Keibubapaan

Comelnya Maream, Berani Cabut Gigi Sendiri Dengan Omanya. Itu Cara Farah Lee Terap Keberanian Buat Si Kecilnya. Bukan Mudah Ya!

Share

Musim-musim PKP ni memang macam-macam benda boleh dibuat bersama keluarga. Macam Farah Lee dan anaknya Maream yang kuarantinkan diri mereka setelah pulang dari luar negara pada 17 Mac yang lalu.

Dalam perkongsian Farah Lee, gigi kekal anaknya sudah mula keluar dan ada gigi susu Maream yang sudah goyang. Jadi Farah ambil keputusan untuk cabut sendiri gigi susu anaknya itu.

Maream yang pada mulanya takut ditenangkan oleh ibunya. Dalam video tersebut, Farah ada nyatakan kepada si kecil Maream bahawa tidak mengapa untuk rasa takut dengan sesuatu tapi perlu berani untuk menghadapinya.

Setelah beberapa ketika, akhirnya Farah berjaya mencabut gigi Maream dan si kecil Maream tidak menangis lama walaupun dia sendiri rasa takut untuk melakukannya.

Menurut Farah dia berkongsi video ini supaya ibu bapa lain dapat manfaat daripadanya dan mempraktikkan dengan anak-anak di rumah untuk memperbaiki kecerdasan emosi si kecil tersayang.

Cabut gigi at home.? Quarantine no hal

Maream’s fourth adult tooth is already out. So had to pull off her wiggly baby tooth to give way.

Anyway, I shared a bit about ‘feelings’ in this video. Hope some of you may benefit from it and practice it with your children to improve their emotional intelligence. #FLparenting

[5years7months] #mareamesabel #ommaream

 

Ramai puji cara Farah dan si comel Maream

Rata-rata pengikutnya di Instagram memuji keberanian Farah dan si kecil Maream. mereka kagum dengan cara Farah mendidik si kecil Maream yang kini sudah semakin membesar. Semoga perkongsian Farah Lee ini dapat dimanfaatkan oleh ibu bapa lain dalam mendidik anak-anak. It is ok to be scared, but u have to be brave!

 

Sumber: Farah Lee

 

 

IKLAN