bermain dan bergurau dengan mereka. Detik-detik seperti ini boleh membantu terutamanya untuk menjalin hubungan yang mesra dengan anak-anak dan meningkatkan daya tumpuannya secara berperingkat.
4) Elakkan anak daripada banyak menonton TV, dan jangan biarkan menonton TV pada waktu malam terlalu lama. Bunyi TV yang kuat dan kadang-kadang mengkhayalkan boleh merangsang kanak-kanak aktif. Pilih satu atau dua rancangan yang sesuai untuk mereka tonton. Kanak-kanak hiperaktif lebih mudah belajar dengan melakukan aktiviti bukan dengan duduk menonton. Jadi, sediakan banyak aktiviti yang memerlukan pergerakan untuk mereka.
Paling penting usah memberi label yang negatif seperti “buas” kepada mereka.
Sumber: Ibu Rose
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kadang tak faham kenapa anak suka merengek tak tahu hujung pangkalnya. Memang boleh mendatangkan stres apatah lagi kalau baru balik kerja. Bila ditanya lagi kuat rengekan si kecil.
Jangan terus marah anak, sebenarnya si kecil yang suka merengek ni ada sebabnya. Antara sebab utama mereka mahukan perhatian daripada ibu dan ayah. Tetapi mereka tak tahu cara untuk memberitahu.
Ini antara ilmu penting yang semua ibu ayah kena pelajari bila ada anak. Cara nak kendalikan anak merengek dan meragam tanpa kita tahu puncanya adalah sebahagian ilmu penting yang mesti dipelajari.
Jom baca perkongsian daripada saudara Hazhari Ismail, Pensyarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Universiti Sultan Azlan Shah.
*Merengek = Whine/Whining
Ya ampunn. Benda yang paling kita boleh kategorikan sebagai annoying buat ibu bapa dan pengasuh/guru apabila kanak-kanak yang suka sangat merengek. Lagi-lagi kalau merengek yang tak tahu hujung pangkal dan tidak tahu bila lah nak stop.
Situasi bertambah buruk jika ia berlaku selepas ibu bapa pulang bekerja dan dalam keadaan penat terpaksa berhadapan dengan anak yang merengek tidak tentu hala. Lagi mencabar kesabaran jika ia berlaku di kawasan awam. Sebabnya, kita tidak mahu bertukar jadi singa sambil diperhati keliling. Apatah lagi nak melontar suara yang berpitch tinggi di tempat public. Apa lagi yang tidak kena dengan budak ini?
Kemahiran verbal si kecil
Kanak-kanak lazimnya akan merengek setiap masa. Cuma adakah ia sekejap atau lama. Bagi mereka yang berumur bawah 2 tahun, merengek ini adalah NORMAL. Tiada masalah.
Kita boleh anggarkan kemahiran verbal baru nak develop. Verbal tau. Bukan non-verbal ya.
Non-verbal dah lama praktis seperti menangis, angkat tangan, senyum, hentak kaki dan sebagainya. Tetapi, kemahiran untuk bercakap itu masih belum lancar. Boleh jadi, kerana vocab yang masih kurang. Sebab itu, mereka hanya berkomunikasi melalui whining (merengek) dan kalau teruk boleh capai tahap tantrum (mengamuk).
Ingat lagi tak ketika anak anda masih di peringkat bayi, anda boleh bezakan setiap jenis tangisan mereka. Oh, tangisan ini sebab lapar nak susu. Tangisan yang kuat boleh jadi sebab perut tak selesa. Tangisan cara lain mungkin sebab cedera atau ketakutan. Tak pun, ini menangis saja-saja. Menangis manja. Hebat kan? Sebab itu sahaja medium si kecil untuk bercakap dengan orang dewasa.
Cara penyelesaiannya
Jadi kita nak buat apa ini? Betul, cari punca dahulu. Sebab kita tidak mahu beri solution yang salah. Boleh jadi, kanak-kanak ini cranky sebab tak cukup tidur, atau mahukan mainan etc. Secara umumnya, mereka merengek sebab mahukan perhatian.
Sebab dari kecil lagi, mereka dah buat banyak trial and error. Contohnya , dengan merengek, mereka akan dapat attention dari ibu bapa. Mereka dah cuba, kalau nak minta dukung, kena merengek dahulu kerana mereka yakin, selepas merengek si ibu atau bapa angkat dukung untuk menenangkan mereka. Dan cara merengek ini Berjaya!
Jika si anak merengek sebab tidak tahu nak kawal emosi atau sengaja merengek, beritahu mereka dengan jelas dan tetapkan rules yang anda tidak akan respon atau melayan mereka selagi mereka tidak bercakap dengan betul (tidak merengek). Benar, kanak-kanak tidak sedar dan tidak tahu yang mereka sedang merengek. Jadi, beritahu mereka yang mereka sedang merengek dan anda tidak akan bercakap dengan orang yang merengek. Dengan jelas.
