Biarpun dihimpit tugas dan tanggungjawab, seorang ibu pastinya tidak akan dapat berpisah lama dengan bayinya, lebih-lebih lagi yang sedang menyusukan anak.
Baru sahaja selesai berpantang, pelakon Mawar Rashid tidak betah duduk diam dan memberitahu akan kembali ke set penggambaran sebuah telefilem.
Pun begitu kata Mawar, dia tekad membawa dua anaknya kerana tidak sanggup berpisah lama. Tambah pula anak keduanya, Rosabella Cinta masih lagi menyusu. Namun kata Mawar ia bukanlah satu hal yang membebankan.
Kata Mawar menerusi Mstar, bagi menjalani penggambaran di Terengganu, dia akan turut membawa dua anaknya, Raden Muhammad Rafael dan Raden Seri Rosabella Cinta bersama pembantu.
Ads
“Saya memang tak boleh berjauhan dengan Rafael dan Cinta.
“Lagipun anak kedua saya ni pun masih menyusu. Saya akan bawa penjaga mereka untuk membantu.
“Kemungkinan Raf tidak dapat ikut sebab nak jaga dua orang anak di KL,” kongsinya menerusi Mstar.
Dalam pada itu, Mawar mengakui dia turut merasa bimbang untuk kembali bekerja di saat pandemik Covid-19 yang masih belum reda.
Ads
“Ikutkan hati, memang rasa bimbang nak kerja dalam keadaan pandemik sekarang ini tapi bagi saya perasaan takut itu la yang membuatkan kita kena betul-betul ikut SOP yang ditetapkan.
“Lagipun saya memang sentiasa memastikan kebersihan dan semua benda akan sanitize, tambah pula saya terpaksa bawa anak sekali nanti” katanya lagi.
Ads
Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017. Kini mereka dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Raden Muhammad Rafael, 2 tahun dan Raden Seri Rosabella Cinta, 2 bulan.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: MStar & @mawarashid
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Disangka bengkak susu, rupanya kanser payudara stage 3, kemudian disahkan stage 4. Allah beri sign melalui bayi yang baru dilahirkan ketika itu. Luahan ibu, Puan Siti Mastura, 35 tahun dari Brunei apabila sedih kerana tak dapat meneruskan penyusuan susu ibu, berita yang paling sedih daripada berita sakit yang dialaminya.
Saya ada dua org anak, alhamdullilah. Sepasang, anak sulung perempuan 5 tahun, yang baby sekarang dah nak masuk 1 tahun 11 bulan. Nama baby kedua saya Muhammad Aidan Bin Hj Md Fadhil.
Masa mengandung dalam 2 bulan, saya mulai sakit belakang, ingatkan saya letih daripada kerja sebagai guru, saya pun heran kenapa awal-awal pregnancy tu dah sakit belakang, selalunya bila hampir-hampir nak melahirkan barulah perut dah berat baru rasa sakit belakang.
BENGKAK SUSU
Selepas melahirkn, seperti biasa bengkak susu, anak saya tidak berapa mahu menyusu bahagian yang sakit itu. Maybe Allah dah bagi sign pada anak, yang bahagian itu sakit. Itu yang saya faham. Bengkak susu berbulan-bulan. Sakitnya MasyaAllah… Allah saja yang tahu. Tidur tak tentu, segala usaha yang orang cadangakan untuk bengkak susu dilakukan. Namun masih sakit, demam datang. Air mata dan doa tidak putus-putus mengharapkan kesembuhan sepanjang saya sakit.
KANSER STAGE 3
Kawan baik saya yang mencadangkan saya untuk ke hospital. Saya ke hospital, nurse di sana berusaha menolong saya. Bengkak itu masih ada. Jadi doktor suruh saya membuat scan dan biosy. Sebelum mereka beritahu hasil daripada scan itu pun dalam sminggu.
Harapan dan doa tidak putus, mengharap kesembuhan dan tidak ada apa yg perlu dirisaukan. Setelah itu mereka mengesahkan saya, masa itu, saya, suami dan anak saya yang masih bayi saya bawa mendengar result doktor. Doktor dengan tenangnya memberitahu saya yang ada kanser payudara stage 3.
Saya balik-balik bertanya kepada doktor. Betul ke doktor? Ya Allah.. hanya air mata belinangan. Melihat suami dan anak saya yang masih baby di depan saya. Dia sendiri tidak terkata apa-apa hanya dengan tenang menenangkn saya. InsyaAllah sayang.. It’s going to be ok… Allah ada.
TIDAK BOLEH MENYUSU LAGI
Biasa saya lihat atau mendengar berita ini daripada org lain. Dan pada hari itu, saya dpt benda yg org slama ini geruni. Sedih hanya Allah yg tahu. Doktor terus bgtau yg saya perlu mengambil ubat dan saya tidak boleh menyusukan anak lagi.
Pada masa itu, Ya Allah.. Berita mengenai saya ada kanser dengan doktor mengarahkn untuk berhenti menyusu. Saya lebih sedih berita mengenai saya perlu stop menyusukan anak saya. Sedih sangat. Balik daripada hospital, saya mencari merata-rata tempat botol-botol yang anak saya mahukan. Sebab saya tidak boleh menyusukn bayi saya lagi. Melihat anak saya menangis tidak mahu menyusu botol, hancur hati saya melihat anak saya. Dia menangis sehingga kepenatan dan tertidur tanpa meminum sedikit pun susu.
Tapi dengan izin Allah, allah permudahkan. Walaupun susah, dalam hati saya “Maafkn mommy sayang… Mommy tidak dpt menyusukn Aidan”
Kanser Stage 4
Hari pertama saya hendak menjalani chemo, doktor mengarahkan saya menjalani MRI, sebab saya bagitahu saya ada sakit belakang. Dari result mri itu, rupanya kanser itu dah melarat ke tulang belakang saya dan doktor mengesahkn saya sudah stage 4. Alhamdulillah. Syukurlah sehingga hari ini saya masih mampu bernafas dan mengucapkan syukur pada tuhan.
AMALKAN SURAH AL-MULK SEBAGAI PENAWAR
Saya ada mendengar seorang Sheikh berkata amalkan satu doa/surah yang kita suka jika berdepan dengan sebarang kesulitan. Dan saya memilih Surah Al-Mulk untuk dibaca setiap hari selepas mengerjakan solat.
Sentiasalah periksa payudara anda, kerana payudara itu mahkota setiap wanita. Kalau ada rasa sakit, segera berjumpa pakar.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebagai ibu ayah sudah tentu kita mahu buat yang terbaik untuk anak-anak. Kita juga mahu anak mendapat kasih sayang yang secukupnya supaya mereka tahu, kita sebagai ibu ayah sentiasa ada dengan mereka. Untuk menunjukkan rasa kasih pada anak-anak, ibu ayah sanggup berbuat apa sahaja!
Salah satu cara adalah dengan memenuhi kehendak anak. Kadang-kadang anak tak minta pun, kita yang akan beli. Contohnya mainan. Sampai penuh bakul kita belikan untuk mereka. Sebenarnya, mainan yang banyak bukan saja akan menyebabkan rumah bersepah, tetapi daya fokus anak juga terganggu.
Memetik perkongsian Maryam Jamadi, seorang Occupational Therapist melalui laman Facebooknya, membelikan mainan yang banyak atau berjenama untuk anak bukanlah cara menunjukkan kasih sayang kepada mereka. Ikuti penerangan beliau ini:
Cara nak tunjuk kasih sayang kita pada anak bawah 2 tahun, bukan dengan membeli mainan berbakul-bakul atau membeli barangan bayi berjenama. Sebab anak tak tahu pun harga atau jenama yang kita beli untuk mereka. Kita cakap “I love you” pun masa ini anak tak faham pun maknanya. Jadi macam mana nak “beritahu” anak yang kita sayang mereka? ❤
Tak susah pun, mudah sahaja nak menambat hati anak bawah 2 tahun disebabkan perkembangan berfikir mereka bergantung kepada rangsangan deria dan mereka masih belum pandai manipulate dan faham maksud “I love You”, kita baca puisi membebel panjang yang kita sayang anak pun mereka tak faham.
