Hamil dengan masalah uri yang berada di bawah atau plasenta previa bukan satu hal yang mudah untuk di lalui. Perlu berhati-hati sepanjang kehamilan. Malah untuk peringkat yang serius, kehamilan semestinya disempurnakan dengan kelahiran melalui pembedahan kerana menghalang bukaanpintu servik.
Namun bagi Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid, kehamilannya tidak menghalang untuk beliau melengkapkan ibadah hajinya. Namun sepanjang detik itu, beliau sentiasa berhati-hati dan melakukan ibadah mengikut kemampuannya.
Kongsikan di instagram, segalanya dipermudahkan malah banyak kemudahan untuknya melengkapkan haji kali ini.
Sesi melempar Jamrah Aqobah semalam…..
Ads
Alhamdulillah saya sihat di sini. Rezeki ibu hamil dari segala sudut ibadah dipermudahkan. Banyak hamba Allah yang memberi laluan. Syukur kepada Allah SWT memberikan kesihatan yang terbaik buat saya dan baby dalam perut. Mudah-mudahan terus sihat sehingga pulang dan sehingga melahirkan nanti.
Melalui perkongsian videonya, beliau turut menjelaskan keadaan dirinya yang terpaksa berhati-hati kerana mempunyai masalah Plasenta Previa atau uri berada di bawah. Namun semua ini tidak menghalang untuk melengkapkan hajinya.
Ads
Antara perjalanan untuk melontar di Hari Tasyrik semalam. Saya tinggal di Aziziyah jadi bila nak melontar kami akan menuju ke Mina yang hampir 1 km untuk melontar. Jadi hari pertama tu jalan kaki, hari kedua dah naik skuter dah sebab tak larat, 1 km pergi dan 1km balik.
Ads
Tapi saya rasa kagum dengan mereka yang uzur mampu jalan kaki sedangkan khemah mereka lebih jauh tapi sebab saya ada masalah previa plasenta (uri ke bawah) saya kena hati-hati dengan kandungan saya.
Lepas melontar kami terus ke khemah di Mina lebih kurang 400m dari tempat melontar untuk bermabit sehingga tengah malam.
Di khemah diisi dengan mendengar tazkirah ustaz pembimbing dan kemudian tidur sekejap sementara tunggu waktu balik semula ke hotel. Begitulah rutin untuk 3 malam kami di sini untuk selesaikan melontar.
Penyanyi, Dr. Fitri Haris mengumumkan berita gembira atas kehamilan isterinya baru-baru ini. Dalam pada itu, juara Gema Gegar Vaganza (GGV) musim kedua ini turut luahkan rasa syukur yang tidak terhingganya kepada rezeki pemberian Allah SWT ini.
Berkongsi khabar gembira itu menerusi instagram miliknya, Fitri turut memuat naik video kejutan yang dilakukan isteri ketika memberitahu mengenai kehamilan itu.
“Speechless! Alhamdulillah ya Allah! Tak sangka…
“Kalau sakit jantung mahu tercabut.
“Terima kasih atas doa dan mohon doa dari semua. Alhamdulilah! Alhamdulillah!” tulisnya ringkas.
Tahniah diucapkan kepada Dr Fitri dan isteri. Kehamilan yang begitu dinantikan pasangan ini.
Dalam pada itu, di ruangan komen pula, rakan-rakan selebriti turut mengucapkan tahniah di atas khabar gembira itu. Tidak kurang juga pengikut-pengikut Dr Fitri yang mendoakan kesejahteraan ibu dan bayi di dalam kandungan.
Khabarnya, sekitar Januari lalu, hasrat Fitri untuk menimang cahaya mata pertama bersama isterinya tidak kesampaian setelah mengalami keguguran pada awal tahun lalu. Semoga kehamilan kali ini dipermudahkan serta dilindungi Allah SWT hendaknya.
Terdahulu, Dr. Fitri Haris mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Fazilah Omar pada Disember tahun lalu.
Tiada apa yang diharapkan selain kesihatan ibu mengandung dan bayi dalam kandungan sentiasa berada dalam keadaan baik. Setiap ibu hamil dinasihatkan untuk sentiasa menjaga diri supaya dirinya cukup kuat sepanjang fasa kehamilan selama sembilan bulan.
Semalam melalui perkongsian di laman Instagramnya, Datuk Seri Aliff Syukri telah berkongsi sebuah video dia dan isteri berada di hospital. Menurut usahawan tersebut, isterinya Datin Sri Nur Shahida telah mengalami pendarahan yang teruk.
“Tengah sibuk-sibuk buat live, tiba-tiba isteri saya menjerit sakit.. Dan mengalami pendarahan yang banyak..”
Katanya lari, ketika kejadian itu berlaku, dia cemas dan berlari umpama tak ‘cukup tanah’. Tiada lain yang difikirkan ketika itu melainkan kesihatan isteri dan anak di dalam kandungan.
“Awak saya sedih.. Doakan semuanya selamat.. Masa ni semua jadi kelam kabut.. Sepanjang perjalanan wife saya mengalami pendarahan teruk. Alhamdulillah Doktor dah scan kata baby masih okay, denyutan jantung pun ok.”
Untuk kebaikan ibu dan bayi, Datin Shahida dinasihatkan untuk bed rest selama 3-5 bulan sehingga urinya baik semula.
Melalui perkongsian ini juga, dia sempat memohon doa orang ramai buat kesihatan isteri dan bayi mereka serta meminta pendapat sekiranya ada follower yang pernah melalui situasi yang sama.
