Ibu bapa yang ada anak bakal masuk Tahun 1 tak lama lagi, dah boleh mula ajar beberapa perkara penting terutama aspek pengurusan diri ketika berada di sekolah. Ini untuk pastikan anak dah bersedia berdepan cabaran ketika di alam persekolahan sebenar.

Sebelum ini jika di tadika, guru akan bantu, namun bila dah masuk Tahun 1 anak kena pandai berdikari dan tak boleh harapkan 100 peratus pada guru. Apa yang membimbangkan ibu bapa adalah apabila anak nak menggunakan tandas kerana hampir kebanyakan sekolah, tandas cangkung.

Bagi memudahkan ibu bapa faham, perkongsian Cikgu Asmadi Samad ini sangat bermanfaat.

Cabaran besar anak nak sesuaikan diri

Selain bilik darjah, tandas juga merupakan tempat yang mencabar untuk anak-anak menyesuaikan diri.

Serius ni…Jangan pandang rendah pada cabaran di tandas. Jangan terkejut kalau ada anak-anak yang sanggup tahan kencing dan buang air besar di sekolah sebab ada macam-macam halangan untuk mereka menggunakan tandas di sekolah.

Kadang-kadang kat rumah semua tandas duduk, tapi kat sekolah semua nak kena cangkung. Bila begitu maka timbullah pelbagai ‘isu teknikal’ seperti nak bukak seluar macam mana, nak kangkang tak lepas lah sebab seluar tersangkut dan macam-macam lagi.

IKLAN

Cikgu Kongsi Ini Situasi Anak Tahun 1 Masuk Tandas. Nak Mudah, Ajarlah Awal!

Pengalaman saya ada dikalangan anak-anak tahun 1 yang tak boleh mencangkung. Bila mencangkung mesti terduduk ke belakang.

Macam dalam gambar di atas ni memang kat rumah bila ke tandas caranya memang begitu. Tanggal habis seluar kat luar bilik air dan masuk ke tandas, jadi di sekolah pun macam tu lah dia buat. Ini kira bagus sebab dalam tandas dah dia buka. Awal-awal hari tu luar tandas tu dia berjoget tak pakai seluar. 

Isu kebersihan tandas pun satu hal juga. Al maklumlah kalau dah beratus orang kanak-kanak yang kadang-kadang tak berapa pandai menetapkan sasaran semasa membuang air kecil dan air besar berkongsi menggunakan tandas memang makcik cleaner pun ketar lutut nak mencuci dan mengemop setiap masa.

IKLAN

Ibu bapa boleh latih awal 

Walaubagaimanapun.. Bak kata Papa Zola, Jangan susah hati wahai ibu bapa kebenaran.
Anak-anak kita ni memang punya keupayaan semulajadi untuk menyesuaikan diri dengan baik. Dan itu juga satu proses yang membantu mereka membesar. Dengan sedikit bimbingan dari guru, masa akan membantu mereka menyesuaikan diri.

Sedikit latihan di rumah mengenai penggunaan tandas juga boleh membantu mereka. Latih mereka dengan 3 langkah asas iaitu istinjak, bersihkan lantai dan flush untuk memastikan mereka sentiasa dalam keadaan bersih dan tandas juga bersih.

IKLAN

Bantu mereka untuk memperbetulkan kedudukan seluar/kain semasa menggunakan tandas cangkung atau duduk.

Cikgu Kongsi Ini Situasi Anak Tahun 1 Masuk Tandas. Nak Mudah, Ajarlah Awal!
Gambar Hiasan

Untuk murid lelaki ajar mereka berhati-hati dengan zip seluar. Untuk yang belum bersunat, lebih baik pakaikan seluar dalam sebagai langkah keselamatan. Pernah berlaku beberapa kali cikgu-cikgu lelaki terpaksa buat rescue team untuk bantu murid lelaki yang kemaluannya tersepit pada zip seluar. Musibah ni tuan-tuan. 

Wahai ibu bapa kiriman tuhan, teruskan bersembang dengan anak-anak perihal hari persekolahan mereka. Banyakkan berkongsi cerita tentang bagaimana waktu kita melalui zaman persekolahan dahulu. Ceritalah perkara yang baik-baik dan seronok. Yang tak berapa baik dan selebihnya kita simpan dalam poket ingatan kita baik-baik. Bimbang nanti anak-anak tiru, kita juga yang sakit kepala.

Kredit: Asmadi Abdul Samad

Cikgu Kongsi Ini Situasi Anak Tahun 1 Masuk Tandas. Nak Mudah, Ajarlah Awal!Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI