Hanya kerana tinggalkan sekejap anak berusia dua tahun yang sedang menyusu botol dalam kereta kerana menghantar anak yang lain masuk sekolah, seorang ibu berdepan detik cemas.

Pegawai Bomba Kanan II, Mohamad Yunus Ali, beliau bersama anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Baling bergegas ke kawasan Sekolah Kebangsaan Tunku Putera di Baling, jam 7.52 pagi selepas dimaklumkan berkaitan seorang kanak-kanak terperangkap dalam Perodua Myvi.

“Kami berusaha sepantas mungkin bagi membuka pintu Perodua Myvi itu bagi menyelamatkan kanak-kanak dua tahun yang terperangkap.

Tinggalkan Sekejap Anak 2 Tahun Dalam Kereta, Ibu Cemas Kereta Terkunci

Menurut Mohamad Yunus, ketika ditemui, kanak-kanak dikenali sebagai Yada itu sedang menyusu botol namun tidak menangis.

IKLAN

“Kami cepat-cepat berusaha membuka pintu selepas mendapatinya semakin gelisah,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai kejadian itu, Mohamad Yunus berkata, kanak-kanak itu terperangkap apabila pintu terkunci daripada dalam selepas dia ditinggalkan ibunya.

“Kami ambil masa kira-kira lima minit untuk membuka pintu berkenaan dengan menggunakan peralatan khas.

IKLAN

“Syukur kerana orang ramai pantas menghubungi bomba memaklumkan kejadian,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Baling, Penolong Penguasa Mohd Jamil Mat Daud berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 7.51 pagi dan tiba ke lokasi seminit kemudian.

Tinggalkan Sekejap Anak 2 Tahun Dalam Kereta, Ibu Cemas Kereta Terkunci

IKLAN

“Tujuh anggota di kerah ke lokasi. Difahamkan, ibu kanak-kanak itu menghantar anaknya yang lain masuk ke sekolah dan kanak-kanak berkenaan ditinggalkan dalam kereta kerana sedang menyusu botol.

“Enjin kereta dibiarkan hidup namun pintu tiba-tiba terkunci secara automatik,” katanya.

Mohd Jamil menasihati ibu bapa supaya tidak leka dan meninggalkan anak kecil dalam kereta kerana ia boleh mengundang tragedi.

Sumber: Metro

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI