Semua ibu bapa akan risau apabila bayi dijangkiti batuk dan selesema. Bayi akan meragam dan menangis kerana mereka tidak dapat bernafas dengan sempurna.
Semasa bayi batuk, sudah tentu ibu bapa segera berjumpa doktor untuk rawatan lanjut supaya tidak menjadi terlalu serius. Namun ada segelintir anak agak sukar apabila diberi ubat.
Selain rawatan perubatan, perkongsian ibu,Farhany Ami Muradmenggunakan buah delima bagi menghilangkan batuk anak kecil.
Ini perkongsiannnya yang menggunaakan buah delima.
* Untuk baby 6 bulan ke atas
Baru teringat nak share,since salsabila tetiba batuk hari tu kalut nya lah mak dia ni ,risau anak batuk lelama oi. Jangan memain, batuk yang berpanjangan boleh menyebabkan jangkitan kuman dekat paru-paru tau ..Nauzubillahiminzalik
Teringat pernah baca kalau nak hilangkan batuk boleh guna MADU. So far memang ramai kata bagus guna madu. TAPI, bayi bawah 2 tahun tak digalakkan lagi makan madu.
So try cari alternatif lain. Cari punya cari jumpa satu blog suggest guna DELIMA sebagai pengganti madu, function dia sama macam madu, bersifat panas and tergolong dalam kategori makanan yang boleh menghilangkan mukus.
Ads
Memang berkesan! Alhamdulillah batuk dia berkurang, dua tiga hari baru perasan yang batuk takde langsung dah. Mak mak yang ‘over kalut’ mcm kite ni kalau anak batuk or selsema boleh lah try naaa . .
Oh lupa nak bagitau, tindak balas jus delima ni nanti hingus akan cair keluar, sentiasa meleleh. So kena sedut selalu ye and lendir kahak keluar melalui poopoo baby. Ini kesan yang sy nampak dekat Salsabila.
Kalau makin teruk please refer doctor ye?
Ads
1. Ambil lah berapa ulas yang mak mak suka. Tapi kite ambik sikit je. Boleh buat minum sekali je ni
2. Picit-picit delima tadi biar keluar air jus dia, bijik buang tau
3. Ni lah kejadiannya, nak senang guna syringe je since Salsabila memang suka sangat sedut air guna benda alah ni, heheh
Ads
4. Tadaa, sedut jangan tak sedut. Tengok la feeling habis hisap jus tu.
*bagi minum sehari sekali pon okay dah. Tapi dia ni ‘hantu buah’ bagi banyak kali pon xpuas.
Takda mak yang nak anak sakit, semua mak nak yang terbaik untuk anak memasing tapi sakit demam batuk selsema tu tetap tak boleh nak elak, memang kena lalui jugak. Dari situ lah boleh kutip pengalaman sebagai sorang mak, nanti lama-lama jadi Pro dah. Supermom gituuu !
Anak anugerah ALLAH SWT . Amanah untuk mak ayah, usaha lah beri yang terbaik untuk anak-anak ikut kemampuan kita .
Semoga beri manfaat untuk semua
petua ini hanyalah untuk anak kecil yang berumur 6 bulan dan ke atas sahaja.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Echolalia adalah situasi di mana kanak-kanak mengulang semula apa yang mereka dengar. Bila orang dewasa bercakap, anak akan ulang balik semua perkataan tersebut. Bagaimana cara yang betul untuk berkomunikasi dengan anak Echolalia?
Cik Aishah Kassim, Pakar Speech Language Pathology daripada Asihah Kassim Academy berkongsi Tip cara bercakap dengan anak Echolalia (ANAK ULANG APA YANG KITA CAKAP) untuk panduan ibu bapa diluar sana.
Echolalia ni biasanya terjadi disebabkan oleh beberapa keadaan iaitu;
1. Ciri-ciri yang ditunjukkan oleh kanak-kanak autism – Perlu dapatkan penilaian dan nasihat dari professional ya. Jangan pulak assume anak mengulang je autism.
2. Kanak-kanak masih tidak faham apa yang mereka perlu katakan. Contohnya, masih tak tahu untuk jawab soalan yang diberikan. Biasa terjadi pada kanak-kanak yang tengah belajar bercakap.
