Meniti kebahagiaan dengan kehadiran orang baru, rumah tangga pasangan Amar Bahrin dan Amyra Rosli nampaknya semakin lengkap selepas kehadiran bayi perempuan pada 1 Februari lalu.
Bersyukur dengan kehadiran cahaya mata kedua, Amar Bahrin menerusi instagram telah memuat naik beberapa gambar bayi perempuannya dari jarak jauh selain video selepas kelahiran.
Sementara itu, melihat reaksi Aqeef Anaqi seolah-olah faham yang dia dah bergelar abang, nampak sungguh prihatin pada mummynya. Walaupun masih kecil, jelas kelihatan sikap tanggungjawabnya prihatin terhadap mummy dan adik perempuannya.
Setakat ini pasagan ini belum lagi mengumumkan nama bayi kedua mereka. Ramai yang dah tak sabar nak tahu selanjutnya sama ada ia bermula dengan huruf ‘A’ juga atau sebaliknya.
Sebelum ini Amyra selamat bersalin pada pagi 1 Februari lalu dan 10 hari lebih awal dari tarikh jangkaan doktor.
Pernah dengar busy board? Kalau anda tak mahu si kecil bermain gajet, maka perkenalkan permainan busy board sejak bayi lagi. Busy board adalah alternatif permainan yang boleh merangsang kemahiran motor halus dan kasar si kecil selain meningkatkan kemahiran fokus mereka.
Hari ini banyak kes melibatkan anak kecil yang menghadapi masalah lambat bercakap atau speech delay. Jika dirujuk kepada terapis-terapis cara kerja dan pertuturan, rata-rata mengakui menerima banyak kes kanak-kanak yang menghadapi masalah yang sama.
Selepas disiasat kebanyakan berpunca daripada pendedahan terlalu awal pada gajet seperti handphone, tablet dan sewaktu dengannya. Biasa kan tengok ibu bapa bagi anak mereka (usia bayi lagi) tengok video di handphone ketika dalam restoran atau kedai makan?
Seperti kita sedia maklum, penggunaan gajet pada anak lebih banyak keburukan untuk perkembangan otak, sosial, emosi sekaligus penglihatan mereka.
Lalu, bagaimana cara terbaik untuk mencegah anak terus leka dan lalai dalam dunia gajet yang tidak bagus untuk perkembangan mereka? Salah satu cara terbaik adalah dengan memberikan busy board kepada anak.
APA ITU BUSY BOARD?
Busy boad adalah sebuah papan yang di atasnya diletakkan pelbagai alat atau aksesori dengan fungsi berbeza di setiap item yang akan membuatkan bayi tertarik untuk memainkannya sekaligus mendapatkan banyak kelebihan dari busy board tersebut.
Busy board sendiri sudah digunakan di merata dunia dan diakui kesan positifnya pada perkembangan bayi. Kemahiran motor halus si kecil lebih berkembang dibandingkan dengan bayi lain yang kerap diberi main gajet.
Dikatakan permainan busy board juga sangat bagus diberikan kepada anak hiperaktif. Dengan leka bermain anak dapat menyelesaikan masalah yang ada di busy board seperti membuka kunci, membunyikan loceng, menyalakan lampu dan pelbagai lagi aktiviti.
BILA BAYI BOLEH MULA MAIN BUSY BOARD?
Busy board sesuai menjadi mainan untuk bayi berusia 6 bulan ke atas. Apabila bayi belum mampu untuk duduk sendiri, anda boleh meriba bayi ketika dia bermain atau meniarapkan bayi dan meletakkan busy board berhadapan dengannya.
KELEBIHAN BAYI BERMAIN BUSY BOARD
Tak seperti alat mainan lain, ada banyak unsur pendidikan yang ada pada busy board dan sangat membantu perkembangan positif anak seperti
Busy board sangat baik untuk merangsang banyak deria anak seperti pendengaran, penglihatan, sentuhan dan pergerakan motorik kasar seperti pergelangan dan sendi.
Busy board juga berguna sebagai cara untuk meniru dan pretend play anak sehingga keseimbangan dan koordinasi antara mata dan tangan anak boleh berkembang lebih cepat.
Busy board berguna untuk meningkatkan rasa ingin tahu anak sekaligus mengasah kemampuan mereka untuk menyiasat dan mengambil tahu apa rasa tekstur objek yang ada pada busy board tersebut.
OBJEK PADA BUSY BOARD
Anda boleh buat sendiri busy board untuk si manja. Material atau objek yang ada pada busy board ada bermacam-macam dan boleh disesuaikan mengikut usia dan kemampuan bayi atau anak anda yang sudah besar. Beberapa idea objek yang boleh diletakkan pada busy board ini antara yang paling popular dan biasa digunakan ketika membuat busy board.
Untuk keselamatan, anda boleh menggunakan busy board dari papan kayu ataupun plastik yang digam dengan kuat serta di lekatkan pada dinding yang sesuai dengan jangkauan bayi anda.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai yang berangggapan aktiviti berenang dan mandi malam boleh menyebabkan masalah kepada sistem pernafasan bayi. Tapi sebelum mama papa daftarkan bayi kelas renang, ambil kira penjelasan doktor pediatrik ini.
Menurut Dr Rosni Jamalludin, Pakar Perubatan Kanak-Kanak (Pediatrik), KPJ Klang Specialist Hospital, paru-paru berair atau dalam istilah perubatannya pneumonia bermaksud jangkitan kuman pada organ paru-paru.
ELAK BAWA BAYI KE TEMPAT AWAM TERTUTUP
Penyebab penyakit ini ialah kuman sama ada virus atau bakteria yang berjaya masuk kedalam sistem pernafasan manusia dan seterusnya menyebabkan radang pada paru-paru. Selalunya jangkitan ini terjadi melalui pemindahan cecair/rembesan pernafasan daripada pesakit yang mengalami simptom seperti batuk, selsema dan demam.
Oleh itu, berada di dalam tempat yang tertutup dimana terdapat ramai orang yang mungkin tidak begitu sihat. Ia adalah antara faktor risiko yang kerap dikaitkan dengan jangkitan paru-paru.
PEREBAKAN KUMAN MELALUI AIR
Walaupun jarang berlaku, terdapat juga sebahagian kuman yang boleh merebak melalui air sekiranya air tercemar oleh sisa kumuh manusia atau haiwan seperti tikus.Jangkitan boleh berlaku sekiranya bayi tertelan atau tersedut air ke dalam sistem pernafasan.
Oleh itu, langkah-langkah harus diambil untuk memastikan kebersihan air kolam terjamin dari pencemaran dan memantau bayi semasa aktiviti berenang agar tidak tertelan atau tersedut air kolam.
PENJELASAN MENGENAI MANDI MALAM
Mandi malam bukanlah penyebab langsung penyakit asma dalam kanak-kanak. Mama dan papa perlu memahami tentangbronchial asthma atau asma merupakan penyakit yang boleh terjadi disebabkan pelbagai faktor. Sebahagian faktor risiko asma termasuk
PENYEBAB MASALAH KESUKARAN BERNAFAS PADA BAYI
Bagi bayi yang disahkan menghidap asma, suhu persekitaran yang sejuk mungkin boleh merangsang serangan asma.
Malahan semasa menghidap jangkitan sistem pernafasan seperti rhinitis (jangkitan selsema) , pharyngitis (jangkitan tekak), anak yang tiada penyakit asma juga boleh mengalami kesukaran pernafasan disebabkan hidung tersumbat dan kahak yang lebih banyak dan pekat sekiranya dalam kesejukan.
NEBULIZER TIDAK MENYEBABKAN KEBERGANTUNGAN
Terapi nebulizer (nebulized medication) merupakan salah satu rawatan yang diberikan untuk pelbagai jenis penyakit/jangkitan sistem pernafasan seperti bronchiolitis, bronchitis, pneumonia, asma dan lain-lain.
Pelbagai jenis ubat-ubatan boleh digunakan menerusi terapi nebulizer mengikut preskripsi doktor bergantung kepada jenis penyakit yang dirawat. Antara kesan yang paling ketara terapi ini boleh membantu mengurangkan pengeluaran kahak, mencairkan kahakdanjuga membantu mengurangkan radang pada rongga pernafasan.
Selain penyakit asma, kebanyakan masalah dan jangkitan paru-paru pada kalangan kanak-kanak merupakan penyakit yang tidak kronik. Oleh itu penggunaan terapi nebulizer untuk penyakit-penyakit berkenaan tidak akan menyebabkan kebergantungan pesakit kepada nebulizer.
Walaubagaimanapun, sekiranya pesakit yang menghidap asma tidak menerima rawatan asma yang bersesuaian dan asma tidak dikawal dengan baik, pesakit tersebut boleh sering mendapat serangan asma yang teruk dan akhirnya kerap memerlukan terapi nebulizer. Secara ringkasnya, penyakit asma yang tidak dikawal dengan baik adalah punca yang menyebabkan pesakit terpaksa sering kali mendapatkan rawatan nebulizer.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyampai radio Sinar Pagi, Angah Raja Lawak berkongsi rasa gembira apabila anak perempuannya, Aisha Lashiera yang kini dah genap 3 bulan dah makin pandai untuk ajak bermain.
Menerusi entri di instagram, Angah berkongsi kegembiraan itu setelah lama tak mempunyai anak kecil. Ibaratnya jika terlalu lama berjauhan boleh berlaku kemurungan pada dirinya.
Jika sebelum ini hanya tengok orang je yang layan baby, tapi lepas dah ada baby sendiri baru tahu perasaan tu macam mana.
Aisha yang dilahirkan pada 16 Februari lalu menjadi keutamaan buat mommy, papa dan kakaknya setelah menunggu hampir 3 tahun untuk mendengar tangisan bayi dalam rumah.
Ibu ayah yang masih belum melengkapkan perlindungan vaksin anak, ada berita baik untuk anda. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meneruskan pemberian Vaksin Measles Rubella (MR) sepanjang tahun 2026 sebagai usaha tambahan bagi melindungi kanak-kanak daripada jangkitan demam campak (measles) dan rubella.