Baru-baru ini tular gambar seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun lebih yang memakai pakaian seragam polis sempena Hari Polis yang ke-212.
Aksi anak kecil itu, Matin Hilman Muhammad Hafizi itu menjadi perhatian kerana wajahnya yang serius dan dalam karakter sangat dan tak ubah seperti seorang anggota polis.
Menurut ibunya, Khairah Mohamad, Matin sama seperti kanak-kanak lain. Tak sangka pula gambarnya jadi tular selepas sambutan Hari Polis.
Anak kepada Koperal Muhamad Hafizi Mat Deris jadi popular selepas gambarnya dirakam dalam keadaan mood tidak baik.
Ads
“Muka dia agak masam sebab bad mood bila kami kejutkan dia bangun pukul 6.15 pagi untuk ke IPD Dungun.
“Mungkin dia tak cukup tidur dan tak sempat sarapan. Bila dah sampai sana, ramai pula yang tegur dia,” jelas Khairah.
Ads
Menariknya uniform berkenaan dibuat istimewa untuk Matin apabila tukang jahit mengambil masa kira-kira dua minggu untuk menyiapkan tempahan mengikut ukuran badan anaknya.
Kos perbelanjaan pula melibatkan sebanyak RM250 termasuk baju, seluar, kasut dan aksesori bagi menghasilkan penampilan seorang inspektor yang sebenar.
Ads
Tambah ibu kepada seorang cahaya mata itu, anaknya juga suka berkawad apabila melihat suaminya memakai uniform polis dan gemar menonton rancangan kartun Robocar Poli.
Matin ketika usianya 1 tahun 2 bulan
Walau bagaimanapun, saya dan suami tidak memaksa Matin untuk memilih karier yang diminati apabila meningkat dewasa nanti. Jika dia minat nak jadi polis, sebagai ibu apa yang terbaik untuk Matin kami suami isteri akan menyokongnya,” katanya.
Lana Nordin, selebriti tempatan telah mengesahkan anak keduanya, William Daus Mckienzie (3 bulan) akan menjalani pembedahan jantung isnin ini di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur kerana masalah injap (Aortic Stenosis).
Lana berkata, disebabkan itu juga dia jarang berkongsi gambar atau perkembangan William kepada peminat.
Saya serba salah apabila ada yang bertanya mengenai William, ini kerana situasi kesihatannya.
Masalah dialami anaknya membabitkan injap aorta yang sempit dan akan memberi bebanan ke atas ventrikal kiri.
William perlu diberi perhatian lebih terutama di dalam menjalani aktiviti harian, di mana dia perlu mengelakkan aktiviti lasak atau berat.
Kalau pembedahan tidak dilakukan bimbang jantungnya harus bekerja keras dan apabila usia meningkat dia bakal mengalami masalah jantung bengkak
Menurutnya, dia berkongsi masalah kesihatan yang dialami William, selain untuk menjelaskan kepada peminat mereka juga tidak menagih bantuan atau derma.
Terima Kasih Kalau Ada Yang Sudi Bantu.. Tapi
Kalau ada yang mahu membantu, terima kasih saya ucapkan. Tetapi sebaiknya wang itu disalurkan ke tabung bantuan IJN kerana ada ramai lagi bayi dan kanak-kanak yang memerlukan bantuan anda.
Pada saya apa yang diperlukan daripada anda semua adalah doa supaya anak selamat menjalani pembedahan Isnin nanti
Dalam waktu sama, Lana turut memberitahu memandangkan situasi kesihatan William tidak menentu, dia sekeluarga akan menetap lebih lama di sini.
Saya bersedia untuk kembali bekerja. Kepada mana-mana produksi atau pengarah yang mahu melamar, mereka boleh terus menghubungi saya
Ramai pekerja harian dan peniaga yang terkesan selepas arahan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan. Ada yang mula mencatu makanan dan ada juga yang tiada bekalan makanan untuk meneruskan kehidupan.
Apa yang lebih menyedikan apabila ada ibu bapa yang mula memberi anak sirap, tea, milo dan juga susu pekat manis akibat kesempitan hidup dan tidak mampu membeli susu tepung.
Menurut page Polis Johor, semasa anggotanya membuat rondaan mereka terjumpa dengan satu keluarga yang sedang duduk ditaman. Disangka mereka ingkar rupanya ada cerita disebaliknya. Ikuti perkongsian ini.
Semasa rondaan OP COVID 19 di Taman Tampoi Indah, Johor Bahru, dua pegawai Polis Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor terkesan pasangan suami isteri bersama seorang anak berada di taman permainan. Apabila pegawai polis mendekati pasangan tersebut dengan memberi nasihat supaya akur dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan minta pasangan keluarga tersebut pulang ke rumah. Namun si isteri terus menangis dan memaklumkan tiada wang ringgit serta tiada lagi bekalan makanan di rumahnya.
Pegawai Polis telah bawa keluarga tersebut ke kedai runcit dan telah berikan bantuan susu anak yang berumur 1 tahun 4 bulan yang membuatkan tersentuh hati pegawai polis tersebut yang dikatakan hanya beri minum milo bercampur gula.
