Pada 28 Disember 2024, Hotel Olympic Malaysia, Kuala Lumpur, menjadi tumpuan bagi 50 pengusaha tadika dan taska dalam majlis Chit Chat Simpan SSPN Bersama Pendidik Hebat. Majlis minum petang yang penuh makna ini bertujuan untuk memberikan pendedahan mengenai kepentingan membuat perancangan kewangan dan simpanan pendidikan melalui Simpan SSPN, bagi memastikan masa depan pendidikan yang lebih terjamin untuk anak-anak asuhan mereka.
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid, Ketua Eksekutif PTPTN, Encik Che Wan Azrul, Pengurus Kanan Strategik Inovasi Kandungan dan Produksi TV & Digital Video, Nu IdeaktiV Sdn Bhd, Puan Wan Zawiah Wan Abu Bakar, Pengurus Besar Kanan PTPTN dan Puan Rina Abd Rahman, Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat PTPTN.
Encik Ahmad Dasuki, Ketua Eksekutif PTPTN (tiga dari kiri), bergambar bersama barisan team PTPTN, Umai, Irin Putri serta wakil Nu Ideaktiv, Encik Che Wan Azrul serta Penolong Editor Pengurusan Grup Family & Parenting, Encik Shahir Rahim.
Para tetamu turut dihiburkan oleh penyanyi berpotensi besar, Ummi Umairah atau Umai yang telah mendendangkan lagu rasmi Simpan SSPN berjudul Terbang Tinggi. Selain itu, Umai turut menarik perhatian ramai dengan persembahannya menerusi lagu Seindah Biasa, Masing-Masing dan Sinaran.
Umai turut menyanyikan lagu rasmi Simpan SSPN iaitu Terbang Tinggi yang ternyata menghiburkan para tetamu majlis Chit Chat Simpan SSPN bersama Pendidik Hebat.
Perkongsian Penuh Manfaat Bersama Encik Ahmad Dasuki & Puan Roszlinda Sham
Salah satu acara utama yang menarik perhatian ramai adalah sesi perkongsian yang disampaikan oleh Encik Ahmad Dasuki, Ketua Eksekutif PTPTN dan Puan Roszlinda Sham, Pengasas Hawary Education. Mereka berkongsi tentang perancangan kewangan dan manfaat Simpan SSPNserta bagaimana program ini memberi impak positif kepada ibu bapa, khususnya dalam merancang masa depan pendidikan anak-anak.
Encik Ahmad Dasuki dalam ucapannya menjelaskan bahawa PTPTN tidak hanya berperanan sebagai pemberi pinjaman pendidikan, tetapi juga sebagai tabung pendidikan yang menyokong masyarakat Malaysia melalui pembudayaan penabungan.
Ads
Simpan SSPN Pilihan Bijak Ibu Bapa
Beliau turut mengingatkan bahawa salah satu matlamat utama PTPTN adalah untuk menggalakkan setiap keluarga di Malaysia memiliki sekurang-kurangnya satu akaun Simpan SSPN, memandangkan produk ini menawarkan pelbagai
keistimewaan seperti pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun, perlindungan takaful ke atas pendeposit, Geran Sepadan sehingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak, simpanan yang dijamin kerajaan dan patuh syariah.
“Hasrat PTPTN adalah untuk memastikan semua rakyat Malaysia dapat menikmati manfaat daripada Simpan SSPN. Produk ini bukan sahaja memberi pelbagai kelebihan dan manfaat, tetapi juga jaminan untuk masa depan pendidikan anak-anak. Simpan SSPN adalah pilihan yang bijak dan berbeza dari produk simpanan lain di pasaran,” jelas Encik Ahmad Dasuki.
Ads
Sesi perkongsian istimewa bersama Encik Ahmad Dasuki serta Puan Roszlinda Sham yang merupakan Pengasas Hawary Education.
