Sebelum ada anak, nak pergi mana-mana tak kisah pun nak bersiap saat akhir. Tapi cara ni dah tak sesuai kalau ada si kecil.
Keperluannya penting bermula dari menyediakan baju, bekalan makanan untuk anak dan paling penting juga adalah kit kesihatan.
Kadang-kadang sebagai ibu, lupa dan tertinggal nak bawa barang sepatutnya akan ada juga walaupun dah ingat.
Jadi macam mana nak pastikan semua itu tak tertinggal jika nak pergi bercuti atau balik kampung.
Ads
Perkongsian dari ibu kepada tiga cahaya mata, Puan Hazirah Maulana cukup mudah dan boleh dijadikan panduan semua ibu bapa barang apa yang perlu ada dalam beg bila nak travel.
Pernah pengalaman time travel, anak demam panas tapi satu pun tak prepare. Sejak tu terus belajar dari pengalaman. Bukan apa, kadang-kadang kita ni tak boleh nak elak dan tak expect anak tiba-tiba demam, batuk, selsema dan sebagainya.
Ads
Nak-nak kalau insiden tu berlaku tengah-tengah malam, atau pun time kita pergi travel jauh-jauh. Nak cari ubat-ubat ni, bukan boleh main beli je, especially bayi.
Ads
Kalau ada yang nak tengok checklist boleh refer gambar. Ade description untuk setiap gambar. Boleh share untuk panduan ibu-ibu yang nak bawa anak pergi bercuti atau balik kampung.
Ni item must have yang ade dalam medical kit anak anak sayaTermometer paling penting. Sebelum ke mane mane mesti make sure termometer ni berfungsi.Kool fever berfungsi untuk meredakan demam anak. Jangan letak kat kepala ye. Katanya nnt panas naik ke kepala. Ni just alternatif dan kalau nak guna letak kat ketiak atau badan anak.Ubat demam. Tarikh buka ubat jgn lupa tulis. 2 3 minggu lepas buka boleh buang n beli yg baru.Sanitizer ni saya guna utk sembur pada kwasan luka supaya bakteria tak membiakMinyak gamatDettol. Anak anak kerap terkena sakit kat kulit. Kalau agak agak dah start tu sy akan titik kan pada besen mandian dan mandikan anak anak guna antiseptic ni.Dettol. Anak anak kerap terkena sakit kat kulit. Kalau agak agak dah start tu sy akan titik kan pada besen mandian dan mandikan anak anak guna antiseptic ni.Hand sanitizerIni sangat berguna untuk halau nyamuk atau serangga. Just lekat je kat badan anak.Ni khas untuk anak anak bila diorg terkena luka atau exzema firas menyerangUbat batuk mama ngn dady dia nak tumpang. utk baby dan bawah 6 tahun saya akan sapukan balm tasneem yang dalam skincare kit tu. Balm tasneem CF rub membantu melegakan demam, batuk dan selsema anak anakElektronik Nasal aspirator sangat membantu untuk sedut hingus anak anak. Saya suka sangat sebab mudah. Anak anak selalu bile selsema diorg akan guna sendiri. Just tekan button n siap ade lagu lagu lagi.Lotion lotion dan rutin setiap kali lepas mandi1) Balm tasneem sangat serasi untuk anak anak saya Sleep time: membantu mood tidur CF Rub: membantu melegakan batuk, selesema T Rub : melegakan kembung perut dan sembelit Calm time: membantu anak anak bila dia sedang meragam 2) Minyak zaitun utk sapu pada rambut anak anakSupplement utk ayra dan firas Brown rice powder utk Damia. Just bancuh je ngn air dan boleh terus makanUbat gigi, Berus gigi, Syampu, Sabun mandiMasukkan dalam satu beg.
Mudah kan! Lepas ni dah tak ada alasan tertinggal lagi keperluan anak. Nak mudah letak siap-siap dalam satu beg. Nak pergi mana-mana ambil je terus.
Ibu bapa mana yang tak gembira melihat anak yang sebelum ini sakit kini semakin sihat. Begitulah yang dirasai oleh Lana Nodin apabila dia meluahkan rasa syukur kerana anak keduanya, William Daud Mckienzie telah menyambut ulang tahun kelahiran pertama sekali dengan anak sulungnya, Gia.
Lana juga gembira kerana keadaan kesihatan anaknya yang mesra disapa Billy itu semakin baik.
Perkara itu dikongsi menerusi entri di akaun Instagram miliknya.
“Syukur pada Ilahi, tahun lalu pada tarikh ini, Allah SWT berikan ujian yang sangat hebat pada daddy dan mommy sekeluarga, dan pada tarikh ini juga, Alhamdulillah, Allah SWT berikan nikmat untuk menyambut tahun pertama bersama kami.
“Terima kasih Allah SWT dengan anugerah ini, anakku ini semakin sihat dan terima kasih juga kerana memberiku peluang untuk ku menjaganya yang pernah ku merayu dan ku mohon pada-Mu, dan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan dan masih mendoakan kesihatan anak saya, terima kasih semua.
“Selamat hari lahir anakku, semoga jadi anak yang soleh dan beriman.. Amin, we love you Billy Boy,” tulisnya sebagai kapsyen.
Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Lana mengucapkan selamat hari lahir kepada Billy dan mendoakan kesihatan yang baik untuknya.
Menerusi perkongsian Gempak, difahamkan sejak dilahirkan, Billy telah menjalani prosedur ‘baloon valvuloplasty’ disebabkan masalah injap sempit (aortic stenosis), namun tahap kesihatannya kini semakin baik.
Terdahulu, Lana dan suami, David Mckinzie atau nama Islamnya, Muhd Daud mendirikan rumah tangga pada tahun 2015.
Selain Billy, pasangan ini mempunyai seorang cahaya mata sulung bernama Gia Quinn Mckinzie.
Sumber: Ig Lana Nodin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tisu basah bayi merupakan antara ‘aksesori’ wajib ada bagi kebanyakan ibu bapa yang ada bayi dan anak kecil. Kebiasaannya ia menjadi pilihan apabila berada di luar rumah bagi memudahkan urusan menukar lampin dan membersihkan sisa makanan pada mulut dan wajah bayi.
Tetapi selamatkah penggunaan tisu pada bahagian tubuh seperti muka bayi?
Tisu basah bayi
Tisu bayi adalah tisu lembap yang direka untuk membersihkan kulit bayi dengan berkesan semasa menukar lampin.
Biasanya tisu ini akan menggunakan bahan sensitif untuk mengelakkan kerengsaan pada kulit si manja dan sekurang-kurangnya mengandungi satu bahan pelembap dan menenangkan.
Disebabkan itulah, tisu basah bayi ini sesuai digunakan untuk membersihkan bahagian sulit si kecil terutamanya selepas kencing dan berak.
Bahan dalam tisu basah bayi
Tisu lembap ini biasanya menggabungkan air, minyak, pembersih dan pengawet.
Terdapat juga tisu yang mempunyai formula lebih ringkas, contohnya hanya menggunakan air dan pengawet ringan. Sesetengah tisu basah juga mungkin mempunyai formulasi lebih kompleks yang menggunakan pelbagai jenis minyak, agen pembersih dan pengawet.
Anda akan menggunakan tisu ini beberapa kali sehari, jadi amat penting untuk memberi perhatian terhadap bahan yang digunakan.
Berikut adalah bahan yang paling biasa digunakan dalam tisu bayi:
Air, bahan utama dalam tisu basah bayi
Tidak menghairankan, kebanyakan tisu bayi mengandungi sekurang-kurangnya 95% air – biasanya ditapis, ditulenkan atau disuling.
Minyak dan pelembap
Minyak membantu menanggalkan kotoran pada bahagian sulit si kecil, mengelakkan tisu mudah kering dan memberikan pelembap nipis untuk kulit.
Antara jenis minyak yang sering digunakan adalah minyak zaitun, minyak sayuran, minyak kelapa, minyak kastor atau minyak bijian seperti daripada bunga matahari, tomato atau kranberi.
Bahan pembersih dalam tisu basah bayi
Dalam kebanyakan tisu lembap, bahan ini adalah seperti setitik sabun dan sudah tentu bahan di dalam sabun itu yang harus diperhatikan.
Bahan pengawet
Pengawet digunakan untuk membantu memastikan tisu basah ini sentiasa segar dan menghalang pertumbuhan bakteria atau kulat.
Perhatikan bahan pengawet keras yang harus dielakkan seperti phenoxyethanol, benzyl alcohol, sodium benzoate atau methylchloroisothiazolinone.
Bahan pewangi
Oleh sebab wangian merupakan punca yang boleh menyebabkan iritasi pada kulit bayi yang sensitif, jadi sebaiknya pilihlah tisu basah yang tidak dicampur bahan ini. Kebanyakan tisu bayi sensitif tidak mengandungi sebarang pewangi.
Penggunaan tisu basah bayi, selamat ke?
Penggunaan tisu basah dianggap perkara biasa dan sering menjadi pilihan untuk membersihkan badan si manja daripada kotoran. Bahkan tisu basah juga sering digunakan untuk membersihkan muka bayi, ini kerana ia dianggap selamat untuk kulit bayi.
Tetapi adakah benar tisu basah selamat dan boleh digunakan pada bahagian muka si manja?
Kebenarannya, penggunaan tisu basah untuk muka bayi adalah tidak selamat sepenuhnya – terutama jika digunakan secara intensif.
Tisu lembap ini biasanya hanya disyorkan untuk membersihkan bahagian kemaluan bayi selepas membuang air besar, apabila berada di luar rumah atau dalam keadaan terdesak lain.
Penggunaan kerap tisu basah baby ini tidak disarankan, lebih-lebih lagi jika digunakan untuk mengelap muka bayi anda.
Ia dianggap tidak selamat jika tisu digunakan mengandungi alkohol dan pewangi – bahan yang cenderung menyebabkan kerengsaan pada kulit bayi, ruam merah dan kegatalan. Malah, penggunaan untuk jangka masa lama dan konsisten, berisiko menyebabkan kulit pada bahagian muka bayi rosak.
Cara selamat menggunakan tisu basah bayi
Tetapi bagaimana jika berada dalam keadaan terdesak untuk mengelap muka bayi dan hanya mempunyai tisu basah?
Bertenang, ada cara selamat untuk menggunakan tisu lembap ini pada muka si kecil, iaitu dengan menggosok tisu secara minimum. Idea yang disarankan adalah untuk mengelap tisu pada muka bayi sekali sahaja bagi mengelakkan kerengsaan.
Umumnya, bahagian paling selamat untuk menggunakan tisu basah adalah pada bahagian alat sulit si manja, tangan, kaki dan belakang badan mereka.
Sebaiknya, pilihlah tisu yang mengandungi alkohol dan wangian dalam jumlah yang kecil. Atau lebih baik lagi adalah memilih tisu basah yang langsung tidak menggunakan bahan-bahan tersebut bagi mengelakkan reaksi alahan pada kulit bayi.
Kadangkala, agak sukar untuk mendapatkan tisu basah tanpa penggunaan alkohol, jadi anda boleh membuatnya sendiri di rumah. Ingin tahu bagaimana caranya? Jom!
CARA MEMBUAT TISU BASAH DI RUMAH:
Berikut adalah bahan-bahan dan cara membuat tisu basah bayi:
2 cawan air panas – supaya tisu tidak berkulat
1 sudu besar minyak bayi
2 sudu besar sabun mandian bayi
1 gulung tisu dapur
Tempat bersih untuk menyimpan tisu
Cara membuat tisu basah bayi:
Potongkan tisu dapur kepada 2 bahagian menggunakan pisau tajam.
Campurkan air panas bersama sabun mandian dan minyak bayi, kacau sebati.
Masukkan tisu yang dipotong tadi ke dalam bekas simpanan. Kemudian tuangkan campuran cecair ke atas tisu. Pastikan tisu basah secara rata.
Tutup bekas dan biarkan seketika.
Buka bekas mengandungi tisu basah dan keluarkan kertas pada bahagian tengah tisu. Kini tisu basah DIY anda sedia untuk digunakan.
