Copy of NEWBORN - 2020-06-13T200200.032

Mengajar anak memakai baju sendiri bukan sekadar untuk mendidik si kecil berdikari, tetapi ia mendatangkan kebaikan kepada diri anda sebagai ibu bapa juga.

Cari Baju Simple, Seluar Jenis Sarung Atau Pinggang Getah. Cara Mudah Ajar Anak Pakai Baju SendiriAdakah anda ingin tahu caranya?

Kenapa perlu mengajar anak pakai baju sendiri?
Memberi peluang untuk anak belajar bersiap sendiri membolehkan mereka mempunyai rasa bertanggungjawab sambil berdikari.

Keseronokan dapat membuat pilihan tentang apa yang ingin dipakai, sudah tentu menambahkan keinginan mereka untuk bersiap sendiri.

Ibu bapa yang mempunyai niat untuk mengajar anak memakai baju sendiri, adakalanya lebih mudah diperkatakan berbanding melakukannya.

Ia memerlukan kesabaran yang tinggi.

Setiap kali anak ingin bersiap, pastinya mereka akan banyak bertanya mengenai baju warna apa, corak yang bagaimana dan sebagainya.

Bahkan sebagai individu dewasa juga, adakalanya perihal sebegitu boleh menyebabkan kerunsingan.

Namun, untuk tempoh jangka masa panjang, pastinya ia memberikan banyak kelebihan jika anda dapat mengajar anak memakai baju sendiri ketika mereka masih kecil.

Mengajar anak berdikari untuk bersiap membolehkan perkembangan 5 kemahiran dalam diri mereka, seperti:

-Kemahiran motor halus, terutama ketika berurusan dengan zip dan tali kasut
-Kemahiran motor kasar, seperti ketika menyeimbangkan diri pada satu kaki untuk memakai stoking
-Kemahiran kognitif, apabila mengingati susunan pakaian yang perlu dipakai dan kesabaran untuk keseluruhan proses
-Kemahiran bahasa, apabila mempelajari nama-nama untuk pakaian yang berlainan
-Deria berkaitan masa dan acara, apabila mereka mengetahui jenis pakaian sesuai mengikut cuaca dan acara/program
-Kemahiran berpakaian mengikut usia

Bila usia yang sesuai untuk mula mengajar anak memakai baju sendiri?

IKLAN

Haaa…soalan yang salah sebenarnya, para ibu bapa sekalian.

Sebaliknya anda harus menumpukan aspek kemahiran dalam proses berpakaian yang akan diperolehi si kecil.

Dalam aspek ini, anda memainkan peranan untuk menggalakkan si kecil mencuba dan pastinya ia memerlukan kesabaran yang tinggi.

Usia 1 tahun
-Anak akan belajar mengangkat tangan untuk melalui lengan baju dan kaki untuk memakai kasut
-Si kecil boleh menarik stoking ke atas dan memakai kasut
-Si kecil boleh menolak tangannya untuk masuk ke bahagian lengan baju serta kaki ketika memakai seluar

Usia 2 tahun
-Anak anda mungkin sudah mampu untuk membuka zip baju sejuk
-Si kecil boleh menolak seluarnya ke bawah atau membuka seluar sendiri
-Boleh mencari lubang lengan (armholes) pada baju
-Si manja mungkin akan cuba untuk menanggalkan stokingnya sendiri
-Memakai baju atau pakaian tanpa butang menjadi lebih mudah
-Membuka butang yang besar pada pakaian juga semakin mudah dilakukan

Usia 3 tahun
-Anak anda sudah boleh memakai baju sendiri dengan sedikit bantuan
-Si kecil sudah boleh memakai kasut sendiri. Tetapi mungkin pada kaki yang salah!
-Sudah boleh menyarung stoking sendiri dengan sedikit bantuan
-Mampu menanggalkan pakaian dengan sendiri
-Sudah tahu menggunakan zip
-Membutangkan pakaian dengan butang besar

Usia 4 tahun
-Boleh menggunakan pengikat pada kasut atau tali pinggang
-Sudah boleh menggunakan zip
-Menyarung stoking tanpa sebarang bantuan
-Si kecil sudah boleh memakai kasut sendiri tetapi mungkin dengan sedikit bantuan
-Anak anda mampu membezakan depan dan belakang bagi sesuatu pakaian
-Memerlukan sedikit bantuan ketika memakai seluar

IKLAN

Usia 5 tahun
-Si manja sudah mampu bersiap tanpa sebarang bantuan atau pantauan
-Memakai pakaian dengan cara yang betul
anak berdikari
-Tip mengajar anak memakai baju sendiri
-Terdapat beberapa cara untuk mengajar anak berdikari untuk berpakaian.

Berikut adalah 7 langkah yang perlu dicuba oleh setiap ibu bapa.

Seluar sarung dan pinggang getah
Pilihlah seluar jenis sarung dan menggunakan pinggang getah. Ini membolehkan si kecil belajar untuk menanggalkan seluar apabila perlu.

Anda boleh menukar jenis seluar apabila si kecil semakin mahir dalam memakai seluarnya.

Duduk ketika bersiap
Minta si kecil untuk duduk ketika memakai seluar atau menyarung stoking.

Ini membolehkan mereka fokus tentang apa yang dilakukan dan menghindari ketidakseimbangan diri.

Menolak tangan sendiri
Jika dahulu anda akan membantu menyarungkan lengan baju, jadi ajarkan anak berdikari dengan menolak tangannya sendiri untuk menyarung lengan baju tersebut.

IKLAN

Ini secara tidak langsung membantu meningkatkan keyakinan diri si manja.

Butang baju sendiri
Bab ini mungkin sukar dan lebih mencabar kesabaran anda. Tetapi yakinlah ia sesuatu yang berbaloi.

Galakkan si kecil untuk mencuba membutangkan bajunya sendiri. Silap? Tidak mengapa, janganlah memarahi mereka, okay? Nanti tantrum pula si kecil.

Pemilihan pakaian
Pada permulaan untuk mengajar anak memakai baju sendiri, anda boleh membantu menghindari kekeliruan mereka dengan menyusun siap pakaian yang perlu dipakai.

Anda mungkin boleh mengatur pakaian mengikut susunan hari dalam almari untuk dipakai mereka kelak.

Mengenal depan dan belakang
Ajari si kecil untuk mengenal yang mana 1 bahagian depan dan belakang pakaian.

Tunjukkan mereka tag pakaian yang selalu berada di belakang atau butang yang sentiasa di bahagian depan.

Kasut yang mudah
Memakai kasut adalah antara aspek penting dalam mengajar anak berdikari ketika bersiap.

Mulakan dengan kasut yang mudah dipakai seperti kasut sarung. Anda boleh tunjukkan si kecil bagaimana anda memakai kasut dan menggalakkan si kecil mencuba sendiri.

Sentiasa beri galakan
Dalam usaha mengajar anak memakai baju sendiri, ia sememangnya memerlukan kesabaran yang tinggi.

Ia bukanlah semudah, ajar hari ini dan esok mereka akan pandai. Jadi ibu bapa sekalian harus lebih bersabar dan jangan mudah naik angin, okay?

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI