Tabiat mengonggong botol susu dan puting bukanlah asing bagi kanak-kanak. Memang itu merupakan kepuasan dan keseronokan bagi mereka. Namun begitu, kita tidak boleh menganggap tabiat tersebut boleh berterusan sampai bila-bila. Kita juga faham bahawa sesuatu tabiat itu jika dilakukan secara keterlaluan akan sedikit sebanyak memberikan kesan sama ada positif atau negatif.

Sebenarnya, tiada jawapan yang jelas mengenai permasalahan ini. Tapi secara asasnya, pembelajaran bahasa terjadi melalui pemerhatian dan pembelajaran kanak-kanak dari sekeliling. Dan seterusnya mereka akan belajar untuk menggunakan organ-organ mulut untuk belajar menyebut bunyi-bunyi pertuturan. Kesemua pembelajaran tersebut memerlukan latihan untuk membolehkan kanak-kanak boleh melakukannya dengan baik.

Hati-Hati Kalau Anak Ada Tabiat Menggonggong Botol Susu Dan Puting, Banyak Kesannya

Menggonggong botol susu dan puting secara berterusan biasanya dikaitkan dengan masalah:

Masalah jangkitan pada telinga

Kajian menunjukkan kanak-kanak yang setiap masa dengan botol susu / puting mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat masalah jangkitan pada telinga. Seperti yang kita tahu, mendengar adalah sangat penting untuk membolehkan kanak-kanak bercakap dengan baik. Sekiranya terdapat gangguan pada pendengaran kanak-kanak, sudah semestinya, perkembangan bahasa juga akan terganggu

IKLAN

Baca Selanjutnya:

Jururawat Ajar Cara Betul Kira Gerakan Bayi Dalam Kandungan Dan Kenapa Kena Kira 10 Kali

Masalah pada struktur rahang dan gigi kanak-kanak seperti ‘open bite’ dan kerosakan gigi

IKLAN

Proses bercakap perlu dipelajari. Ia melibatkan banyak aspek. Tapi secara asasnya untuk bercakap kanak-kanak perlu memahami bahasa terlebih dahulu yang mana proses ini berlaku di otak hasil dari apa yang mereka dengar dan lihat. Seterusnya untuk menyebut pula mereka perlukan struktur dan fungsi yang baik bagi organ pertuturan. Sekiranya salah satu terganggu semasa proses berlaku, akan wujudlah gangguan pada pembelajaran untuk kanak-kanak bercakap

Hati-Hati Kalau Anak Ada Tabiat Menggonggong Botol Susu Dan Puting, Banyak Kesannya

Jika kita lihat pada kedua masalah tersebut, memang ada faktor penyumbang yang membawa kepada masalah kelewatan bahasa & pertuturan. Masalah jangkitan pada telinga boleh menyebabkan kanak-kanak mendapat masalah pendengaran yang mana ia akan memberi kesan kepada pembelajaran bahasa mereka. Jika mereka tidak mendengar dengan baik, bagaimana mereka boleh memahami perkataan dan menyebut dengan baik kerana asas untuk belajar bercakap adalah faham dan tiru sebutan orang dewasa terlebih dahulu.

IKLAN

Seterusnya adalah masalah pada struktur mulut, rahang dan gigi juga boleh memberi kesan pada sebutan kanak-kanak yang mana ianya boleh membawa kepada masalah pelat. Untuk bercakap dan menyebut bunyi, setiap organ pertuturan perlu diletakkan pada kedudukan yang betul. Kedudukan yang salah akan menyebabkan bunyi yang salah juga dihasilkan. Untuk menghasilkan bunyi yang betul, kanak-kanak perlu berlatih menggunakannya secara berterusan semasa usia 6 bulan lagi.

Walaupun ada kajian-kajian yang dilakukan, tetapi tiada keputusan yang mengatakan dan mengaitkan secara terus bahawa tabiat menggonggong botol susu dan putting secara berterusan boleh menyebabkan kanak-kanak lambat bercakap. Terapis Pertuturan menyarankan supaya kanak-kanak berhenti atau mengurangkan penggunaan botol dan puting pada usia 18 bulan ke usia 2 tahun kerana pada usia ini pembelajaran bahasa dan perkembangan struktur mulut berkembang dengan sangat pesat. Pada usia 18 bulan kanak-kanak sudah boleh diajar menggunakan cawan ataupun straw untuk minum.

Jadi apa yang boleh sy simpulkan di sini adalah, tak semua kanak-kanak yang ada tabiat ini akan lambat bercakap. Tapi risiko mereka untuk mendapat masalah lambat bercakap adalah lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang tiada tabiat ini.

Mencegah lebih baik dari merawat. Betul tak?

Sumber: Aishah Kassim (SLP)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI