Kita merasakan dengan bekerja bersungguh-sungguh untuk segala keperluan anak sudah mencukupi untuk anak hidup selesa. Hakikatnya, anak perlukan kasih sayang bukan hanya ibu tetapi sepenuh bimbingan dari lelaki bergelar ayah.

Bukan hanya seorang ibu, ayah berperanan membentuk jati diri dalaman anak untuk jadi dewasa dan pandai berdikari. Dalam pada mendidik anak, jauhilah sifat-sifat semacam ini dalam mendidik anak.

Ini perkongsian buat ayah yang dikongsikan oleh Dr Anayasmin Azmi.

Cari Duit Saja Tak Cukup, Anak Perlukan Ayah Bantu Jadi Dewasa!


Perkara perlu dijauhi oleh seorang bapa.

1. Merasa berkerja mencari duit sudah cukup untuk anak-anak.
Kadangkala saya sebagai ibu berkerja juga turut terdetik rasa begini. Sebenarnya tidak. Anak-anak perlukan kebersamaan, kasih sayang, pelukan dan perhatian seorang ayah.

2. Merasakan mengelap air mata atau memeluk anak menjadikan seorang bapa hilang ego dan kredibiliti.
Bukankah Rasulullah SAW sering memeluk dan mencium anakanda baginda Fatimah Az zahrah?

IKLAN

Cari Duit Saja Tak Cukup, Anak Perlukan Ayah Bantu Jadi Dewasa!

3. Mahu anak hormati ayah dengan mewujudkan ketakutan.
Percayalah, kedekatan hati tidak wujud apabila anak sering dalam ketakutan pada susuk seorang ayah.

4. Perlu wujudkan jarak agar anak tak pijak kepala.
Apakah ini benar? Sedangkan ikatan hati terbina apabila anak bersedia untuk meluahkan isi hatinya pada kita. Kalau nak luah hati bukankah perlu dekat, bukan jarak?

Cari Duit Saja Tak Cukup, Anak Perlukan Ayah Bantu Jadi Dewasa!

IKLAN

5. Cukuplah ibu ambil tahu urusan anak.
Tidak dinafikan, kerja itu penat. Ayah rasa penat berkerja biarlah ibu ambil tahu. Kadangkala ibu pun sibuk kerja juga, lepas tu ibu pregnant pula, lagi penat, akhirnya hal anak-anak 100% pada pembantu rumah atau cikgu. Nauzubillah.

Cari Duit Saja Tak Cukup, Anak Perlukan Ayah Bantu Jadi Dewasa!

Alangkah rugi kan, kalau kita hanya sedar perkara ni bila kita sudah tua dan anak-anak sudah berumahtangga.

Masa tu kita mahu anak dekat dengan kita, tapi seolah ada sesuatu yang menjarakkan.

IKLAN

Ingatan buat diri sendiri juga sebelum terlewat.

Menarik: Amalkan Minum & Mandi Air Selusuh Cara Siti Nurhaliza Tunggu Hari Bersalin, Sempat Pesan Pada Neelofa

Cari Duit Saja Tak Cukup, Anak Perlukan Ayah Bantu Jadi Dewasa!

Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/

Kalau musim buah-buahan, ramai yang tahu makan je tapi nama buah apa pun tak tahu. Kali ini kita cabar adik-adik BK, agaknya diorang tahu tak nama-nama buah yang ada dalam dunia.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI