Comelnya anakanda Che’ Puan Juliana Evans dan suaminya, Tengku Shariffuddin Shah Sulaiman Shah. Puteri sulung pasangan ini yang diberi nama Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah dah berusia dua bulan dan mesra dipanggil Mily oleh bondanya itu.
Melalui perkongsian di laman Instagram Che’ Puan Juliana baru-baru ini, beliau menyatakan berat si kecilnya itu sudah lebih dari 5kg. Patutlah comel dan bam bam. Apa yang boleh dipuji, ibu muda ini menyusukan puterinya dengan susu ibu sepenuhnya.
“Hello, Saya dan berusia dua bulan hari ini! Berat saya dah lebih dari 5kg! sekarang saya selalu berjaga siang untuk bermain. Saya suka menonton kartun! Waktu kegemaran saya setiap hari adalah ketika dimandikan dan saya tak suka bila mummy saya keluarkan saya dari tub mandi. Saya nak mandi lebih lama, dah cuba beritahu mummy tapi dia tak faham Bahasa saya! Mungkin bukan sekarang tapi nanti mummy akan faham.”
Dalam perkongsian lain, Che’ Puan sempat menulis kapsyen yang kelakar berkenaan anakandanya itu.
Ads
“Mummy tengah ‘overdosing’ saya dengan susunya. Cuba lihat pipi saya! Ya lah saya kan tengah membesar dan susu ibu adalah susu yang paling berkhasiat dan sedap! Terima kasih mummy. Tapi mana leher saya pergi mummy?
Perkongsian ini turut mendapat perhatian selebriti lain seperti Nourul Depp dan juga peminat Che’ Puan Juliana.
Ads
Ads
Che’ Puan Juliana turut nyatakan bahawa beliau rindu rawatan-rawatan ketika tempoh berpantang yang dijalaninya tak lama dulu.
“Lihat betapa sihat dan selesa Mily selepas dijaga oleh Natalismothercare. Terima kasih kerana menjaga saya dan bayi ketika berpantang. Saya akan rindukan sauna harian, mandian herba, skrub badan, bertungku, tangas dan semua makanan-manakan sihat.
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Anak umur 5 tahun menangis ke tadika normal atau tidak?”
Normal ya anak menangis ke sekolah atau ditinggalkan di tempat baru. Anak umur 7 tahun menangis bila pergi ke sekolah rendah pun masih dikira normal.
ANAK MENANGIS KE SEKOLAH 😭
Masalah ini lagi normal kalau:
– Anak tak pernah dihantar taska atau pengasuh.
– Jarang keluar rumah.
– Ibu suri rumah, memang sentiasa bersama dengan anak.
Punca yang biasanya buat anak menangis ke sekolah.
❌️ TEMPAT DAN SUASANA YANG BARU
Bayangkan 5 tahun anak duduk bersama ibu, tiba-tiba ditinggalkan ke tempat yang baru dan tidak kenal sesiapa pun. Normallah dia akan takut dan rasa tidak selamat.
Ditambah pula, keadaan bising dengan suara murid lain bercakap kuat-kuat sehingga guru pun terpaksa menjerit untuk bercakap. Mungkin guru hanya bercakap biasa, tetapi bagi anak yang dalam keadaan takut suara guru yang kuat seakan-akan memarahi dia.
Biasanya anak yang sensitif pendengaran akan ada masalah dengan bunyi yang bising atau kuat. Boleh jadi punca utama kenapa anak menangis dan tidak suka ke sekolah. ⚠️
❌️ “SURVIVAL SKILL”
Anak yang dihantar ke taska memang akan mempunyai “survival skill” yang lebih tinggi sebab mereka sudah biasa terdedah dengan kanak-kanak lain, sudah biasa dengan keadaan hiruk-pikuk, keadaan kanak-kanak bergaduh ataupun suara guru menjerit/tegas.
Berbanding dengan anak yang kebanyakan masa duduk bersama ibu. Kalau ibu marah, dia tahu ibu marah dia seorang. Tapi kalau di sekolah, boleh jadi guru marah murid lain tapi anak rasa guru marah dia. Dia tidak tahu lagi cara nak kawal diri atau tenangkan diri sendiri. 😟
Sentiasa rasa takut-takut dan resah bila ada situasi hiruk-pikuk.
❌️ SUSAH UNTUK MENGIKUT RUTIN
Kalau dirumah, ada hari bangun tidur awal, ada hari bangun tidur lambat. Kalau lapar boleh terus makan. Tapi apabila dah ke sekolah, hari-hari perlu ikut rutin sama. Tak boleh main 24 jam, kena ikut jadual.
Jadi, memang normal anak akan lebih suka duduk rumah berbanding ke sekolah. Di rumah boleh buat apa-apa yang dia mahu tetapi di sekolah terpaksa ikut peraturan. Pijak rumput pun tak boleh 😅
❌️ ANAK JENIS KINESTETIK
Anak jenis kinestetik akan rasa sukar dan “terseksa” duduk lama di kerusi. Pembelajaran formal di kerusi dan meja mungkin kurang sesuai untuk anak.
Anak perlu selalu bergerak, berjalan dan berlari. Pembelajaran pula dalam keadaan sambil bermain. 🏃♂️
Sebenarnya ada banyak sahaja punca yang buat anak menangis ke sekolah, jadi mak ayah yang sedang menghadapi masalah ini boleh cuba periksa kenapa anak tak suka ke sekolah.
Untuk atasi masalah ini, boleh cuba cara ini:
1. TARIK MINAT ANAK UNTUK BELAJAR
Minat untuk belajar ini perlu dipupuk sejak kecil lagi dengan cara
– Selalu bacakan buku dengan anak.
– Cerita kepentingan ke sekolah.
– Beri anak tengok cerita situasi kanak-kanak di sekolah.
– Beritahu segala kemungkinan dan situasi yang mungkin boleh berlaku di sekolah supaya anak bersedia contohnya cara nak pergi tandas, kalau kawan ambil barang dan sebagainya.
Tetapi pendapat saya, tidak adil untuk kita terus beri komen pada mak ayah seakan-akan tidak pernah tarik minat anak untuk belajar sekiranya anak menangis ke sekolah.
Menangis ke sekolah dan minat untuk belajar adalah topik yang berbeza.
2. MENANGIS ITU NORMAL 🥰
– Kalau setiap kali anak menangis kita marah dia menangis atau suruh berhenti menangis serta merta, percayalah anak memang tak akan berhenti menangis malah akan lagi lama menangis.
– Beritahu anak yang kita faham kenapa dia menangis dan cerita juga kisah kita sendiri menangis ke sekolah (kalau ada).
– Beri masa anak menangis, kita diam sahaja teman anak menangis. Apabila anak sudah lega dan puas menangis, barulah kita ajar cara untuk tenangkan diri. Sentiasa beri sokongan terhadap keperluan emosi anak.
3. TANYA KENAPA ANAK TAK MAHU KE SEKOLAH
– Pasti ada punca kenapa anak menangis,
Tak mahu bangun pagi?
Mengantuk sebab tidur lewat?
Takut dengan cikgu?
Kawan-kawan bising?
Tak suka duduk lama?
Bosan?
4. CARI JALAN PENYELESAIAN
– Mengantuk sebab tidur lewat?
Pastikan anak tidur cukup, 3-5 tahun (10-13 jam sehari) 6-12 tahun (9-12 jam sehari).
– Takut dengan cikgu?
Beritahu yang cikgu tak marah, tapi suara cikgu memang kuat.
– Tak suka duduk lama?
Minta anak bangun awal sedikit dan minta dia berlari, melompat keliling rumah sebelum datang sekolah. Penuhkah tangki keperluan bergerak anak sebelum anak perlu duduk lama.
– Bosan?
Beri anak bawa 1 mainan ke sekolah (kalau dibenarkan) ataupun belikan keychain jenis “fidget toy” untuk tenang anak bila dia bosan.
– Takut suasana baru?
Boleh bawa 1 barang dari rumah yang anak memang sayang, supaya dia rasa selamat.
Dalam kes anak menangis ke sekolah, tiada sesiapa yang salah. Kita pun tak tahu cerita dari pihak guru, mungkin bilangan murid terlalu ramai untuk guru periksa masalah setiap seorang murid. Toleransi mendengar budak menangis juga berbeza setiap orang.
Tapi bagi saya
1. Mungkin terlalu awal untuk klasifikasikan normal atau tidak normal hanya dalam minggu pertama.
2. Anak 5 tahun sekiranya tidak membaca dan menulis masih dikira normal. Lagi-lagi 2 tahun menghadapi zaman pandemik, anak kurang terdedah dengan dunia luar.
3. Mungkin ambil masa untuk anak sesuaikan diri dengan persekitaran.
Tetapi kalau memang anak menangis sepanjang di sekolah, mungkin mak ayah boleh cuba hantar anak selang sehari dahulu. Beri anak timeline untuk bersedia, beritahu seminggu ini sahaja datang berselang seli hari. Minggu depan perlu hadir seminggu penuh.
Hari yang tidak hadir ke sekolah, buat simulasi ke sekolah. Pakai baju sekolah dan ikut jadual sekolah.
Jadi, mak ayah yang sedang mengalami masalah ini boleh cuba dahulu cara di atas. Kalau mak dah cuba pelbagai cara dan anak tetap menangis ke sekolah berterusan selama 2 minggu, mungkin boleh dapatkan bantuan terapis cara kerja.
Kebiasaannya kami akan lakukan penilaian kesediaan anak ke sekolah dan penilaian menulis. InsyaAllah kami dapat membantu mak ayah yang mengalami masalah ini. 🥰
Ada mak ayah yang ada anak 5 tahun ke? 🙋♀️
*Follow page Maryam Jamadi untuk mengetahui isu parenting dari sudut terapis cara kerja.
Apa yang kita tanam, itulah yang anak akan tuai! Kelembutan kasih sayang tidak bermaksud tidak boleh memarahi. Kita sebagai ibu bapa perlu mempelajari bagaimana memarahi, mendisiplin dan menghukum anak-anak dengan kelembutan kasih sayang.
Ini adalah skil yang sangat perlu ibu bapa hari ini kuasai. Kerana skil ini tidak begitu dipamerkan oleh ramai ibu bapa zaman dahulu. Ini bukan disengajakan tetapi kebanyakan mereka kurang memahami kesan kekerasan cara.
Tanpa kita sedar dan tanpa mereka mahukan, ianya meninggal kesan kepada hati. Inilah diantara sebab mengapa ramai orang kurang bertimbang rasa hari ini. Ini amat ternyata di laman sosial ini. Contohnya, bila sesuatu perkara yang diviralkan, banyak keji, maki dan kata-kata tidak senonoh di lemparkan. Ini menunjukkan situasi hati dan perasaan mereka yang membuat komen itu.
“Penulisan Ibu ini BUKAN mahu menyalahkan ibu bapa dahulu yang sangat kita kasihi dan hormati. Ia adalah untuk kita boleh mempelajari dari kesilapan mereka dan membetulkannya di dalam keibubapaan kita supaya mereka juga mendapat hasanahnya.
Ibu bapa kita sentiasa mahu kita menjadi lebih hebat daripada mereka. Termasuklah di dalam perihal mendidik anak-anak.”
Sesuatu yang perlu ingat kita hanya dapat memberi apa yang kita ada. Bila ada kasih sayang dan timbang rasa, maka itulah yang terpamer di dalam kelakuan kita. Bila hati penuh dengan sakit, marah dan geram, maka ianya akan terpercik kuat atau sikit di dalam perlakuan kita. Apatah lagi di laman sosial, tidak ada siapa pun yang tahu dan kenal, maka mudahlah kata-kata kurang senonoh itu diizinkan keluar tanpa kawalan.
Bila Ibu membaca komen-komen begitu, hati Ibu penuh kasihan terhadap mereka. Terdetik di hati, apakah yang menyebabkan hati mereka itu penuh dengan perkara tidak elok begitu. Apakah yang telah mereka lalui semasa kecil dan besar terutama semasa mereka membesar. Kerana ia memberi kesan jangka panjang yang membentuk akhlak.
Jika kita membiarkan perkara begini berterusan, kita akan suatu masa mempunyai dunia yang penuh dengan keganasan perbuatan dan percakapan.
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.