Cara penyimpanan tisu basah bayi DIY
Perlu diingatkan penghasilan tisu lembap DIY adalah tidak menggunakan bahan pengawet. Ini bermakna kemungkinan jangka hayat tisu adalah tidak sama seperti yang dibeli di kedai.
Sebelum menggunakan tisu basah DIY, pastikan anda memeriksa tiada kulat pada tisu.
Manakala untuk kaedah penyimpanan tisu buatan sendiri ini, gunakanlah bekas bersih dan kedap udara.
Penggunaan tisu basah bayi
Jika anda mempunyai masa dan keinginan, adalah berbaloi untuk menghasilkan tisu basah sendiri.
Ia bukan sekadar dapat menjimatkan duit untuk tempoh jangka masa panjang, tetapi bagi ibu bapa yang mempunyai bayi dengan kulit sensitif, membuat tisu basah sendiri membolehkan anda mempunyai kawalan sepenuhnya ke atas bahan yang digunakan.
Secara tidak langsung penggunaan tisu basah DIY akan dapat mencegah iritasi pada kulit si kecil yang lembut. Selamat mencuba!
Kredit: Hello Doktor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi yang kerap terdedah pada asap rokok akan membuatkan mereka mengalami ‘Infantile Colic’ yang mana bayi akan menangis meraung seakan sakit sehinggakan merah padam muka mereka.
Perkongsian dari Dr. Ahmad Luqman Bukhari menjelaskan antara salah satu punca keadaan ini berlaku adalah kerana si comel terdedah pada racun dan debu asap rokok.
Asap rokok akan buatkan kandungan Motilin dalam badan naik mendadak, iaitu sejenis hormon yang meningkatkan pergerakan usus lalu mengakibatkan bayi terpaksa menahan kesakitan.
Jika si kecil mama kerap menangis yang keterlaluan, cuba periksa orang-orang di sekeliling sama ada yang merokok atau tidak.
Ikuti perkongsian beliau:
Kerap sangat terdedah kat asap rokok, patutlah baby tu selalu meraung sakit je.
Tiap kali berlaku episod ‘infantile colic’ macam tu, kita yang tengok pun jadi susah hati. Apatah lagi mak ayah yang mengalaminya hari-hari. Memang stress!
Budak tu menangis berterusan sampaikan merah padam mukanya seolah-olah menahan kesakitan yang tak terperi.
Kedua-dua belah tangan halus tu pulak tergenggam rapat dan lutut asyik bergerak-gerak ke arah perut.
Pujuklah macam mana pun tetap si comel tu menangis tak berhenti.
Tapi itulah. Dalam banyak-banyak faktor yang boleh buatkan baby terkena colic ni, ada antaranya disebabkan kecuaian parents sendiri yang biarkan si comel tu terdedah kat racun dan debu asap rokok.
Kalau ikutkan review yang dilakukan oleh Profesor Edmond Shenassa dari Brown Medical School dan Profesor Mary-Jean Brown dari Harvard School of Public Health, kajian mereka menemui yang asap rokok sebenarnya antara punca menyebabkan baby duk menangis keterlaluan (excessive crying).
Dan selalunya yang menjadi mangsa ialah bayi yang ibunya sendiri merokok masa tengah pregnant dan juga bayi yang asyik terhidu bau asap rokok daripada orang sekelilingnya.
Bayangkanlah betapa menderitanya si kecil tu.
Asap rokok tu akan buatkan kandungan Motilin dalam badan naik mendadak, iaitu sejenis hormon yang meningkatkan pergerakan usus lalu mengakibatkan bayi terpaksa menahan kesakitan.
Sebab tu kalau si kecil kita tu kerap sangat duk menangis keterlaluan, cubalah periksa jugak orang kat keliling kita ni.
Entah-entah selama ni kita mati-mati duk ingat budak tu kembung perut, rupa-rupanya bayi kita tu sebenarnya dah jadi mangsa kepada kesan buruk asap rokok macam yang saya ceritakan ni.
Tolong #kongsikan info ni dengan mak ayah yang lain jugak ye. Sedih sangat kalau ada baby terpaksa menanggung sakit sebab parents dia tak tahu tentang ilmu ni.