Masa dimana tumpuan 100% pada anak, tanpa sambil berbalas whatsapp atau comment di Facebook. Layankan mereka bermain, anak yang dalam fasa meniarap mak ayah pun join meniarap macam komando. Anak yang dalam fasa merangkak, mak ayah pun main kejar kejar sambil merangkak. Tak jatuh pun maruah kan? Hehe 😅
Kalau mak ayah yang bekerja, mainlah bersama anak sekurang-kurangnya 1 jam. Tutup tv, biarkan hanya suara kita dan suara anak sahaja ada. Dapatkan “trust” suara kita dalam perkembangan emosi anak bawah 18 bulan. Pastikan suara kita nombor 1, macam mana nak test? Kita bisik atau dari jauh anak dah kenal suara mak ayah ataupun dalam keadaan bising pun anak boleh kenal suara kita.
Kalau kenal, tahniah! Encik puan dah memang tempat pertama “Carta Suara” dalam hati anak 👏
Perkembangan emosi anak akan berkembang dengan pesat dan stabil jika kita selalu memeluk anak terutamanya semasa umur bawah 2 tahun. Pelukan umpama “makanan” minda anak, terlalu banyak kebaikan pelukan dalam perkembangan otak yang sihat.
Peluk, belai kepala anak seterusnya cium dahi anak. Alangkan kucing yang garang pun jadi jinak dan manja bila kita usap kepala mereka, apatah lagi anak. 😘
Badan anak dari selepas lahir ini umpama orang bina badan terutamanya semasa bawah 1 tahun, dari tak ada otot lembik sahaja selepas lahir. Mereka setiap hari “bina badan” untuk ke posisi meniarap, merangkak, dan berjalan. Jadi, urutan memang diperlukan untuk melegakan otot-otot halus mereka yang tegang terutamanya di kawasan betis disamping memberi rangsangan deria sentuhan pada anak.
Kalau nak anak merangkak cepat atau jalan cepat, caranya bukan beri walker ya. Tetapi salah satu cara yang berkesan adalah dengan urutan 😉
Berapa kali sehari? Pendapat saya, sekurang-kurangnya 2 kali sehari dan waktu yang paling sesuai adalah selepas mandi. Penting sangat urutan bagi anak bawah 1 tahun. Jangan abaikan part ini!
Ada kajian tentang kesan urutan untuk anak pramatang selepas lahir, terbukti bayi yang kerap diurut akan keluar hospital cepat berbanding bayi yang tidak diurut. Kalau nak anak sayang kita lebih, urutlah anak selalu 😍
Ada 1 kajian lain tentang kasih sayang dan perkembangan otak anak berumur 2 tahun. Terbukti perkembangan otak anak yang cukup kasih sayang mempunyai struktur yang berbeza dengan otak anak yang kekurangan kasih sayang semasa umur bawah 2 tahun.
Fakta: 80% perkembangan otak adalah bergantung kepada rangsangan persekitaran semasa bawah 2 tahun. 👶
Takut kan? Besar sangat amanah mak ayah yang ada anak bawah 2 tahun untuk memastikan berkembangan yang baik dari segala aspek.
Selamat “menunjukkan” kasih sayang! ❤❤❤
Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi sedikit penjelasan kepada ibu ayah yang mempunyai anak di bawah usia dua tahun tentang bagaimana caranya menunjukkan kasih sayang kepada mereka tanpa memanjakan dengan mainan atau kemewahan yang lain. Hanya keberadaan ibu ayah di sisi anak-anak sambil melakukan aktiviti berkualiti bersama sudah cukup untuk merangsang tumbesaran mereka secara sihat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mendidik anak di zaman sekarang ini sememangnya memerlukan kesabaran yang cukup tinggi. Anak-anak perlu diberikan lebih perhatian dalam mendidik mereka. Ada waktunya perkataan dan ayat yang kita gunakan tanpa sedar menyakiti hati anak kita.
Sekaligus membuatkan anak tersisih, beremosi dan mula berasa hati. Akibatnya anak terkesan hingga anak membesar. Menurut Ustazah Noor Laila Aniza Zakaria, pilihlah ayat dan perbaikilah bahasa yang lebih baik untuk anak-anak. Jangan biar anak terluka yang boleh membawa kesannya hingga mereka membesar kelak.
PERBAIKI BAHASA IBU AYAH DENGAN ANAK-ANAK
Bismillah. Kadang-kadang Ustazah sangat takut dengan dunia hari ni. Takut silap mendidik. Moga Allah pandu. Amin. Atau kadang-kadang ada ibu ayah yang dah didik elok anak-anak, tapi orang lain pulak jadi tukang perosak. Nauzubillahiminzalik.