Ibu Bapa Komited Sertai Aktiviti Anjuran Pa&Ma & Simpan SSPN
Sementara itu, Puan Roszlinda Sham berkongsi pengalaman peribadinya menyediakan simpanan pendidikan melalui Simpan SSPN untuk anak-anaknya. Beliau menceritakan bahawa kesedaran mengenai kepentingan simpanan pendidikan mula ditanam seawal kelahiran anak pertama dan selepas itu beliau membuka akaun Simpan SSPN untuk kedua-dua puterinya.
Puan Roszlinda juga mengakui bahawa dengan menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma dan Simpan SSPN memberi impak positif kepada ibu bapa di Hawary Education.
“Sebagai pengusaha industri pendidikan awal kanak-kanak, saya ingin berkongsi manfaat ini dengan lebih ramai ibu bapa. Kami telah melihat bagaimana ibu bapa begitu komited, sanggup datang dari Johor Bahru hanya untuk menyertai aktiviti seperti Edutainment Fest 2024 yang diadakan pada Ogos lalu. Semangat yang mereka tunjukkan memberi petanda bahawa masyarakat semakin menyedari pentingnya perancangan pendidikan melalui simpanan yang bersistematik,” kata Puan Roszlinda.
Ads
Puan Wan Zawiah Wan Abu Bakar, Pengurus Besar Kanan PTPTN bersama Irin Putri dan pengasas taska yang ‘sporting’ bermain ‘game’ yang diadakan.
Gamat Suasana, Main ‘Game’ & Menang Putaran Roda Istimewa
Suasana majlis menjadi lebih meriah dengan sesi permainan yang melibatkan semua pengusaha tadika dan taska yang hadir. Keadaan menjadi lebih gamat ketika acara putaran roda istimewa dijalankan, dengan lima pemenang berpeluang membawa pulang Akaun Simpan SSPN bernilai RM100 setiap seorang, sementara lima lagi pemenang membawa pulang hadiah berupa barangan elektrik dan baucar penginapan.
Tahniah buat para pemenang Akaun Simpan SSPN bernilai RM100!
Majlis minum petang Chit Chat Simpan SSPN Bersama Pendidik Hebat ini bukan sahaja menjadi platform untuk berkongsi maklumat mengenai produk simpanan pendidikan, tetapi juga mengeratkan hubungan di kalangan pengusaha tadika dan taska serta memberi ruang kepada ibu bapa untuk lebih mendalami perancangan kewangan bagi menjamin masa depan pendidikan anak-anak mereka melalui penabungan yang bijak.
Antara pengusaha tadika dan taska yang memenuhi jemputan untuk majlis Chit Chat Simpan SSPN bersama Pendidik Hebat.
Dengan kehadiran lebih ramai pengusaha pendidikan dan masyarakat yang semakin sedar akan kepentingan simpanan pendidikan, PTPTN berharap dapat terus memperkasa budaya penabungan demi manfaat generasi akan datang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pengacara serta pelakon popular, Uyaina Arshad telah selamat melahirkan bayi sulungnya semalam, 8 September 2022.
Menurutnya, dia selamat bersalin melalui kaedah pembedahan (C-zer) pada waktu magrib dan disambut dengan tangisan. Baginya, penantian selama 9 bulan ini akhirnya memberikan pelbagai rasa buat dirinya dan suami.
“Assalamualaikum anakanda ku..Penantian di hidangkan dengan rasa hiba, sayu dan gembira. Pembedahan yang berlangsung dengan selamat. Syukur Alhamdullilah..”
“Menjelang Maghrib tanggal 8/9/22 anakandaku dilahirkan dengan tangisan.”
Juara pencarian Nona Manis ini turut sempat menitipkan doa buat cahaya matanya dan dia turut memohon doa ramai buat anak sulungnya itu.
“Semoga menjadi anak yang soleh, taat pada ibu bapa & agama, menjadi manusia yang baik berakhlak mulia & seorang pemimpin yang hebat.”
“Baba & Mama love you so much. Minta doa yang baik-baik dari kalian semua untuk anak sulung kami.. Dan semoga yang baik-baik berbalik kepada kalian juga.”
Rata-rata rakan selebriti dan warga maya tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah di atas kelahiran cahaya mata sulung Uyaina dan Raja Shahiran.
