Bagi mama yang tercari-cari resipi untuk hari raya nanti, Cheese Cakes 3 bahan ini antara yang disyorkan untuk anda di pagi raya. Mana tidaklah, dalam masa yang padat untuk menyediakan pelbagai juadah buat keluarga, kek yang menyukarkan adakalanya membuatkan kita mula patah semangat untuk mencuba.
Jangan patah semangat sebaliknya cuba kek tiga bahan ini yang sememangnya mudah hendak disediakan. Air tangan cikgu masakan yang cukup popular di media sosial, Azlina Ina Fans ini antara yang mudah dicuba. Lembut dan melting malah paling mudah hendak disediakan. Jom cuba!
Resipi wajib cuba:
Bahan-bahan:
250g cream cheese -tak kisah cheese apa kalau tak ada korang boleh guna cheesedales slice 6 slice tu tapi cairkan dengan 1/2 cawan susu segar dan double boil dulu)
4 biji telur gred A atau B
1/2 cawan susu pekat (ikut manis korang nak, kalau 1 cawan rasa manis sangat)
Esen vanila/ lemon jus -ni optional je
Satukan cheese, esen dan susu pekat. Mix je bagi sebati. Kalau korang pakai cheese dales pastikan dah cair dengan 1/2 cawan susu segar tu korang masuk bowl macam ni.
Ads
Ok dah sebati tu ketepikan.
Asing kan telur tadi.
Ads
Yang kuning masuk dalam bekas cheese. Kacau je.
Yang putih tadi, masuk bowl dan mix sampai jadi merangue. Tips dia pastikan bowl tak basah, tak ada kuning telur terikut. Mix sampai korang angkat mata mixer tu adunan putih telur tu tak jatuh.
Ambil adunan putih telur tadi sikit kacau.
Baru masuk dalam adunan telur putih tadi dan kacau sebati.
Ads
Ok lapik kertas baking paper tuang adunan ni guna loyang 7. Guna kaedah water bath ye maksud nya satu lagi loyang letak air panas baru masuk loyang kek.
Bakar suhu 160 masa 1 jam 15 minit api atas bawah tapi kalau atas dah nampk brownies korang tutup atas dia dengan loyang lain atau aluminium foil. Atau kalu oven ada api atas bawah tang atas slow kan sikit sebab nak masak ni agak lama sikit sebab tak guna tepung.
Memang lembab-lembap sikit tau, jangan ko buang pulak sebab ingatkan tak masak.
Selamat mencuba. InshaAllah gebu dan melting, buat pun senang sangat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu pening nak buat kudap-kudap petang makan apa? Ini ada resepi ringkas, kegemaran anak-anak. Nampak simple tapi rasanya memang terbaik. Jangan terkejut bila dah buat ni, sekejap dah licin.
Resipi ni seperti roti sosej biasa je, cuma yang bezakannya dihujungnya itu dihiris memanjang untuk menampakkan jejari halus.
Viral ROTI GULUNG SOSEJ NAK BERKALI-KALI
Bahan-bahan:
– Roti putih tawar gardenia
– Sosej
– Mayonis
– Sos cili
Caranya:
~ Rebus sosej, angkat ketepikan (rebus kejap je ye)
~ Roti dicanai sehingga nipis, buang tepi-tepinya kemudian dibelah dua
(opah canai menggunakan roller tart nenas) buat sehingga habis /ketepikan
~ Sosej dibelah dua juga,hiris kiri dan kanan sosej (jejarikan jgn sampai putus ye)
~ Ambil roti, letak sosej dan gulung/kemaskan bahagian hujung dengan menyapu sedikit telur sebagai gam (tepung + sedikit air sebagai gam pun boleh)
– Goreng sehingga kekuningan
~ Angkat toskan dan hidang bersama mayonis + sos cili. SELAMAT MENCUBA
(Kredit: oleh Mas Cotek) #shimakongsiresepi
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cucur jagung rangup memang sedap dihidang bersama sos untuk makan petang. Tapi bagaimana nak jadikan cucur jagung lebih rangup? Jom ikuti resipi mudah ini. Selamat mencuba!
RESIPI CUCUR JAGUNG MAMA KRUP-KRUP
Bahan-bahan:
2 gelas tepung gandum
1 biji bawang besar (potong hiris)
1 gelas tepung beras
1 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu garam ( adjust lah ikut nak masin sikit boleh letak lebih sikit)
2 biji jagung
Segenggam Ikan bilis ( yang ni bole tumbuk tapi tak perlu terlalu lumat)
-Daun bawang potong hiris
-1 biji telur ( tak nak letak pun tak apa)
Cara penyediaan:
Gaul-gaul rata then tunggu 15 minit. Panaskan minyak di kuali dan goreng seperti biasa.
1 tips nak bagi rangup sebelum masak tu ambik sedikit minyak yang betul2 dah panas dan gaulkn sekejap.
Kemudian masak seperti biasa. Macam saya suka yang garing-garing sikit seperti dalam gmbar😊
Cicah dengan sos wah sedapp sangat-sangat. Anak-anak pun suka makan 😉 Simple menu. bolelah buat untuk kudapan nanti.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kacang botak antara kudapan ringan yang membuatkan kita asyik memakannya. Sedar-sedar sudah habis satu balang. Bagi ibu-ibu yang masih tercari-cari kudapan yang sesuai untuk seisi keluarga, bolehlah cuba buat kacang botak.
Anak Suka Makan Kacang Botak
Kalau ada yang berhajat hendak buat kacang botak, ini ada resipi ringkas dan cepat boleh cuba. Dimasak dengan menggunakan air fryer, tepung salutan kacang menggunakan tepung bestari. Ranggup versi simple. Hendak makan pun puas hati tanpa fikir kolesterol naik tinggi.
RESIPI KACANG BOTAK
Bahan-bahan:
2 cawan kacang tanah
2 senduk tepung bestari (asli + pedas)
1 sudu serbuk ketumbar
1 biji telur
5 ulas bawang putih di tumbuk lumat(optional)
5 sudu minyak
Sedikit air
Nah Ini Resipi Mudah Nak Buat, Masak Guna Air Fryer
Cara membuat:
Basuh kacang tanah dan toskan.
2. Sediakan telur yg telah di kocak bersama minyak.
3. Masukkan kacang tanah.
4. Masukkan tepung bistari dan sedikit air
5. Gaul rata supaya kacang di selaputi tepung.
6. Masukkan ke dalam air fryer. Mula on kan air fryer dengan suhu 180 darjah celcius selama 5 minit. Buka dan lerai-leraikan kacang supaya tidak bergumpal.
7. Tambah lagi 5 minit. Buka lagi dan goncang-goncang. Seterusnya masak lagi selama 10 minit dengan suhu 160 darjah celcius.
8. Seterusnya masak selama 10 minit dengan suhu 160 darjah celcius.res
9. Tunggu betul-betul sejuk baru kacang ranggup. Boleh di simpan dalam balang.
NOTA: Hasil bergantung pada air fryer masing-masing. Kalau masih belum ranggup selepas sejuk, masukkan semula dalam air fryer dan bakar lagi selama 5 minit dengan suhu 150 darjah celcius. Ada air fryer yang hanya mengambil 20 minit untuk masak.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.