Gelagat anak-anak ni memang di luar dugaan. Kita pun ada masanya tak sangka apa yang anak boleh buat bila kita tak ada untuk pantau mereka. Anak zaman sekarang pun lebih advance dan pandai buat sesuatu dengan hanya memerhatikan ibu ayahnya.
MuaBellaz ada berkongsi sebuah video anak bongsunya, Wara, membuat ASMR. Kalau dilihat, Wara seperti membuka kamera sendiri untuk merakam dirinya. Video pendek itu ternyata menarik perhatian ramai dan rata-rata mengatakan mereka sukakan ASMR Wara.
Di dalam video tersebut Wara sempat bermain ‘peek a boo’ dan membuat bunyi-bunyian comel yang membuatkan ramai terhibur menonton videonya.
Bukan sekadar membuat bunyi, aksi comel Wara di hadapan kamera juga mencuit hati ramai.
Ads
Biarpun hanya berdurasi 36 saat dan baru saja 15 minit dikongsikan di media sosial MuaBellaz, video itu telah mendapat lebih kurang 15k tontonan. Awak ni Wara, memang ada aura!
Ads
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pasangan doktor selebriti, Dr. Say Shazril dan isterinya, Dr. Azura Abas sering menjadi inspirasi ramai kerana bukan sahaja berjaya dalam kerjaya, malah mereka kelihatan kekal cantik, bertenaga dan awet muda walaupun usia sudah menjangkau lewat 30-an. Lebih mengagumkan, kedua-duanya tetap konsisten menjaga kesihatan walaupun sibuk menguruskan keluarga dengan tiga orang cahaya mata.
Menerusi perkongsian di TikTok, pasangan ini mendedahkan beberapa tip penjagaan diri yang mereka amalkan bersama. Menurut Dr. Say, antara kunci utama ialah pemakanan sihat, senaman, tidur berkualiti dan pengurusan stres.
“Apa yang kami amalkan ialah pemakanan sihat dan seimbang. Dalam makanan kami wajib ada sayur atau sekurang-kurangnya separuh portion ada sayur. Yang kedua ialah bersenam kerana bersenam memang akan melambatkan penuaan. Yang ketiga ialah tak boleh stres, jadi kena kurangkan stres. Selain itu kami juga mengamalkan pengambilan suplemen dan menjaga tidur. Tujuh jam tidur berkualiti itu wajib.”
Tip yang dikongsikan ini mungkin kedengaran mudah, namun memerlukan disiplin yang tinggi untuk diamalkan secara konsisten.
Walaupun sering disangka lebih muda, pasangan ini tidak malu mengakui usia mereka. Tahun ini, Dr. Say berusia 37 tahun manakala Dr. Azura berusia 36 tahun. Lebih mengejutkan, ada yang tidak percaya bahawa mereka sudah pun menimang tiga cahaya mata.
Bagi pasangan ini, keluarga adalah sumber kekuatan utama.
“Apa yang penting kita kena belajar merdekakan diri dari rasa malas supaya boleh jaga diri dan sihat untuk keluarga,” ujar Dr. Say.
Kata-kata ini mengingatkan kita bahawa menjaga kesihatan bukanlah untuk diri sendiri semata-mata, tetapi juga untuk orang tersayang.
Sebagai ibu bapa, ramai antara kita sering meletakkan anak dan kerja sebagai keutamaan sehingga terlupa untuk menjaga diri. Perkongsian Dr. Say dan Dr. Azura ini wajar dijadikan contoh kerana bila tubuh sihat, kita lebih bertenaga untuk menguruskan anak-anak dan membina keluarga yang bahagia.
Tip mudah seperti menjaga pemakanan, rajin bersenam, cukup tidur dan mengawal stres sebenarnya mampu memberi impak besar dalam jangka masa panjang
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa sangka, pada usia 59 tahun, Aaron Kwok bintang terkenal Hong Kong yang tidak pernah lekang dek zaman bakal menimang cahaya mata lagi!
Berita gembira ini bukan sahaja mengejutkan ramai, tetapi turut membuatkan ramai kagum dengan penampilan pelakon dan penyanyi lagenda ini yang kelihatan seperti masih di usia 30-an!
Aaron Kwok dan isterinya, Moka Fang, kini bersiap sedia untuk menyambut ahli keluarga baru mereka. Pasangan ini sebelum ini telah dikurniakan dua orang anak perempuan yang comel, Chantelle dan Charlotte. Kini, kebahagiaan mereka bertambah satu lagi – bukti cinta dan kehidupan keluarga yang penuh harmoni.
Bila gambar Aaron tersebar bersama isterinya di sebuah acara baru-baru ini, ramai yang tidak percaya dia sudah hampir mencecah usia 60 tahun! Wajahnya kekal segak, badan masih tegap, dan auranya… tetap memikat.
Netizen mula bertanya – apa rahsianya? Rutin senaman yang konsisten, gaya hidup sihat, serta pemakanan seimbang mungkin antara faktor utama. Tapi yang lebih penting, kata Aaron, adalah hati yang tenang dan penuh kasih terhadap keluarga. “Menjadi ayah adalah perkara paling bermakna dalam hidup saya,” katanya dalam satu temu bual.