Setakat ini Uyaina dan Raja Syahiran masih belum mendedahkan wajah bayi dan nama bayi mereka.
Sempena sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia yang disambut pada bulan Ogos setiap tahun, Pa&Ma turut meraikan dengan menganjurkan kempen Pa&Ma Support BF bagi menyokong sepenuhnya usaha ini untuk memastikan penyusuan susu ibu dapat terus diberikan secara eksklusif kepada bayi baharu lahir. Paling istimewa tahun ini, kempen Pa&Ma Support BF digerakkan bersama dengan SSPN.
Komitmen ini sebagai salah satu usaha memastikan ibu bapa muda faham kepentingan susu ibu selain memahami cara yang betul untuk membuat simpanan awal bagi menjamin masa depan yang lebih baik.
Menariknya, sepanjang kempen ini digerakkan bersama SSPN, Pa&Ma telah berjaya mengadakan kolaborasi dengan lima tetamu jemputan untuk sesi Live SSPN x Pa&Ma yang akan diadakan bermula 17 hingga 21 Ogos ini melalui Facebook Pa&Ma pada jam 3 petang. Ia turut boleh ditonton melalui FB PTPTN.
Antara tetamu jemputannya adalah Dr Maiza Tusimin, Pakar Obstetrik & Ginekologi – Penyusuan Susu Ibu Dalam Norma Baharu Pasca Covid-19 (17 Ogos); Nazirah Nazir, Blogger & Penulis buku dengan tajuk – Cabaran Journey Seorang Ibu Menyusu (18 Ogos); Diana Amir – Pengaruh Selebriti & Media Sosial Promosi Penyusuan Susu Ibu (19 Ogos); Jururawat Laktasi Senior, Sujatha Rajalingam – Demo Posisi Penyusuan Yang Betul (20 Ogos) dan Datuk Dr Hamid Arshat, Pakar Obstetrik & Ginekologi – Pemakanan & Susu Ibu Ada Kaitankah? (21 Ogos).
Susu ibu ‘imunisasi’ pertama bayi
Ikatan antara ibu dan anak dah terjalin sejak dalam kandungan lagi. Selepas lahir hubungan ini makin erat apabila bayi terus dapat manfaat susu ibu paling kurang pada enam bulan pertama. Jika masih ada rezeki, ia boleh terus diberikan sehingga umur dua tahun.
Bukan itu saja, memberikan susu ibu dianggap vaksin pertama anak kerana mengandungi antibodi yang tinggi dan bertindak sebagai imunisasi khas selain suntikan lain yang wajib diambil. Selagi ada peluang buatlah yang terbaik kerana inilah pengorbanan ibu yang tiada pada seorang ayah.
Pentingnya buat simpanan untuk anak
Sebagaimana pentingnya penyusuan susu ibu kepada bayi, ibu bapa harus faham membuat simpanan anak seawal lahir juga sangat perlu. Hari ini cabaran membesarkan anak tak sama seperti zaman ibu bapa kita dulu.
Perlu ingat sebaik seorang anak itu lahir, menjadi tanggungjawab ibu bapa melakukan persediaan yang lebih baik. Ibu bapa bukan saja bertanggungjawab menyediakan keperluan asas tetapi dalam masa sama memikirkan jaminan pendidikan demi masa depan anak.
Mungkin ibu bapa dah mula berkira-kira membuat perancangan tabungan masa depan anak. Produk terbaik yang boleh diyakini sehingga hari ini adalah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) melalui dua produk simpanannya iaitu SSPN-i dan SSPN-i Plus.
Perancangan kewangan pendidikan anak boleh dibuat dengan hanya komitmen serendah RM30 sebulan atau hanya RM1 sehari untuk SSPN-i Plus atau serendah RM20 untuk SSPN-i. Lagi awal mula, lagi bagus kerana lebih terjamin.
Selain itu, pelbagai manfaat simpanan akan diperoleh oleh ibu bapa sekiranya membuat simpanan untuk anak-anak seperti pelepasan taksiran cukai sehingga RM8,000, perlindungan takaful, dividen yang kompetitif dan banyak lagi. Skim yang ditawarkan ini juga patuh Syariah dan paling penting simpanan dijamin kerajaan.
Cabutan WOW! dengan hadiah lumayan
Paling best ada Cabutan WOW! dengan simpanan di SSPN-i Plus dan menawarkan hadiah menarik serta lumayan. Tempoh promosi Cabutan WOW! SSPN-i Plus ini akan berlangsung bermula 1 Julai hingga 31 Disember bagi Cabutan Bulanan manakala bagi Cabutan Tahunan pula bermula 1 Januari hingga 31 Disember setiap tahun.
Hadiah utama Cabutan Tahunan berupa kereta Mercedes Benz C200 FL AMG Line, tempat kedua berupa wang tunai RM50,000, tempat ketiga berupa RM30,000 dan hadiah saguhati RM500 untuk 1,000 orang pendeposit. Bagi Cabutan Bulanan, 20 orang pendeposit SSPN berpeluang meraih hadiah wang tunai RM2,020 pada setiap bulan.
Sebagai ibu bapa yang sayangkan anak, jadilah yang pertama untuk membuat simpanan demi masa depan anak. Tak rugi tapi sangat berbaloi kerana manfaat yang diperoleh itu semuanya demi kepentingan mereka.
Sayangkan anak, fikirkan masa depannya dengan memulakan simpanan sekarang. Pelaburan hari ini untuk jaminan masa depan mereka. Nampak sikit tapi hasilnya sangat wow!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul itulah keadaan yang perlu ibu bapa kepada bayi Myo hadapi kini apabila cahaya mata sulungnya disahkan menghidap jangkitan kuman pada paru-paru sejurus selepas dilhirkan.
Bagi yang berkemampuan boleh menghulurkan sumbangan dan doa supaya baby Myo dapat diselamatkan segera. Ikuti perkongsian ini.
Saya dan suami dengan rendah hati ingin meminta bantuan semua yang membaca post ini untuk menghulurkan sedikit sumbangan bagi kami menampung kos perubatan anak pertama kami, Malique Myo bin Khairul Baqi Hakimi yang sekarang ini masih kritikal di KPJ Puteri, Johor Bahru. Jika tidak mampu bantu dari segi kewangan, cukuplah sekadar doa dari kalian, dan bantu share post ini.
Untuk yang bertanya kenapa dgn Myo, Myo tertelan najis semasa dalam perut dan menyebabkan jangkitan kuman yang teruk dalam paru paru nya sehingga mencapai tahap kritikal. Sekarang Myo ditidurkan dan bernafas menggunakan bantuan pernafasan. Minum susu melalui tiub, 20ml setiap 3jam. Bersamaan 5.4oz setiap 24jam.
Total bill sehingga hari ini (11/7/2023-25/7/2023) sudah mencecah RM80,000.000+- dan masih berjalan. Anggaran kos satu hari adalah RM7,000-RM10,000 bergantung kepada keadaan Myo. Doktor estimate Myo perlu warded sekurang kurangnya 2 bulan. RM7,000 x 60 hari = RM420,000.00.
Kami masih belum dapat memindahkan Myo ke hospital kerajaan atas sebab belum ada kekosongan dan keadaan Myo yang kritikal bergantung kepada banyak machines, berisiko tinggi untuk travel.
Jika anda sudi menghulurkan bantuan, boleh transfer ke kempen bantu Myo di
(2) Yayasan Salam atas bantuan Noh Hujan (nombor akaun di gambar terakhir)
(3) Sekiranya lebih prefer transfer direct ke kami, boleh pm saya.
Sebarang pertanyaan boleh pm saya atau daddy Hakimi Thr.
Ya Allah Kau kurniakanlah kesihatan buat mereka, para penyumbang, penderma, yang mewaqafkan sebahagian harta dunia mereka untuk agama-Mu dan manfaat orang ramai.
Dengan kesihatan yang baik, lebih banyak manfaat mereka boleh kongsikan buat orang lain lagi. Tabarakallah ♥️🤲🏻
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.