Sejak melahirkan bayi sulungnya, Shariq Gabriel pada November tahun lalu, apa sahaja yang dikongsikan Emma Maembong mengenai anak sulungnya di Instagram turut menjadi perhatian.
Mana tidaknya, si comelnya Gabriel yang putih melepak dan bermata kelabu ini sudah punya pengikutnya sendiri. Apa sahaja yang dimuat naik oleh Emma dan suami sudah pastinya menjadi tumpuan peminat cilik ini.
Terbaru menerusi Instagram @shariqgabriel, Emma memuat naik sebuah video Gabriel ketika melakukan pemeriksaan bulan.
“A day at the hospital @avisenawcsh with my doctor koshi ❤️,” tulis Emma di kapsyennya.
Namun apa yang menarik perhatian wargamaya pastinya aksi Gabriel ketika berjumpa doktor. Biarpun cuak dan takut berjumpa dengan orang yang tak dikenali, Gabriel tetap comel.
“Gabriel macam kenal tempat ni.
“His first reaction when he sees a doctor,” tulis Emma menerusi videonya.
Sebaik berjumpa doktor, Gabriel mula mempamerkan wajah tidak selesa dan menangis tersedu sedan sambil dipegang daddynya. Sayu hati bila melihat Gabriel menangis sambil ditenangkan oleh daddynya.
Rata-rata pengikut si comel ini bukan hanya sayu melihat Gabriel yang menangis bahkan turut sama memuji kecomelannya. Kata mereka, biarpun cuak berjumpa doktor, namun wajah Gabriel tetap comel.
Semoga Shariq Gabriel terus membesar menjadi anak yang sihat dan aktif malah terus menceriakan mummy dan daddynya.
Terdahulu, Emma dan suami mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata, Shariq Gabriel yang dilahirkan pada 8 November 2020.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @shariqgabriel
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lapan pelancong dari China disyaki dijangkiti koronavirus dikuarantin di hotel di Johor Bahru untuk pemeriksaan lanjut.
Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, mereka dikuarantin buat sementara waktu berikutan mempunyai hubungan terus dengan satu kes koronovirus yang dilaporkan di Singapura semalam.
“Kita baru sahaja menerima maklumat bahawa di Singapura ada satu kes dilaporkan dan lapan orang yang dikuarantin ada (disyaki) hubungan terus dengan kes berkenaan.
“Mereka sudah diasingkan di hotel di Johor Bahru dengan penelitian pasukan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia),” katanya.
Beliau berkata demikian selepas membuat lawatan ke Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) bagi memantau pesawat AK1310 dari Singapura ke Ipoh yang tiba di lapangan terbang berkenaan di Ipoh, hari ini.
Dr Boon Chye berkata, kesemua lapan warga China itu akan dikuarantin sekurang-kurangnya selama seminggu.
“Mereka bukan pesakit dan cuma disyaki kerana mempunyai hubungan terus dengan kes di Singapura,kesemua mereka akan dipantau,” katanya
Katanya, setakat ini tiada kes membabitkan warga tempatan yang dijangkiti wabak itu.
“Kita akan terus memantau dan membuat saringan agar kita dapat ‘pick up’ pada peringkat awal dan asingkan sekiranya mereka ada kes sedemikian melepasi sempadan kita,” katanya.
Beliau berkata, setakat ni sudah terdapat lebih 800 kes di seluruh dunia membabitkan 26 kes kematian dengan kebanyakan tempat di negara China sudah mempunyai kes berkenaan kecuali di tiga daerah.
“Terdapat juga kes yang dilaporkan di beberapa negara termasuk di Singapura, Hongkong, Macau, Taiwan, Jepun, Thailand, Korea Selatan dan Amerika Syarikat, ini menunjukkan ada risiko kerana kita menerima pelancong deripada negara China hampir tiga juta setiap tahun,” katanya.
Dr Boon Chye berkata, pihaknya ketika ini turut sedang mengkaji langkah untuk membuat saringan khususnya mereka yang datang dari China melalui Singapura.
“Kita sedang mengkaji bagaimana kita hendak membuat membuat saringan khususnya mereka yang datang dari China melalui Singapura kerana kita mahu memastikan bahawa tidak ada kes koronavirus masuk ke dalam negara kita,” katanya.
NSTP sebelum ini melaporkan seorang warga China diuji positif sekali gus menjadi mangsa pertama wabak coronavirus di negara seberang tambak itu.
Lelaki berusia 66 tahun berasal dari Wuhan, China tiba di Singapura bersama sembilan rakan lain, pada Isnin lalu menginap di Resort Shangril-La Rasa Sentosa, dekat sini.
Kementerian Kesihatan Singapura dalam satu kenyataan mengesahkan kes itu.
Sumber: Hmetro
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Diam tak diam, anak selebriti, Ayda Jebat dan Nabil Mahir, Ana Nayla kini sudah pun berusia 10 bulan.
