Choco Rich Ball Mewah Dengan Rasa Coklat! Tanpa Bakar, Satu Adunan Dapat 60 Biji

Share

Anak-anak penggemar cookies yang berasaskan coklat? Ini antara resipi yang boleh mama cuba. Tanpa menggunakan oven dah boleh hasilkan biskut yang mewah dengan rasa coklat. Hanya menggunakan biskut marie sebagai bahan utama pasti berebut anak-anak makan.

Jika buat sekarang ni, rasanya tak sempat raya licin. Makan lepas berbuka sedar-sedar habis sebekas. Berbaloi sangat buat kerana satu adunan ini boleh dapat dalam 60 biji.

Menurut pemilik asal resipi ini, Muhammad Ali, Choco Rich Ball ini tak menggunakan apa-apa acuan pun, cuma bentukkan dengan tangan saja. Teramat mudah!

RESIPI TANPA BAKAR BISKUT RAYA CHOCO RICH BALL by Mr.Ali

Resipi yang sangat-sangat sedap. Kaya dengan rasa dark chocolate. Kejap je habis ni kalau buat untuk anak-anak. Resepi ni tak ada inspired by. Memang hasil cipta dari saya sendiri. JOM BUAT!

Satu adunan dapat lebih kurang 60 biji cookies MINI paper cup. Bergantung juga pada saiz yang dibentuk.

Bahan-bahan

BAHAGIAN CHOCOLATE BALL
1. Butter : 250 gram
2. Chocolate compound ( Dark Chocolate): 325 gram
3. Serbuk koko : 120 gram
4. Susu Pekat : 100 gram
5. Biskut Marie : 300 gram
6. Mini cookies paper cup macam dalam gambar

BAHAGIAN TOPPING
1. Chocolate compund (Dark chocolate) : 500 gram
2. 4 sudu kecil minyak masak

Cara – cara

BAHAGIAN CHOCOLATE BALL

1. Cairkan 250 gram butter dan 325 gram coklat compound. Boleh pakai double boil atau microwave. Kalau double boil. Masukan sekali butter dan coklat tu. Api slow. Dah cair tutup api. Terus masukan bahan-bahan susu pekat dan serbuk koko. Panas-panas tu kacau sampai sebati.

Microwave pun sama. Dah cair butter dan coklat tu, masukkan bahan lain tadi kacau sebati.

2. Hancurkan 300 gram biskut marie. Jangan pakai biskut lain. Hancurkan dulu awal-awal sebelum step pertama tadi.

3. Masukkan biskut yang dihancurkan ke dalam adunan dan gaul sehingga sebati.

RESIPI MENARIK [Resipi Swiss Hazel Nutella, Biskut Viral 2021. Bau Butter & Keranggupannya Menggoda!]

4. Bentukkan campuran tadi kepada bentuk bulat dengan menggunakan tangan. Jangan gentel sebab dia akan crack. Mampatkan dan buat bentuk kecil-kecil dan masukkan dalam mini paper cup tadi.

5. Buat lubang di tengah-tengan biskut yang telah siap. Boleh guna apa-apa sahaja janji ada lubang kecil kat tengah. Pakai lidi sate pun boleh. Janji yang belum digunakan.

6. Masukkan nutella ke dalam lubang yang dibuat dengan menggunakan piping bag.

7. Setkan ke dalam peti selama 10 minit.

BAHAGIAN TOPPING

1. Cairkan 500 gram dark chocolate.

2. Masukkan 4 sudu kecil minyak masak ke dalam dark chocolate yang dicairkan dan kacau sehingga sebati.

3. Tuangkan dark chocolate tadi ke atas biskut dengan menggunakan sudu.

4. Hias ikut kreativiti anda.

LAGI RESIPI MENARIK [Sambal Telur Pecah 3 Rasa, Menu Jimat Masa. Makan Nasi Panas-Panas, Terangkat!]

5. Biarkan coklat kering mengikut suhu bilik. Bila kita sentuh dah tak melekit. (Tak perlu letak dalam peti ais)

6. Biskut sudah sedia untuk dimakan dan boleh letak kat luar je. Senang kan. Memang sedap..Serius tak tipu.

Selamat Mencuba!

Kredit Resipi: Muhammad Ali

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

IKLAN