Hati-hati jaga anak. Selalu berbual. Selalulah tanya khabar. Bertanya perihal hati anak-anak, apa anak-anak fikir, apa anak-anak mahu, apa anak-anak tak selesa.
Beritahu apa yang selamat dan tidak selamat buat anak-anak di dunia ni. Doa jangan tinggal. Doalah sepenuh hati.
Para ayah, campur tanganlah dalam urusan pendidikan anak-anak. Jangan lepas tangan. Pasti anak ibu ayah jadi luar biasa berjaya! InnshaAllah.
Mendidik perlu ada ilmu. Tarbiah utama dari ayahnya. Pada ibunya pula adalah gedung kasih sayang. Ni ustazah beri contoh ucapan ibu-ibu kepada anak-anak.
“Mama dah penat sangat tegur Danial. Punyalah malas nak belajar. Solat pun liat, ntah bila nak berubah!”
Ucapan ini lebih baik ditukar kepada :
“Daniel anak mama yang rajin, Daniel ambil buku sekarang kita belajar sama-sama. Daniel rajin belajar, Daniel pasti berjaya. Allah pun sayang anak yang dengar kata dan rajin. Mama happy tengok Daniel rajin.
[su_button url=”https://www.goshop.com.my/products/shefu-5-in-1-springform-bakeware-big-set-20167168″ style=”flat” background=”#ef472d” color=”#ffffff” size=”6″]Shefu 5 In 1 Springform Bakeware Big Set [/su_button]
Dua ayat ini diulang-ulang setiap hari akan membawa maksud yang berbeza.
Ayat-ayat di atas memberi kesan kepercayaan kepada emosi dan fizikal anak sehingga anak itu mencapai dewasa.
“Ya… Betul mama cakap dulu. Aku memang malas belajar. Aku memang tak boleh berubah. Aku dah buatkan mama kecewa. Aku memang tak berguna”
Bila dewasa, anak ini membesar menjadi orang yang tidak dapat berkembang ideanya sebab kepercayaan yang telah mamanya tanam sejak kecik, ya, pemalas. Malas fikir. Malas buat.
Anak ini tak dapat melonjakkan potensi diri sebab berada dalam ruang lingkup kepercayaan yang telah dibina oleh mamanya sendiri sejak kecil.
Jika dia bos, dia takkan dapat urus syarikat dengan baik. Jika dia pekerja, dia takkan dapat beri manfaat pada company. Jika dia suami, dia suami yang tak dapat bantu keluarga sebab sifat malas ini dah sebati dalam sistem kepercayaannya.
Berbanding ayat number 2, tunjukkan apa perlu anak buat sekarang. Ambil buku. Belajar sama-sama bermakna ada kesediaan sistem sokongan untuk sentiasa bantu.
Ayat number 2 bermaksud mama tak putus asa. Mama sedia bantu. Mama happy. Mama yakin anak ini pasti berjaya. Dan percayalah, anak ini akan membesar menjadi orang yang luar biasa hebat!
Begitulah ketika anak-anak bergaduh waktu bermain bersama. Daripada menyakitkan mereka dengan tangan kita, cubit, pukul, sebat atau mengatakan,
“Cukup! Cukup! Asyik bergaduh tak henti-henti. Pantang jumpa jer, mesti bergaduh, memang tak boleh berbaik lgsung!”
Ya… membesarlah mereka menjadi adik beradik yang ada saja yang tak puas hati sampai dewasa! Bahkan sampai berumur nanti.
Dan ayat ini jika ditukar kepada :
“Fatimah, sabar. Fatimah anak ibu boleh sabar dengan adik.” “Fatimah boleh kongsi mainan dengan adik” “Fatimah cakap lembut dengan adik” “Adik boleh minta mainan kakak Fatimah dengan lembut” “Adik berhenti menangis dan peluk kakak Fatimah”.
Ayat-ayat ini disebut ketika situasi penuh kelam kabut dengan pergaduhan dan ibu/ayah boleh tarik nafas sedalam-dalamnya. Sebut dengan tenang tetapi ada penegasan. Bukan sebut dalam keadaan marah dan menjerit-jerit.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!