Cheezy Wedges dari restoran makanan segera KFC selalu menjadi rebutan anak-anak kita. Mana taknya, rasanya yang sedap dan enak ditambah pula rangupnya serta sos kejunya buat anak paling suka.
Apa kata kali ini kita buat sendiri di rumah. Malah resipi perkongsian Pn Salimah Olie ini turut disertakan dengan tip untuk kekal sedap dan rangup. Jom cuba!
Rangup di luar, lembut di dalam..perghh! Ada rahsia dia ye nak bagi rangup bila goreng tu, wajib kukus dulu ubi kentangnya.
Bahan-bahan:
4 biji kentang – tak nak kupas kulit pun takpe, tapi pastikan basuh bersih tau.
Mixed herb
Lada sulah
Garam
Tepung
Bahan sos:
3 sudu besar serbuk cheese nacho – bancuh dengan air panas. Kacau-kacau hingga jadi sos.
Ads
Kentang dipotong wedges. Kukus agak-agak lembut dalam 5-7 minit.
Letak dalam mangkuk. Tabur mixed herbs, lada sulah dan garam. Goncang biar sebati.
Ads
Taburkan pulak tepung jagung, gaul sebati.
Goreng tenggelam dalam minyak hingga kekuningan dan garing.
Ads
Hidangkan bersama cheezy sauce. Tambah mayonis pun sedap.
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom.
Memasak sayur jadi lebih sedap bila ditambah tauhu telur ke dalamnya. Selalunya kita beli tapi apa kata kali ini kita buat sendiri tauhu dengan menggunakan tiga bahan saja.
Malah cara membuatnya seperti yang dikongsikan oleh Zaimah Zakaria ini cukup senang. Jom cuba!
TAUHU TELUR HOMEMADE
Bahan-bahan:
5 biji telur gred A
225 ml air soya
1/2 sudu kecil garam
Plastik aiskrim
Pecahkan telur dan masukkan garam.
Masukkan air soya.
Kacau-kacau sampai sebati. Lepas tu tapis sekejap supaya tiada bubble.
Masukkan ke dalam plastik aiskrim.
Ikat kemas-kemas.
Panaskan air jangan sampai mendidih. Masukkan tauhu telur tadi dan guna api perlahan saja. Masak sehingga 30 minit.
Selain laksa, ada yang suka makan laksam? Kalau anda dan anak-anak peminat laksam dengan kuah lemak, lepas ni boleh buat sendiri di rumah. Kalau beli di kedai tak puas makan.
Ada masa, anda boleh cuba buat sendiri laksam dan kuahnya. Kadang asyik makan nasi pun bosan juga. Langkah nak buatnya sangat senang. Jika kita buat sendiri, barulah puas hati nak makan banyak mana pun.
Ini resipi yang dikongsikan oleh Puan Norsiah Mamat.
Dengan izin Allah dan ilmu hambaNya ini, jua milik Allah, saya nak kongsi cara-cara membuat laksam, ikut gaya saya ya.
Saya halalkan semua rakan yang ingin menggunakan resepi ini.
Resepi Laksam Cikgu Nor untuk satu bungkus tepung seberat 500 gram.
500 gram tepung beras, saya guna sahaja, apa pun cap. Tak ada yang khusus. Semua jadi elok jer.
3 sudu tepung gandum kalau cap biasa atau 5 sudu tepung gandum kalau cap Faiza.
Sudu yang saya guna untuk sukat tepung gandum ni, sudu makan ya. Buh penuh-penuh. Rumbu gituuu…
Laksam akan lebih putih dan cantik kalau guna tepung gandum Faiza.
1500 ml atau 1.5 liter air. Saya buh satu liter air suam dan 500ml, air tapis biasa. Air suam ya, jangan air panas.
Cara-cara nak bancuh tepung
– Masukkan tepung beras dalam bekas yang sesuai, tambahkan tepung gandum.
– Selepas itu, masukkan 1 liter air suam.Kacau sehingga tepung larut. Apabila tepung dah -larut dan tak ada yang berketul-ketul, tambah lagi 500 ml air. Kacau sebati.
– Seeloknya ditapis, sebab biasanya akan ada habuk-habuk dan kutu beras yang terapung selepas selesai membancuh.
– Rehatkan bancuhan tepung dalam kurang lebih 10 minit.
– Selepas itu dah boleh mula mengukus.
– Saya guna tudung periuk dan guna periuk mengukus atau saya panggil ‘kukusan’ untuk mengukus.
– Sebelum mula mengukus, sapukan minyak pada tudung periuk, supaya senang proses menggulung nanti.
– Setelah nampak wap keluar dari kukusan, itu tandanya laksam dah masak. Jangan terus buka selepas nampak wap keluar. Biarkan dulu anggaran dalam satu minit. Bagi laksam tu betul-betul masak.
– Buka tutup kukusan, tengok laksam. Laksam yang masak akan menggelembung masa kita buka. Apabila kita angkat, laksam akan rata semula pada tudung periuk.
– Nak mudah angkat, saya guna sudip kayu yang rata. Hulurkan ke bawah tudung periuk dan angkat.
– Selepas angkat, tegakkan. Tujuan untuk mengalirkan wap air yang ada pada laksam. Untuk mudah, saya guna tray telur. Sebab ada lekuk-lekuk. Untuk kebersihan, saya lapik kertas A4 kosong yang belum guna atas tray telur tu. Nak guna surat khabar lama pun boleh…letak tray telur tu rapat ke dinding. Jadi senang kita nak sandar.
