Pengalaman berpantang sepatutnya menjadi masa rehat, pemulihan dan ketenangan buat ibu selepas bersalin. Namun, lain yang berlaku kepada seorang wanita di Tawau, Sabah apabila momen indah itu bertukar menjadi detik hitam.

Dia mendakwa bukan sahaja trauma kaki melecur gara-gara rawatan tungku, malah turut mengalami kerugian lebih RM2,000 selepas menggunakan khidmat confinement lady (CL) yang disangkanya profesional.

Pilih Khidmat CL Agar Berpantang Lebih Teratur

Wanita tersebut berkongsi kisah pahitnya di laman Threads. Katanya, selepas pernah berdepan masalah tumpah darah ketika kelahiran pertama, dia bertekad untuk menggunakan khidmat CL pada kehamilan kedua agar proses berpantang lebih teratur dan selamat. Tawaran pakej yang diterimanya cukup meyakinkan – penjagaan 24 jam, makanan berpantang termasuk salmon, serta barangan percuma seperti bengkung tradisional. Deposit juga dibayar lebih awal demi memastikan tempatnya terjamin.

CL Dari Neraka! Ibu Berpantang Trauma Kaki Melecur, Duit Habis RM2,000

Namun sejak hari pertama, perkhidmatan yang diterima menimbulkan tanda tanya. CL yang dijanjikan berpengalaman rupa-rupanya diganti dengan seorang wanita muda yang tidak tahu mengurus bayi, apatah lagi mengendalikan rawatan tungku. Lebih mengejutkan, tungku bayi miliknya rosak akibat dipanaskan berlebihan hingga hampir mencederakan bayinya. Dia sendiri turut melecur di kaki kerana tungku terlalu panas.

“Kakiku sudah pasti melecur. CL apa ni? Panaskan tungku pun gagal. Saya cuba sabar sebab dah bayar mahal,” luahnya kecewa.

Bukan itu sahaja, bengkung percuma yang dijanjikan pula sebenarnya barang terpakai – berkarat dan lusuh. Makanan berpantang yang sepatutnya dijaga dengan baik juga tidak memenuhi standard, malah CL berkenaan sering menimbulkan kekecohan dalam rumah hingga mengganggu emosi ibu berpantang tersebut.

Ads

 

View on Threads

 

Tidak tahan dengan tekanan, wanita itu menuntut bayaran ganti rugi sebanyak RM2,400. Namun hanya sebahagian dipulangkan, selebihnya didakwa ‘diputar belit’ dengan invois baru. Akhirnya dia menanggung kerugian hampir RM900 selain luka melecur yang mengambil masa untuk sembuh.

“Aku takkan halalkan setiap sen duit yang kau tahu kau patut refund. Sanggup aniaya orang dalam pantang dan makan duit haram,” tegasnya.

Kisah tular ini menjadi peringatan besar buat para ibu yang bakal berpantang. Jangan hanya terpedaya dengan janji manis pakej CL. Semak latar belakang penyedia, baca ulasan pelanggan lain dan pastikan ada kontrak bertulis yang jelas sebelum membuat bayaran.

CL Dari Neraka! Ibu Berpantang Trauma Kaki Melecur, Duit Habis RM2,000
Tungku batu yang didakwa rosak digunakan oleh penjaga tersebut. — Threads/@tik4hhhhhhhhhhh

Berpantang bukan sekadar tradisi, tetapi fasa penting untuk kesihatan fizikal, emosi dan keselamatan ibu serta bayi. Dengan perancangan rapi dan sokongan keluarga, tempoh berpantang boleh jadi pengalaman indah – bukan trauma yang menghantui.

Ads

PILIH CONFINEMENT LADY (CL) YANG SELAMAT & BOLEH DIPERCAYAI

1. Semak Latar Belakang
Cari review & testimoni bekas pelanggan.

2. Ada Kontrak Hitam Putih
Jangan percaya janji mulut, pastikan jelas tentang pakej.

3. Bayar Berperingkat
Elak bayar penuh awal, cukup deposit dahulu.

Ads

4. Ilmu Asas Kesihatan
CL wajib tahu asas penjagaan ibu & bayi.

5. Peralatan Bersih & Selamat
Tungku, bengkung & barangan mesti baru/terjaga.

6. Libatkan Suami / Keluarga
Pastikan ada pemantauan semasa CL bertugas.

7. Utamakan Emosi Ibu
Pilih CL yang penyayang, sabar & faham ibu berpantang.

👉 Ibu-ibu, jangan sampai duit habis ribuan ringgit tapi badan sakit, emosi terganggu. Pastikan pilih CL yang betul-betul diyakini!

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads