Chicken Nugget Homemade Terlebih Sedap Bila Buat Sendiri, Anak Teruja Nak Makan!

Share

Salah satu makanan yang senang untuk anak makan terutama ketika travel adalah nugget. Pun begitu nugget segera yang dijual di pasaran adakalanya mencurigakan kita sebagai ibu bapa. Bimbang kandungan bahan seperti garam yang tinggi dalam nugget tersebut. Pilihan untuk menyediakan sendiri buat anak-anak kita pastinya yang terbaik.

Musim cuti sekolah ini apa kata kita cuba sediakan sendiri nugget ayam di rumah. Chicken Nugget Homemade yang disediakan oleh Puan Safwah Abd Sani ini memang ringkas. Malah terkawal kandungan garamnya buat anak kita. Bukan itu sahaja malah boleh tambahkan sayuran ke dalam nugget kita. Memang sihat.

Hai wasup guys, hari ni chef umi nak kongsikan chicken nugget homemade, guna 5 bahan je.

Carrot (disagat)
Bawang merah (cincang halus)
Isi ayam (cincang halus)
Breadcrumbs
Telur sebiji

1. Gaulkan carrot, bawang dan isi ayam. Bentukkan ikut suka hati.

2. Celupkan dengan telur dan breadcrumbs. Boleh goreng terus atau frozenkan.

 

Siap!

Tips;

1. Breadcrumbs jangan letak banyak, nanti masa menggoreng nampak hitam.

2. Kalau nak frozenkan, boleh tahan sehingga 1 bulan.

3. Menu sesuai untuk anak setahun ke atas. Untuk anak 4-5 tahun, boleh lah tambah sedikit perasa.

Sekian, dari chef umi Atiq

IKLAN