Caruman KWSP bekas suami, bekas isteri boleh ambil untuk nafkah. Perceraian merupakan satu perkara yang tidak diingini tetapi kadangkala tidak dapat dielakkan dalam perkahwinan. Dalam situasi ini, isu nafkah sering menjadi perhatian utama, terutamanya nafkah isteri dan anak selepas perceraian.
Caruman KWSP Bekas Suami, Bekas Isteri Boleh Ambil Untuk Nafkah
Caruman dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bekas suami boleh diambil oleh bekas isteri sebagai nafkah. Namun, ia hanya boleh dilakukan atas arahan daripada Mahkamah Syariah.
“Ada beberapa kaedah yang mahkamah boleh gunakan untuk proses siasatan terhadap kemampuan bekas suami, antaranya melalui perintah permohonan penzahiran dokumen yang dikeluarkan oleh mahkamah syariah,” kata peguam syarie Mohd Firdaus Akhtar.
Mohd Firdaus berkata demikian ketika diminta mengulas isu nafkah kepada bekas isteri serta anak yang gagal dipenuhi oleh bekas suami atau si bapa walaupun ia sudah diputuskan oleh Mahkamah Syariah.
Pada masa sama, bukan KWSP saja, wanita yang tidak dinafkahi bekas suami juga boleh mendapatkan bantuan nafkah daripada Biro Sokongan Keluarga (BSK).
“Bekas isteri atau anak boleh membuat aduan kepada BSK. Seterusnya pegawai BSK akan menjalankan tindakan lanjut seperti mengadakan sesi runding cara membabitkan kedua-dua belah pihak untuk mendapatkan penyelesaian.
“Jika tiada penyelesaian dicapai, maka kes penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah akan difailkan di Mahkamah Syariah,” katanya.
Menurutnya, BSK memang berusaha untuk membantu golongan wanita terutamanya membabitkan kes bekas suami ‘lari’ dan enggan membayar nafkah.
Pada masa sama, menurut Mohd Firdaus, sikap suami yang culas dalam melaksanakan tanggungjawab selepas bercerai antara punca bekas isteri terpaksa menuntut nafkah idah, mut’ah.
Kata Mohd Firdaus, isu tuntutan ini bertambah rumit apabila membabitkan isu kewangan.
“Isu tuntutan nafkah ini kalau kita tengok, ia boleh dikaitkan dengan kewangan rumah tangga.
“Jika ada masalah kewangan dalam rumah tangga, apabila lepas bercerai, dia akan memberi kesan kepada bekas isteri dan anak, kalau ada anak,” katanya.
Ads
Menurut beliau, selepas perceraian, nafkah anak memang banyak yang dituntut oleh wanita.
“Boleh dikatakan ia isu utama, terbesar dalam tuntutan selepas perceraian.
“Maksudnya, tuntutan yang paling banyak adalah nafkah anak-anak. Nafkah anak dan juga nafkah isteri itu selari. Malah, ia menjadi antara tuntutan yang famous di mahkamah syariah,” katanya.
Kesimpulannya nafkah isteri dan anak selepas bercerai adalah hak yang tidak boleh diabaikan. Ia adalah tanggungjawab yang diperintahkan oleh agama dan undang-undang untuk memastikan kebajikan bekas isteri dan anak-anak terjaga.
Bekas suami perlu menjalankan kewajipannya dengan amanah, sementara pihak yang memerlukan nafkah harus mengetahui hak mereka dan menggunakan saluran undang-undang jika perlu.
Dengan memahami hak dan tanggungjawab masing-masing, kehidupan selepas perceraian dapat dilalui dengan lebih tenang dan harmoni, terutamanya demi kebajikan anak-anak yang menjadi keutamaan.
Setiap anak dilahirkan dengan sifat ingin tahu. Mereka banyak bertanya, suka bercerita, malah kadang-kadang sampai kita sebagai ibu bapa pun rasa penat nak melayan. Namun, tahukah anda? Anak yang suka bercakap dan penuh dengan soalan sebenarnya sedang menunjukkan tanda perkembangan minda yang sihat.
Sifat Ingin Tahu Itu Anugerah
Apabila anak asyik bertanya “Kenapa langit biru?”, “Kenapa burung boleh terbang?” atau “Kenapa mama kerja?”, itu bukanlah tanda mereka nakal atau sengaja menyusahkan kita. Ia adalah cara mereka belajar tentang dunia. Anak yang rajin bertanya menunjukkan otak mereka aktif dan berfungsi dengan baik.
Elakkan Marah, Pilih Untuk Membimbing
Kadang-kadang bila kita sedang sibuk, pertanyaan bertalu-talu boleh mengganggu. Tapi jika kita marah, anak mungkin jadi takut untuk bertanya lagi. Akibatnya, rasa ingin tahu itu boleh terpadam. Sebaliknya, bila kita jawab dengan tenang, anak akan rasa dihargai dan semakin yakin untuk belajar.