Tapi untuk kedua-dua situasi, ada cara untuk anda membantu kanak-kanak untuk memahami dan berkomunikasi dengan menggunakan ayat yang betul.
1. Cara adalah dengan menterjemah apa yang perlu anak katakan mengikut situasi yang sesuai. Berikan ayat atau perkataan yang perlu anak sebut berkaitan situasi. Dengan cara ini kanak-kanak boleh berlajar ayat yang betul utk mereka guna.
2. Kurangkan/elakkan bertanya banyak soalan dan memberi arahan. Sebab nanti anak akan echo apa yang anda cakap dan menjadikan ayat tersebut tak sesuai untuk mereka guna nanti.
Fahami apa yang anak anda cuba katakan, barulah anda boleh beri input yang betul
Perasan tak anak kecik suka main kotak. Sebenarnya bermain kotak boleh jadi cara terbaik rangsang mereka lebih bijak berimaginasi dan kreatif.
Budak-budak kalau nampak kotak, dia punya seronok dapat main objek tersebut macam jumpa alat permainan terhebat. Padahal sebuah kotak sahaja. Tak percaya anda cubalah bagi kotak pada si kecil.
Anda akan kagum menyaksikan kreativiti si kecil bereksplorasi dan berimaginasi menggunakan kotak sebagai alat pembelajaran secara realiti. Biarkan mereka sibuk bermain kotak kerana ada kelebihan yang positif pada perkembangan si manja.
Biasanya sejak usia bayi lagi mereka sudah pandai bermain kotak. Bayi yang dah boleh merangkak memang suka meneroka persekitarannya. Biarkan sahaja mereka meneroka tapi dalam masa yang sama ibu ayah perlu memantau mereka.
Selain daripada memberi mereka bermain alat permainan yang direka khusus mengikut usia bayi, anda juga boleh menggunakan bahan terbuang di rumah sebagai satu alat bantu merangsang kemahiran pembelajaran bayi.
Memang seronok kalau dapat bermain dengan si kecil. Melihatkan aksi terujanya dengan alat permainan cukup menyeronokkan. Jom buat permainan kotak yang membantu merangsang kemahiran bayi anda. Jimat dan murah! Paling penting anak gembira bermain.
Permainan kotak ini sesuai untuk bayi dan kanak-kanak berusia enam hingga 24 bulan.
Bahan yang diperlukan: Pelbagai bentuk dan saiz kotak. Jika boleh cari kotak yang ada penutup.
Bagaimana cara nak bermainnya?
a. Letakkan kotak kecil ke dalam kotak besar atau boleh juga letak sebarang objek mainan dalam kotak.
b. Kotak dengan penutup dapat memberikan mereka lebih cabaran untuk membuka dan menutupnya.
c. Anda juga boleh menyusun kotak menjadi ‘bangunan’ dan jatuhkan ia. Si kecil pasti ketawa seronok.
Sementara untuk anak yang sudah besar pula, biarkan mereka mengeksplorasi kotak sendiri dan menggunakan kreativiti mereka bermain kotak. Mereka akan menjadikan kotak sebagai rumah, kereta, bangunan dan sebagainya lagi. Pandai kan anak-anak kita berimaginasi!
Apa yang anak belajar?
1. Kemahiran motor halus.
2. Koordinasi tangan dan mata.
3. Kenal bentuk dan saiz. Kebanyakan kotak berbentuk segi empat tepat, cuba cari bentuk kotak rectangular, bulat dan lain-lain lagi.
4. Belajar kenal warna. Ada pelbagai warna pada kotak tersebut.
5. Luahkan emosi. Kegembiraan, penyertaan dan keseronokan yang bayi perolehi ketika bermain.
6. Kemahiran motor kasar seperti meregangkan badan untuk menyusun kotak, bergerak sekeliling untuk mengutip kotak apabila ia terjatuh.
7. Belajar bahasa. Interaksi yang berlaku antara ibu ayah dan bayi ketika bermain.
8. Kemahiran kognitif. Apa hendak buat dengan kotak? Buka kotak, tutup, bina kotak, ketuk kotak, susun kotak, masukkan objek dalam kotak dan sebagainya.
9. Mempelajari apa itu graviti. Apa yang tinggi akan terjatuh!
10. Pengekalan objek. Sembunyikan objek di bawah kotak. Tanyakan anak ke mana pergi objek tersebut.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perkembangan anak menjadi fokus utama ibu bapa sejurus selepas lahir. Ia tidak dinafikan sangat mustahak untuk memastikan pencapaian si kecil sentiasa seiring perkembangan usia.
Namun harus diingat, bayi bukanlah individu yang sama, banyak faktor yang menjadikan mereka berbeza. Sama seperti insan dewasa, personaliti juga sudah mula diperlihatkan sejak lahir lagi.
Bayi, lebih variasi perkembangannya kerana terdapat beberapa faktor yang memainkan peranan penting. Antaranya usia sejarah kelahiran, personaliti dan halangan. Bayi bukanlah one size fits all, setiap daripada mereka variasi.
Ibu ayah jangan terlalu tertekan dengan kelambatan penguasaan bayi dan ambil kira faktor pendedahan yang diperolehi si kecil. Perkongsian daripada Uswatun Hasanah Mohd Habib, Konsultan Tangisan Bayi ini boleh dijadikan panduan.
Ada beberapa kali saya mendapat mesej dari ibu bapa yang ‘cemas’ bila anak mereka lambat dalam sesuatu: lambat merangkak, lambat meniarap, lambat berjalan…
Perkembangan motor bukan bidang saya. Namun, saya ambil peluang ini memberi input dari perspektif perkembangan otak anak kerana ia tetap ada kaitan dengan perkembangan motor anak. Harapnya agar dapat bantu legakan hati ibu ayah di luar sana.
Apa yang membuat anak kita bervariasi?
Pepatah ‘ age is just a number ‘ or ‘ age does not matter ‘ adalah benar untuk orang dewasa tetapi tak benar untuk bayi. Perbezaan usia hatta beberapa minggu itu besar ‘kesannya’.
Perkembangan otak berkait langsung dengan usia. Usia pula di kira dari tarikh anak mula di kandung (di senyawakan mungkin lebih tepat), dan bukan dari tarikh hari pertama anak melihat dunia (hari lahir).
Otak bayi berkembang di dalam dan luar rahim. Maka tentulah otak bayi yang lahir 3 minggu awal berbeza dengan otak bayi yang lahir cukup bulan, tepat 40 minggu misalnya.
Jadi, sebelum nak banding anak atau gabra periksa carta perkembangan motor anak, periksa usia sebenarnya terlebih dahulu. Anak bukan sedulang biskut raya yang masak pada masa yang sama ketika keluar dari ketuhar.
Anak lahir dengan rupa dan perwatakan yang tersendiri dengan tujuan mengurus dunia sebagai ahli politik, doktor, guru dan ahli perniagaan misalnya.
Sejak hari pertama dilahirkan, anak akan menunjuk minat atau kecenderungan yang sesuai dengan personalitinya. Dia akan menghabiskan banyak masa berlatih bakat dan meneroka bidang minatnya.
HANYA SETELAH DIA PUAS DAN MENGUASAI MINATNYA, BARULAH ANAK AKAN BERALIH MENGUASAI BIDANG YANG DIA KURANG MINAT PULA.
Tak faham? Baik. Sebagai contoh, pada usia 8 minggu (+/- dah tentu!), semua anak akan mengalami 1 perkembangan otak yang membolehkan dia memasuki dunia corak (pattern). Iaitu anak akan MULA MENEROKA corak, bentuk, warna dan tekstur. Penerokaan ini bukan hanya secara visual (mata) tetapi menggunakan kesemua derianya. Anak bukan hanya meneroka dunia corak di sekelilingnya tetapi juga yang didalam badan atau sistemnya.
Maka, anak dengan personaliti ‘athletic’ (cenderung guna fizikal), akan menghabiskan banyak masa mengkaji tangannya misalnya. Bukankah tangan kita semua ada bentuk khusus? Maka, anak akan banyak merenung tangannya, cuba menggerakkan jari-jarinya atau lengannya dan akan mula masukkan jari ke dalam mulutnya. Ini semua bagi tujuan mengenal pasti ‘apa itu tangan dan apa yang tangan boleh buat’.
Anak yang lebih ‘chill’ pula akan seperti banyak termenung. Sebenarnya, dia menikmati dunia corak di sekelilingnya. Misalnya dia nampak ‘layan’ melihat sinar cahaya matahari yang menembusi biliknya, atau kusyuk menatap kertas dinding berwarna-warni rumahnya.