Dalam dunia glamor dan jadual padat, Aaron tetap utamakan masa untuk anak-anak. Beliau sering dilihat meluangkan masa berkualiti bersama keluarga – dari membawa anak ke taman, ke sekolah, hinggalah waktu bercerita sebelum tidur.
Sebagai ayah yang berjiwa lembut, Aaron dilihat begitu penyayang dan penyabar dengan anak-anaknya. Beliau juga sering berkongsi nasihat tentang pentingnya membentuk ikatan erat dalam keluarga, terutamanya ketika anak sedang membesar dan perlukan sokongan emosi.
Kisah Aaron Kwok menjadi bukti bahawa usia bukanlah penghalang untuk menjadi ayah yang hebat. Malah, kematangannya menjadikan beliau lebih bersedia dari segi emosi dan tanggungjawab. Kepada semua ayah di luar sana – tidak kira usia anda – kasih sayang dan kehadiran anda adalah anugerah terbesar untuk anak-anak.
Tahniah Aaron & Moka! Didoakan agar kehadiran bayi ini nanti akan membawa lebih sinar dan kebahagiaan dalam keluarga kecil yang penuh kasih sayang ini. 💕
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rezeki dan kemudahan dalam hidup semuanya adalah milik Allah SWT. Sebagai manusia, berusahalah supaya dipermudahkan segala urusan serta diluaskan pintu rezeki. Sebagai suami, bebanan itu berat tetapi isteri boleh ‘ringankan’ dengan iringan doa.
Jika seorang isteri dengan ikhlas mendirikan solat dhuha dan mendoakan bagi suaminya diluaskan pintu rezeki, sebenarnya amalan ini sangat membantu. Banyakkan solat dhuha dan mohonlah pada Allah SWT untuk memudahkan segala urusan suami tercinta.
Sebagai seorang isteri, anda boleh mendoakan suami setiap masa dan di mana sahaja. Biarpun doa yang ringkas, tetapi jika disertakan dengan niat ikhlas pasti berkesan. Berikut senarai doa dari isteri buat suami yang boleh anda pratikkan, mengikut perkongsian dari saudari.com:
Doa 1 Ya Allah, berikanlah kepadaku suami yang terbaik si sisi-Mu, suami yang juga menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia dan akhirat.
Doa 2 Ya Allah, jadikanlah hambamu ini dicintai oleh suami dengan rahmat-mu wahai Zat Yang Maha Penyayang DiAntara Para Penyayang.
Doa 3 Ya Allah, berikanlah suamiku kemudahan rezekinya, jika letaknya masih jauh maka dekatkanlah. Jika masih di langit, maka segera turunkanlah untuknya. Jika tertanam di dasar Bumi hanya Engakulah yang mampu mengeluarkannya.
Doa 4 Ya Allah, berkahilah rezeki yang diperoleh suami hambamu agar membawa kebaikan kepada kami sekeluarga di dunia dan di akhirat.
Doa 5 Ya Tuhanku, berikanlah suami hamba balasan yang sebaik-baiknya atas didikannya padaku dan pahala yang sebesar-besarnya atas kasih sayang yang suami hamba limpahkan.
Doa 6 Ya Allah, janganlah Engkau jadikan kami sasaran fitnah bagi kaum yang zalim, dan selamatkanlah kami dengan curahan rahmat-Mu.
Doa 7 Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari perbuatan syaitan dan dari mimpi-mimpi buruk (HR. Ibn as-Sani)
Doa 8 Ya Allah, aku memohon curahan cinta-Mu dan kecintaan orang-orang yang mencintai-Mu, serta memohon curahan amal yang dapat mengantarakan diriku.
Doa 9 Ya Allah, bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, izinkanlah mereka memberi syafa’at untukku.
Doa 10 Ya Allah, aku mohon kepada-Mu agar terbuka hati untuk berbuat kebajikan dan menjauhi kemungkaran.
Doa 11 Ya Allah bukakanlah bagiku hikmahmu dan limpahkanlah padaku keberkahanMu, wahai Pengasih dan Penyayang.
Doa 12 Ya Tuhanku, masukkanlah aku secara masuk yang benar, dan keluarkanlah pula aku secara keluar yang benar.
Doa 13 Ya Allah, berilah kesihatan dan kemudahan rezeki kepada kami, dan selalu jadikan kami berada di jalanMU yang lurus.
Doa 14 Ya Allah Ya Rabb.. Segala Puji bagiMu, yang telah mempertemukan kami dengan RamadhanMu.. Semoga kami bertemu RamadhanMu selanjutnya.
Doa 15 Ya Allah Ya Rabb.. Aku berdoa untuk semua hati yang menangis kerana kepahitan hidup. Bantulah kami Tuhanku untuk menjadi manusia-manusia yang terus berharap kepadaMu
Doa 16 Ya Tuhanku, berkati aku dan keluargaku di setiap saat. Lindungilah kami dan jauhkan kami dari kemungkaran dan orang-orang yang berniat jahat kepada kami.