Selamat melahirkan bayi kembar sepasangnya pada 20 Disember lalu, kini penyanyi Ainan Tasneem Redzuan tampil mendedahkah wajah kedua anaknya itu selepas mereka kini berusia sebulan.
Malah terdahulu, selepas beberapa minggu dilahirkan, Ainan juga mengumumkan nama mereka yang cukup sedap dan indah. Kedua-dua bayi kembar sepasang ini diberikan nama Faqeh Nael dan Faeqa Naela yang juga disertakan dengan makna yang cukup indah.
Menerusi instagramnya, Ainan tampil berkongsi sebuah video pendek yang keduanya sedang nyenyak tidur.
“Assalamualaikum semua!
“Alhamdulillah kami dah sebulan lahir kat dunia ni. Ummi kata ramai yang DM minta ummi share pengalaman bersalinkan kami haritu.
” Tunggu ya, nanti ummi akan share kat semua,” tulisnya di kapsyen.
Malah melalui dua entri berlainan, Ainan juga turut berkongsi beberapa keping gambar kembarnya yang comel. Tidak kurang juga sebuah video pendek menunjukkan anaknya yang sedang tersenyum.
“Walaupun sorang kepala lonjong sorang kepala bulat, janji dengan ummi korang akan jadi best friend till Jannah okay?
“Suka duka diharungi bersama. Ecehh,” tulisnya lagi.
Ads
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut Ainan di instagram memuji akan kecomelan Faqeh dan Faeqa yang sentiasa menjadi peneman setiap ibunya.
“Ya Allah seronoknya anak kembar. Membesar dengan sihat baby.”
Assalamualaikum Faqeh & Faeqa 😍 Congratulations Ainan! We hope mummy and twins are healthy and happy.”
“Comelnya twins.. putih melepak.”
Ads
Semoga Faqeh Nael dan Faeqa Naela terus membesar menjadi anak yang soleh solehah malah berbakti kepada ummi dan abuyanya.
Terdahulu, Ainan mendirikan rumah tangga bersama Mohammad Ariffudin pada 7 Januari 2017 dan kini mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata, Ainan Salsabiela, 2 tahun, Faqeh Nael dan Faeqa Naela yang kini berusia satu bulan.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @ainantasneem92
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masalah kencing malam atau bedwetting boleh terjadi kepada mana-mana kanak-kanak, tidak terkecuali anak anda. Apatah lagi jika anak anda sudah mula bersekolah. Jika anak anda kencing malam, apa yang perlu anda lakukan? Ketahui cara bagaimana untuk menangani masalah ini dengan mengikuti panduan di bawah.
Sebagai ibu bapa, anda perlu banyak bersabar. Sentiasa berfikiran positif dalam menghadapi masalah ini. Anggap ia sebagai satu peluang untuk anda merapatkan diri dengan anak anda. Selain itu, anda juga perlu meniupkan semangat kepada anak untuk berhenti daripada kencing malam.
Beritahu anak anda masalah kencing malam turut dihadapi oleh kanak-kanak lain. Terangkan kepadanya bagaimana masalah itu berlaku dan cara mencegahnya. Jika semua usaha tidak berhasil, mintalah bantuan doktor. Doktor akan memberikan ubat bagi menangani masalah kencing malam.
Anak duduk dalam posisi W sitting sememangnya sudah diketahui kurang bersesuaian dan banyak keburukannya namun bila anak sudah terbiasa, ternyata tabiat ini begitu sukar untuk diubah.
Mengubah anak kembali pada posisi duduk bersila dan sebagainya memerlukan masa. Ahli terapi cara kerja, Pn Ayesha Sairi berkongsi tip untuk kembalikan anak kepada posisi yang betul.
Duduk W-Sitting
“Anak saya suka duduk w-sitting, Puan. Walaupun saya dah tegur dia banyak kali, dia tetap akan kembali duduk dalam posisi w”
“Anak Puan umur berapa?”
“6 tahun”
Ibubapa yang saya kasihi, saya menerima persoalan ini semasa bengkel yang saya sertai pada hari Sabtu lepas. Ibu ini sedar yang duduk w-sitting ini tidak baik untuk anaknya. Tetapi ibu buntu cara apa lagi yang boleh dilakukan supaya anak boleh duduk dengan baik.
Duduk dengan baik di atas lantai bermaksud berada di dalam posisi bersila, bersimpuh dan juga melunjur. Bukan dalam posisi w-sitting.
Anak yang sudah berusia 6 tahun mungkin sudah jadikan cara duduk w-sitting sebagai sesuatu yang normal untuknya.
Sebagai seorang ibu, pastilah beliau berasa risau dengan situasi anaknya itu. Beliau sudah tahu kesan buruk apabila anak berada dalam posisi w-sitting.
Saya menerangkan kepada ibu dan semua peserta bahawa:
* Anak tersebut mungkin sudah jadikan w-sitting sebagai satu habit, satu kebiasaan untuknya.
* Ibu sudah melakukan sesuatu yang betul iaitu dengan menegur anak setiap kali anak duduk dalam posisi w-sitting
* Anak kemungkinan mempunyai otot teras atau ‘core musle’ yang lemah.
* Posisi w-sitting ini tidak memerlukan otot teras anak untuk bekerja dengan kuat bagi menstabilkan badan. Kaki anak yang membentuk huruf w dapat membantu menstabilkan badan.
* Kesannya, otot teras anak tidak kuat dan anak akan mudah berasa letih untuk stabilkan diri sendiri dalam posisi duduk yang lain.
Saya mencadangkan kepada ibu untuk
✅ Galakkan anak lakukan aktiviti motor kasar. Antaranya ialah:
– berguling
– jalan itik atau animal walk yang lain
– merangkak
– lompat bintang
– lompat di atas trampoline
✅ Banyakkan aktiviti tummy time atau berada dalam posisi meniarap. Ia membantu untuk kuatkan otot teras.
Kadang-kadang, anak bukan tidak mahu ikut permintaan ibu, tetapi dia tidak boleh. Oleh itu, kami sebagai terapis akan lihat kemahiran asas yang diperlukan untuk lakukan sesuatu.
Sekiranya yang asas itu tidak dikuasai, tumpukan kepada kemahiran asas tersebut. ‘Back to basic’ kata orang putih.
Harap dapat membantu serba sedikit.
2 keburukan W-sitting
1. Tidak bagus untuk perkembangan fizikal terutamanya untuk bahagian lutut dan pinggang.
2. Menyumbang kepada kurangnya otak kanan dan kiri anak berhubung.
Menarik:
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ortopedik merupakan kepakaran dalam bidang pembedahan tulang belakang (spinal), pembedahan trauma, pembedahan kanak-kanak, pembedahan athroplasti, pembedahan tangan, pembedahan kaki, rawatan kecederaan sukan, rehabilitasi ortopedik dan onkologi. Untuk anak kecil atau kanak-kanak, ortopedik melibatkan pembentukan serta pergerakan tulang mengikut perkembangan usia mereka. Ibu bapa harus menitik beratkan soal kesihatan tulang anak-anak dengan mengambil berat soal keselamatan mereka.
Pa&Ma sempat mendapatkan penjelasan dari Dr Mohammad Nawar Ariffin, Pakar Ortopedik, Traumatologi & Pembedahan Ortopedik Kanak-Kanak yang berkhidmat di Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital, mengenai kesihatan ortopedik dalam kalangan kanak-kanak.
Menurut Dr Nawar, masalah ortopedik dalam kalangan bayi atau kanak-kanak selalunya berlaku tanpa disedari. Orang dewasa mungkin tidak akan mendapat kesan yang sama seperti anak kecil ketika ditimpa kemalangan seperti terjatuh dari katil dan sofa. Impak kepada orang dewasa mungkin tidak serius seperti yang berlaku kepada anak kecil memandangkan tulang mereka masih dalam proses untuk terbentuk dan tidak sekuat orang dewasa.
Anak kecil tidak digalakkan untuk menunggang motorsikal (jika ada pilihan untuk menaiki kereta) walaupun mengenakan topi keledar. Dr Nawar menjelaskan, impak kemalangan pada tulang anak kecil atau kanak-kanak jika terjatuh dari motor lebih berbahaya berbanding orang dewasa.
