Chantiq Junior! Peminat Bagi Gelaran Untuk Anak Keempat Johan Dan Ozlynn

Share

“Comel sangat, Chantiq junior ni. Bam bam pulak tu!” Itu antara komen peminat yang melihat wajah anak keempat Johan dan Ozlynn yang dilahirkan 3 Syawal lalu.

Menerusi perkongsian di Instagram itu, pasangan terbabit turut memohon maaf apabila membuat ramai pihak tertanya-tanya mengenai keadaan kesihatan Ozlynn atau nama penuhnya, Rozlinawaty Ismail sebelum ini.

Dalam kapsyen yang ditulis, pasangan ini memberitahu bayi yang dilahirkan sihat dengan berat 3.9 kilogram. Mereka juga turut berkongsi wajah puteri kedua.

Apa yang menariknya, Johan antara ayah yang cukup sempoi. Video yang dimuat naik menunjukkan Johan sedang meriba dan mendodoikan anaknya sambil bermain piano.

Pasangan ini juga memaklumkan, mereka belum bersedia menerima kunjungan tetamu kerana mahu memberi ruang kepada Ozlynn untuk berehat.

“Saya mahu Ozlynn berehat puas-puas memandangkan dia perlu menjaga sendiri bayi kami. Maklum, kami tiada pembantu rumah, jadi semuanya dilakukan sendiri.

“Bukan tidak mahu terima kunjungan tetamu, tetapi berilah ruang untuk Ozlynn berehat dahulu seminggu dua. Dia perlu membiasakan diri kembali dengan bayi yang masih lagi kecil. Harap semua pihak faham.

“Insya-Allah, apabila Ozlynn sudah bersedia nanti, datanglah ke rumah,” kata Johan.

Johan atau nama lengkapnya, Yazid Lim Mohamad Aziz dan Ozlynn mendirikan rumah tangga pada 25 Julai 2009 dan dikurniakan empat cahaya mata, Ariq, Sodiq, Haziq serta Cantiq.

Sumber: instagram jozlynnhanania

 

IKLAN