Berkongsi perkembangan terbaru anaknya kata Ayda, dia kini bimbangnya Ana Nayla yang kini susah untuk tidur.
Malah kata Ayda lagi, bagi menidurkan anaknya dia terpaksa mengendong Nayla sehingga tidur. Berkemungkinan hendak tumbuh gigi kata Ayda.
“Since malam semalam, baby susah nak tidur. She will just tidur bila saya pegang and tidur on me.
“Maybe dia nak tumbuh gigi ke? Gigi atas and bawah memang dah nampak nak keluar dah. Sakit ke?,” tulis Ayda berkongsi di Insta Storynya.
Bahkan kata Ayda, disebabkan itu Ana Nayla kini lebih manja dan menangis hingga membuatkan dia bimbang. Tambah pula Ayda kini begitu sibuk dengan jadualnya yang padat.
“Perangai dia lain sikit. More clingy and nangis. Kalau baby sakit, cepat sembuh ya sayang,” kongsinya lagi.
Ayda juga turut memohon doa semua agar keadaan anak kesayangannya itu bertambah baik dari hari ke hari.
“Mohon semua doakan Ana Nayla sihat! Or.. maybe dia rindu saya? Hari-hari Mommy pergi kerja this week, i even jarang tidur with baby.
“Ni belum start shoot drama lagi. Macam mana ni.. ni lah sebab saya tak terima shooting drama lagi. Tak shoot pun dah busy. I wonder macam mana mommies lain can do it,” kata Ayda lagi.
Terdahulu, Ana Nayla buah hati tersayang Ayda Jebat dan Nabil Mahir ini dilahirkan pada 21 September 2022.
“Anak umur 5 tahun menangis ke tadika normal atau tidak?”
Normal ya anak menangis ke sekolah atau ditinggalkan di tempat baru. Anak umur 7 tahun menangis bila pergi ke sekolah rendah pun masih dikira normal.
ANAK MENANGIS KE SEKOLAH 😭
Masalah ini lagi normal kalau:
– Anak tak pernah dihantar taska atau pengasuh.
– Jarang keluar rumah.
– Ibu suri rumah, memang sentiasa bersama dengan anak.
Punca yang biasanya buat anak menangis ke sekolah.
❌️ TEMPAT DAN SUASANA YANG BARU
Bayangkan 5 tahun anak duduk bersama ibu, tiba-tiba ditinggalkan ke tempat yang baru dan tidak kenal sesiapa pun. Normallah dia akan takut dan rasa tidak selamat.
Ditambah pula, keadaan bising dengan suara murid lain bercakap kuat-kuat sehingga guru pun terpaksa menjerit untuk bercakap. Mungkin guru hanya bercakap biasa, tetapi bagi anak yang dalam keadaan takut suara guru yang kuat seakan-akan memarahi dia.
Biasanya anak yang sensitif pendengaran akan ada masalah dengan bunyi yang bising atau kuat. Boleh jadi punca utama kenapa anak menangis dan tidak suka ke sekolah. ⚠️
❌️ “SURVIVAL SKILL”
Anak yang dihantar ke taska memang akan mempunyai “survival skill” yang lebih tinggi sebab mereka sudah biasa terdedah dengan kanak-kanak lain, sudah biasa dengan keadaan hiruk-pikuk, keadaan kanak-kanak bergaduh ataupun suara guru menjerit/tegas.
Berbanding dengan anak yang kebanyakan masa duduk bersama ibu. Kalau ibu marah, dia tahu ibu marah dia seorang. Tapi kalau di sekolah, boleh jadi guru marah murid lain tapi anak rasa guru marah dia. Dia tidak tahu lagi cara nak kawal diri atau tenangkan diri sendiri. 😟
Sentiasa rasa takut-takut dan resah bila ada situasi hiruk-pikuk.
❌️ SUSAH UNTUK MENGIKUT RUTIN
Kalau dirumah, ada hari bangun tidur awal, ada hari bangun tidur lambat. Kalau lapar boleh terus makan. Tapi apabila dah ke sekolah, hari-hari perlu ikut rutin sama. Tak boleh main 24 jam, kena ikut jadual.
Jadi, memang normal anak akan lebih suka duduk rumah berbanding ke sekolah. Di rumah boleh buat apa-apa yang dia mahu tetapi di sekolah terpaksa ikut peraturan. Pijak rumput pun tak boleh 😅
❌️ ANAK JENIS KINESTETIK
Anak jenis kinestetik akan rasa sukar dan “terseksa” duduk lama di kerusi. Pembelajaran formal di kerusi dan meja mungkin kurang sesuai untuk anak.