Untuk anak kecil yang masih belum berjalan, ibu bapa boleh memerhatikan pergerakan anak bagi mengenal pasti jika ada sebarang masalah dari awal. Doktor biasanya tidak memerhatikan masalah ortopedik pada anak kecil, jadi ibu bapalah yang harus tahu apakah perkara yang normal atau tidak sepanjang proses tumbesaran anak mereka.
Sesetengah masalah berkaitan ortopedik boleh meberi kesan sehingga anak besar, jadi ada beberapa perkara penting yang boleh ibu bapa lihat untuk membuat keputusan jika masalah anak perlu dirujuk kepada Pakar Ortopedik.
Jika pada bahagian telapak kaki anak tiada lengkungan semula jadi di antara kaki dan tumit. Ia boleh dilihat apabila kebanyakan permukaan tapak kaki bersentuhan dengan tanah dan lantai. Biasanya bayi dilahirkan dengan tapak kaki yang rata tetapi ia akan semakin melengkung apabila sudah mula berjalan. Telapak kaki yang rata selalunya tidak boleh diperbaiki tetapi ia jarang menyebabkan anak tersebut merasa sakit atau menjadi penyebab kepada masalah lain. Sekiranya anak mempunyai masalah sakit kaki, mereka mungkin disarankan untuk memakai kasut khas.
Pada awal proses belajar berjalan, anak-anak cenderung untuk berjengket. Ia adalah normal tetapi jika berterusan boleh menjadi simptom kelemahan otot atau petanda kepada masalah lain.
Apabila anak berdiri dengan kaki dan buku lalinya dirapatkan, akan ada jarak yang jauh antara lutut dan kaki kelihatan melengkung keluar. Bayi dilahirkan dengan kaki melengkung adalah normal dan ia akan berasur pulih apabila mereka semakin membesar.
Kaki bengkok ke dalam pula adalah apabila kedua-dua kaki bengkok ke dalam dan lutut menyentuh satu sama lain. akan kelihatan jurang antara buku lali apabila anak berdiri. Kebanyakan masalah ini akan berlaku kepada kanak-kanak di bawah usia enam tahun. Menginjak enam tahun, bentuk badan akan lurus dan mereka biasanya sudah mampu berdiri dengan kaki yang tegak.
Ia menunjukkan tulang belakang yang bengkok. Apabila dilihat dari sisi, tulang belakang kelihatan membengkok ke dalam. Tulang belakang membengkok ke sisi apabila dilihat dari belakang kelihatan seperti bentuk huruf S datau C. Masalah ini boleh berpunca dari faktor genetik atau pertumbuhan tulang belakang dan tulang serta otot yang tidak normal.
Perhatikan jika jari kaki anak ke dalam apabila berdiri atau berjalan. Untuk masalah kaki pendek sebelah biasanya agak sukar dikesan dek mata kasar. Jika anak-anak anda mempunyai masalah seperti yang dinyatakan, pakar akan membuat penilaian dan ukuran terhadap kaki anak anda.
Sesetengah masalah tulang dan pertumbuhan mungkin berlaku kerana kekurangan kalsium. Kekurangan kalisum menyebabkan tisu tulang tidak berupaya menghasilkan mineral tulang dan menyebabkan kecacatan rangka. Selain itu, masalah ini boleh dikaitkan dengan obesiti. Berat badan berlebihan menyebabkan tekanan tidak normal dan membantutkan tumbesaran seperti yang seharusnya. Untuk menguatkan struktur tulang kaki anak-anak, biarkan mereka banyak berlari, melompat dan memanjat.
Menurut Dr Nawar lagi, sekiranya anak-anak yang masih kecil dipakaikan kasut bertumit tinggi tiada masalah. Selagi ia dipakai dalam tempoh masa yang tidak lama dan tidak kerap, ia boleh dibuat.
Cara yang terbaik, jika anak-anak terpaksa mengenakan kasut tumit tinggi untuk menghadiri sebarang acara khas, pastikan semasa si anak tidak perlu memakainya setiap masa. Biarkan mereka berjalan menggunakan kasut bertapak rata sebelum atau selepas acara terbabit.
*** Artikel ini hasil temu ramah bersama Dr Mohammad Nawar Ariffin dan sumber rujukan dari Harian Metro.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!