Sama-sama kita doakan agar kesihatan Datin Shahida bertambah baik dan segala urusan kehamilannya dipermudahkan sehingga bersalin nanti.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Jika anda adalah seorang wanita yang sedang hamil, bagaimanakah posisi tidur ibu hamil yang anda amalkan? Anda tahu tak apa posisi tidur ketika hamil yang selamat?
Adakah anda dapat tidur yang cukup? Ada kajian mendapati sebenarnya… terdapat kesan tentang posisi tidur ketika hamil dan bayi! Apakah kesan yang dinyatakan tersebut?
Posisi tidur ibu hamil: Apa kepentingan tidur bagi wanita hamil?
Tidur sewaktu hamil adalah satu komponen penting bagi mengekalkan kesihatan ibu dan anak. Itu betapa pentingnya tidur bagi wanita hamil. Akan tetapi, banyak komplikasi yang sering dikaitkan dengan masalah kurang tidur sewaktu tempoh kehamilan seperti praeklampsia dan diabetes gestasi.
Walau bagaimanapun, kurang tidur sebenarnya sering menjadi masalah buat ibu hamil terutamanya ketika di trimester ketiga. Kajian yang dijalankan di China pada tahun 2017 mendapati 23.9% wanita daripada 2,345 subjek mengalami masalah sukar untuk tidur.
Terdapat pelbagai faktor yang boleh mempengaruhi kenapa wanita sukar tidur ketika hamil. Antaranya seperti:
Terlebih tidur: Bagus ke?
Jika ibu mengandung berisiko mendapat komplikasi akibat kurang tidur, adakah ini bermakna mereka perlu melelapkan diri sepanjang hari?Jawapannya, tidak. Kajian pada tahun 2013 menunjukkan mereka yang terlebih tidur (lebih 9 jam sehari) berisiko tinggi mendapat komplikasi kardiovaskular.
Rawatan bagi masalah sukar tidur penting untuk kesihatan bayi dan ibu pada paras yang optimum dalam jangka masa panjang.
Hubungan antara sukar tidur ketika hamil dan trimester kehamilan
Jika dilihat pada pola keletihan di kalangan wanita hamil, mereka seringkali mengalami kelesuan pada trimester pertama dan trimester ketiga. Trimester pertama kerana ia dikaitkan dengan perubahan hormon mendadak. Ini mengakibatkan terjadinya simptom kelesuan kesan loya, muntah dan hilang selera makan.
Bagaimana pula dengan trimester ketiga?
Semakin meningkat tempoh kehamilan mereka, semakin sukar untuk mereka dapat tidur selama 8 hingga 9 jam. Ini seringkali disebabkan masalah keresahan, takut dengan proses bersalin dan susah jumpa posisi tidur ketika hamil yang selesa. Terutamanya jika mereka sudah biasa tidur meniarap.
Terdapat kajian menunjukkan ibu yang tidur kurang 6 jam sehari akan mengalami proses bersalin yang lebih lama. Ini sekali gus meningkatkan kebarangkalian berlakunya pemilihan prosedur C-Section.
Posisi tidur ketika hamil dan berat badan bayi
Sekumpulan saintis Universiti Auckland, Australia mendapati wanita hamil yang tidur telentang semasa trimester ketiga, cenderung melahirkan bayi dengan berat badan yang rendah.
Berat bayi yang dilahirkan oleh ibu hamil tidur telentang berpurata sebanyak 3.41 kg. Berat ini kekurangan 144 gram berbanding berat bayi yang dilahirkan oleh ibu hamil yang tidur dengan posisi berlainan seperti tidur mengiring.
Posisi tidur terlentang: Adakah ia posisi tidur semasa hamil yang selamat?
Berbaring atau tidur terlentang dipercayai boleh menyebabkan perut yang sarat memampatkan vena cava, iaitu salur vena besar yang mengembalikan darah dari kepala dan seluruh badan ke jantung, dan aorta.
Ini mengurangkan kadar pembuangan karbon dioksida dan pengambilan oksigen oleh sel darah merah untuk dibekalkan ke seluruh badan, termasuklah janin. Rahim wanita yang sarat juga boleh menghimpit organ lain, menyebabkan mereka sukar untuk tidur. Ini akan menjejaskan kualiti tidur serta kebolehan untuk kekal terlelap di sepanjang malam.
Posisi tidur secara mengiring merupakan posisi yang ideal untuk ibu mengandung. Ia dapat memberikan tahap keselesaan yang optimum kepada si ibu, selain melancarkan aliran darah ke uri untuk tumbesaran janin.
Cuba letakkan bantal di bawah badan atau tinggikan aras kepala katil ketika tidur kepada posisi 45 darjah atau mana-mana yang anda selesa. Ia boleh melegakan simptom pedih ulu hati atau kesukaran untuk bernafas kesan himpitan rahim pada otot diafragma.
Oleh itu, bagi wanita hamil terutamanya bagi mereka yang berada pada trimester ketiga, cubalah untuk tidur dalam posisi tidur ketika hamil yang lain, selain terlentang.
Anda boleh mengiring ke kanan atau ke kiri untuk mengurangkan beban di atas saluran vena dan tulang belakang badan anda. Kami juga percaya tidur di bahagian sisi adalah lebih selesa berbanding tidur telentang bagi ibu yang sedang hamil.
Cuba biasakan diri tidur dalam posisi tersebut dari trimester pertama. Jika masalah sukar tidur atau simptom yang mengganggu menjadi semakin teruk, dapatkan rujukan doktor untuk rawatan selanjutnya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nutrisi perkembangan minda anak bermula daripada pemakanan harian. Ketahui 8 makanan terbaik seperti telur, ikan berlemak, susu, avokado dan bayam yang membantu meningkatkan fokus, memori serta perkembangan otak kanak-kanak.