Menerusi laman sosial Instagram, Chryseis atau lebih dikenali sebagai Chrys berkongsi momen mendedahkan jantina anak mereka dalam majlis eksklusif yang diadakan di sebuah hotel lima bintang terkemuka.
Pasangan ahli perniagaan SM Faliq SM Nasimuddin dan Chryseis Tan bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi. Chrys yang kini sarat 34 minggu dijangka bakal melahirkan anak sekitar awal bulan Julai nanti.
Pada majlis yang bertemakan warna pastel itu, ahli keluarga diminta untuk meneka jantina dengan memasukkan undian ke dalam dua buah beg berjenama Gucci iaitu beg baby blue untuk baby Faliq (bayi lelaki) dan beg baby pink untuk baby Chrys (bayi perempuan).
Ads
Beg tangan jenama Gucci tersebut difahamkan merupakan keluaran terbaru tahun ini iaitu beg tangan kecil GG Marmon yang bernilai US$1,290 atau RM5,514.
Undi sebanyak 98% meneka bayi lelaki dan selebihnya bayi perempuan.“Ya, baby Chrys! 98% daripada ahli keluarga dan teman rapat meneka ia anak lelaki. Maaf kerana mengecewakan anda semua tapi mummy dan daddy tak sabar nak bertemu dengan bayi perempuan kami,” tulis Chrys menerusi ruangan kapsyen.
Ads
Hadir sama pada majlis penuh ceria itu adalah ibu bapa kedua pasangan ini iaitu Puan Sri Zaleha Ismail serta Tan Sri Vincent dan Puan Sri Esther Tan.
Turut kelihatan adik-beradik Faliq dan Chrys yang memeriahkan majlis baby shower tersebut sebagai tanda kegembiraan.
Ads
Rata-rata pengikut tidak sabar menanti kelahiran bayi perempuan pasangan dua sejoli ini. Pasangan anak jutawan Naza Group dan Berjaya Group ini telah mendirikan rumah tangga pada 4 Februari 2018 di The Chateau, Bukit Tinggi, Pahang.
Kredit: Chryseis Tan instagram
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Orang kata kehilangan insan tersayang sangat perit lagi-lagi pergi secara mengejut. Sejak hari pertama pemergian arwahSyed Umar Mokhtar atau Abam pada Isnin lalu, kelibat isterinya seakan tidak kelihatan. Menghormati kesedihan yang dialami, pihak media juga dilihat tidak menemu ramah isterinya yang dalam keadaaan duka.
Isterinya, Siti Nurhidayah Mohd Ali, adalah insan pertama menyedari bahawa Abam Bocey telah pergi menghadap Illahi. Ketika itu dia telah mengejutkan Abam untuk menunaikan solat Subuh namun suaminya hanya diam tak berganjak.
Sahabat handai & keluarga tak putus ziarah pusara Abam
Sejak dua hari pemergian Abam, tiada langsung gambar isterinya terlihat di kubur dan juga temu bual bersama media. Hal-hal berkaitan ulasan pemergian Abam lebih banyak diceritakan oleh ibu, adik-beradik serta sahabat handai.
Namun, menerusi muat naik daripada Shahrol Shiro, dapat dilihat wajah isteri Abam yang seakan tenang dan redha dengan ketentuan.
Dukung anak yang belum tahu apa-apa
Sambil mendukung anaknya Syed Uthman Hamzah, Hidayah terlihat sangat tabah dan masih mampu tersenyum disamping sahabat-sahabat serta ahli keluarga suaminya.
Masih boleh tersenyum
Isteri mana tidak berduka atas pemergian suami tercinta. Sudah tentu ia menjadi satu kenangan paling pahit untuk ditelan oleh Hidayah.
Walau bagaimanapun, dengan sokongan orang sekeliling serta anak yang masih memerlukan perhatian, Hidayah boleh disifatkan sebagai insan hebat kerana kehilangan suami ketika anak mereka baru berusia 8 bulan.
Kuatnya hati seorang isteri
Sehubungan dengan perkongsian Shahrol itu, semua mendoakan agar isteri arwah Abam itu terus cekal menempuh hari mendatang selepas ketiadaan Abam.
Mereka juga berdoa agar Abam ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan ahli keluarganya reda dengan perginya insan mulia ini.
Anak daddy 4 orang sekarang
Sementara itu, menerusi perkongsian Fad di instagramnya, dia ada memuat naik satu status dengan menyatakan bahawa anak arwah Abam akan dijaga seperti anaknya sendiri. Kasih sayang akan diberikan sebaiknya.
“Daddy jaga Hamzah ye nak, anak daddy 4 orang sekarang”..
