Checklist Keperluan Kesihatan Anak Masa Nak Pergi Bercuti Atau Balik Kampung. Mudah Dan Sistematik!

Share

Sebelum ada anak, nak pergi mana-mana tak kisah pun nak bersiap saat akhir. Tapi cara ni dah tak sesuai kalau ada si kecil.

Keperluannya penting bermula dari menyediakan baju, bekalan makanan untuk anak dan paling penting juga adalah kit kesihatan.

Kadang-kadang sebagai ibu, lupa dan tertinggal nak bawa barang sepatutnya akan ada juga walaupun dah ingat.

Jadi macam mana nak pastikan semua itu tak tertinggal jika nak pergi bercuti atau balik kampung.

Perkongsian dari ibu kepada tiga cahaya mata, Puan Hazirah Maulana cukup mudah dan boleh dijadikan panduan semua ibu bapa barang apa yang perlu ada dalam beg bila nak travel.

Pernah pengalaman time travel, anak demam panas tapi satu pun tak prepare. Sejak tu terus belajar dari pengalaman. Bukan apa, kadang-kadang kita ni tak boleh nak elak dan tak expect anak tiba-tiba demam, batuk, selsema dan sebagainya.

Nak-nak kalau insiden tu berlaku tengah-tengah malam, atau pun time kita pergi travel jauh-jauh. Nak cari ubat-ubat ni, bukan boleh main beli je, especially bayi.

Kalau ada yang nak tengok checklist boleh refer gambar. Ade description untuk setiap gambar. Boleh share untuk panduan ibu-ibu yang nak bawa anak pergi bercuti atau balik kampung.

Ni item must have yang ade dalam medical kit anak anak saya
Termometer paling penting. Sebelum ke mane mane mesti make sure termometer ni berfungsi.
Kool fever berfungsi untuk meredakan demam anak. Jangan letak kat kepala ye. Katanya nnt panas naik ke kepala. Ni just alternatif dan kalau nak guna letak kat ketiak atau badan anak.
Ubat demam. Tarikh buka ubat jgn lupa tulis. 2 3 minggu lepas buka boleh buang n beli yg baru.
Sanitizer ni saya guna utk sembur pada kwasan luka supaya bakteria tak membiak
Minyak gamat
Dettol. Anak anak kerap terkena sakit kat kulit. Kalau agak agak dah start tu sy akan titik kan pada besen mandian dan mandikan anak anak guna antiseptic ni.
Dettol. Anak anak kerap terkena sakit kat kulit. Kalau agak agak dah start tu sy akan titik kan pada besen mandian dan mandikan anak anak guna antiseptic ni.
Hand sanitizer
Ini sangat berguna untuk halau nyamuk atau serangga. Just lekat je kat badan anak.
Ni khas untuk anak anak bila diorg terkena luka atau exzema firas menyerang
Ubat batuk mama ngn dady dia nak tumpang. utk baby dan bawah 6 tahun saya akan sapukan balm tasneem yang dalam skincare kit tu. Balm tasneem CF rub membantu melegakan demam, batuk dan selsema anak anak
Elektronik Nasal aspirator sangat membantu untuk sedut hingus anak anak. Saya suka sangat sebab mudah. Anak anak selalu bile selsema diorg akan guna sendiri. Just tekan button n siap ade lagu lagu lagi.
Lotion lotion dan rutin setiap kali lepas mandi
1) Balm tasneem sangat serasi untuk anak anak saya Sleep time: membantu mood tidur CF Rub: membantu melegakan batuk, selesema T Rub : melegakan kembung perut dan sembelit Calm time: membantu anak anak bila dia sedang meragam 2) Minyak zaitun utk sapu pada rambut anak anak
Supplement utk ayra dan firas Brown rice powder utk Damia. Just bancuh je ngn air dan boleh terus makan
Ubat gigi, Berus gigi, Syampu, Sabun mandi
Masukkan dalam satu beg.

Mudah kan! Lepas ni dah tak ada alasan tertinggal lagi keperluan anak. Nak mudah letak siap-siap dalam satu beg. Nak pergi mana-mana ambil je terus.

Sumber: Hazirah Maulana

IKLAN