Char Kuey Teow 3 Step. Mudah & Sedap Makan Panas-Panas. Sepinggan Tak Cukup!

Share

Bila hari-hari asyik menu nasi, ada ketikanya mama dah tiada idea nak masak lauk apa. Sesekali tukar selera dengan menggantikan nasi kepada makanan mengenyangkan pun sedap juga. Salah satunya buatkan menu char kuey teow.

Resipi yang dikongsikan oleh Suisan Aliezsha ini boleh mama cuba buat sendiri di rumah dan sangat mudah. Pastinya suami dan anak suka. Nak makan lebih sepinggan pun tiada masalah.

Kalau ada cili jeruk lagi sedap. Resepi dibawah paling ringkas dan mudah cara saya masak. Hidangan dibawah saya masak setiap pinggan berasingan.

Bahan-bahan:

1. Kuey teow (cuci toskan)
2. Cili kering & bawang besar (diblend)
(Bahan-bahan tumis, cili sos, kicap manis, kicap pekat, sos tiram)
3. Bawang putih ketuk-ketuk
4. Taugeh & kucai
5. Telur..
6. Udang direbus (asingkan air)
7. Kerang (direbus)

Cara-cara membuatnya:

Panaskn kuali, masukkan minyak..(minyak lebih sikit ye, supaya masukkan telur nanti kuey teow xbatat) kuey teow & minyak dia orang ni friend forever.

Tumis bawang putih, masukkan udang, cili diblend 3 sudu besar, (1 sudu besar sos cili, sos tiram, kicap pekat) 5 sudu kicap manis sedikit garam,kacau-kacau.

Masukkan air rebusan udang pecahkan telur kacau-kacau sebatikan, masukkan kerang, kuey teow, taugeh & kucai siap. Pastikan guna api yang besar ye..Selamat mencuba

Kredit: suisan aliezsha

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

IKLAN