Si comel kesayangan pasangan selebriti, Fazura dan Fattah Amin, Nur Fatima Aisya sentiasa menjadi perhatian ramai dengan gelagat comelnya.
Terbaru, gaya Fatima yang membuat video solekan mendapat perhatian ramai. Mana taknya, bukan hanya pandai melakukan langkah demi langkah solekan bahkan kepetahan Fatima buat ramai yang geram.
“Baru berapa hari mommy kerja kat Jakarta, anak mommy dah jadi influencer yaa.
“Tapi bagus productnya, satu je tapi boleh pakai untuk semua. Ada link tak nyamma? Mommy nak beli @fattahaminz,” tulis Fazura menerusi kapsyennya.
Ads
Dengan hanya satu produk, Fatima lincah menyapukan produk itu di seluruh wajahnya. Memang comel dan cukup bersahaja.
Terbaru, Fatima juga rupanya cukup sukakan selebriti tersohor Korea, Blackpink bila mana tampil dengan kasut merah jambu dan hitam. Memang comel.
Ads
Fatima yang mengenakan kasut merah jambu di sebelah kanan dan kasut hitam di sebelah kiri memberi dia memilih gaya itu kerana sukakan Blackpink. Cute.
Kecoh di media sosial apabila isu bayi naik stroller di mall mencetuskan perdebatan hangat di platform Threads. Seorang wanita muda memuat naik pandangan bahawa pusat membeli-belah bukan tempat sesuai untuk bayi, dan menegaskan agar ibu bapa tidak mengharapkan layanan istimewa hanya kerana membawa anak kecil atau stroller ke tempat awam dengan menggunakan kemudahan lift.
Luahan tersebut tercetus selepas wanita berkenaan menerima pandangan sinis daripada pasangan ibu bapa yang membawa bayi menaiki lif. Menurutnya, dia sendiri mengalami sakit kaki dan menggunakan lif untuk memudahkan pergerakan. Namun sikap pasangan itu yang memandang seolah-olah dia “merampas hak” mereka menggunakan lif membuatkannya berasa tidak selesa lalu menulis status yang kini tular di Threads.
Hantaran mengenai bayi naik stroller di mall itu bertukar menjadi bahan kecaman hebat dalam kalangan ibu muda. Ramai menyifatkan kenyataan wanita tersebut tidak berempati dan gagal memahami realiti kehidupan ibu bapa yang perlu menguruskan bayi di tempat awam. Rata-rata menegaskan lif di pusat membeli-belah sememangnya diperuntukkan kepada golongan tertentu termasuk keluarga dengan stroller, warga emas, dan individu kurang upaya (OKU).
Kebanyakan pusat membeli-belah turut memaparkan papan tanda jelas tentang keutamaan penggunaan lif bagi kumpulan ini. Maka, kenyataan yang menyindir ibu bapa membawa bayi dianggap tidak wajar dan tidak sensitif terhadap situasi sebenar mereka.
Selain kecaman, perbincangan turut berkembang kepada isu empati dalam ruang awam. Ramai ibu berkongsi pengalaman sendiri betapa sukarnya membawa anak kecil, anak oku, stroller, beg, dan barang serentak di tengah kesesakan orang ramai.
Ada juga pengguna yang melihat isu bayi naik stroller di mall ini sebagai cerminan kurangnya empati masyarakat bandar masa kini. Satu pihak berasa penat, satu pihak berasa terganggu akhirnya kedua-duanya sama-sama rasa diserang. Ia menunjukkan betapa mudahnya orang menilai tanpa memahami konteks sebenar.
Walaupun wanita yang memuat naik status asal akhirnya memadam luahannya di Threads, tangkap layar (screenshot) telah tersebar ke platform lain seperti X (Twitter) dan TikTok, menjadikan isu ini terus diperdebatkan.
Ramai berpendapat isu ini bukan sekadar tentang siapa patut guna lif atau siapa patut pergi mall, tetapi tentang bagaimana masyarakat menunjukkan empati dan memahami keperluan orang lain. Dalam dunia moden yang serba sibuk, ramai yang lupa bahawa setiap orang ada cabaran tersendiri — sama ada seorang ibu dengan bayi kecil, atau seorang wanita muda yang menahan sakit kaki di tengah kesesakan.
