Chicken Broth Kuatkan Antibodi. Sesuai Untuk Anak Batuk Berkahak & Demam

Share

Chicken broth banyak manfaatnya, membantu menguatkan imuniti badan. Ibu ini kongsi resipi sup tulang ayam yang selalu disediakannya tatkala anak  batuk berkahak & demam.

Puan Widyana Ali sering kali menyediakan sup tulang ayam atau bone broth ketika anak-anak batuk dan demam. Dia juga turut berkongsi resepi yang mudah ini.

9 jenis bahan yang digunakan adalah asas dan mudah didapati. Cara penyediaannya pun mudah, hanya renih 3 hingga 4 jam sehingga tulang hancur.

Untuk anak ekzema, dia hanya merenihkan sup selama 1 jam. Periuk kaca dan besi tahan karat sahaja yang boleh digunakan. 

Sudah mengamalkannya bertahun-tahun. Ia boleh menguatkan sistem imun, kaya mineral, anti radang & menguatkan tulang dan gigi. Ia juga boleh membantu menggalakkan penyingkiran kahak.

Boleh dipelbagaikan cara memakannya iaitu dimakan bersama nasi, kuah atau dihirup begitu sahaja.

Sebelum makan letakkan sedikit garam sebagai perasa.

Sumber: Widyana Ali

IKLAN