Keibubapaan

Kalendar Cina Tentukan Jantina Bayi Kembali Tular, Ini Cara Nak Kira

Share

Setiap pasangan yang bakal menimang cahaya mata pastinya mempunyai impian tersendiri. Ada yang tidak kisah jantina bayi anak  lelaki atau perempuan asalkan bayi sihat sempurna. Namun, tidak dinafikan juga ramai ibu ayah yang memasang harapan tertentu untuk jatina anak.

Ada pasangan yang mengimpikan anak lelaki sebagai anak sulung. Ada juga yang sudah mempunyai beberapa anak perempuan dan berharap kali ini dikurniakan anak lelaki pula. Begitu juga sebaliknya. Disebabkan itu, pelbagai petua dan cara tradisional sering menjadi perhatian termasuklah Chinese Pregnancy Calendar yang kini kembali tular di Threads.

Menariknya, ramai netizen berkongsi pengalaman mereka menggunakan kalendar ini. Ada yang mendakwa “tepat!”, malah ada yang terkejut kerana jantina bayi mereka benar-benar sama seperti yang diramal. Namun, ada juga yang mengatakan keputusan tidak tepat langsung.

Jadi sebenarnya macam mana cara guna Chinese Pregnancy Calendar ini?

Apa Itu Chinese Pregnancy Calendar?

Chinese Pregnancy Calendar atau Kalendar Kehamilan Cina dipercayai berasal daripada tradisi masyarakat Cina sejak ratusan tahun dahulu. Ia digunakan untuk meramal jantina bayi berdasarkan dua perkara utama:

  • Umur lunar ibu ketika hamil
  • Bulan ibu mula hamil

Daripada gabungan dua maklumat ini, kalendar akan menunjukkan sama ada bayi diramal lelaki atau perempuan.

Walaupun tiada bukti saintifik yang menyokong ketepatannya, ramai yang menganggap ia sekadar hiburan dan seronok untuk dicuba bersama pasangan.

Cara Nak Kira Chinese Pregnancy Calendar

Ramai yang keliru sebab kalendar ini menggunakan umur lunar, bukan umur biasa.

Langkah 1: Cari Umur Lunar Ibu

Umur lunar selalunya lebih tua satu atau dua tahun daripada umur sebenar.

Contohnya:

  • Jika ibu lahir pada 15 Jun 1995
  • Pada tahun 2026, umur sebenar ialah 31 tahun
  • Tetapi umur lunar mungkin menjadi 32 tahun

Dalam jadual, anda perlu rujuk pada ruangan “Born Between”.

Langkah 2: Tentukan Bulan Ibu Mula Hamil

Bulan yang digunakan ialah bulan ibu mula hamil, bukan bulan bayi dilahirkan.

Contohnya:

Jika ibu disahkan hamil sekitar April 2026, kemungkinan ibu mula hamil pada bulan Mac 2026.

Kemudian padankan umur lunar dengan bulan tersebut pada jadual.

Contoh Cara Kira

Contoh 1

Ibu lahir:
10 Februari 1994

Dalam jadual:
Tarikh lahir ini berada dalam kategori umur lunar 33 tahun.

Jika ibu mula hamil pada:
Julai 2026 (bulan lunar ke-6)

Hasil dalam jadual:
Girl

Maksudnya kalendar meramalkan bayi perempuan.

Contoh 2

Ibu lahir:
6 Mei 1998

Umur lunar pada 2026:
29 tahun

Jika ibu mula hamil pada:
April 2026 (bulan lunar ke-3)

Hasil:
Girl

Ramalan mengatakan bayi perempuan.

Contoh 3

Ibu lahir:
20 Oktober 2000

Umur lunar:
27 tahun

Jika ibu mula hamil pada:
September 2026 (bulan lunar ke-8)

Hasil:
Boy

Ramalan menunjukkan bayi lelaki.

Kenapa Ramai Suka Tengok Kalendar Ini?

Bagi sesetengah ibu ayah, Chinese Pregnancy Calendar menjadi satu pengalaman menyeronokkan ketika merancang kehamilan.

Malah di Threads, ramai berkongsi komen seperti:

“Saya cuba untuk dua anak memang tepat!”

“Anak pertama tak kena langsung, anak kedua baru tepat.”

“Sekadar suka-suka tapi seronok baca komen semua.”

Ada juga pasangan yang menggunakan kalendar ini sebagai motivasi untuk merancang jarak kehamilan atau waktu tertentu untuk mencuba mendapat anak lelaki atau perempuan.

Namun ada juga yang mengingatkan supaya ibu ayah tidak terlalu berharap sepenuhnya kerana jantina bayi tetap ditentukan secara semula jadi.

Betul Ke Accurate?

Ini persoalan paling ramai tanya.

Hakikatnya, tiada kajian saintifik yang membuktikan Chinese Pregnancy Calendar boleh menentukan jantina bayi dengan tepat.

Secara perubatan, jantina bayi ditentukan oleh kromosom daripada sperma ayah sama ada X atau Y.

Jadi kalendar ini lebih kepada:

  • tradisi masyarakat,
  • ramalan,
  • dan hiburan semata-mata.

Sebab itu ada yang kata tepat, ada juga yang kata langsung tak menjadi.

Kesimpulan

Boleh percaya atau tidak, semuanya terpulang kepada masing-masing. Yang penting, jangan terlalu taksub dengan ramalan jantina bayi hingga memberi tekanan kepada diri sendiri atau pasangan.

Anak lelaki mahupun perempuan tetap anugerah paling indah buat ibu ayah. Apa yang paling utama ialah bayi membesar sihat, sempurna dan dipermudahkan segala urusan kehamilan.

Sumber: ecaaj

Published by
Nor Yusoff