Kesimpulannya, isu bayi naik stroller di mall ini mengingatkan kita bahawa empati bukan sekadar rasa kasihan, tetapi kemampuan untuk melihat dari sisi orang lain. Kadang-kadang, cukup dengan sedikit budi bahasa dan timbang rasa, kita boleh elak salah faham panjang. Dalam masyarakat moden hari ini, empati mungkin kelihatan seperti satu “kemewahan”, tetapi sebenarnya itulah nilai asas yang perlu dibawa ke mana-mana, termasuk sewaktu berdiri di hadapan lif sebuah mall.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Si comel kesayangan Raja Ilya dan suaminya, Talita Love Garret yang dilahirkan pada Julai lalu kini sudah pun semakin membesar dengan sihat.
Melalui Instagramnya, Raja Ilya turut memuat naik beberapa keping gambar terbaru Talita dalam persalinan gaun merah jambu yang sangat comel.
Semakin membesar dan bambam, wajah comel Talita sememangnya menarik perhatian ramai.
Menurut kata Raja Ilya di Instagramnya, Talita yang sudah pun berusia empat bulan itu semakin mesra kamera.
Malah kata ibu berdarah keturunan Melayu, Arab dan India ini lagi, pantang sahaja kamera di arahkan kepadanya, Talita mula menguntum senyuman tanda suka.
“She love to pose for pictures.
“Pantang nampak camera terus suka. Funny girl @talitalovegarrett,” tulisnya berkongsi.
Apa yang menarik perhatian pastinya wajah comel Talita yang cukup comel malah tersenyum ceria kala lensa kamera di alihkan kepadanya.
Dalam pada itu, wajah Talita yang persis wajah ayahnya, Garrett Trent juga menarik perhatian ramai.
Terdahulu, Raja Ilya mendirikan rumah tangga dengan jejaka Australia, Garrett pada Disember 2018.
Raja Ilya selamat melahirkan bayi perempuannya di Hospital King Edward, Perth, pada 1 Julai lalu. Bayi comel yang diberi nama Talita Love seberat 3.6 kilogram (kg) itu dilahirkan secara pembedahan.
Pelakon dan usahawan, Fazura menitipkan ucapan istimewa buat suami tercinta, aktor Fattah Amin sempena hari ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-5.
Menerusi laman sosial instagram, Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin berkongsi fotonya bersama Fattah dan anak tersayang Fatima.
Dalam perkongsian tersebut, Fazura ada memuat naik screen shoot whatsapp yang dihantar kepada Fattah dengan ayat yang cukup romantik sekali.
“Happy Anniversary suami ku. 5 years and counting..mudah-mudahan..Loving you always through it all.
Semoga Allah SWT sentiasa melindungi dan memberkati perkahwinan kita dan anakanda Fatima. Semoga sentiasa dikurniakan rasa kasih sayang yang berkekalan dan dikurniakan adik untuk Fatima soon..mudah-mudahan..Amin,” tulis Fazura.
Sementara itu, Fattah juga turut mendoakan rumah tangga yang dibina ini sentiasa diberi kebahagiaan dunia akhirat buat mereka sekeluarga.
“Happy anniversary isteriku moga Allah sentiasa lindungi perkahwinan kita diberi kebahagiaan kita sekeluarga dunia akhirat. I love and mis you so much mommy,” titip Fattah buat Fazura.
Apa yang menarik perhatian, gurauan Fazura pada Fattah yang turut berterima kasih kerana belanja handbag seperti memberi ‘hint’.
Menurut Fattah, seolah-olah Fazura dah plan awal nak beli handbag.
Sweet sungguh mommy dan daddy Fatima ni. Moga hubungan yang dibina ini terus disuburkan dengan rasa cinta sehingga ke syurga.
Di ruangan komen, perkongsian tersebut mendapat reaksi positif daripada ahli keluarga, rakan selebriti dan peminat mereka. masing-masing mendoakan yang terbaik buat pasangan ini.
“Cepat-cepat bagi adik kat Fatima..”
Fazura dan Fattah melangsungkan pernikaha dalam sebuah majlis tertutup di sebuah hotel di ibu negara pada 27 November 2017.
Pada 2 oktober 2020, pasangan ini dikurniakan anak sulung, Nur Fatima Aisya.