
Sejak malam tadi, topik mengenai cekodok mula menjadi bualan hangat di Threads. Ramai ibu-ibu berkongsi tentang keenakan cekodok yang rangup di luar tetapi kekal lembut di dalam, sekali gus membuatkan ramai teringin hendak menikmatinya. Tidak hairanlah apabila resipi cekodok turut menjadi antara carian yang mendapat perhatian di Google.
Menurut wikipedia, cekodok asalnya dikenali sebagai jemput-jemput atau cucur pada asasnya adalah merupakan gandum yang digoreng dalam minyak. Ia merupakan sejenis kuih tradisi. Dan dikatakan berasal dari Johor.
Cekodok sememangnya antara hidangan tradisional yang cukup dekat dengan masyarakat kita. Bukan sahaja menjadi kegemaran orang dewasa, malah kanak-kanak juga cukup suka menikmatinya ketika masih panas. Rasanya yang manis, teksturnya yang lembut di bahagian dalam serta rangup di luar menjadikannya sesuai dihidangkan ketika sarapan atau minum petang bersama seisi keluarga.
Bagi ibu yang mempunyai pisang terlebih masak di rumah, jangan terus dibuang. Pisang yang semakin ranum sebenarnya sangat sesuai digunakan untuk membuat cekodok kerana lebih manis, lembut dan mudah dilenyek.
Selain sedap, pisang juga mempunyai khasiat tersendiri. Buah ini mengandungi karbohidrat yang membekalkan tenaga, selain serat, kalium, vitamin B6 dan vitamin C. Sebab itu, pisang sering menjadi antara buah yang mudah dinikmati oleh kanak-kanak.
Namun, salah satu masalah yang sering berlaku apabila membuat cekodok ialah hasilnya terlalu berminyak atau lembik selepas digoreng. Sebenarnya, ada beberapa teknik yang perlu diberi perhatian, terutama suhu minyak.
Jika anda sedang mencari resipi cekodok pisang menggunakan sukatan cawan, mudah dibuat, rangup di luar, lembut di dalam dan tidak terlalu menyerap minyak, boleh cuba resipi ini.
Salah satu perkongsian yang tular di Facebook baru-baru ini menarik perhatian ramai apabila Puan Salbiah Ahamad berkongsi resipi mudah menggunakan sukatan cawan.
Bagi yang ingin mencuba resipi ini di rumah, jom ikuti perkongsian dan langkah penyediaannya di bawah.
Resipi Cekodok Pisang Rangup, Sukatan Mudah 2 : 1

Tak perlu susah hendak menimbang bahan. Gunakan sahaja cawan yang sama untuk menyukat.
Bahan-bahan:
- 2 cawan pisang yang telah dilenyek
- 1 cawan tepung gandum
- 1 genggam kelapa parut
- 2 sudu besar gula
- Sedikit garam
- Minyak secukupnya untuk menggoreng
Cara Penyediaan: Kelapa Parut jadi rahsia cekodok lebih sedap

Artikel trending: “Saya Takut Bila Ada Anak Sendiri, Hati Saya Akan Berubah” Madammu Kongsi Dilema Besarkan 3 Anak Tiri
Artikel viral: Lebih 25 Manfaat Bila Ada Kad OKU Untuk Anak Disleksia, Autisme Dan ADHD, Ibu Ayah Jangan Malu Daftar!
Artikel: Pelajar 12 Tahun Meninggal Mengejut Selepas Latihan Silat, Mengadu Sakit Kepala Sebelum Rebah
-
Lenyek pisang
Lenyek pisang terlebih dahulu sehingga mendapat tekstur yang lembut. Pisang yang sudah ranum atau terlebih masak sangat sesuai digunakan kerana rasanya lebih manis.
-
Masukkan bahan-bahan lain
Masukkan tepung gandum, gula, sedikit garam dan kelapa parut ke dalam pisang yang telah dilenyek.
-
Gaul sehingga sebati
Gaulkan semua bahan sehingga menjadi adunan yang sekata. Tidak perlu menambah air kerana pisang sudah mempunyai kandungan air semula jadi.
-
Panaskan minyak
Panaskan minyak terlebih dahulu sebelum mula menggoreng. Pastikan minyak benar-benar panas sebelum adunan cekodok dimasukkan.
-
Masukkan adunan
Ambil sedikit adunan menggunakan sudu atau tangan dan masukkan perlahan-lahan ke dalam minyak panas.
-
Sentiasa balikkan cekodok
-
Ketika menggoreng, sentiasa balik-balikkan cekodok supaya ia masak sekata dan mendapat warna keemasan yang cantik.

-
Angkat dan toskan
Apabila cekodok sudah kelihatan perang keemasan dan garing di bahagian luar, angkat dan toskan lebihan minyak sebelum dihidangkan.
Petua Cekodok Pisang Tak Serap Banyak Minyak
Ramai boleh membuat cekodok pisang, tetapi masalah yang sering berlaku ialah cekodok menyerap terlalu banyak minyak sehingga terasa lembik dan berminyak.
Antara perkara paling penting ialah pastikan minyak betul-betul panas sebelum mula menggoreng. Jika minyak belum cukup panas, adunan akan mengambil masa lebih lama untuk masak dan berpotensi menyerap lebih banyak minyak.
Selain itu, jangan masukkan terlalu banyak cekodok dalam satu masa kerana ia boleh menyebabkan suhu minyak menurun. Goreng dalam beberapa bahagian supaya suhu minyak lebih stabil dan cekodok dapat masak dengan sekata.
Ketika menggoreng, cekodok juga perlu sentiasa dibalikkan supaya bahagian luarnya masak sekata, berwarna cantik dan lebih rangup.
Artikel Trending: Kemas Kini Mykad Atau Berisiko Didenda RM20,000, Ini Ibu Ayah Kena Ambil Peduli Bila Pindah Rumah
Baca lagi: Ramai Salah Faham! Bantuan Kanak-Kanak JKM Bukan Terus Dapat RM1,000 Sebulan,Ini Cara Kiraannya
Rahsia Mudah, Ingat Nisbah 2 : 1

Paling mudah untuk mengingati resipi ini ialah menggunakan nisbah:
2 cawan pisang : 1 cawan tepung gandum
Jadi, tidak perlu pening hendak menimbang bahan setiap kali mahu membuat cekodok. Sukat sahaja menggunakan cawan.
Penambahan kelapa parut pula memberikan rasa lebih lemak dan enak, selain menghasilkan aroma cekodok pisang seperti cara orang dulu-dulu.
Hasilnya, cekodok mempunyai bahagian luar yang rangup tetapi bahagian dalam masih lembut dan gebu.
Bagi yang mempunyai anak kecil, boleh hasilkan cekodok dalam saiz yang lebih kecil supaya mudah dipegang dan dimakan. Pastikan juga cekodok sudah tidak terlalu panas sebelum diberikan kepada anak.
Jadi, selepas ini kalau ada pisang yang sudah terlebih masak di dapur, jangan dibuang. Jadikan sahaja cekodok pisang untuk hidangan seisi keluarga. Mudah, menggunakan sukatan cawan dan sesuai dinikmati ketika sarapan atau minum petang.
Sumber: Salbiah Ahamad

Pendaftaran PERCUMA! Gayakan busana futuristik dan anak anda berpeluang memenangi wang tunai dan hamper istimewa. Daftar sekarang:
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!