Macam saya tulis tadi, merengek akan berterusan sehingga tantrum. Pastikan tantrum mereka tidak menyakiti fizikal mereka dan anda juga. Turn back, buat-buat tidak layan dan menjauhkan diri (sambil memerhati). Sebab mungkin mereka mengamuk depan kita, bila kita jauh mereka berhenti. Bila mereka dah berhenti, kembali kepada mereka dan puji mereka sebab dah berhenti mengamuk, Kasihan air mata dah tiada, tangan dan kaki dan penat bergerak sebab ngamuk etc.
Peluang mengajar
Di sini ibu bapa berperanan untuk mengambil peluang untuk mengajar bahasa kepada mereka. Cakap sebaris dengan mata mereka perkataan atau bunyi, dalam pada masa yang sama dapat menenangkan mereka yang tidak keruan. Jadi, bila mereka dah banyak vocab, bunyi-bunyi merengek itu akan hilang.
Jadi, bila mereka merengek, again. Jangan bercakap, jangan sentuh, jangan tengok pun.
Bila kita tetapkan rules, benda yang wajib perlu buat adalah konsisten. Kurangkan bertoleransi dengan rules. Jika tidak, rules yang anda tetapkan berjaya dipatahkan oleh si anak. Ini yang selalu tak menjadi. Ibu bapa ingat mereka dah tetapkan peraturan, tapi terlupa untuk konsisten. Bila sebut rules, jangan pula cakap keras, tengking-tengking ya. Cakap dengan penuh kasih sayang.
Dan jika, si kecil berjaya mengikut rules yang ditetapkan yang menunjukkan mereka faham merengek bukan cara terbaik untuk meminta sesuatu, maka ibu boleh reinforce mereka seperti memberi rewards. Contohnya, puji, peluk, cium etc.
Di rumah, si kecil akan melihat orang dewasa sebagai contoh yang terbaik. Boleh jadi, ibu bapa kerap merungut (bukanlah merengek macam budak kecil). Si ibu merungut kepada si ayah. Ayah merungut sambil buat kerja. Dan mereka melihat itu adalah okay.
Rupa-rupanya, mereka start merengek sebab melihat kita selalu merungut di rumah.
Maka, hati-hatilah berkata-kata depan anak ya. Moga dimudahkan.
Sumber: Hazhari Ismail
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Musim percutian masih lagi berlangsung, tambah pula tak lama lagi perayaan Hari Natal atau Krismas akan disambut. Bagi yang masih tercari-cari hadiah untuk diberikan kepada si kecil tersayang pada musim cuti dan juga perayaan Hari Krismas, Toys “R”Us membawakan jenama alat permainan Pendidikan penuh imaginasi dan menyeronokkan untuk seisi keluarga sepanjang musim cuti akhir tahun yang pastinya menyeronokkan.
Setelah setahun memerah tenaga dan minda di sekolah dan tempat kerja, akhirnya tiba musim cuti apabila keluarga-keluarga di Malaysia bersedia untuk menikmati masa senggang bersama anak-anak dan insan tersayang mereka!
Toys“R”Us dan Babies“R”Us menjadikan membeli-belah untuk si kecil lebih menyeronokkan dan mudah agar keluarga dapat merasai kegirangan dan semangat kebersamaan ketika meraikan Musim Cuti Terhebat. Melalui Christmas Toybook 2019 Toys“R”Us, pasti terdapat permainan yang sesuai untuk setiap kanak-kanak, pada nilai terbaik, di samping pelbagai promosi dan aktiviti mengujakan yang menjadikan musim cuti ini lebih menyeronokkan!
Diubah kepada sebuah kawasan fantasi yang meriah untuk kanak-kanak, Toys“R”Us memenuhi rak-raknya dengan pilihan meluas hadiah-hadiah bermusim dan kejutan istimewa, daripada rangkaian filem-filem terbaharu seperti FROZEN 2, STAR WARS, MARVEL dan TRANSFORMERS, serta barangan koleksi daripada LOL SURPRISE dan ZURU SMASHERS kepada jenama-jenama kegemaran kanak-kanak termasuk LEGO, BARBIE, NERF dan HOT WHEELS, serta alat-alat permainan yang mendekatkan hubungan kekeluargaan dan persahabatan. Penawaran-penawaran ini menjadikan Toys“R”Us sebagai destinasi pilihan ibu bapa untuk mendapatkan hadiah istimewa buat kanak-kanak dari segenap usia.
Bagi si kecil, Babies“R”Us mempunyai pelbagai pilihan item yang dipilih khas untuk menyokong perkembangan setiap peringkat pertumbuhan kanak-kanak, menyediakan pengalaman membeli hadiah yang menyenangkan bagi ibu bapa, datuk nenek, para pakcik makcik dan rakan-rakan.
Jadikan musim percutian kali ini lebih bermakna buat si kecil anda dengan pilihan permainan yang menyeronokkan dan memberikan pengalaman baru untuk mereka. Toy”R”Us memang tempat yang sesuai untuk anda dapatkan semua ini!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!