Cara Membantu Anak
Dengar dengan sabar – Biarkan anak bercerita walaupun topiknya nampak kecil atau berulang.
Jawab dengan ringkas tapi jelas – Tak perlu panjang berjela, cukup sekadar membantu mereka faham.
Galakkan mereka cari jawapan – Contohnya, ajak mereka baca buku atau sama-sama cari maklumat.
Raikan soalan mereka – Ucapkan “Bagus soalan tu!” supaya anak tahu soalan mereka bernilai.
Anak yang suka bercakap dan suka bertanya adalah anak yang penuh potensi. Jangan sesekali memadamkan semangat mereka dengan marah atau menolak pertanyaan mereka. Sebaliknya, gunakan peluang ini untuk menggilap keyakinan, kecerdasan, dan rasa ingin tahu mereka. Ingat, anak belajar paling banyak melalui percakapan dengan ibu bapa mereka sendiri.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon terkenal, Rita Rudaini bangga apabila anaknya cemerlang akademik dan olahraga selepas berjaya memecahkan rekod Majlis Sukan Sekolah Peringkat Daerah (MSSD) dalam acara pecut 100 meter.
Menerusi Instagramnya, Rita berkongsi kisah kejayaan anak sulungnya itu kepada semua pengikutnya malah amat berbangga dengan pencapaian cemerlang anaknya itu.
Tambah Rita lagi, Rayyan telah mencipta rekod baru untuk acara lari 100 meter apabila mencatatkan 11.44 saat sekaligus memadamkan rekod terpantas yang pernah diperoleh pada 20 tahun lalu iaitu 11.58 saat.
“Ryan dapat pecah rekod 20 tahun MSSD Sabak Bernam 100m dengan rekod baru 11.44 saat (rekod lama tahun 2004 11.58s). Mommy bangga” tulisnya.
“Tahniah team Subes dan cikgu-cikgu. 1st day MSSD harini,” katanya berkongsi.
Tambah Rita lagi, dia begitu terharu kerana anaknya bukan sahaja menunjukkan prestasi cemerlang dalam pelajaran bahkan dalam sukan dan olahraga.
“Alhamdulillh, rezeki Ryan dapat wakil peringkat MSS. Ryan dah banggakan mommy dalam pelajaran, ni dalam sukan olahraga pula. Insya Allah mommy sokong,” tulisnya lagi.
Dalam pada itu perkongsian video dari ibu kepada dua cahaya mata itu turut mendapat pujian ramai termasuk rakan selebriti yang turut sama mengucapkan tahniah.
Jom bawa anak-anak sertai pertandingan MARI MEWARNA SAYA ANAK MALAYSIA pada 25 Ogos 2024. Anak-anak akan membawa pulang sijil, goodies istimewa Bintang Kecil dan akaun SSPN bernilai RM20. Juga ada hadiah menarik untuk dimenangi!
Tiga lelaki bersenjata parang samun taska, guru tak dapat tanggal cincin terus ditampar sampai jatuh. Seorang guru wanita berdepan detik mencemaskan apabila menjadi mangsa rompakan oleh tiga lelaki bersenjatakan parang di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Tali Air 11, Pasir Panjang pada pagi Isnin.
Tiga Lelaki Bersenjata Parang Samun Taska, Guru Tak Dapat Tanggal Cincin Terus Ditampar Sampai Jatuh
Menurut wanita berusia dalam lingkungan 40-an itu, dia telah cuba menanggalkan cincin emas miliknya apabila diminta oleh salah seorang suspek, namun gagal kerana terlalu ketat.
“SAYA DAH CUBA BUKA CINCIN, TAPI KETAT SANGAT. SUSPEK BERSENJATA PARANG MARAH, TERUS TAMPAR SAYA SAMPAI JATUH.”
Tambahnya lagi, suspek tersebut kemudian sekali lagi menampar pipi kirinya apabila cubaan kedua untuk menanggalkan cincin itu juga tidak berhasil.
“Bila saya berjaya keluarkan cincin tu, saya terus lempar ke lantai, tapi mereka tak ambil pun,” ujarnya.
Kejadian itu berlaku sekitar jam 9.35 pagi apabila tiga lelaki tersebut menaiki kereta jenis Perodua Bezza dan menceroboh masuk ke premis taska berkenaan.
Menurut Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Md Yusof Ahmad, kumpulan penjenayah itu berjaya melarikan seutas rantai emas, dua utas gelang, sebentuk cincin, dan sebuah telefon bimbit.
“Ketika kejadian, terdapat dua orang guru wanita, seorang pembantu dapur serta 10 orang kanak-kanak berusia antara dua hingga empat tahun berada di dalam taska. Tiada kecederaan serius berlaku kepada mana-mana kanak-kanak,” jelas beliau.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, selain boleh dikenakan denda dan sebatan jika disabitkan bersalah.
Pihak polis kini sedang giat menjejaki ketiga-tiga suspek dan meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu siasatan.
Maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Nor Aimi Lyana Mohd Khairani menerusi talian 018-2510452 atau hadir sendiri ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam.
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.