Anak perlu selalu bergerak, berjalan dan berlari. Pembelajaran pula dalam keadaan sambil bermain. 🏃♂️
Sebenarnya ada banyak sahaja punca yang buat anak menangis ke sekolah, jadi mak ayah yang sedang menghadapi masalah ini boleh cuba periksa kenapa anak tak suka ke sekolah.
Untuk atasi masalah ini, boleh cuba cara ini:
1. TARIK MINAT ANAK UNTUK BELAJAR
Minat untuk belajar ini perlu dipupuk sejak kecil lagi dengan cara
– Selalu bacakan buku dengan anak.
– Cerita kepentingan ke sekolah.
– Beri anak tengok cerita situasi kanak-kanak di sekolah.
– Beritahu segala kemungkinan dan situasi yang mungkin boleh berlaku di sekolah supaya anak bersedia contohnya cara nak pergi tandas, kalau kawan ambil barang dan sebagainya.
Tetapi pendapat saya, tidak adil untuk kita terus beri komen pada mak ayah seakan-akan tidak pernah tarik minat anak untuk belajar sekiranya anak menangis ke sekolah.
Menangis ke sekolah dan minat untuk belajar adalah topik yang berbeza.
2. MENANGIS ITU NORMAL 🥰
– Kalau setiap kali anak menangis kita marah dia menangis atau suruh berhenti menangis serta merta, percayalah anak memang tak akan berhenti menangis malah akan lagi lama menangis.
– Beritahu anak yang kita faham kenapa dia menangis dan cerita juga kisah kita sendiri menangis ke sekolah (kalau ada).
– Beri masa anak menangis, kita diam sahaja teman anak menangis. Apabila anak sudah lega dan puas menangis, barulah kita ajar cara untuk tenangkan diri. Sentiasa beri sokongan terhadap keperluan emosi anak.
3. TANYA KENAPA ANAK TAK MAHU KE SEKOLAH
– Pasti ada punca kenapa anak menangis,
Tak mahu bangun pagi?
Mengantuk sebab tidur lewat?
Takut dengan cikgu?
Kawan-kawan bising?
Tak suka duduk lama?
Bosan?
4. CARI JALAN PENYELESAIAN
– Mengantuk sebab tidur lewat?
Pastikan anak tidur cukup, 3-5 tahun (10-13 jam sehari) 6-12 tahun (9-12 jam sehari).
– Takut dengan cikgu?
Beritahu yang cikgu tak marah, tapi suara cikgu memang kuat.
– Tak suka duduk lama?
Minta anak bangun awal sedikit dan minta dia berlari, melompat keliling rumah sebelum datang sekolah. Penuhkah tangki keperluan bergerak anak sebelum anak perlu duduk lama.
– Bosan?
Beri anak bawa 1 mainan ke sekolah (kalau dibenarkan) ataupun belikan keychain jenis “fidget toy” untuk tenang anak bila dia bosan.
– Takut suasana baru?
Boleh bawa 1 barang dari rumah yang anak memang sayang, supaya dia rasa selamat.
Dalam kes anak menangis ke sekolah, tiada sesiapa yang salah. Kita pun tak tahu cerita dari pihak guru, mungkin bilangan murid terlalu ramai untuk guru periksa masalah setiap seorang murid. Toleransi mendengar budak menangis juga berbeza setiap orang.
Tapi bagi saya
1. Mungkin terlalu awal untuk klasifikasikan normal atau tidak normal hanya dalam minggu pertama.
2. Anak 5 tahun sekiranya tidak membaca dan menulis masih dikira normal. Lagi-lagi 2 tahun menghadapi zaman pandemik, anak kurang terdedah dengan dunia luar.
3. Mungkin ambil masa untuk anak sesuaikan diri dengan persekitaran.
Tetapi kalau memang anak menangis sepanjang di sekolah, mungkin mak ayah boleh cuba hantar anak selang sehari dahulu. Beri anak timeline untuk bersedia, beritahu seminggu ini sahaja datang berselang seli hari. Minggu depan perlu hadir seminggu penuh.
Hari yang tidak hadir ke sekolah, buat simulasi ke sekolah. Pakai baju sekolah dan ikut jadual sekolah.
Jadi, mak ayah yang sedang mengalami masalah ini boleh cuba dahulu cara di atas. Kalau mak dah cuba pelbagai cara dan anak tetap menangis ke sekolah berterusan selama 2 minggu, mungkin boleh dapatkan bantuan terapis cara kerja.
Kebiasaannya kami akan lakukan penilaian kesediaan anak ke sekolah dan penilaian menulis. InsyaAllah kami dapat membantu mak ayah yang mengalami masalah ini. 🥰
Ada mak ayah yang ada anak 5 tahun ke? 🙋♀️
*Follow page Maryam Jamadi untuk mengetahui isu parenting dari sudut terapis cara kerja.
Kegembiraan sebuah keluarga yang meluangkan masa di taman tema air bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kejadian pada Ahad lalu.