Jelas nampak kesayuan di mata Syed Uthman Hamzah yang kini berusia 8 bulan. Dia yang belum mengerti apa-apa terlihat manja dengan sesiapa sahaja yang mendakapnya sambil memberi renungan sayu.
Sebelum ini, Fad dan keluarga berada di Jepun semasa menerima perkhabaran Abam meninggal dunia. Oleh sebab itu, dia agak terkilan kerana tidak dapat bersama yang lain mengebumikan sahabat akrabnya pada petang Isnin.
Dua adik-beradik yang terjatuh ke sungai ketika melalui jambatan gantung Kampung Rekoh, Rompin, kelmarin, masing-masing ditemui lemas malam tadi (Khamis) dan pagi ini (Jumaat).
Ditemui terapung berdekatan lokasi kejadian
Pemangku Ketua Polis Daerah Rompin, Asisten Superintendan Mohd Isa Bidin, berkata penduduk kampung menemui mayat Dhenis Maulida Puteri Masari, 7, terapung kira-kira 100 meter (m) dari lokasi kejadian pada jam 8 malam tadi.
Beliau berkata, mayat adik mangsa, Puteri Ramadhania Azzahra, 3, pula ditemui terapung pada jam 7.30 pagi ini oleh penduduk kampung, kira-kira 50m dari lokasi mayat kakaknya dijumpai.
“Mayat dua beradik itu kemudian dibawa ke Hospital Muadzam Shah, Rompin, untuk bedah siasat,” katanya.
Sebelum ini, media melaporkan dalam kejadian jam 11.15 pagi kelmarin, dua beradik itu dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke sungai apabila motosikal ditunggang ibu mereka dipercayai hilang imbangan ketika melalui jambatan gantung di Kampung Rekoh.
Kejadian dikatakan berlaku ketika kedua-dua mangsa membonceng motosikal ditunggang ibu mereka yang dalam perjalanan pulang dari sekolah ke rumah. Bagaimanapun ibu terselamat kerana sempat berpaut pada jaring jambatan tersebut.
Walaupun jaring dipasang pada kiri dan kanan jambatan gantung itu tetapi akibat kurang penyelenggaran, terdapat lubang besar di beberapa tempat sepanjang laluan jambatan tersebut.
Difahamkan juga, jambatan gantung ini adalah jalan pintas yang sering digunakan penduduk setempat sebagai laluan pintas memandangkan jalan raya agak jauh. Dalam kejadian ini ibu kepada dua beradik ini terselamat selepas tersangkut di jaring jambatan gantung tersebut.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hanya kerana tinggalkan sekejap anak berusia dua tahun yang sedang menyusu botol dalam kereta kerana menghantar anak yang lain masuk sekolah, seorang ibu berdepan detik cemas.
Pegawai Bomba Kanan II, Mohamad Yunus Ali, beliau bersama anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Baling bergegas ke kawasan Sekolah Kebangsaan Tunku Putera di Baling, jam 7.52 pagi selepas dimaklumkan berkaitan seorang kanak-kanak terperangkap dalam Perodua Myvi.
“Kami berusaha sepantas mungkin bagi membuka pintu Perodua Myvi itu bagi menyelamatkan kanak-kanak dua tahun yang terperangkap.
Menurut Mohamad Yunus, ketika ditemui, kanak-kanak dikenali sebagai Yada itu sedang menyusu botol namun tidak menangis.
“Kami cepat-cepat berusaha membuka pintu selepas mendapatinya semakin gelisah,” katanya.
Mengulas lanjut mengenai kejadian itu, Mohamad Yunus berkata, kanak-kanak itu terperangkap apabila pintu terkunci daripada dalam selepas dia ditinggalkan ibunya.
“Kami ambil masa kira-kira lima minit untuk membuka pintu berkenaan dengan menggunakan peralatan khas.
“Syukur kerana orang ramai pantas menghubungi bomba memaklumkan kejadian,” katanya.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Baling, Penolong Penguasa Mohd Jamil Mat Daud berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 7.51 pagi dan tiba ke lokasi seminit kemudian.
“Tujuh anggota di kerah ke lokasi. Difahamkan, ibu kanak-kanak itu menghantar anaknya yang lain masuk ke sekolah dan kanak-kanak berkenaan ditinggalkan dalam kereta kerana sedang menyusu botol.
“Enjin kereta dibiarkan hidup namun pintu tiba-tiba terkunci secara automatik,” katanya.
Mohd Jamil menasihati ibu bapa supaya tidak leka dan meninggalkan anak kecil dalam kereta kerana ia boleh mengundang tragedi.