Pasangan keluarga ini tinggal di Taman Tampoi Indah dengan sewa bilik, Suaminya yang telah berhenti kerja sambilan di Singapura kerana tiada permit kerja. Isteri pula seorang tukang cuci di kawasan Larkin dan kini telah dicutikan.
Ucapan terima kasih kepada Pegawai Polis Koperal 150367 Mohd Hisham Mustafa dan Konstabel 204588 Mudrikah Nazirul Nordin yang membantu keluarga tersebut dan moga pasangan keluarga tersebut dapat diberikan bantuan.
Suri rumah berkongsi detik cemas apabila anak bongsu beliau hampir menjadi mangsa culik dan rumah hampir diceroboh masuk. Beliau menyangka anak bujangnya pulang dari sekolah tapi pelik kerana ketika itu baru pukul 12.30 tengah hari. Apabila beliau datang ke pintu depan, beliau terus menjerit.
Rumah saya hampir di samun/Percubaan menculik budak
Lokasi Saujana Impian Kajang Selangor Jam 12.30pm 18.9.18
Saya berada di rumah bersama anak bongsu berumur 3 tahun. Dalam rumah mmg kecoh la suara anak bermain kan .. saya terdengar bunyi motor agak kuat berhenti di hadapan rumah tapi terlindung. Saya menjenguk tapi tiada sesiapa. Kemudian terdengar bunyi pagar hadapan di buka bunyi kuat (seperti biasa cara anak bujang bukak pagar). Biasanya pagar bermangga mungkin sebab paginya hujan jadi anak cuma selak je.
Saya jenguk dari sliding door masih tak ada nampak sesiapa (masa tu fikirkn anak bujang yang balik). Anak bongsu saya memang biasa sambut anak bujang balik jika dengar pagar di buka.. jadi anak bongsu terus meluru ke pintu (grill memang berkunci). Saya tak dengar anak jerit nama abang dia (kebiasaan dia akan ulang sebut nama) saya rasa pelik dan tengok jam baru pukul 12.30 dan pelik kalau anak saya balik lebih awal.
Saya terus menghampiri anak bongsu saya dan melihat seorang lelaki (rupa seperti warga indonesia) memakai helmet biru, bertshirt biru lusuh , berjeans lusuh dan berkasut sport (tak ingat warna) berdiri berhampiran grill rumah dalam percubaan untuk membuka (grill bermangga dan berjaring) Saya terkejut lalu menjerit , sergah kuat dan lelaki tu memang memandang tepat ke muka saya dan terus berlari keluar. Keadaan tu berlaku dalam beberapa saat je.. memang cepat tapi kesan yang menakutkan.
Masa tu Allah je yang tahu, menggigil seluruh badan saya kerana anak saya berada betul-betul di depan lelaki tu (anak saya memang jenis peramah tak takut orang). Saya bersyukur sangat kerana pintu grill bermangga.. cuma pintu kayu saya tak tutup dan selak sebab sedang menunggu anak balik. Pandangan pintu terbuka terlindung dari luar pagar kerana ada ampaian baju terjemur. Dia berlari mengikut laluan tepi tembuk bersebelahan ampaian baju kerana itu saya tidak nampak bila masa dia masuk.
Keadaan pada masa tu agak sibuk sebab waktu puncak orang menghantar anak pergi sekolah. Betapa beraninya dia datang waktu orang / kenderaan lain lalu lalang di luar.
Sebelum kejadian tu saya nampak memang ada sebuah van vanette putih tiada tingkap di belakang, parking di seberang hadapan rumah saya telah berada di situ dari jam 11am. No plat tidak nampak kerana pandangan sisi tepi dan saya memang tak berani keluar. Security di sini tidak ketat jadi sesiapa boleh masuk mengikut laluan pagar terbuka untuk menghantar, mengambil anak sekolah dan ada yang mengambil kesempatan parking di kawasan perumahan. Saya memang selalu bimbang akan keselamatam kami kerana setiap hari ada je kereta yang tidak dikenali parking berhampiran rumah kerana menunggu anak keluar dari sekolah. (AJK dan community setempat dah tau dan perkara ni pernah di usulkan ).
Selepas saya menjerit van tadi berlalu pergi.. dan motor di naiki 2 suspect berlalu pergi. Saya memang trauma untuk keluar amik plat no bimbang hal lain akan berlaku. Semasa report polis di buat.. pihak polis mengatakan van itu agak sukar di kait kan.. jadi polis fokus kepada lelaki yang menceroboh masuk diperkarangan rumah sahaja.
Polis mengklasifikasikan kejadian ni kemungkinan bertujuan untuk menyamun / percubaan menculik kanak-kanak kerana waktu tengah hari kebiasaan suri rumah yang berada di rumah.
Rumah saya biasa je.. rumah jiran lain lebih nampak mewah tapi orang ni tuju ke rumah yang ada penghuni dan ada kanak – kanak.
Suri rumah
Jika rasa masih dalam keadaan bahaya.. tak perlu lah sibuk nak kejar / ambil no kenderaan yg biasanya palsu tu.. anak lebih penting. Penjahat mgkn berpatah balik utk ambil anak kita
Perut bayi kembung bersama muntah dan demam boleh menjadi tanda masalah kesihatan serius. Ketahui punca, tanda bahaya dan cara membantu bayi dengan selamat.