Selepas selamat melahirkan bayi kembarnya pada 18 Disember lalu, penyanyi Ainan Tasneem kini berkongsi nama indah untuk kedua bayi kembarnya.

Menerusi instagramnya, Ainan berkongsi nama kedua-duanya dengan turut disertakan dengan makna yang cukup indah.

Faqeh Nael & Faeqa Naela Pilihan Nama Kembar Ainan Tasneem, “Nama Sedap, Maksud Pun Bagus”, Peminat Puji!

” Assalamualaikum aunty uncle semua!

” Nama kami Faqeh Nael & Faeqa Naela. Faqeh Nael bermaksud yang memahami, bijaksana, orang yang mencapai sesuatu dan yang suka memberi.

” Manakala Faeqa Naela pula bermaksud yang paling baik, cemerlang, orang yang mencapai sesuatu dan yang suka memberi,” tulisnya. 

Faqeh Nael & Faeqa Naela Pilihan Nama Kembar Ainan Tasneem, “Nama Sedap, Maksud Pun Bagus”, Peminat Puji!

IKLAN

Nama dengan makna yang cukup indah. Dalam pada itu, Ainan juga turut memohon agar mendoakan kesejahteraan bayinya.

“Mohon doa semua supaya kami membesar seiring dengan maksud nama yang diberikan ummi abuya kami.

“Doakan juga supaya kami menjadi hamba Allah yang taat dan bertakwa dan menjadi khalifah yang berjaya di dunia dan akhirat.

Faqeh Nael & Faeqa Naela Pilihan Nama Kembar Ainan Tasneem, “Nama Sedap, Maksud Pun Bagus”, Peminat Puji!

IKLAN

Ainan juga turut berkongsi sekeping gambar bayinya namun masih belum mendedahkan wajah kedua-duanya kepada umum.

Pun begitu, peminat teruja melihat gambar kelengkapan bayi dengan tema biru dan merah jambu yang membezakan Nael dan Naela. Cantik.

 

IKLAN

Semoga Fageh Nael dan Faeqa Naela terus membesar menjadi anak yang soleh solehah malah berbakti kepada ummi dan abuyanya. Tak sabar melihat wajah comel kedua-duanya.

Terdahulu Ainan Tasneem mendirikan rumah tangga bersama Mohammad Ariffudin Mohammad Swaimi pada tahun 2017. Mereka kini dikurniakan tiga orang cahaya mata, Salsabiela, Faqeh Nael dan Faeqa Naela.

Artikel berkaitan:

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit: @ainantasneem92

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI