Conteng-Conteng Tapi Super Kreatif, Biskut Legend Mama Carry Ni Memang Sedap!

Share

Selain biskut suji, cornflakes dan almond london, biskut Mama Carry juga tidak kurang hebatnya malah cukup popular suatu waktu dahulu. Biskut kreatif ini sememangnya cukup enak malah bahan untuk membuatnya juga tidaklah banyak dan mudah disediakan.

Namun lorekkan pada permukaan biskutnya memerlukan kreativiti yang tersendiri. Resipi yang dikongsikan oleh Mastura Shariff ini nampak mudah. Hanya gunakan lorekkan menggunakan jari dan seterusnya dilorek kemas di atasnya. Memang mudah. Jom cuba!


Belum lelap lagi layan calit-calit & conteng-conteng cara saya buat Biskut Ibu Perihatin (mama carry) mungkin ada yang buat cara lain. Bagi saya ini yang paling mudah & senang walau pun biskut ni menguji kesabaran untuk mendapatkan toppingnya yang sempurna.

Resepi Mama Carry

400g tepung gandum
100g gula halus
120g tepung jagung
300g butter/margerin
20g tepung susu

Gaul semua bahan-bahan dan uli menjadi doh.

Topping

150g icing sugar brand KINGS
2biji putih telur
15g tepung jagung

Pukul semua bahan sampai kembang putih dan lembut.

 

 

 

 

Uli doh agak-agak tebal dan terap. Setengah acuan, nanti bila dibakar akan meninggi biskutnya.

Sapukan topping.

Lorekkan di atas topping.

Siap.

Resipi wajib cuba: Kek Planta Rainbow Tanpa Bahan Penaik Tetap Cantik Moist Gebu Senangnya!

IKLAN