Anak minat bersosial pula akan mula banyak bunyi. Contohnya anak gemar buat bunyi pendek-pendek seperti ‘uh..uh..uh’ bila dia teruja melihat susunan tin berwarna-warna di rak kedai atau bila lihat kelibat ibunya. ‘Uh..uh..uh’ juga adalah sejenis corak iaitu corak bunyi yang boleh di hasilkan oleh peti suara manusia. Bayi juga akan suka menoleh dan mencari sumber bunyi sekeliling.
Nah! Perkembangan otak yang sama, namun sudutnya saja yang berbeza. Adakah anak yang ‘chill’ dan suka termenung menghayati alam itu akan akhirnya jadi tak mampu dan tak pandai meniarap, merangkak atau berjalan ? TIDAK, cuma mungkin lewat sedikit saja dia menguasainya berbanding rakannya yang bersikap ‘athletic’.
Bayi TIDAK BOLEH menguasai banyak perkara berbeza dalam sesuatu masa. Maka, ada benarnya kata orang tua-tua; ‘anak yang cepat kaki, lambat sikit mulutnya’.
Bermula usia ini, anak lebih ‘mobil’ (banyak pergerakan) kerana bukan sahaja anak telah faham ‘corak’ tangan dan bahagian badannya yang lain seperti yang dia telah pelajari dalam dunia corak pada sekitar usia 8 minggu dahulu, tetapi kini dalam dunia hubungan, anak telah pandai menyelaraskan pergerakkan kesemua anggota badannya dan hasilnya ↪ramai bayi mula merangkak /mengengsot bermula usia ini.
Namun, kemampuan otak bayi memahami dunia hubungan ini saja tak cukup. Bayi yang ‘tembam’ misalnya mungkin jadi kurang minat dan kurang selesa nak merangkak kerana beban berat walaupun dia sebenarnya tahu , minat dan boleh merangkak.
Sekali lagi, anak bukan kuih raya yang kalau terhangus atau tak jadi seperti yang di harapkan, boleh di bakul sampahkan bila muncul sesuatu halangan. Ibu ayah empatilah dengan kesukaran semasa yang di hadapi anak.
Anak yang ‘athletic’ mungkin tak kisah berlatih meniarap (tummy time) dengan kerap dan agak lama sejak hari pertama. Maka, jika anak ini memiliki pula ibu ayah yang rajin ‘melayan’ buat ‘tummy time’ dengannya, tak hairan lah dia cepat menguasai meniarap misalnya.
Namun, anak yang bukan berpersonaliti ‘athletic’ dan di paksa-paksa lebih dari hadnya untuk dia berlatih ‘tummy time’, mungkin akan mula takut untuk mencuba kerana mengaitkan aktiviti meniarap itu sebagai pengalaman buruk.
Contoh lain, jika seorang anak itu memiliki ibubapa yang bersikap ‘intuitive’ :pandai ‘membaca’ kemahuan dan keperluan anak sebelum atau tanpa perlu di minta, maka anak merasa ‘tiada keperluan’ untuk dia banyak buka mulut. Maka, anak mungkin kelihatan ‘berat mulut’ untuk berlatih cakap, namun, tau-tau saja anak sudah terus pandai buat ayat penuh pada usia 16 bulan misalnya!.
*** Pokoknya, usahlah ibu bapa terlalu obses membanding perkembangan anak secara melulu. Anak yang pandai berjalan pada usia 10 bulan itu tak ada beza kualiti jalannya dengan anak yang pandai berjalan pada usia 16 bulan ketika kedua-duanya berusia 3 tahun. Tiada siapa yang boleh beza ‘siapa pandai jalan terlebih dahulu’ kecuali bila ibu yang bercerita.
Anak itu bervariasi. ‘Bervariasi’ dan ‘berbeza’ itu lain maksudnya. Jika ibu rasa anaknya ‘berbeza’ (tak macam anak lain) dan ibu risau tentang hal ini, rujuklah doktor anak anda untuk pengesahan.
Tinggal kira-kira dua bulan sahaja lagi sebelum Matriks Pembelajaran Tahun 4 dilaksanakan. Tidak hairanlah jika ada ibu bapa yang mula bimbang anak belum sempat...