– Biasa paling kurang saya guna 6 penutup periuk untuk dua kukusan. Saya kukus dua keping. Guna tudung periuk pertama dan kedua. Selepas angkat, tegakkan, biarkan sejuk seketika.
– Saya guna tutup periuk ketiga dan keempat. Kukus lagi. Apabila saya angkat tudung periuk ketiga dan keempat. Saya akan masukkan tudung periuk kelima dan keenam.
– Selepas itu, saya gulung laksam tudung periuk pertama dan kedua tadi. Begitulah seterusnya sehingga selesai. Saya guna masa setengah jam untuk kukus 500 gram tepung.
– Minyak pada tudung periuk perlu disapu setiap kali sebelum mengukus laksam untuk kepingan seterusnya.
– Tepung dalam bekas perlu sentiasa dikacau sebelum diambil untuk dikukus.
Saya rasa saya dah bagi step by step. Selamat mencuba. Perkongsian Lillahitaala dan dengan izinNya jua.
KUAH LEMAK LAKSAM (Dapur Cheyah)
10 ekor ikan selayang (rebus dan ambil isi sahaja)
1 kotak santan adabi
3 cawan air putih
5 ulas bawang merah
2 keping asam keping
1 sudu lada hitam (biji lagi ok dan cantik kuah tu tapi cheyah takde letak serbuk je) **Seeloknya tumbuk bagi bijinya hancur atau kalau tak suka nampak biji lada hitam, letak air sikit dan tapis.
2 sudu kecil garam
2 sudu makan gula
– Masukkan santan ke dalam periuk, tambahkan air ke dalam kotak. Campurkan ke dalam ikan dan blanderkan bagi hancur .
– Blanderkan bawang sekali dengan lada hitam. Masukkan dalam periuk. Letak asam keping dan panaskan.
– Masak guna api kecil je. Dah mendidih masukkan gula dan garam. Kacau sehingga ia betul-betul masak.
P/S: Sukatan santan dan ikan boleh ditambah ikut laksam yang disediakan.
CARA BUAT SAMBAL
Cili merah besar, cili kecil, sedikit belacan, perahan air limau kasturi, garam, gula. Campurkan semua dalam blender, blend. Jangan bubuh air, sebab cili besar tu dah banyak air.
Dah siap blend masukkan dalam bekas, potong kulit limau kasturi halus-halus masukkan ke dalam sambal. Pastikan kulit yang lembut atau limau kasturi yang masak. Kalau kulit limau keras, sambal akan jadi pahit. Buat ya, memang sedap.
Biasanya kalau waktu berpantang ni, ramai yang fikir tak dapat nak makan sedap. Yalah, asyik makan menu yang sama. Cara masakan pun hanya direbus atau dipanggang saja. Bila nak makan pun kurang selera sebab dah bosan.
Ibu bersalin jangan rasa stres tak dapat makan sedap waktu berpantang. Sebenarnya banyak jenis lauk yang boleh dinikmati, sedap-sedap pula tu! Lada hitam sangat digalakkan untuk ibu dalam pantang kerana ia dapat membantu memanaskan badan.
Salah satu lauk yang boleh dibuat adalah Ayam Masak Lada Hitam seperti yang dikongsikan oleh Fey Leeya ini;
Selalunya isi ayam korang masak apa lg selain paprik? Ni salah satu menu yg saya suka buat kalau banyak isi ayam dalam peti 😅
Ayam goreng lada hitam namanya. Ala2 korean chicken la ni tp sy hack sikit resepinya jd versi melayu 🤣🤣🤣
Bahan-bahan: Bawang merah dua biji Bawang putih 3 ulas Isi ayam Serbuk lada hitam (lada hitam biji2 tu sangai tanpa minyak, lepastu blend kasar. Stok lada blend ni mmg sentiasa sy buat sbb kadang2 teringin nak makan lauk org dlm pantang 😆Nak guna sos lada hitam pun buleh tp rasa dia x kick sgt 🤭) Tepung jagung sesudu besar, bancuh dgn air suam. Agak-agak je. Tepung bestari untuk celup ayam Sos tiram (agak-agak) Kicap pekat manis (agak-agak)
Cara-cara: 1. Potong dadu isi ayam, gaulkan dengan garam sikit. Lepas tu celup tepung bestari. Goreng dgn minyak banyak, dah garing toskan, letak tepi. 2. Guna minyak yang baru, tumiskan bawang putih & merah, naik bau masukkan serbuk lada hitam yang blend tadi, gaul-gaul dan masukkan air satu cawan kecil. 3. Kemudian masukkan sos tiram, kicap pekat manis untuk balancekan rasa, dan tepung jagung yang dah dibancuhkan dengan air tadi. 4. Kacau2 letak garam skit, last masukkan ayam yang dah goreng tadi. Gaul-gaul sikit lepastu tutup api. Taburkan daun bawang siap!
Makan dengan nasi panas-panas fuhh! Merecik peluh gaisss 😂😂😂
Memang sedap lauk ni, biarpun ringkas tetapi sangat sedap dan dapat membangkit selera. Bukan untuk ibu berpantang saja, tapi menu ini sesuai dinikmati satu keluarga. Selamat mencuba!
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.